Jan 31

Meeting, Training dan Business Opportunity Preview

Salam.

Kepada kawan-kawan Synergy Planner Group, sila hadirkan diri anda untuk majlis ilmu kita pada hari Sabtu ini. KLIK untuk detail Training.

Kemudian pada petangnya pula akan diadakan Business Opportunity Preview untuk prospek UTC. Sila jemput prospek anda untuk hadir. InsyaAllah saya akan handle dari sana. KLIK untuk details BOP

Jan 31

Inti Karipap Tak Boleh Dinilai Daripada Kulitnya.

Hahaha.. Ok ke tajuknya ni. Sebenarnya tajuk ini alternative kepada “don’t judge the book by its cover”.

mengeteh di kedai mamak 300x225 Inti Karipap Tak Boleh Dinilai Daripada Kulitnya.

Pagi ini sementara menunggu appointment dengan client saya yang telah ditetapkan pada pukul 12 tengahari, saya melepak di satu kedai mamak. Tujuannya adalah untuk update blog dan juga download data software untuk monitor clients performance , satu sistem syarikat saya, syarikat pelaburan unit trust no 1 di Malaysia untuk monitor performance pelaburan client. Seperti biasa saya telah memilih satu meja yang berdekatan dengan plug supaya senang untuk caj bateri jika kehabisan.

Tiba-tiba saya telah didatangi oleh seorang chinese berusia 40-an. Pakaiannya biasa sahaja iaitu berkemeja lengan pendek dan berseluar slack.

Dia meminta izin untuk join minum teh tarik satu meja dengan saya. So saya cakap “why not”. Kot-kot saya dapat sesuatu darinya pada pagi ni. Sebabnya ilmu ni datangnya bukan daripada pensyarah atau cikgu sahaja, tetapi semua orang berpotensi memberi kita ilmu. Mungkin ada benda yang kita tidak tahu tetapi dia tahu.

Perbualan bermula bila dia bertanyakan tentang galaxy tab saya. Bermula daripada situ dia telah bercakap secara details dan facts tentang IT industry. Tentang tablet – perbezaan antara android dan apple. Tentang Laptop – sedikit review tentang IBM/lenovo. Tentang server – macamana keadaan server sekarang, kenapa IBM jual laptopnya kepada lenovo, macamana IBM concentrate on server yang sekarang kecil saiznya tetapi laju.

Kemudian cerita beralih kepada industry automotive. Kemudian beralih kepada politik. Setelah itu beralih pula kepada property market.

Bila ditanya diakhir perbualan, beliau sebenarnya adalah seorang engineer, berkelulusan dari salah sebuah university di USA. Sekarang berkerja sebagai contractor dalam industry engineering. Projek yang sedang beliau buat sekarang adalah projek menaik taraf church di Kota Kinabalu.

Adik beliau berkerja dengan IBM Singapore. Kerjanya ada kaitan dengan mengkaji virus komputer. Adik beliau yang seorang lagi juga terlibat dalam bidang IT.

Patut la beliau amat arif dalam gadjet dan bidang IT.

Saya pun secara tidak langsung memasukkan ilmu unit trust kepada beliau. Menurut beliau, beliau telah lama melabur dalam unit trust. Begitu juga dengan ahli keluarganya. Menurutnya ayahnya adalah orang yang kaya.

Banyak ilmu dan nasihat yang secara tidak langsung dapat saya ambil untuk dijadikan panduan daripada perbincangan selama 1 jam dengan beliau.

Jadi, don’t judge the book by its cover. Walaupun kita nampak seseorang itu biasa, jangan kita memandang rendah kepadanya. Kerana mungkin ilmunya lebih banyak daripada kita.

Begitu juga dalam kerja kita sebagai Unit Trust Consultant. Jangan anggap orang yang berpakaian biasa itu tidak ada duit untuk melabur. Malahan mungkin dia lagi berduit daripada orang yang berpakaian yang kelihatan mahal. Itu semua hanyalah life style dan preference masing-masing. Jadi sebenarnya market untuk pelabur Unit Trust adalah semua orang. Bukan sasarannya hanya untuk orang yang “kelihatan” berduit sahaja.

Jan 31

New Template

Selepas puas godek-godek template kat wordpress.org, terjumpa lah template ni. Selepas preview terus saya jatuh hati. Apa tidaknya, layout dia memang lain dari yang lain. lihat sahaja index icons di kiri dan kanan site ini. Tiada lagi penggunaan tajuk dengan perkataan seperti biasa.

Widgetnya pulak dah ada yang yang ready. Jadi tak perlulah saya add banyak-banayk Menu pada site ini.

Pada mulanya agak kelam kabut sedikit semasa baru install template ni. Masalah yang timbul ialah Widget menjadi “redundant” antara “Widget” yang saya dah install untuk template yang sebelum ini dengan “Ready Widget” yang didatangkan sekali dengan template ini. Puas saya godek-godek membuat trial and error tetapi belum berjumpa penyelesaian. Walaupun bantuan otai telah diminta.

Namun akhirnya setelah pukul 2 pagi barulah ketemu jawapan. Saya terpaksa activatekan dulu template yang lama, iaitu template yang saya guna sewaktu saya addkan Widget-widget tersebut. Selepasberada di dalam template lama, baru lah boleh widget tersebut di remove kan kembali. Kemudian terus template baru baru ni diapply.

Alhamdulillah. Puas hati walaupun sekarang pukul 2.30 pagi. baked blogger 300x295 New Template

So sampai di sini sahaja untuk kali ini. Wassalam

Jan 26

Terjemahan Surah Al-Waqiah

Dikatakan mengamalkan membaca surah ini akan menyebabkan kita murah rezeki. Namun apa yang penting janganlah hanya kerana itu kita semberono sahaja membaca surah ini. Yang paling penting pada setiap amalan adalah niat di hati. Ikhlaskan niat kita. Buat hanya kerana Allah sahaja. Bukannya kerana inginkan sesuatu benda.

Apabila kita berbuat ibadat dengan keikhlasan kerana Allah, apa yang kita inginkan akan datang sendiri secara otomatik dengan izin Allah.

Jangan pula hanya mengamalkan membaca surah ini, kemudian duduk begitu sahaja tanpa usaha. Kemudian menunggu-nunggu bilakah rezeki yang kita idamkan itu akan tiba. Ini pun salah juga. Kerana amalan atau doa sahaja tanpa sebarang usaha ibarat mencurah air ke daun keladi sahaja.

Begitu juga dengan ibadah wajib seperti solat. Yang ini kena utamakan dahulu barulah berkat. Ini tidak, solat sering dilambat-lambat. Lebih parah lagi tika rajin sahaja buat. Jangan hanya mengamalkan surah Al-Waqiah tetapi solat tak cukup sifat. Kemaskan solat fardhu kita dulu, kemudian tampung kekurangan solat fardhu tadi dengan solat sunat, kemudian baru la amalkan secara tetap.

Banyakkan juga mengingati Allah terutamanya istighfar. Kerana Allah amat sayang kepada orang yang kepada Nya selalu beristighfar. Apabila Allah sayang, baru lah senang Dia makbulkan doa kita yang panjang.

Di bawah adalah makna ayat-ayat di dalam surah Al-Waqiah satu demi satu. Ianya mengisahkan 3 golongan dan balasan-balasannya di akhirat kelak. Marilah kita berusaha menjadi golongan pertama, As-Sabiquun ataupun golongan kedua iaitu golongan kanan. Jagalah iman dan amalan kita agar tidak tergolong di kalangan golongan kiri.

Marilah kita sama-sama renungkan maknanya disamping kita membaca surahnya. Renung-renungkan dan selamat beramal. Wallhua’lam. orang ngaji 300x235 Terjemahan Surah Al Waqiah

 

Suratul Waqiah.

[1]
Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2]
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4]
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
[5]
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6]
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7]
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8]
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9]
Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10]
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11]
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12]
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13]
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14]
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
[15]
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
[16]
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17]
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
[18]
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19]
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
[20]
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
[21]
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22]
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
[23]
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24]
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[25]
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
[26]
Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).
[27]
Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]
Dan naungan yang tetap terbentang,
[31]
Dan air yang sentiasa mengalir,
[32]
Serta buah-buahan yang banyak,
[33]
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
[34]
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35]
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36]
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37]
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38]
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
[39]
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
[40]
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
[41]
Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42]
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43]
Serta naungan dari asap hitam,
[44]
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[45]
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[46]
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47]
Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
[48]
“Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? ”
[49]
Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
[50]
“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum.
[51]
“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
[52]
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
[53]
“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54]
“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
[55]
“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.
[56]
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
[57]
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
[58]
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
[59]
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
[60]
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
[61]
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
[62]
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
[63]
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
[64]
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65]
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66]
(Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67]
“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) ”
[68]
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69]
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
[70]
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
[71]
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72]
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
[73]
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74]
Oleh yang demikian – (wahai orang yang lalai) – bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
[75]
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
[76]
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
[77]
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
[78]
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
[79]
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
[80]
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
[81]
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
[82]
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
[83]
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
[84]
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
[85]
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
[86]
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
[87]
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
[88]
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,
[89]
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
[90]
Dan jika ia dari puak kanan,
[91]
Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”.
[92]
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
[93]
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
[94]
Serta bakaran api neraka.
[95]
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
[96]
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Jan 26

Berkereta Mewah Menjadi Satu Kemestian Untuk Bisnesman?

Salam.

Berkereta mewah menjadi satu kemestian untuk bisnesman di masa kini. Ia telah menjadi kayu ukur untuk ramai individu yang bergelar bisnesman dewasa ini. Ia semacam lambang kejayaan bagi sesuatu bisnes yang diceburi itu. Ia juga dikatakan boleh menjadikan klien mereka lebih menghormati dan lebih yakin untuk berurusan dengan mereka.

merce Berkereta Mewah Menjadi Satu Kemestian Untuk Bisnesman?

Wallahua’lam. Saya tidak pula membuat kajian yang mendalam tentang ini. Artikel ini ditulis pun kerana saya terfikir mengapa berkereta mewah menjadi satu kemestian untuk bisnesman sebagai penentu kejayaan mereka.

Namun, ada sesuatu yang tidak betul apabila seseorang bisnesman yang baru nak berjaya, ataupun masih belum berjaya lagi sebenarnya (hanya perasan berjaya) telah memandu kereta mewah ini hanya kerana inginkan persepsi ini.

Saya bersetuju dan tidak bersetuju dengan persepsi tersebut:

Setuju:-

  • apabila dia mampu dan membeli untuk menghadiahkan dirinya dengan sesuatu hadiah yang baginya amat bermakna. Dan diharapkan dengan itu dia akan melebihkan lagi usaha untuk menempa kejayaan.
  • apabila pembelian itu adalah kerana nilai kereta mewah itu iaitu mempunyai performance yang bagus, tahan lasak, jimat penggunaan petrol, bagus ciri-ciri keselamatan dan lain-lain yang dapat memberi nilai kepadanya yang banyak berada di jalanan untuk ke tempat kerja atau berjumpa klien misalnya.
  • apabila memang ini terbukti akan menaikkan lagi bisnesnya kerana kliennya akan lebih cyakin untuk berurusan kerana mereka yakin bahawa itu adalah hasil usaha keras kita.
  • apabila itu adalah salah satu cara dia untuk mengurangkan cukai pendapatan yang terpaksa dibayar.
  • apabila keperluan asas seperti rumah, pembelajaran anak-anak, perbelanjaan tanggungan kepada isteri dan segala keperluan asas yang lain telah dilunaskan.
  • apabila bahagian pendapatannya untuk simpanan seperti perancangan persaraan, perancangan pendidikan anak, perancangan mengerjakan haji, perancangan perlindungan (takaful) telah diperuntukkan.

 

Tidak Setuju:-

  • apabila penadapatannya yang dapat hanya cukup-cukup tapi dah beria-ia nak beli kereta mewah.
  • apabila ianya kerana hendak menunjuk-nunjuk. Ini yang paling ditakuti kerana dikhuatiri sifat ini akan datang dengan sendiri.

Nampaknya banyak syarat yang perlu dipenuhi jika aku sendiri ingin menggunapakai kereta mewah.

Yang sebaik-baiknya ialah kita hidup secara bersederhana. Ada satu hadis yang menyebut: “sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan”.

Namun bersederhana ini juga adalah subjektif. Lain orang lain interpretasinya. Sederhana orang kaya berlainan levelnya daripada sederhana orang kurang berada. Contohnya Imam Abu Hanifah suka memakai pakaian yang mahal-mahal. Bukannya beliau ingin bermegah tetapi memang beliau mampu.

Untuk pengetahuan, Imam Abu Hanifah selain menjadi pakar ilmu hadis dan lain-lain ilmu agama adalah seorang businessman yang berjaya. Beliau mempunyai kedai-kedai kain dan pakaian. Beliau juga mempunyai gudang jubin. Jubin dari kedainya pernah digunakan oleh khalifah pemerintah pada masa itu untuk digunakan di istananya.

Beliau pernah menegur bapa seorang anak muridnya yang selalu datang belajar ilmu agama dengannya tetapi selalu dipakaikan pakaian yang lama. Sedangkan beliau kenal akan bapa anak muridnya yang merupakan seorang yang berada.

Beliau telah bertanya kenapa bapa tersebut memakaikan anaknya dengan pakaian yang lama dan lusuh. Bapa anak muridnya menjawab dengan mengatakan dia takut untuk berlebih-lebihan dan lebih baik duit untuk membeli baju itu disedeqahkan. Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa membelikan baju baru dan cantik kepada anak adalah salah satu daripada amalan sedeqah.

Pada pandangan saya, apa yang penting untuk seseorang businessman adalah ilmu perancangan kewangan. Terutama Islamic Financial Planning.

kebebasan kewangan Berkereta Mewah Menjadi Satu Kemestian Untuk Bisnesman?

Dia perlu tahu berapa amaun yang diperlukan untuk masa hadapan. Apakah langkah-langkah yang telah dibuat untuk dia mengecapi kebebasan kewangan (financial freedom). Adakah pembelian kereta mewah itu akan menjadi liability ataupun asset kepadanya. Apakah asset-asset yang dibeli telah cukup untuk dia kutip hasilnya kelak. Dan yang paling penting adakah langkah-langkah untuk mencapai Al-Falah iaitu objektif SEBENAR hidupnya sebagai muslim telah dia lakukan…

Adakah berkereta mewah menjadi satu kemestian untuk bisnesman? Wallahua’lam jawabku. Ukurlah baju di badan sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Wallahua’lam..

Jan 25

Rendah ke Darjat Menjadi Seorang Unit Trust Consultant?

professional training Rendah ke Darjat Menjadi Seorang Unit Trust Consultant?Salam.

Antara objection-objection yang saya terima daripada prospek ataupun bakal Unit Trust Consultant (UTC) adalah kerja UTC ini adalah kerja yang rendah tarafnya. Adajuga yang berkelulusan Ijazah merasakan mereka over qualified untuk kerja sebagai UTC ini.

Komen saya

Saya tidak menyalahkan degree holder kerana sangkaan mereka itu. Ini adalah kerana bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta”. Dulu sewaktu saya belum  menceburi bidang ini, saya pun pernah merasakan demikian. Pada pandangan saya bukan kerja sebagai UTC sahaja malah kerja sales ini bukanlah kerja sesuai untuk saya. Ya lah.. mana tidaknya, saya belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan keputusan yang bagus untuk masuk universiti demi segulung ijazah. Tiba-tiba tup-tup bila lepas graduation kerja sales yang saya buat. Kalau saya nak buat kerja sales tak perlu lah saya belajar tinggi-tinggi kerana dengan lulusan SPM pun saya boleh buat sales.

Kerja yang saya bayangkan pada masa itu adalah suatu kerja yang nampak professional persekitarannya, berpakaian formal seperti tie dan kot di tempat kerja, duduk di pejabat yang mempunyai air-cond dan lain-lain suasana pejabat seperti yang digambarkan di dalam filem-filem dan seperti yang mungkin juga diinginkan oleh ibu bapa kita pada masa itu.

Ini menyebabkan banyak kerja-kerja yang saya dapat daripada interview yang pernah saya hadiri saya tolak. Sebabnya ialah kerja-kerja tersebut  melibatkan sales. Untuk makluman, saya graduate daripada university tempatan pada tahun 1999. Pada masa itu kerja agak susah untuk diperolehi. Pada masa itu strategy saya ialah menghantar seberapa banyak resume kepada syarikat-syarikat yang mengiklankan kerja kosong didalam akhabar. Daripada usaha saya itu, banyak panggilan interview telah saya terima. Kebanyakan kerja yang ditawarkan adalah yang melibatkan kerja jualan (sales).

Namun akhirnya akibat kerja yang diidamkan belum juga dapat saya telah membuat keputusan untuk menerima sebarang kerja walaupun kerja yang melibatkan sales. Tapi jauh di sudut hati saya, saya hanya menerima kerja tersebut untuk tempoh masa sementara sahaja iaitu sebelum saya ditawarkan dengan kerja yang betul-betul saya idamkan.

Kerja pertama saya ialah kerja sebagai Pegawai Pemasaran di syarikat yang membuat makanan seperti kicap, sos, rempah ratus dan lain-lain. Syarikat tersebut kepunyaan 100% Bumiputera. Sempat lah saya berkerja di syarikat tersebut selama 6 bulan. Kemudian saya diterima pula untuk berkerja di sebuah bank utama Malaysia. Kerja yang dilakukan juga melibatkan  sales. Memikirkan saya mungkin boleh bertukar ke bahagian pengurusan (yang tidak melibatkan aktiviti sales) di suatu hari nanti, saya lantas menerima kerja di bank tersebut. Setelah beberapa lama berkerja di situ saya dapati secara sedar tak sedar saya dah menerima hakikat yang berkerja di bahagian sales  ini sama sahaja dengan kerja-kerja lain. Iaitu saya dibayar gaji seperti kerja lain. Malah masa saya lebih fleksibel berbanding kerja pengurusan lain yang terpaksa mengikut waktu pejabat. Tanpa disedari saya mula menerima kerja sebagai sales person.

Sebenarnya kerja sales ini adalah kerja lumrah seorang manusia. Sales ini ialah suatu kerja seni. Kemahiran sales ada kemahiran tersendiri, kadangkala direct kadangkala indirect. Sales proses pulak ada yang panjang dan ada pendek tempohnya pusingannya.

Sales ialah skil meminta. Meminta orang bersetuju dengan idea yang kita lontarkan, bersetuju membeli produk dan service kita. Sebenarnya kemahiran sales ini bermula daripada sejak kita dilahirkan. Lihatlah bagaimana bayi dikurniakan kemahiran oleh Allah untuk meminta susu daripada ibunya. Lihatlah budak-budak merengek kepada ibubapanya untuk meminta dibelikan gula-gula ataupun aiskrim. Lihatlah bagaimana remaja memujuk ibubapanya, lihatlah suami meminta daripada isteri, ataupun isteri meminta daripada suami.. ehem-ehem.. itu dah masuk bab lain dah tu.. hehehehe

Kemahiran sales adalah naluri semulajadi manusia. Jadi kepada sesiapa mengatakan bahawa kerja sales itu adalah rendah darjatnya adalah salah amat tidak betul kerana yang mengatakan demikian pernah membuat aktiviti sales.

Begitu juga dengan kerja sebagai UTC ini. Ia sebenarnya adalah suatu kerja yang mulia noble profession). Tugas sebenar seorang UTC adalah educate orang ramai tentang perancangan kewangan (financial planning). Ramai orang diluar sana yang belum memahami apa itu perancangan kewangan. Masih begitu ramai orang di luar sana yang masih belum mempunyai perancangan kewangan seperti Education Planning, Retirement Planning, House Ownership Planning, Hajj Planning dan lain-lain Financial Planning. Berapa ramai orang di luar sana yang tidak mengetahui tentang halal haram pelaburan yang telah mereka sertai dan akan mereka sertai. Ramai yang tidak sedar akan unsur riba’ di dalam pelaburan mereka. Ini semua adalah ilmu-ilmu yang UTC sampaikan kepada public secara langsung atau tidak langsung.

Kerja sebagai UTC ini amat fleksibel masa kerjanya. Tiada lagi punch card. Tiada lagi 9 – 5 working hours. Tiada lagi kesesakkan lalu lintas. Ini semua kerja UTC ini, masanya diaturkan oleh UTC sendiri. Oleh yang demikian, maka banyak masa yang boleh diperuntukkan kepada family. Banyak masa yang boleh diperuntukkan untuk surau ataupun masjid. Banyak masa boleh diperuntukkan untuk belajar samada ilmu duniawi maupun ilmu ukhrawi.

Kerja sebagai UTC adalah kerja yang professional. UTC ada Code of Ethics yang digariskan oleh FIMM (Federation of Investment and Money Management), suatu badan yang mengawal selia industry unit trust. Untuk menjadi seorang UTC, satu peperiksaan (computerised unit trust examination) wajib diduduki oleh seseorang individu. Ini adalah sebagai lesen untuk seseorang mempromosikan unit trust. Tanpanya seseorang boleh diambil tindakan. Lesen ini akan menjadi satu benchmark kepada  public agar confident dan percaya dengan nasihat UTC. UTC juga diwajibkan supaya menghabiskan 16 jam menghadiri beberapa kursus untuk mengekalkan supaya UTC sentiasa competent  dalam industry ini.

Untuk menggalakkan lagi UTC meningkatkan lagi ilmu perancangan kewangan, pihak syarikat juga ada memberi subsidi CFP (Certified Financial Planner) dan IFP (Islamic Financial Planner bagi yang layak.

Kerja sebagai UTC ini berupaya memberikan unlimited income. Dengan kata lain kita yang tentukan sendiri gaji atau pendapatan kita. Berapa RM yang kita nak. Kalau berkerja makan gaji, gaji kita tetap sama dan increment  yang diterima setiap tahun adalah di dalam percentage yang agak sedikit. Di industry unit trust ini segalanya mungkin. Kita plan  dan kita fikirkan bagaimana untuk kita mencapainya.  We can be our own boss.

Untuk UTC yang memperolehi target sales yang telah ditetapkan, UTC akan dibwri oversea trip yang semuanya ditanggung oleh pihak syarikat. Kita hanya perlu membawa duit poket sahaja.

Namun, dalam semua kelebihan yang disenaraikan diatas, yang paling saya syukuri adalah dengan menceburi bidang UTC ini saya secara tidak langsung melakukan dakwah mencegah orang daripada membuat kemungkaran, dan mengajak orang melakukan kebaikan. Jadi jika kita ikhlas dalam menjalankan amanah sebagai UTC dengan mengajar ilmu  Islamic financial planning  kepada orang ramai, bukan sahaja imbuhan duniawi kita dapat bahkan overriding di akhirat nanti pasti akan menunggu.

Untuk kelebihan-kelebihan lain yang bakal diperolehi oleh UTC, sila hubungi saya

Jan 25

Hormati Leader Anda

with coworker carricature Hormati Leader Anda

Salam.

Bulan lepas saya diberi kesempatan oleh Allah untuk mengkhatamkan satu buku bertajuk Kisah 4 Imam Mazhab: Imam-imam Yang Benar (Imam Abu Hanifah . Imam Malik. Imam Syafie. Imam Ahmad Bin Hanbal). Susunan: Abdul Latip Talib. Ia berkisar tentang kisah empat imam yang menjadi pendiri empat mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal

Buku ini menceritakan kisah mereka sedari kecil sehingga mereka meninggal dunia. Kisah pembelajaran mereka, kisah keistimewaan mereka, kisah kesengsaraan mereka, dan kisah mereka menentang kebatilan.

Antara sifat-sifat mereka (selain sifat-sifat istimewa yang dikurniakan Allah seperti ketajaman fikiran dan daya hafalan yang dimiliki oleh Imam Syafie) yang saya amat kagumi ialah mereka amat menghormati insan-insan yang pernah menjadi guru mereka.

Antaranya yang saya ingat ialah kisah Imam Abu Hanifah dengan seorang lelaki Yahudi. Begini ceritanya:

seperti biasa pada petang itu orang ramai memenuhi Masjid Kufah bagi mengikuti pengajian ilmu hadith yang disampaikan oleh Imam Abu Hanifah. Sedang beliau mengajar tiba-tiba muncul seorang lelaki dari keturunan Yahudi. Imam Hanafi segera bangun sebagai tanda hormat kepada lelaki itu

“selamat datang datang wahai guruku. Adakah apa-apa yang dapat saya bantu?” tanya Imam Abu Hanifah sambil menunjukkan rasa hormat.

“sebentar tadi saya singgah di kedai kamu bagi membeli sehelai baju. Saya tidak cukup duit mahu membelinya kerana harganya di luar kemampuan saya. Pekerja kamu tidak setuju apabila saya minta diturunkan harganya. Kerana itu saya datang dan mengadu kepada kamu,” jawab lelaki itu.

“selepas habis mengajar nanti saya akan berada di kedai itu. Tuan tunggu saya di sana dan tuan akan mendapat baju itu,” kata Imam Abu Hanifah. Lelaki itu kelihatan gembira lalu beredar dari situ.

“Tuan guru, bukankah lelaki itu berbangsa yahudi? Mengapa tuan begitu hormat kepadanya hingga berdiri menyambut kedatangannya?” tanya salah seorang anak muridnya.

“Dia guru saya kerana itu saya menghormatinya,” jawab Imam Hanafi.

“Apakah tuan pernah berguru dengan lelaki yahudi itu?” tanya seorang lagi dengan rasa kehairanan.

Menurut Imam Hanafi suatu hari dia hendak mengetahui bilakah masa seekor anjing itu cukup umurnya? Kebetulan lelaki yahudi itu banyak memelihara anjing. Lalu beliau bertanyakannya perkara tersebut.

“Lelaki itu memberitahu saya seekor anjing itu cukup umurnya apabila ia sudah kencing berdiri. Sesiapa saja yang mengajar saya walau satu ilmu, dia adalah guru saya. Lelaki itu mengajar saya satu ilmu mengenai anjing kerana itu saya menganggap dia juga salah seorang guru saya,” kata Imam Abu Hanifah.

Selesai mengajar, Imam Abu Hanifah pergi ke kedainya. Dilihatnya lelaki yahudi itu masih berada di situ menunggu kedatangannya. Dengan wajah gembira, dia menunjukkan baju yang hendak dibelinya.

“Saya berkenan dengan baju ini dan mahu memakainya. Tetapi saya tidak cukup duit untuk membelinya,” kata lelaki Yahudi itu lagi.

Imam Abu Hanifah mengambil baju itu lalu menyerahkannya kepada lelaki Yahudi itu sambi berkata, “saya hadiahkan baju ini kepada tuan yang pernah mengajar saya satu ilmu.”

“Saya sendiri sudah lupa apakah ilmu yang pernah saya ajarkan kepada kamu?” tanya lelaki Yahudi itu pula.

“Mengenai bilakah cukup umur bagi seekor anjing. Tuan mengatakan apabila anak anjing itu pandai kencing berdiri. Bagi saya itu adakah satu ilmu dan tuan adalah guru saya walau mengajar satu ilmu,” jawab Imam Abu Hanifah.

“Sekiranya begitu, giliran saya pula berguru dengan kamu. Mulai besok bolehkah saya menyertai orang ramai bagi mendengar ajaran kamu?” tanya lelaki Yahudi itu pula.

“Boleh…,” jawab Imam Abu Hanifah.

“Cuma saya bimbang dimarahi orang ramai kerana belum Islam,” kata lelaki Yahudi itu.

“Saya akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai kehadiran kamu. Usah bimbang kerana tiada siapa yang akan mengganggu,” kata Imam Abu Hanifah pula.

Lelaki Yahudi itu gembira dan berjanji akan datang mendengar majlis ilmu yang disampaikan Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah juga gembira sambil berdoa kepada Allah semoga lelaki Yahudi itu mendapat hidayah.

Begitu juga dengan Imam Malik yang tidak menganggap Khalifah Harun Al-Rashid sebagai seorang khalifah apabila khalifah datang untuk belajar ilmu hadith (kitab Al-Muwatta’) daripadanya. Beliau hanya menganggap khalifah sebagai anak-anak muridnya seperti yang lain. Beliau hanya menyuruh Khalifah Harun duduk di bawah dan beliau duduk di atas sebagai guru.

Sikap menghormati guru ini sama diamalkan juga oleh Imam Shafie dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Di sini menunjukkan kita bahawa mulianya darjat seorang guru.

Sikap dan amalan menghormati guru ini dapat saya hubungkan dengan keadaan kita di dalam bisnes unit trust (UT) ini. Seperti yg semua telah fahami, UT di Malaysia kebanyakannya dipromosikan oleh konsultan-konsultan yang bernaung di Syarikat Pengurus Unit Amanah. Cthnya adalah seperti Public Mutual, CWA, MAAKL, dan sebagainya.

Syarikat-syarikat ini kebanyakannya mengamalkan system agency di mana apabila seseorang itu ingin mendaftarkan diri sbg Unit Trust Consultant (UTC), beliau haruslah terlebih dahulu memilih agensi mana ataupun leader/upline yang beliau ingin bernaung.

Dalam sistem agensi sebegini, selain daripada semangat kendiri, konsultan amat memerlukan bimbingan daripada leader/upline untuk berjaya dalam industri ini. Jarang sekali konsultan yang berjaya tanpa bimbingan langsung daripada upline (ada tapi amat jarang). Walaupun lebih separuh faktor kejayaan adalah dari sikap positif UTC sendiri, sumbangan upline tidak dapat dinafikan.

Ini secara tidak langsung menjadikan upline tersebut sebagai guru dan pembimbing kepada konsultan yang baru tadi. Jadi secara tidak langsung downline tadi kenalah menghormati leader/uplinenya. Kerana dengan bimbingan uplinenyalah (selain dari semangat dalam diri, dan kursus dan latihan daripada pihak syarikat) dia dapat berjaya seperti sekarang.

Jadi, saya rasa amat tidak patut jika kita “derhaka” kepada upline kita. Cuba kita renungkan, tidak ada langsungkah ilmu yang dia ajarkan kepada kita. Saya cukup yakin jawapannya ADA. Sekurang-kurangnya ilmu tentang industry Unit Trust yang kita ceburi sekarang. Dengan ajakannya lah kita ada dan berjaya di dalam bisnes ini sekarang.

Jika dia “kurang” cakna kepada kita sebagai downline dia sekalipun, dengan secebis ilmu yang dia telah curahkan kepada kita, cukuplah menjadikan dia sebagai guru kita dan penyebab kita masih berada di dalam bisnes kita ini sekarang.

Oleh itu, pada pandangan saya ini, amatlah tidak patut kita mengutuk dia. Jika kita tidak puas hati kepadanya sekalipun, lebih baik kita berdiam sahaja. Doakan di dalam hati supaya kita tidak jadi seperti dia bila kita menjadi leader kelak. Jadikan apa yang dibuat kepada kita itu sebagai satu pengajaran yang amat berharga untuk kita belajar supaya tidak kita ulangi sewaktu kita berada di kemuncaknya nanti..

Dengan terhasilnya artikel ini, saya akan cuba mengubah diri saya yang selama ini sedikit sebanyak menyalahkan “immediate automatic” upline saya. Bila saya renungkan sejenak, saya sebenarnya ada menerima ilmu daripada dia. Walaupun saya kurang berpuas hati dengan apa yang berlaku tapi saya akan mengambil jalan berdiam diri selepas ini.

Dengan ini juga saya menyeru kepada kawan Synergy Planner supaya hormati lah guru/upline anda. Janganlah anda bersikap sombong diri apabila sudah berada diatas ataupun sama pangkat dengannya ataupun sudah mendahuluinya. Seboleh-bolehnya jaga kata-kata supaya “guru” kita tidak terasa hati. Elakkan kata-kata seperti : ‘sudah-sudah lah bagi group sales kepada dia, saya pun nak naik AS/AM /GAM jugak ; ataupun menunjukkan sikap di depannya seperti kita tak sabar-sabar nak equalised dengan dia.. Sabar.. akan sampai waktu kita nanti..

Wallahua’lam.. just my 2 cents..

Jan 25

Syarat mudah untuk menjadi Unit Trust Consultant (Perunding Unit Amanah)

Untuk memulakan langkah anda sebagai Unit Trust Consultant (selepas ini disebut UTC), anda dikehendaki mendaftarkan diri dengan FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia) dan Syarikat Pengurus Unit Amanah. Ini adalah kerana UTC adalah satu career yg professional. Ia akan melibatkan UTC memberi nasihat berkenaan dengan perancangan kewangan yang mana akan melibatkan pelaburan wang. Oleh itu UTC haruslah arif tentang bidang yang diceburinya ini.

examsdd 300x268 Syarat mudah untuk menjadi Unit Trust Consultant (Perunding Unit Amanah)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk itu, satu peperiksaan yang digelar CUTE (Computerised Unit Trust Examination) telah diwujudkan oleh FIMM. Bakal Consultant wajib lulus peperiksaan ini untuk melayakkan diri menjadi UTC. Ianya juga sebagai lesen kepada UTC untuk mempromosikan produk-produk Unit Trust.

Berikut adalah syarat-syarat dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk exam dan registration sebagai Unit Trust Consultant:

  1. Fotokopi I/C – 2
  2. Foto (ukuran Passport) – 6
  3. Sijil pelajaran – minimum SPM (kredit dalam subjek bahasa – Bahasa Melayu/English/Mandarin)
  4. Salinan Buku Simpanan Public Bank
  5. Exam Fee: RM250.00
  6. Bakal UTC juga hendaklah menandatangani agency contract yang akan diberikan.
  • note: bayaran exam fee RM250.00 tersebut akan dikembalikan dalam bentuk training voucher jika sekiranya UTC mencapai target sales sebanyak RM60,000.00 dalam masa 6 bulan.
  • jangan berlengah lagi. daftarkan diri anda sekarang. Ulangkaji dan latih tubi sebelum peperiksaan disediakan.
  • sila cek di sini untuk jadual peperiksaan mengikut tempat peperiksaan.
Jan 16

10 Unit Trust Consultants diperlukan segera!

team diverse consultant 300x200 10 Unit Trust Consultants diperlukan segera!Salam..

Saya memerlukan 20 orang Unit Trust Consultant yang baru untuk mengisi Projek Perintis 2012 dengan kadar yang segera.

Berikut adalah serba ringkas berkenaan Projek Perintis ini:

  1. memberi latihan, tunjuk ajar dan motivasi kepada peserta bermula dari asas macamana untuk bermula sehinggalah berjaya seperti yang diharapkan.
  2. Peserta akan diterapkan dengan sistem yang telah dikenal pasti dapat memberi kejayaan yang cepat untuk consultant-consultant yang baru. Sistem tersebut telah diguna pakai oleh leader-leader yang telah berjaya dalam industri ini.
  3. Peserta projek ini ini juga akan dipantau secara sistematik dengan berterusan bagi memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai.
  4. Untuk mengenal pasti kelemahan masing-masing dan memikirkan cara untuk mengatasinya.
  5. Latihan akan diadakan secara mingguan ataupun pada kekerapan yang lain yang akan dipersetujui bersama.
  6. Jangkamasa projek/latihan adalah satu tahun.
  7. Dalam masa 1 tahun, peserta dijangka akan mendapat promotion/kenaikan pangkat dan income seperti yang dikehendaki.

Kepada yang berminat bolehlah menghubungi saya dengan segera di talian: 013-9997755, atau emel: ishak@synergyplanner.biz

Sekian, terima kasih

 

 

Jan 02

Perkhidmatan Sudah Improve

Pada 28hb December yang lalu saya ke Kuala Terengganu menghadiri meeting/training untuk group saya SynergyPlannerGroup Kuala Terengganu. Kali ini saya telah membuat smart collaboration dengan beberapa group lain di Kuala Terengganu.

Oleh kerana kepulangan saya ke Kuala Terengganu hanyalah semata-mata untuk memberi training kepada UTCs (Unit Trust Consultant) di sana tanpa tujuan lain, saya memilih untuk menaiki bas. Syarikat pengangkutan yang dipilih kali ini adalah Syarikat SANI EXPRESS.

sani express2 300x200 Perkhidmatan Sudah Improve

 

 

 

Sudah lama saya tidak menaiki bas expres ke Kuala Terengganu. Kali terakhir adalah pada sekitar tahun 1999 sewaktu masih lagi menuntut di tahun akhir university di sini. Hahahaha.. sudah agak lama tu..!

Sungguh berbeza… daripada suasana di stesen bas itu sendiri dengan bas-bas bertingkat, suasana di kaunter tiket yang agak advance, dan yang paling berbeza adalah beza harga tiket ke Kuala Terengganu daripada sekitar RM23.00 pada tahun 1999 telah meningkat sebanyak 42% kepada RM40.00. Itulah inflasi di dalam harga tiket bas express.

Saya agak terpegun dengan Syarikat Sani Express ini. Bermula dengan kaunternya yang agak advance dan paling menyerlah di kalangan syarikat-syarikat yang lain, syarikat pengangkutan bas ini juga mempunyai seorang moderator yang sentiasa berhubungan dengan pemandu-pemandu bas syarikatnya. Ini akan membolehkannya sentiasa updates tentang ketibaan bas-bas syarikatnya.

Selepas menaiki dan berada di dalam bas, saya sekali lagi berasa agak terpegun kerana mendapati kerusinya agak empuk. Ditambah pula dengan skrin tv/video yang disediakan di belakang kerusi hadapan tempat duduk. Pelbagai cerita terkini dari pelbagai bahasa dapat dipilih oleh penumpang. Ini semua sedikit sebanyak dapat memberi pulangan nilai kepada RM40.00 yang telah dibayar.

Namun pada malam itu saya berasa sedikit pening. mungkin kerana saya sudah lama tidak menaiki bas untuk jarak perjalanan sejauh itu. Mungkin juga keadaan bas bertingkat yang agak tinggi dan saya berada tingkat atas menyebabkan pening itu.

Secara keseluruhan, saya amat berpuashati dengan perkhidmatan bas tersebut. Sedikit sebanyak kelemahan yang berlaku ditenggelamkan dengan kelebihan yang disediakan. Mungkin juga disebabkan saya sudah agak lama tidak menggunakan perkhidmatan bas express dan perbezaan yang amat ketara berbanding dengan 11 tahun yang lepas membuatkan saya amat berpuas hati dengan syarikat ini.

 

p/s: saya tidak dibayar satu sen pun dengan tulisan ini ya.. hehehehe. ini hanyalah catatan pengalaman saya.