2 Cara Bijak Mengiklankan Produk Menggunakan Blog

Promosi amat penting dalam perniagaan terutama perniagaan yang melibatkan jualan barang ataupun perkhidmatan. Dengan promosi yang betul, produk atau/dan perkhidmatan kita akan sampai ke sasaran pembeli yang kita sasarkan dengan tepat.

Salah satu cara pengiklanan adalah dengan menggunakan platform blog. Blog sudah menjadi medium perkongsian maklumat sejak sekian lama. Medium ini aku rasa akan kekal selagi wujudnya internet.

Macamana nak iklankan produk ataupun perkhidmatan menggunakan blog?

Nak iklankan produk atau perkhidmatan dengan blog, syarat utamanya mestilah ada blog. Ada 2 pilihan:

1. Buat blog sendiri

Wujudkan blog sendiri. Nak jimat gunakan platform blogger.com. Free jer! Cuma yang percuma ni kena guna extension blogspot la. Contohnya: minyakherbaasmak.com.

Ataupun nak nampak lebih professional dan dipercayai, boleh daftarkan domain. Contohnya: www.eXplorasa.my. Ada sedikit bayaran untuk domain sendiri. Tapi murah jer. Setahun kurang daripada RM50 jer.

Kelebihan mempunyai blog sendiri ni, ikut suka kita nak buat iklan bebila masa yang kita nak. Berapa lama durasi iklan, berapa banyak nak buat iklan, macamana rupa iklan, kita punya suka. Blog sendiri kan.. Ape ada hal?!

Masalah yang perlu ditangani adalah untuk blog tu mempunyai ramai pembaca ia mengambil masa yang agak lama. Dan tuan punya blog tu mesti ada kemahiran menulis blog. Baru ramai yang akan datang membaca blog tersebut.

Kemahiran seperti SEO (boleh belajar dengan myscreative.com), Copywriting yang menarik untuk memancing pembaca datang baca dan membeli produk dan perkhidmatan serta design blog yang menarik adalah antara contoh-contoh yang tuan punya blog harus mahir untuk tujuan tersebut.

Tiada kemahiran di atas, blog akan krik-krik… Sunyi tanpa lambakan pembaca. Ini sekaligus menjadikan iklan kita tidak sampai kepada sasaran pembaca dan seterusnya membazirkan masa membuat iklan tanpa hasil yang diharapkan.

2. Berkolaborasi dengan blogger

Cara ini mudah dan segera. Tak perlu menunggu masa yang lama untuk kumpul pembaca. Tak perlu kemahiran untuk menguruskan blog.

Dari segi lambakan pembaca, kebiasaannya blogger yang lama sudah stabil dengan pembacanya yang tersendiri. SEO dah tak perlu fikir. Copywriting serahkan sahaja kepada blogger tersebut. Pandailah dia buat ayat nanti.

CUMA, untuk pengiklanan yang betul-betul berkesan, carilah blogger yang ada pembaca dan pengikut yang ramai. Carilah blogger yang tau selok belok buat ayat memancing pembaca untuk beli produk kita. Carilah blogger yang mampu naikkan entri reviewnya di halaman pertama Enjin Carian Google. Barulah sasaran pembaca yang mencari info tentang barangan yang kita nak iklankan tu jumpa entri pasal produk kita.

Untuk blogger yang berkualiti seperti ini, ada bayaran yang perlu dibuat. Ya lah.. nak buat tu semua bukannya seperti memetik jari saja. Ada usaha yang blogger perlu buat untuk mencapai objektif pengiklanan kita. Blogger pun cari makan dengan hasil blog.

Namun usah risau, bayaran yang dikenakan selalunya jauh lebih murah daripada korang iklankan di Suratkhabar, majalah maupun di media eletronik yang lain.

Kalau aku adalah orang yang nak iklankan produk dan perkhidmatan dengan menggunakan blog, aku akan pilih option kedua. Cari dan bayar jer blogger. Settle. Tak sakit kepala nak buat kerja blogging tu semua. Masa pun jimat…!

Macamana nak pilih blogger yang ada kualiti seperti yang aku nyatakan kat atas tu? Tunggu.. Aku akan kongsikan di entri selepas ini. Sekarang tak sempat dah nak tulis. aku nak tengok wayang pulak. Rogue One aku belum tengok. Macamana nak tulis review filem tu kalau tak tengok.

Ok. Tunggu entri seelnjutnya nanti.

8 comments

    • sohoque 30 December, 2016 at 07:21 Reply

      Boleh sitdown semula plan strategy. Dulu bisnes berkubur sebab apa? Now kekuatan dah ada. Seo tau, kawan blogger yang support ramai. fikir semula untuk hidupkan bisnes idea yang bijak juga tu

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: