Jun 19

Banyak Idea Tetapi Tak Tertulis

Aku tengah ada banyak idea sejak beberapa hari yang lepas. Tetapi tidak jugak aku mampu untuk menerbitkan entry dek kerana kesibukan kerja sebagai Financial Consultant dan dek kerana mood yang kurang baik untuk penulisan blog. Baru je bukak laptop mood tu akan datang. Sehinggalah hari ni barulah mood ni ok sikit. Tu pun sebab baru berjumpa dengan rakan-rakan blogger di Majlis Pelancaran Applikasi Android Chef Jo.

Selesai majlis itu tadi aku terus mencari surau atau masjid untuk melangsaikan tanggugjawab aku iaitu solat asar. Terfikir pulak aku masa tengah drive cari surau tadi: “apasal aku tak solat kat hotel Cyberview Resort and Spa tadi ek?”. Hmmm…

Aku jumpa surau kat Prima 1 Cyberjaya ni. Kat sini ada beberapa tempat makan. Selesai solat aku pilih untuk lepak kat Old Town White Coffee kat sini kejap sambil pekena Lime Yoghurt Smoothies. Ini sementara menunggu appoinment aku dengan klien Unit Trust pada pukul 8 malam nanti di Putrajaya.

 Banyak Idea Tetapi Tak Tertulis

minum lime yoghurt smoothies old town white coffee sambil tulis entri banyak idea tapi tak tertulis

Aku akan cuba nukilkan idea-idea yang dah aku catatkan isi-isinya di applikasi Evernote aku. Antara idea dan cerita yang akan aku publish ialah sudah tentu tentang majlis pelancaran applikasi android oleh Chef Jo tadi, Cerita tentang aku diupah untuk buat blog perniagaan, kisah klien takaful dan unit trust aku. Oh ya entri pengubat sawang blog telah diterbitkan sekejap tadi.

So, entri-entri tersebut akan menyusul selepas ni. Kena off laptop dah. dah dekat pukul 8. Solat then jumpa klien. Lepas tu boleh balik.

 

PinExt Banyak Idea Tetapi Tak Tertulis
Jun 13

Minyak Atar Berbau Wangian Hajarul Aswad

 Minyak Atar Berbau Wangian Hajarul Aswad

 Minyak Atar Berbau Wangian Hajarul Aswad

Minyak atar ataupun perfume wangian Hajarul Asawad

Ini lah minyak atar yang aku beli di madinah di hari-hari terakhir aku berada di madinah 2 tahun yg lalu. Apa yang menariknya tentang minyak atar ini ialah ia berbau wangian hajarul aswad. Aku pernah beberapa kali menitiskan air mata kerana minyak atar ini. Apa tidaknya, bila aku terbau wangian nya aku terus terasa sayu dan rindu untuk ke sana lagi.

Aku pernah ke tanah suci mekah untuk mengerjakan ibadat umrah pada tahun 2011. Aku menyertai rombongan dari Andalusia Travel and Tours. Bersama-sama aku ialah isteri tercinta dan emak mertua. Kami masuk ke Mekah dahulu, barulah ke Madinah.

Aku berada di tanah suci Mekah agak lama daripada jemaah lain iaitu 10 hari. Jemaah lain hanya 7 hari sahaja sebelum bertolak ke kota suci Madinah.

Sewaktu aku pergi pada bulan mac 2011, jemaah umrah agak ramai. Fenomena ini mungkin kerana selepas musim haji 2010, kerajaan Arab Saudi membekukan visa umrah seketika dan hanya dibuka pada bulan Mac 2011. Menurut mutawwif yang memimpin kumpulan kami, suasana ramainya jemaah mengunjungi masjidil haram seperti pada waktu itu adalah amat mirip dengan jumlah jemaah pada musim haji dan waktu bulan Ramadhan.

Oleh sebab itu kami agak sukar untuk mendekati Kaabah apatah lagi untuk mencium hajarul aswad. Nampak agak mustahil untuk bersesak-sesak berebut dengan jemaah lain yang rata-rata bersaiz badan yang agak besar daripada aku.

Percubaan pertama aku di hari kedua ternyata gagal. Ustaz mutawwif tu kata jika tidak mampu pergi dan mencium Hajarul Aswad, cukuplah melambai dan membayangkan kita mencium batu tersebut. Namun perasaan aku macam tak puas hati. Ya la alang-alang dah sampai lebih baik aku usahakan. Bukan senang aku nak sampai lagi ke sini.

Balik daripada beribadah di Masjidil Haram pada malam lepas isyak tu aku berjalan bersama-sama dengan seorang anak muda di dalam rombongan aku yang berasal daripada Subang Jaya. Daripada beliaulah aku mendengar satu cerita yang benar menguatkan hasrat aku untuk pergi dan mencium batu daripada syurga itu.

Beliau menceritakan bahawa pada petang tadi beliau sedang termenung dari jauh melihat orang ramai berebut-rebut untuk mencium Hajarul Aswad. Beliau terasa agak lemah semangat. Namun dalam hati kecil beliau, beliau berdoa semoga Allah kabulkan hasratnya untuk mencium batu yang dimuliakan nabi itu.

Sejurus selepas beliau berdoa, datang seorang berketurunan Arab berjubah putih kearahnya. Lelaki ini mengarahkannya pergi ke arah Hajarul Aswad. Dia lantas bangun dan menuju ke arah batu itu. Lelaki tadi berjalan disisinya seperti menyekat laluan orang lain untuk berebut dengannya. Seperti mimpi kata beliau, beliau terus sahaja sampai di depan Hajarul Aswad tanpa halangan yang sukar. Selesai mencium baru tersebut, beliau beredar ke tempat lain untuk memberi laluan kepada orang lain. Dicarinya lelaki yang menolongnya tadi. Dan lelaki tersebut sudah pun hilang dicelah-celah jemaah yang ramai. Benarlah kata orang, di sini doa kita amat mudah dikabulkan walaupun hanya lintasan hati.

Cerita ini menguatkan azam dan keyakinan aku untuk terus mencuba untuk mencium batu yang turut dicium oleh Rasulullah itu. Usaha aku berjaya pada hari-hari terakhir aku di tanah suci Mekah.

Amat sukar menggambarkan perasaan aku pada ketika mencium batu tersebut. Air mata terus berlinang mengucapkan syukur kepada Allah kerana mengabulkan niat aku. Sehingga sekarang suasana itu masih terbayang di mata aku.

Menciumnya tidak lama. Hanya 5 saat sahaja aku rasa. Namun kepuasannya sukar digambarkan.

Di Madinah, aku tergerak hati untuk beli minyak atar (gambar di atas) sebagai kenangan dan ingatan aku pada peristiwa tersebut.

Sekarang jika aku mengenakan pewangi tersebut pasti kerinduanku untuk ke sana akan membuak-buak. Ya Allah ya tuhanku.. Izinkanlah aku ke sana lagi.. Ameen.

PinExt Minyak Atar Berbau Wangian Hajarul Aswad
Jun 12

Entry Ini Menggunakan Applikasi Android WordPress

By hook or by crook, aku mesti postkan satu entri hari ni. Sebabnya dah seminggu aku tak buat posting. Posting terakhir aku adalah posting Wordless Wednesday. Hari ni dah pun hari Rabu semula. Kalau aku buat entri Wordless Wednesday jugak, dah jadi double entry wordless wednesday. Nampak sangat aku ni pemalas!

Tapi bila nak buat entri tadi, masalah lain pulak yang menimpa. Visual editor aku hilang. Tak boleh nak menaip kat dalam tu.

Dulu pernah sekali terjadi perkara ni. Aku pernah cerita kat sini. Yang tu aku berjaya selesaikan. Tapi yang ni puas dah aku godek-godek. Cadangan kawan-kawan blogger kat facebook pun aku dah try ikut. Namun masalah masih belum selesai.

Lalu aku terfikir untuk periksa applikasi wordpress android kat smartphone aku. Sekali boleh buat entri..! Yahoo!!! Tapi tak tau la boleh publish ke tidak nanti. Kita tengok kejap lagi.

Oh ya. Berbalik kepada kenapa aku lama tak buat posting. Sebabnya… Aku cerita kat next entry la. Sebabnya ni nak test boleh publish ke tidak guna applikasi wordpress android ni. Heheheh

Posted from WordPress for Android

PinExt Entry Ini Menggunakan Applikasi Android Wordpress
Jun 04

Applikasi Mesti Install: Evernote

 Applikasi Mesti Install: EvernoteAnda mesti pernah dengar tentang applikasi Evernote ini bukan? Jika anda dah biasa dengan applikasi ini anggap lah ini sebagai update terkini untuk anda.

Untuk yang belum pernah tahu tentang ini ataupun yang tahu tapi belum pernah mencubanya entri ini pasti amat berguna untuk anda. Jika anda seorang blogger Evernote sangat berguna untuk blogger seperti anda.
 Applikasi Mesti Install: Evernote
Apakah applikasi evernote ini?
Evernote adalah satu applikasi penyimpanan data seperti nota dan foto-foto secara dalam talian (online). Ia boleh diinstall secara percuma di gajet ataupun komputer yang menggunakan sistem operasi android, iOS maupun window.
 Applikasi Mesti Install: Evernote
Evernote ini bertindak sperti buku nota kepada kita. Contohnya jika kita terfikir tentang sesuatu idea, dan kita tidak mahu idea tersebut hilang begitu sahaja tanpa dicatat terlebih dahulu. Dengan applikasi ini, kita tidak perlu lagi tergopoh gapah mencari pen dan kertas ataupun buku nota apabila idea atau ilham datang secara tiba-tiba. Apa yang perlu kita buat ialah keluarkan sahaja handphone ataupun gajet yang lain dan buka applikasi evernote ini. Catatlah apa saja yang terlintas difikiran kita.
Apa kelebihan evernote ini?

Jawapannya, banyak!. Berikut adalah antara kelebihan-kelebihan yang ada pada applikasi ini:

  1. Berfungsi secara online atau offline.
    Ia tidak memerlukan rangkaian sambungan internet untuk beroperasi. Bermakna jika handphone kita tidak diaktifkan sambungan broadband dan tiada wifi disekitar kita sekalipun kita masih boleh mencatat dan menyimpan data. Ini lah yang sedang aku buat sekarang. Kawasan tempat aku sedang menunggu isteriku pulang dari kerja ini tiada sambungan wifi dan aku tak mau aktifkan broadband aku. Aku masih boleh mengarang entri ini. Data kita akan disimpan didalam applikasi kita di handphone dahulu. Kemudian apabila handphone kita sudah disambungkan ke talian internet ia akan secara automatik akan di synchronisekan melalui talian internet. Jadi, sampai ke rumah nanti aku akan hanya copy dan pastekan entry yang aku karang ini ke dalam draf wordpress aku di laptop.Ada yang mengatakan untuk seorang blogger merakamkan idea dengan segera kerana ditakuti terlupa, mereka boleh menggunakan applikasi wordpress untuk android dan iOS. Tetapi sebenarnya mereka yang berkata demikian lupa bahawa di applikasi wordpress, mereka boleh tuliskan idea spontan mereka tetapi applikasi tersebut tidak membenarkan mereka save jika tiada talian internet.
  2. Boleh menangkap dan menyimpan gambar.
    Bukan hanya boleh menyimpan data sahaja. Ia juga ada fungsi kamera. Snap sahaja dan savekan. Gambar tersebut akan terus tersimpan di evernote dan ianya pasti amat berguna untuk kita gunakan di kemudian hari.
  3. Boleh merakam dan menyimpan data suara.
    Suara juga boleh dirakam. Sungguh sempurna! Katakan anda sedang memandu, tiba-tiba ilham menulis datang, takkan kita nak menaip. Ya tak? Jadi anda hanya perlu gunakan fungsi rakam dan simpan untuk kita dengar semula di masa mendatang.
  4. Sangat senang diuruskan. Ianya sangat mesra pengguna.
    Sekali guna sahaja anda pasti akan mahir. Ia ada menyediakan butang untuk fungsi bold, italic, underline, numbering, bulleting, indent, kamera dan lain-lain.
  5. Boleh menandakan lokasi tempat data itu dibuat dan disimpan. Pengguna boleh memilih fungsi lokasi jika kita hendak  menandakan lokasi tempat nota itu ditulis. Mungkin ini akan berguna untuk mengingatkan kita untuk menceritakan secara terperinci tentang nota ringkas kita tadi.
  6. Penyimpanan secara online (seperti Dropbox).
    Data disimpan secara online. Ia berfungsi sama seperti dropbox, pogoplug ataupun google drive. Apa yang bagusnya dengan fungsi ini, kita boleh melihat data kita dimana-mana kita berada tanpa perlu membawa alat simpanan data seperti pendrive, external hard disk dan sebagainya.
  7. Ia ada fungsi autosave.
    Jadi tidak perlu risau data hilang jika terlupa tekan butang save. Dipermukaan handphone yang kecil, macam-macam kemungkinan boleh berlaku semasa mencatat nota. Contohnya kita tertekan skrin luar daripada aplikasi. Dengan fungsi autosave ini data yang sedang kita tulis tak akan hilang dan disimpan secara otomatik.

Dengan fungsi-fungsi di atas, sudah pasti Evernote sangat berguna untuk blogger dan semua pengguna.

Cara untuk menggunakannya:

  • anda mestilah menjadi pengguna berdaftar dengan Evernote.
  • Lawat SINI, dan buka akaun dengan Evernote.
  • Selesai semuanya, anda cuba lah log in dengan username dan password yang baru dicipta tadi.
  • Ada tutorial bagaimana menggunakan Evernote.

Selamat mencuba!!!

 

Jom install:
Caranya:

PinExt Applikasi Mesti Install: Evernote
May 31

Tsunami Titan Dan Contest Review Tak Terkalah

 Tsunami Titan Dan Contest Review Tak Terkalah

Contest review tak terkalah daripada blog titan (http://ahmadfaizal.com)

Tsunami Titan

 Tsunami Titan Dan Contest Review Tak Terkalah

Ahmad Faizal aka Titan (gambar ihsan dari www.hairulazni.my)

Tup-tup nama Titan melonjak naik. Bermula dengan blog ini yang mula-mula aku follow untuk dapatkan maklumat tentang affiliate dan sebagainya. Kemudian rahsia sudah pecah apabila blog ini yang memenangi salah satu category di Minggu Media sosial 2012 adalah juga blognya. Kemudian muncul pula blog ini yang dengan pantas mendaki ranking alexa.

Kemudian Titan dengan bergaya pula tampil ke Seminar Buat Duit dengan Blog 2013 sebagai salah seorang panel.

 Tsunami Titan Dan Contest Review Tak Terkalah

Seminar Buat Duit dengan Blog 2013

 Tsunami Titan Dan Contest Review Tak Terkalah

Titan sebagai salah seorang ahli panel SBDdB13 (gambar ihsan daripada www.eyriqazz.com)

Sekarang ada pulak Contest Review Tak Terkalah ni dengan hadiah yang agak menarik dan syaratnya yang sungguh ringkas,

Kiranya Titan sekarang sudah bertaraf retis la.. hehehe. Bukan nak puji sangat. Sebab aku tau mamat ni bukan makan dek pujian pun. Dia suka makan cendol je. Ini sebagai mukaddimah entri ni.

Macam kaunter saham… Tapi awas..!

 Tsunami Titan Dan Contest Review Tak Terkalah

Graf pasaran saham

Jika Titan ini kaunter saham, mesti harganya di paras tertinggi. Dan kalau saham, bila harga tengah tinggi macam ni kena hati-hati sebab dua benda mungkin boleh berlaku: samada orang akan beli saham tu lagi sebab teruja dengan kenaikan harga yang mungkin akan naik lagi selepas ini. Ataupun orang mungkin akan berduyun-duyun menjual untuk mengambil keuntungan dan menyebabkan harga akan jatuh mendadak semula. Jadi Titan kena hati-hati tentang ini.

Follower

Lelaki kacak yang ego dan tak terkalah ini aku follow daripada tahun lepas lagi. Masa tu aku baru je ada blog sendiri. Mula-mula aku ingat dia blogger baru yang poyo macam aku jugak, tapi bila tengok banyak elemen-elemen SEO dan backlink-backlink dalam setiap entrinya aku dah mula syak yang dia ni blogger otai.

Aku ada terbaca dalam satu entrinya yang menceritakan pengalaman dia dalam arena blogging ini dah lama. Dah lebih kurang 10 tahun. lama tu… Kalau kahwin dan terus isteri bunting pelamin, anak dah darjah 4 tu.

Contest pertama aku sertai

Aku terus melekat dengan blog-blog Titan selepas pertama kali aku masuk satu contest anjuran seorang blogger. Sebab pertama kali aku masuk, punya la aku perahkan kepala hotak aku untuk memberikan yang terbaik. Bukan sebab nak menang sangat tapi sebab aku malu kalau blogger lain baca entri aku yang tak menarik. Sungguh kerdil aku rasa pada masa itu.

Tapi bila keputusan contest diumumkan, alangkah kecewanya apabila aku tahu yang pihak penganjur memilih secara rawak untuk menentukan pemenang tanpa melihat kreativiti dan isi penulisan.

Aku nak zahirkan kekecewaan, tapi terasa malu. Di sinilah Titan bersuara dalam salah satu entri dan komen-komen di Facebook tentang ketidakwajaran sistem pemilihan ini. Aku tak taulah orang yang dia maksudkan tu penganjur contest yang aku sertai itu atau tidak, tapi aku tau yang dia pun rasa macam aku tentang cara pilih pemenang tu. Dan aku respek cara dia yang berani sound direct.

Langsi

Apa makna langsi sebenarnya ya? Aku pun tak tau maksud sebenar-benarnya. Sebab kat negeri aku (Terengganu) tak ada vocab ni.

Tapi entri-entri Titan yang menggunakan bahasa langsi yang direct, ego dan sinis menjadikan entrinya tersendiri dan unik. Kadang-kadang bila baca rasa macam nak lempang pun ada gak. hahaha. Tapi sedar tak sedar, dalam pada nak lempang tu, dah setengah jam aku meneroka blog dia.

Terperangkap aku! Mungkin inilah teknik yang digembar-gemburkan ini.

Teknik SEO merah jambu

Aku tak tau secara detail lagi kesemua teknik SEO dia ni. Tapi lama kelamaan aku dah boleh agak. Banyak entri-entrinya yang menggunakan teknik ini.

Mungkin teknik ni dah terdedah di Seminar Buat Duit dengan Blog 2013 bebaru ni, tapi aku terlepas sebab aku tak dapat hadir ke situ.

Dengan ini aku pun tergerak hati untuk mereka cipta teknik SEO aku. Aku gelarkannya: Teknik SEO “klik tanpa bayang”. hahahaha.

Maikel dan Mercedez

Siapa kenal siapa atau apa ini? Inilah dua ekor binatang peliharaan Titan. hahahah. Aku buat entri ni pun sebenarnya bukan untuk Titan suka. Kalau dia atau korang tak baca pun ok sebenarnya. Cukuplah Maikel dan Mercedez yang suka dengan entri ni. Kalu depa 2 ekor suka mesti Titan suka. Betul tak?

Cendol

cendol banding Tsunami Titan Dan Contest Review Tak Terkalah

Aku dulu tak de la suka sangat makanan ni. Eh cendol ni makanan ke minuman ek? Aku rasa minuman. Tapi kalau minuman kenapa orang tak panggil minum cendol? Orang akan cakap makan cendol. Betul tak? Titan sila jawab!

aku harap lepas Titan baca entri aku yang tengah merah mata ni, hati dia tergerak untuk belanja aku cendol semangkuk dua. Hahahaha.

Fatin Liyana.

 Tsunami Titan Dan Contest Review Tak Terkalah

Fatin Liyana

Aku dulu tak de la kerap sangat ziarah blog ini, tapi dah banyak kali disebut oleh Titan dalam entri dia siap dengan link sekali, aku klik je la link tu. Jadi bukan salah aku. Tapi salah Titan yang bagi link. aku jalankan tugas aku sebagai pembaca blog dia je. Nanti apa pulak katanya. Dah dia bagi link, tak sudi pulak aku nak klik.

Blogwalking

Satu lagi benda yang aku kagum, respek dan tak mampu nak ikut sampai sekarang adalah kerajinan Titan dalam menjengah blog-blog orang. Hampir setiap hari jika ada entri baru beliau akan tinggalkan komen kat blog aku.

Aku terharu sebenarnya. Ya la. Siapalah aku blogger yang baru setahun jagung berkecimpung dalam arena blogging ini. Tapi Titan yang sudah bergelar sifu dan banyak pengalaman masih sudi mencemar duli singgah di  blog aku. Bukan di blog aku sohoque.com saja, malah di blog hingusan aku yang ini juga.

Malah jika aku buat blogwalking ke blog orang lain pun mesti aku jumpa si Titan ni tinggalkan komen.

Kadang-kadang timbul persoalan di benak ku: Adakah Titan membela hantu raya yang menolongnya untuk aktiviti blogwalking? hahaha.

Sebab apa aku masuk contest ni?

Sebab aku rasa aku banyak juga belajar tentang blog secara tak langsung daripada Titan. Kira dia macam sifu aku jugaklah selain sifu ini dan ini yang sudi mengajarkan aku teknik SEO Klik Tanpa Bayang. Jadi ini sebagai salah satu cara aku menyokong beliau.

Lagi satu tajuk contest senang. Syarat contest ringkas. Tak perlu aku gunakan tenaga otak aku secara maksimum untuk entri ini.

Hadiah pun boleh tahan. Jadi apa aku tunggu lagi. Kasi hentam je la…

Oh ya sebelum aku lupa ini adalah pesanan penaja:
Contest Review Tak Terkalah ini dianjurkan oleh Ahmad Faizal dan Earncent.com dan ditaja bersama oleh SaraSyukri Tahir,RahsiaDuitFreeIlaZainalBlackrosehunter, dan Nuristimewa.

Dah. Nak pergi solat jumaat pulak. Nanti kalau ada masa boleh la aku edit mana yang patut.

Wassalam.

PinExt Tsunami Titan Dan Contest Review Tak Terkalah
May 31

Ini Semua Angkara En Titan

wpid 2013 05 30 22.27.15 1 Ini Semua Angkara En Titan

Apakah ini angkara En Titan?

Gambar di atas adalah gambar mata sebenar aku ya. Merah dan bengkak. Tak tau apa puncanya. Tapi yang pasti salah satu puncanya ialah En Titan dan blog-blog nya.  Ya. Ini semua angkara En Titan!.

Pagi tadi ok je. Tengahari tu aku rasa macam tak sedap je kat mata aku. Petang tu dalam pukul 1.30 petang aku sampai awal ke tempat appoinment yang dah aku tetapkan pagi tadi dengan klien jerung aku.

Sampai saja di sana aku rasa amat mengantuk. Oleh kerana masa ada setengah jam lagi sebelum aku berjumpa klien jerung, aku telah ambil keputusan untuk tidur sekejap. Lantas aku kunci jam penggera dalam hp aku, rebahkan seat kereta dan aku mulakan operasi tidur.

Tidur aku memang tidak menentu semenjak dua menjak ini. Sibuk sangat. Sibuk dengan keluarga, sibuk dengan blog dan sibuk dengan tugasan sebagai financial consultant. Kadang-kadang aku tidur hanya 2-3 jam sahaja pada malam hari.

Alamak, dah mengantuk. Aku habiskan sikit lagi.

Kenapa aku kata ini semua angkara En Titan? Sebabnya 2-3 menjak ni memang aku wajib singgah ke blognya. Contest pun tinggal beberapa hari je lagi. Jadi dek kerana bersengkang mata untuk mengarang entri (belum submit pun lagi.. heheheh) dan mengomen di blog En Titan, mata ku dah jadi macam tu.

Ok, aku dah nak tidur. Malam ni pukul 12 malam, malam paling awal aku tidur pada bulan ni. Yang pasti ini semua angkara En Titan.

Nasihat aku pada pembaca semua, hati-hati dengan blog Titan. Hehehe. Selamat malam semua.

Backlink dan lain-lain elemen SEO aku touch up besok pagi la. Ni pun tulis pakai hp je.

Zzzzzz.

Posted from WordPress for Android

PinExt Ini Semua Angkara En Titan
May 30

Komisen Pertama Daripada My-Qalam

RM1 Juta nilai perlindungan takaful

Alhamdulillah. Aku baru je selesai bentangkan presentation Takaful kepada prospek klien Jerung aku. Beliau amat berpuas hati dengan cadangan-cadangan yang aku berikan sebagai penyelesai masalah perancangan kewangan beliau. Hasrat beliau untuk mencarum RM6000.00 setahun telah ditambah kepada RM10,000.00 setahun.

Mana tidaknya, beliau adalah Direktor satu syarikat gedung pakaian. (syarikat beliau sedang mencari bloggers yang boleh membuat promosi di blog mereka tentang busana muslimah. Ini insyaAllah akan menjadi projek Blooger dot com untuk membantu para bloggers mencari duit raya. Sila LIKE page ini dengan segera untuk bersama-sama kami menjayakan projek tersebut). Jadi mana nak cukup kalau nilai perlindungan hanya RM50,000 hingga RM100,000 seperti yang biasa consultant cadangkan. Aku cadangkan RM1,000,000 sebagai nilai perlindungan hutang dan juga nilai perbelanjaan segera kepada keluarga jika berlaku kematian atau cacat kekal kepada beliau.

Borang proposal telah pun ditandatangani. Beliau meminta aku datang seminggu daripada sekarang untuk ambik cek. Jadi minta pembaca semua doakan aku supaya proses ini berjalan lancar ya..

Cek affilate dari my-qalam

 Komisen Pertama Daripada My Qalam

Komisen daripada affiliate my-qalam

Alhamdulillah juga. Bebaru ni dapat satu cek komisen affiliate daripada my-qalam.

Aku pun dah ingat-ingat lupa sebenarnya yang aku ada sertai affiliate my-qalam ni. Tiba-tiba jer dapat cek RM50.00. Rezeki!!!

Jadi aku share hari ni sebab sekarang kan demam bloggers cari skim affiliate untuk disertai. Sana-sini semua bercakap pasal affiliate. Ini semua bukan salah Anwar, tapi salah mamat ni!!! Sebab lu ar bro, semua orang demam! Dan gua memang jeles sebab gua tak dapat hadir untuk menadah ilmu pada hari tu..

Jadi sifu kata kena buat 5 entri pasal skim affiliate kan? Lepas ni akan menyusul lagi entri pasal my-qalam. Tungguuuuu!!!

Wassalam…

 

PinExt Komisen Pertama Daripada My Qalam
May 29

Wajarkah Ustaz Azhar Idrus kahwini isteri ke 3

 Wajarkah Ustaz Azhar Idrus kahwini isteri ke 3

Salam dan selamat sejahtera.

Wajarkah ustaz azhar idrus (UAI) kahwini isteri ke 3? Itulah topik yang hangat dibincangkan dk beberapa group whatsapp aku.

Ada yang setuju dan ada yang tidak bersetuju.

Yang bersetuju berpendapat tak apa lah UAI mampu. Lagipun dia ulamak yang tersohor masa kini. Jadi dari segi nafkah zahir dan batin tidak menjadi masalah untuk dia berlaku adil.

Ramai juga yang tidak bersetuju dengan tindakan UAI ini. Antara hujah mereka ialah:

  • Pandangan masyarakat yang akan memandang serong kepada UAI. Masyarakat melayu ini jika seseorang berkahwin satu atau dua, masih normal. Tapi jika seseorang menambah isteri ke 3 atau 4, dia mungkin akan dikatakan menunjuk-nunjuk.
  • Popularity UAI mungkin akan menurun selepas perkahwinan ini. UAI yang ramai pengikut kerana ceramah agamanya yang menarik dan penuh isi dikhuatiri akan hilang pengikut terutamanya daripada kaum wanita yang mungkin tidak setuju dengan tindakan UAI
  • UAI ini ulamak yang dikenali ramai. Jika orang biasa yang kahwin ramai tidak menjadi masalah. Malah jika artis sekalipun mungkin tidak menjadi buah mulut sangat. Lihat sahaja pelakon, pelawak dan dee jay radio Salleh Yaakob. Beliau mempunyai 4 orang isteri, tetapi tidak menjadi buah mulut orang pun. Dikhuatiri UAI akan dipandang serong oleh oleh masyarakat
  • Apa tujuan UAI tambah isteri yang ke 3. Adakah kerana nafsu lelaki semata-mata?  Jika niat beliau nak kahwin untuk tolong wanita tersebut kenapa mesti kahwin dengan anak dara? Kenapa tidak cari sahaja janda-janda ataupun ibu tunggal yang memerlukan pertolongan baik dari segi sokongan kewangan juga sokongan moral

Ada juga yang tidak bersetuju dengan cara UAI meraikan majlis pernikahannya. Ia tidak mencerminkan seperti apa yang UAI sebut dalam ceramahnya.

Pandangan aku:

Pertama:
Dalam Al-Quran (sumber hukum utama) kata boleh/harus kahwin 4. Tapi dengan SYARAT mesti kena adil. Kalu tidak terimalah hukuman daripada bagi orang/ketua keluarga yg tidak adil. Firman Allah:

“…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja…”

(Surah An-Nisa’ 4 : 3)

Keterangan terperinci hukum ini telah dijelaskan oleh amalan Nabi di mana baginda menikahi anak dara (seorang sahaja – aisyah) dan janda (ramai). Pengajaran: dibolehkan untuk menikahi janda atau anak dara. Kalau nak menolong janda ataupun yang miskin itu adalah lebih afdhal.

Kedua:
Yang mana kita nak ikut. Pandangan masyarakat (yang belum tentu ikut syariat) ke ataupun pandangan Allah? Balasan syurga atau neraka Allah tidak ikut pandangan orang ramai ya.. icon wink Wajarkah Ustaz Azhar Idrus kahwini isteri ke 3 . Lagipun jika kita buat sesuatu kerana makhluk kita dikira riak juga tau.

Ketiga:
Kadang-kadang bab agama ni tak boleh fikir dengan akal fikiran manusia biasa semata. Ikut je Al-Quran dan sunnah kata. Amat besar hikmah disebaliknya tu.

Keempat:
Dah. Ni bab furu’ sahaja. Banyak lagi bab pokok yang perlu dan lebih penting untuk dibincang. Contohnya kenapa kadang-kadang kita leka dan malas untuk solat berjemaah.

Itulah perangai masyarakat kita. Suka sangat memperbesarkan isu-isu sebegini. Bincang sikit-sikit tak apa la. Ini berhari-hari duk bincang, macam dah tak ada isu lain dah.

Kalau bab poligami ni aku lebih suka baca entri kat blog ini. Pandangan penulisnya lebih telus aku rasa. Betul tak Kak Siti?

Wallahua’lam bissawaabi

PinExt Wajarkah Ustaz Azhar Idrus kahwini isteri ke 3