top entri sohoque.com

10 Entri Paling Popular Bulan Oktober 2013

top entri sohoque.com

10 entri paling popular di blog sohoque.com untuk bulan Oktober 2013

Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya baru lagi aku buat entri 10 Entri Paling Popular Bulan September 2013 menceritakan entri yang manakah yang menjadi pilihan pembaca pada bulan September 2013.

Entri paling popular ini seperti biasa aku ringkaskan pada awal bulan untuk memudahkan pembaca melihat entri yang menjadi pilihan pembaca-pembaca yang lain.

Berikut adalah entri – entri yang dimaksudkan:

10. Bagaimana Nak Mempunyai Pendapatan 5 Angka Sebulan 

Entri ini aku cuba membuka minda kepada semua pembaca di luar sana dengan idea bagaimana untuk mendapatkan pendapatan sekurang-kurangnya 5 angka sebulan secara purata. Tidak susah sebenarnya untuk mempunyai pendapatan sebanyak itu. Janji kita istiqamah dan mempunyai azam yang jitu dengan tidak lupa akan Allah.

 

9. Tukar IC (kad pengenalan) Baru

Tak sangka cerita aku menukar kad pengenalan aku kepada versi yang baru sering masuk ke dalam entri 10 terbaik aku. Moga entri ini memberi sedikit panduan kepada mereka yang belum tahu macamana nak menukar kad pengenalan baru.

 

8. Cara Untuk Elak Santau / Sihir Melalui Makanan

Aku cuba berkongsi ayat pendinding bagaimana untuk menangani santau ataupun sihir yang di hantar oleh pengamalnya melalui makanan. Moga dapat dijadikan amalan oleh pembaca.

 

7. Eidul Adha Dan Tauladan Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim Dan Ismail

Memandangkan bulan lepas adalah bulan terdapatnya hari raya Eidul Adha entri kembali mendapat perhatian oleh pembaca. Mungkin keyword organik bermusimnya membaca carian pembaca ke blog aku. Alhamdulillah. Moga pengorbanan agung Nabi Ibrahim dan Ismail tersebut dapat dijadikan pengajaran kepada pembaca.

 

6. Harga Dan Pelan Samsung Galaxy Note 3 Dan Galaxy Gear

Samsung Galaxy Note 3 dan Samsung Galaxy Gear memang pasangan telefon pintar yang serasi dan hebat. Sudah mula menempatkan diri di seluruh kedai menjual telefon pintar di negara ini, kedua-dua gajet ini memang menjadi tumpuan. Mungkin kata kunci harga Samsung Galaxy Note 3 telah membawa pembaca ke entri ini.

 

5. Pesanan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman Sempena Perkahwinan Kedua

Tajuk poligami memang sentiasa menjadi pilihan kepada lelaki-lelaki. Tambahan pula entri ini berkisar tentang nasihat pendakwah terkenal Ustaz Zaharuddin Abd Rahman kepada lelaki yang ingin berpoligami. Entri ini sering berada di dalam kelompok 10 entri paling popular ddi blog sohoque.com

 

4. Tips Kurus : Dapatkan Bentuk Badan Yang Cantik Dengan S Element

Entri ni memang aku bangga sangat. Sebabnya entri ni adalah entri berbayar. Klien nakkan entri ni berada di 3 tempat teratas di enjin carian Google. Kata kunci yang diberi adalah “tips kurus dengan s element”. Dan aku telah berjaya menghasilkan apa yang dimahukan oleh klien aku.

Sebenarnya aku telah mendapat satu projek untuk membina blog perniagaan daripada kosong menjadi blog yang mempunyai entri yang menduduki tangga teratas di enjin carian Google. Aku telah membuat kertas cadangan dan setelah ianya dipersetui oleh klien tersebut yang mempunyai perniagaan secara talian menjual produk kesihatan untuk menguruskan badan, terhasillah blog S-Element.biz.

Antara cadangan tersebut ialah aku akan menulis 5 entri berkenaan produk dan kata kunci yang dipersetujui di dalam blog berkenaan dan 1 entri tentang produk tersebut di dalam blog sohoque.com.

Dua entri tentang produk tersebut (1 daripada sohoque.com, satu lagi daripada blog s-element.biz) telah berjaya menempatkan diri di tempat teratas enjin carian Google. Gambar pun kebanyakkanya didominasi oleh blog sohoque.com dan s-element.biz.

tempat teratas enjin carian google

dengan kata kunci “tips kurus dengan s element, 2 entri daripada aku berada di kedudukan tertinggi di enjin carian google

 

Sayangnya aku tengok blog ini dah kurang dikemaskini sekarang ini. Mungkin tuan punyanya (seorang staf bank) terlalu sibuk dengan kerja dengan majikannya kot.

Caj yang aku kenakan tidak mahal berbanding dengan kerja yang aku buat. Mungkin caj ini akan aku naikkan lagi di masa akan datang jika ramai yang inginkan perkhidmatan aku. Sebabnya masa aku akan jadi lebih terhad selepas ini. Banyak projek yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Syukur kerana aku telah digerakkan hati untuk masuk kelas master WordPress anjuran Akademi Denaihati. Dari situ aku nampak terang dan jelas hala tuju aku sebagai blogger. Alhamdulillah.

 

3. Syiah, Mengapa sesat

Entri yang aku cedok daripada fanpage anti Syiah ini memang panas. Saban hari ada saja yang singgah di entri ini untuk mendapatkan info. Moga pembaca yang inginkan kebenaran tentang Syiah, apa sebab ia dilarang diamalkan di Malaysia mendapat apa yang dicari di entri ini.

 

2. Doa Untuk Hilangkan Stress

Entri ini juga sering berada di kelompok 10 entri paling popular sohoque.com. Mungkin kerana terallu terbeban dengan kerja pejabat, pembaca mula mencari kata kunci bagaimana untuk hilangkan stress. Dan mereka sampai ke entri ini. Moga ianya memberi manfaat kepada yang mencari.

 

1. Kucing dan Kedudukannya Dalam Islam

Entri ini memang sentiasa berada di atas di kalangan 10 entri paling popular di blog sohoque.com. Artikel yang aku olah kembali daripada dua sumber berlainan menjadikan ia penuh dengan fakta tentang kucing, peneman manusia yang paling rapat dan kedudukannya daripada pandangan Islam.

Ada kisah bagaimana Nabi Muhammad melayan kucing baginda sehinggakan baginda rela menggunting jubahnya yang digunakan oleh kucingnya sebagai lapik tidur daripada baginda mengejutkan ia daripada lenanya. Jika seorang nabi yang maksum, yang segala perbuatannya diilhamkan oleh Allah melayan kucing sebegitu rupa, sudah pasti haiwan kucing ini amat istimewa. 

Setakat entri ini ditulis, entri tentang kucing ini telah berjaya mendapat 648 LIKE di facebook. Apa keistimewaannya? Anda boleh ke pautan untuk membaca artikel tersebut sepenuhnya.

like entri kucing di facebook

Demikian ringkasan 10 entri paling popular untuk bulan Oktober 2013 di blog sohoque.com. Moga entri ini akan menjadi panduan dan memudahkan pembaca mencari entri yang menjadi pilihan mereka. 

Selamat membaca entri-entri sohoque.com. Terima kasih kerana sudi singgah.

10 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: