cara-naikkan-pulihkan-mood-blogging

2 Perkara Yang Boleh Naikkan Semangat (Mood) Blogging Anda Yang Lesu

cara-naikkan-pulihkan-mood-blogging

Mood yang kelaut

Setiap blogger pasti akan melalui masalah ini. Masalah semangat lesu ataupun hilangnya mood untuk menulis entri adalah antara masalah yang seringkali menghantui penulis blog (blogger).

Mood ialah satu perasaan yang mengiringi kita sewaktu kita nak menulis. Ia adalah semangat ataupun keinginan yang mendorong kita menulis dengan jiwa. Tanpa mood ini, penulisan seorang blogger menjadi hambar. Ia dapat dirasai oleh pembaca yang akan menilai samada penulisan itu berkualiti, ada jiwa ataupun tidak.

Sebab itu pada seorang blogger, mood adalah sesuatu yang amat penting. Bagi aku sendiri, jika tiada mood memang aku tak akan memaksa untuk menulis di blog-blog aku. Aku tak mahu entri aku tidak berjiwa. Sebab itu ada beberapa ketika blog aku tiada entri baru.

Aku pernah terfikir. Tak ada cara ke nak naikkan ataupun sekurang-kurangnya pulihkan mood blogging yang jatuh merudum secara mendadak semula untuk kembali menghasilkan artikel-artikel yang mampu memberi faedah kepada pembaca? Sehingga sekarang aku tiada jawapan yang konkrit untuk soalan ini.

Perkara yang boleh naikkan/pulihkan mood blogging

Namun ada beberapa perkara yang boleh menaikkan seterusnya pulihkan mood blogging ataupun semangat untuk menulis secara mendadak. Perkara-perkara ini jika berlaku akan menceriakan kembali fikiran anda. Idea untuk menulis akan hadir mencurah-curah. Terasa semangat begitu membara untuk menekan papan kekunci.

2 perkara yang boleh naikkan semangat dan pulihkan mood blogging bilamana ia berlaku:

1. Mendapat penghargaan daripada pembaca

Penghargaan yang kita dapat adalah daripada komen yang ditinggalkan di bawah artikel kita. Lebih realistik lagi apabila pembaca menghubungi kita melalui Whatsapp ataupun FB menyatakan penghargaan tersebut. Memang hati akan berbunga-bungalah. Apa tidaknya. Kita tahu entri kita digemari dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Macam aku sendiri, memang itulah tujuan utama aku menulis. Aku nak penulisan aku ini memberi manfaat kepada manusia lain. Banyak faedahnya yang akan kita dapat dapat baik di dunia maupun akhirat.

prof

penghargaan daripada seorang pensyarah berpangkat profesor daripada Universiti Malaya

Penghargaan daripada pembaca yang cendiakawan seperti di atas bukannya senang nak dapat. Usaha aku yang tak seberapa sewaktu membuat liputan di pameran Research Universiti dahulu rupanya dipandang besar oleh yang menghargainya. Memang aku suka sangat dapat penghargaan ini.

2. Mendapat imbuhan berbentuk wang ringgit

Memang sudah menjadi tabiat aku, apabila aku menulis aku jarang menulis kosong. Ada sahaja link ataupun pautan yang aku tinggalkan untuk pembaca singgah dan membaca apa di sebalik link tersebut. Pautan-pautan yang aku tinggalkan itu biasanya adalah pendedahan tentang ebook tentang sesuatu perkara.

Contoh ebook yang aku biasa tinggalkan:

Pasangan Anda Merokok? Suruh dia baca ini!

Kadang-kadang ada juga waktunya aku akan tinggalkan banner ebook panduan seperti ini. Manalah tau ada wanita yang sukar untuk memikat lelaki seperti suaminya sendiri. Bolehlah si isteri ini belajar sesuatu daripada ebook ini:

ebook mungkin bukan sesuatu yang perlu bagi sesetangah orang, tetapi maklumat, petua serta tips yang terdapat di dalam ebook itu mungkin sesuatu yang amat berharga kepada sesetengah pembaca kita yang lain. Setiap orang ada lain keperluan dan minatnya.

ebook ini juga boleh memberi manfaat kepada orang ramai. Jadi berkongsi benda yang baik ini aku yakin akan turut mendapat tempiasnya pada saham akhirat aku.

Di samping itu habuan dunia juga dapat jika berlaku pembelian ebook tersebut. Atas dasar kita tolong mempromosikan ebook tersebut kita akan mendapat upah daripada orang yang memasarkan ebook tersebut. Memang adilkan?

Aku suka promosikan ebook ni selain daripada ia dapat menyelesaikan masalah orang, ia tidak memerlukan usaha yang sukar untuk membuat aktiviti promosi. Hanya gunakan sedikit ayat power dan tinggalkan link. Selebihnya adalah keputusan pembaca tersebut samada mereka bersetuju untuk membuat pembelian atau tidak.

Menerima emel begini memang akan menaikkan mood untuk menulis secara tiba-tiba:

komisen affiliate

komisen affiliate

Cara naikkan dan pulihkan mood blogging

Jadi bagaimana cara untuk pulihkan nafsu ataupun mood untuk blogging tadi tu? Aku pun tak pasti caranya secara tepat. Tetapi berdasarkan apa yang aku alami ini, antara cara tersebut adalah:

  1. Selalu menghasilkan content yang baik dalam penulisan kita untuk memikat dan memberi manfaat kepada pembaca
  2. Daftar affiliate untuk promosikan ebook supaya hasilnya dapat dinikmati
  3. Disiplinkan diri menghasilkan artikel ataupun entri pada masa-masa tertentu pada setiap hari
  4. Rajin membaca supaya mendapat idea yang bagus bagi menghasilkan entri yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama pembaca kita

Cara untuk naikkan mood untuk selalu aktif dalam blogging sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri juga. Lain orang lain caranya.

Apa cara sekalipun, perkongsian perlu diteruskan. Perkongsian yang baik akan memberi manfaat kepada kita sebagai penulis, baik di dunia mahupun di akhirat. Wallahua’lam.

27 comments

    • sohoque 10 September, 2015 at 11:13 Reply

      dulu ada isu pasal PBS. universiti jemput media sbb nak suh tulis psl research univ tp media gi cover psl PBS. abam hoq ngan sorang lg blogger jer yg cover psl research univ ni secara menyeluruh

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: