

Bulan ni agak lambat aku tulis entri ini. Sudah seminggu berlalu. Memang trend yang aku mulakan pada bulan lepas dengan tajuk 10 Entri Paling Popular Bulan Ogos 2013 ini akan aku buat pada setiap bulan.
Idea asal untuk menghasilkan 10 entri paling popular ini datang daripada blogger Denaihati yang turut menerbitkan entri 10 Entri Popular Denaihati September 2013.
Berikut adalah 10 entri yang paling mendapat sambutan ataupun popular pada bulan September 2013. Aku senaraikan dengan yang paling bawah dahulu:
10. Bagaimana Nak Mempunyai Pendapatan 5 Angka Sebulan
Betul..! Nak mempunyai pendapatan 5 angka sebulan bukannya susah. Cuma nak cari bisnes yang betul-betul sesuai dengan kita dan kita suka kerja tu.
Yang paling penting ialah kita tau bagaimana cara untuk dapatkan pendapatan tersebut. Disiplin dan kerja yang bijak lebih penting daripada kerja kuat. Namun Jika kerja bijak dan usaha yang bersungguh-sungguh digabungkan berserta dengan pelan dan tindakan yang mantap, pastinya sasaran tadi dapat dicapai.
Cuma apabila berjaya mencapai sasaran jangan kita meninggi diri mengatakan itu semua usaha kita. Ingatlah bahawa kita mencapai sasaran tersebut hanya kerana Allah yang izinkan.
Entri ini mendapat sambutan mungkin kerana pada waktu ini sedang heboh tentang Adam AF 2 yang berkahwin dengan Fiza (Elite)
8. Berbuat Baik Kepada Isteri Adalah Sunnah Nabi
Entri ini mendapat sambutan kerana kata kunci organiknya. Setiap bulan akan ada yang mencari kata kunci ini. Kedudukannya mungkin tidak teratas dalam senarai entri popular sohoque.com tapi ia ada dicari.
7. Tukar IC (Kad Pengenalan) Baru
Entri ini juga seringkali menjadi popular di sohoque.com. Ia datang daripada kata kunci organiknya. Mungkin orang yang cari entri ini mencari cara-cara untuk menukar kad pengenalan baru kot.
InsyaAllah jika ada masa aku akan buat lagi entri pasal ini terutama tentang cara-cara bagaimana untuk tukar ic ataupun kad pengenalan baru.
6. Pesanan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman Sempena Perkahwinan Kedua
Seperti biasa kalau bab poligami ni memang akan jadi pilihan ramai. Terutama orang lelaki.
5. Doa Dan Petua Mudah Bersalin
Kata kunci organik daripada entri ini menolong entri ini menduduki tempat ke 4. Memang entri ini akan dicari saban bulan, mungkin oleh pasangan yang sedang menunggu kelahiran anak.
4. Video Lucah Di Blog Sohoque.com
Tajuk yang agak panas. Aku buat enti ini sebab pada bulan lepas hampir setiap hari ada orang cari kata kunci lucah di blog sohoque.com. Ini berpunca daripada entri Melayu Boleh Maju Dalam Industri Unit Trust Dan Takaful yang aku tulis beberapa bulan sebelum itu. Aku tulis entri ni sebab nak tengok sejauh mana pengetahuan SEO pada masa itu.
3. Hilangkan Stress Anda Dengan Amalkan Doa Ini
Penyakit stress sudah menjadi biasa kepada orang-orang yang berkerja makan gaji yang terlalu tertekan untuk dapatkan hasil ataupun sasaran yang ditetapkan oleh syarikat. Kata kunci ini popular kerana orang mencari doa untuk diamalkan supaya mereka terhindar daripada parahnya penyakit stress ini.
Kata kunci organik Syiah sesat ni memang selalu muncul di carian google. Syiah sudah difatwakan sesat dan tidak boleh diamalkan kerana ia bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
1. Kucing Dan Kedudukannya Di Dalam Islam
Entri ini amat menarik, mengandungi kata kunci organik yang dicari ramai. Ramai peminat kucing diluar sana kot.
Apa-apa pun terima kasih kepada pelawat dan pembaca yang sudi datang dan bertandang ke blog sohoque.com. Sila lah datang lagi ya. Buat la macam rumah sendiri.
‘Lucah’ tu yang penting tu. Haha.
Hazmin Hamudin recently posted..Travelog Penang | Nasi Kandar Kampung Melayu Air Hitam
hahahaha.. itu ler pasal..
Macam mana keyword video lucah boleh tersesat. 🙂
akubiomed recently posted..3G Mobile Wi-Fi dari TP Link M5350
hahahaha.. byk kali dah bro.. gara-gara entri aku dengan key word “melayu boleh”.. ahahahah
adeh…ada jugak kelucahan tu..hahaha..sapa punya kerja hah
blogger lelaki recently posted..Sakit Hati
hehehe.. ramai ler org yg cari tu
erk..ada jugak yer..tapi betul la..kalau bab lucah ni laku jek kan
blogger lelaki recently posted..Sakit Hati
haaaa.. tau tak per. hahahaha
Cantiklah entri bro, penuh dengan keyword organik…
hafiz recently posted..Apa itu CellAds
tak der lah bro.. biasa2 jer.. hehehehe
baca entry nih baru teringat yang den nak tukar kepada IC baru tapi sampai sekarang asyik bertangguh…huhu
papa mifz recently posted..Kelebihan Bercuti Pada Hari Bekerja
hahahah.. pi tukar cepaaat!!!
Terbaik! yg seo tu kira menjadilah bro…hehehe
moga semakin cemerlang bro!
hafizmd recently posted..Bila Entri Diduplikasi. Apa Tindakan Kita?
tq bro hafiz…
Tak disangka pulak, artikel berkaitan kucing dan dari sudut pandangan Islam…patutlah ianya menjadi kan ianya popular.
sensasi2020 recently posted..10 Entri Popular sensasi2020 September 2013
ARtikel ni bukan dr idea asal sy. sy dpt dr artikel lain tp sy ubah sedikit dan tambah mana yang kurang supaya tak jadi copy and paste
[…] sungguh masa berlalu. Rasanya baru lagi aku buat entri 10 Entri Paling Popular Bulan September 2013 menceritakan entri yang manakah yang menjadi pilihan pembaca pada bulan September […]