birthday ke 7 nuffnang

007 Sebab Blog Aku GEMPAK

birthday ke 7 nuffnang

majlis sambutan ulangtahun ke 7 Nuffnang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Agak poyo tajuk entri aku kali ni kan..? Saja la buat gempak. Mana la tau kot-kot menang tiket ke Majlis Sambutan Ulangtahun ke 7 Nuffnang. Ia juga bersempena dengan 7 negara yang Nuffnang berjaya bertapak.

Jadi aku senaraikan 7 sebab kenapa blog aku gempak dan korang mesti selalu jenguk blog aku.

1. Padat dengan informasi yang bermanfaat

Sesuai dengan tagline blog sohoque.com iaitu ilmu biarlah bermanfaat, aku cuba hasilkan entri-entri di blog ini supaya ianya dapat memberian sesuatu kepada pembaca yang datang bertandang.

2. Entri yang ada “jiwa”

Kalau aku tulis entri, aku akan masukkan sekali jiwa aku ke dalam entri tersebut. Sebab itu aku tak akan menghasilkan entri ketika aku tiada mood. Aku sesekali tidak memaksa diri untuk menghasilkan sesuatu entri hanya kerana untuk mengcukupkan entri untuk hari itu.

Kesannya aku harapkan supaya pembaca turut merasai mood aku di dalam entri yang diorang baca.

3. Isi entri yang bagus.

Aku seboleh-bolehnya akan cuba menghasilkan entri yang mempunyai content ataupun isi yang berkualiti. Harapan aku agar ia boleh menjadi rujukan kepada entri-entri aku sendiri di masa akan datang dan juga rujukan kepada entri-entri orang lain. Untung-untung mereka akan memberi link kepada entri aku yang mempunyai isi yang bagus tadi.

Amalan ini boleh menyebabkan Page Rank yang akan diberi oleh Google kepada blog aku meningkat naik.

4. Layout (susun atur) yang kemas dan professional

Susun atur blog aku kelihatan agak professional. Ini adalah kerana templatenya adah template yang berbayar.Template yang aku gunakan dihasilkan daripada rangka (framework) genesis ini dihadiahkan oleh seorang rakan blogger sempena ulangtahun kelahiran aku. Jika dibeli di pasaran harganya adalah USD79.00.

Struktur rangka genesis ini terkenal dengan sifat mesra SEOnya.

5. Tips Blogging dan SEO

Aku sekali sekali akan memberikan tips untuk blogging dan tips untuk belajar SEO. Ia elah mendapat sambutan di kalangan pembaca blog aku. Salah satu tips blogging yang mendapat sambuan daripada pembaca ialah Tips Supaya Disukai Nuffnang.

Harapan aku supaya tips yang aku berikan di dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

6. Jurnal kehidupan

Blog ini seperti jurnal kehidupan aku. Cara hidup aku lifestyle). Apa aku buat setiap hari yang aku rasa menarik untuk dikongsi, aku akan kongsikan di sini. Banyak yang boleh dikongsi. Kehidupan aku sebagai Financial konsultant dan blogger aku banyak kongsikan di dalam blog ini.

7. Iklan Nuffnang

Jika korang perasan, kat blog aku ni ada tertampal iklan-iklan. Ia adalah iklan daripada Nuffnang. Banyak iklan dan promosi terbaru yang boleh korang ketahui dengan selalu klik iklan tersebut.

Jadi rajin-rajinlah klik iklan yang aku letakkan di bahagian atas, tepi sebelah kanan dan bahagian bawah blog ini.

Banyak lagi fakta yang boleh menjadikan blog aku gempak sebenarnya, Tapi oleh kerana entri ini dibuat sempena menyambut ulangtahun ke 7 Nuffnang, aku senaraikan sampai fakta ke 7 sahaja.

Moga Nuffnang terus sukses sebagai salah sebuah syarikat pengiklanan di Malaysia dan Asia. Moga aku terus diberi peluang untuk bersama-sama Nuffnang dalam mempromosikan syarikat dan produk-produk di pasaran.

Moga dengan entri ini aku dapat turut serta dalam Majlis Sambutan Ulangtahun Nuffnang – #NuffnangIs007 yang bakal diadakan pada hari Sabtu, 22 Mac 2014 ini bertempat di Barbecue Garden, KL Life Center. Majlis ini bertemakan James Bond: Lost in Amazon.

1 comment

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: