2 Tips Cliche Bagaimana Nak Hadapi Kenaikan Harga Minyak

Hari ini bermulalah satu lagi kenaikan kos sara hidup. Telah diumumkan malam tadi bahawa harga minyak kenderaan Ron 95 telah dinaikkan sebanyak 20 sen daripada harga sebelumnya.

Respon pertama yang aku dapat adalah daripada kiriman-kiriman mesej dalam whatsapp dan telegram. Pelbagai gambar dan kata-kata sindiran ekoran daripada tindakan kerajaan ini.Β Ini adalah salah satu mesej yang mencuit hati aku:

Saya harap spekulasi harga minyak naik dihentikan.Usah sebarkan cerita yang tak pasti.Baru sebentar tadi,saya isi minyak RM50.Takda pulak cashier suruh bayar RM 50.20 sen.Jangan terpengaruh dengan anasir yang mahu pecah belahkan negara.

Ini pula photo tentang janji Perdana Menteri:

Gambar ini antara yang paling banyak berlegar di dalam aplikasi whatsapp

Gambar ini antara yang paling banyak berlegar di dalam aplikasi whatsapp

Dalam hidup ini ada perkara yang kita boleh ubah. Ada juga perkara yang kita tak boleh ubah ataupun sukar untuk ubah. Antara perkara yang kita boleh ubah ialah sikap kita. Ia bergantung sejauh mana kita hendak berubah.

Sikap sabar, rajin, dekatkan diri dengan Allah dan lain-lain semuanya di atas kehendak kita. Jika kita nak jadikan sifat tersebut sikap kita, kita boleh ubah sikap kita.

Manakala perkara luaran yang melibatkan soal politik dan pentadbiran negara sukar untuk kita ubah. Ada cara nak mengubahnya, tetapi ia memakan sedikit masa, tenaga dan lain-lain lagi. Yang ini aku tak nak bincangkan di sini sebab aku bukan arif sangat bab-bab politik ini. Kenaikan harga minyak termasuk di dalam perkara yang kita tak boleh ubah.

2 Tips Cliche untuk hadapi perkara ini:

  1. Tambahkan pendapatan
  2. Kurangkan perbelanjaan

Hahaha.. cliche kan? Sangat umum. Senang nak sebut dan belum tentu senang nak buat.

Betul tu. Tapi apa lagi yang kita sebagai rakyat marhaen ni boleh buat? Nak berdemo? Nak melalak dalam media sosial? Nak memboikot? Nak marah? Nak menghentam kerajaan?

Boleh.. Tetapi apa yang harus difikirkan adalah sejauh mana ia berhasil. Sejauh mana kerajaan akan ikut apa yang kita kata? Dan yang pasti itu bukan cara aku dan juga bukan cara anda yang sependapat dengan aku. Ya tak?

Cari pendapatan sampingan

Jadi, nak tak nak memang kena tambah pendapatan kita untuk menyaingi kenaikan harga minyak kenderaan dan kenaikan barang-barang keperluan lain yang pasti akan turut naik selaras dengan kenaikan harga minyak.

Jadi perubahan diri ke arah yang lebih positif itu amat perlu. Banyak pendapatan sampingan yang boleh dibuat sekarang. Malah kadang-kadang pendapatan sampingan ni jika dibuat betul-betul, silap-silap melebihi gaji bulanan anda.

Untuk yang ada masa dan konsisten boleh mengadap Laptop, mungkin pendapatan sampingan secara online boleh dicuba. Banyak yang boleh berniaga di internet ni. Dropship, Affiliate, Review Produk, iklan banner dan macam-macam lagi.

Tak ada ilmu? Sesungguhya itu memang bukan alasan. Ilmu boleh dicari. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Nak ilmu berniaga dengan blog ada. Nak ilmu berniaga melalui Facebook pun ada. Nak berguru dengan ebook pun ada berlambak di internet. Pilih sahaja. Janji kita ada inisiatif untuk tambah duit.

Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Unit Trust Consultant (UTC)

Untuk yang minat berjumpa orang, menjalin rangkaian bisnes (network) dan sebagainya, mungkin bisnes sebagai UTC boleh dipilih.

Unit Trust Consultant

Unit Trust Consultant

Saya sudah berada di dalam industri ini sudah hampir 14 tahun. Memang senang nak buat duit di dalam industri ini. Cuma kena ada sedikit ilmu. Carilah senior yang boleh membantu anda jika anda memilih kerja ini sebagai pilihan anda.

Pemilihan agensi amat penting di dalam industri ini kerana agensi yang bagus boleh membantu anda membuat perancangan untuk dicapai berdasarkan berapa impian pendapatan yang anda ingini.

Boleh hubungi saya untuk info detail tentang UTC ni. Saya sangat gembira untuk berkongsi dengan anda.

Dua kerja sampingan yang aku sebut tadi adalah segelintir daripada contoh-contoh perkerjaan yang boleh anda ceburi sebagai kerjaya part-time anda.

Ada banyak lagi kerja sampingan yang lain seperti membuka gerai makanan, membuka gerai burger dan sebagainya.

Aku pernah menjual burger sewaktu masih di Universiti. Keuntungan menjual burger ini jangan dipandang ringan. Senang-senang saja untuk mendapatkan keuntungan sekali ganda daripada modal yang dikeluarkan.

margin keuntungan bisnes burger tinggi

margin keuntungan bisnes burger tinggi

Tambahan pula sekarang ini banyak ebook dan panduan untuk menceburi perniagaan menjual burger ini.

eBook Rahsia Bisnes Burger

Isteri juga boleh membatu suami dalam menambahkan pedapatan keluarga. Macam-macam yang boleh dibuat oleh isteri. salah satunya yang dicadang di dalam ebook berniaga dari rumah ini:

Rahsia Suri Rumah Bekerjaya! Klik Disini!

Berjimat cermat

Mulakan sekarang. Berjimat cermat dalam segala perbelanjaan hatta dalam perbelanjaan makanan dan Elektrik sekalipun. Kenali keperluan dan kehendak dalam perbelanjaan. Tinggalkan perbelanjaan yang tidak perlu dan tidak penting.

Aku tidak mahu terangkan secara detail tentang yang ini. Kerana aku pun sukar untuk merendahkan gaya hidup yang aku ada sekarang secara drastik. Yang aku praktikkan adalah mencuba untuk mengurangkan hutang-hutang yang belum selesai disamping cuba untuk tidak membuat hutang baru.

Jadi untuk orang yang tidak sanggup meninggalkan gaya hidup sekarang dengan berjimat cermat, mereka perlu meningkatkan perolehan pendapatan melalui pendapatan sampingan tadi.

Secara kesimpulannya, kita boleh marah dengan kerajaan. Tapi kita ubah sewaktu pilihanraya. Apa yang penting kita ubah diri sendiri. Cari bisnes yang boleh hasilkan pendapatan sampingan untuk menghadapi kos dara hidup yang semakin meningkat.

Sabar dengan ujian Allah. Positifkan diri. Buang sikap malas dan panjang angan-angan. Jom bertindak sekarang. Jom tambahkan pendapatan keluarga…!

13 comments

  1. Ishak Ismail 4 October, 2014 at 05:39 Reply

    tips mudah untuk hadapi kenaikan harga minyak.. memang mudah walaupun belum tentu mudah untuk dibuat. tp utk menyaingi kos sara hidup yg semakin meningkat, terpaksalah memudahkan diri walaupun terasa tidak mudah..

  2. Hissham Ramdzan 4 October, 2014 at 14:05 Reply

    Jom kurangkan perbelanjaan dan tambahkan pendapatan. Chop… nak tambah pendapatan kena kua modal dulu lah kan… contoh nak jual burger kena dptkan gerai tapak, bahan mentah dsb… so nak tambah pendapatan kena keluar duit dulu. ..

    Pastu bila dah keluar duit nak start lah tambah pendapatan lah kononnye… oppsssss… lupe pulak lah… siapa yang nak beli burger kita nih sekarang… sebab semua orang dah kurangkan perbelanjaan. …

    Puiiiiiiii…..

    • sohoque 4 October, 2014 at 14:16 Reply

      terima kasih atas komen en hissham ramdzan. ada betulnya apa yang encik kata. tetapi burger ada pasarannya. lagipun bisnes burger hanyalah satu cadangan saya diantara beberapa cadangan yang lain. untuk menambah pendapatan sampingan, sebetulnya pilihlah yang kita rasa sesuai dengan kita dr segi kemahiran, modal dan sebagainya πŸ˜‰

  3. Oja Samid 11 October, 2014 at 12:22 Reply

    kadang2 benda macam kenaikan minyak nie jadi turning point utk kita muhasabah balik..contoh macam perbelanjaan harian sehari2, mungkin terlalu banyak pembaziran. jadi boleh lebih beringat2 bila berbelanja, in the same time ringankan tangan untuk menghulur pada yg memerlukan juga. insyaAllah lbh murah rezeki..dalam pelbagai bentuk. πŸ˜€
    Oja Samid recently posted..Panduan Memilih Soya yang SelamatMy Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: