Feb 29

Apple Dijangka Lancar iPad 3 Minggu Depan

NEW YORK – Apple dijangka akan melancarkan versi terbaru iPad iaitu ipad 3 pada satu majlis di San Francisco minggu depan.

Satu jemputan sudah dihantar kepada media hari ini dengan imej menunjukkan sebahagian daripada skrin iPad dan satu jari menunjukkan angka 7 (yang bermakna 7 Mac 2012apple invitation 300x249 Apple Dijangka Lancar iPad 3 Minggu Depan).

Jemputan itu hanya memaparkan sebahagian imej ipad dengan 10 patah perkataan: “We have something you really have to see. And touch.”

Apakah ciri-ciri tablet terbaru Apple ini? Terlalu banyak khabar angin, teka teki dan ulasan yang dibuat di blog-blog. Ciri-ciri sebenar, sama-sama kita tunggu kemunculannya.

Sumber: http://mashable.com/

Feb 29

Bangga Aku Dengan Les’ Copaque…

upin ipin kwn2 Bangga Aku Dengan Les Copaque...Siapa yang tak kenal Upin dan Ipin. Dari budak kecil hinggalah orang dewasa. Bermula dengan cerita pendek di TV yang pada permulaannya disiarkan pada bulan Ramadhan 2007 bertujuan supaya anak-anak lebih menghayati bulan Ramadhan, watak Upin dan Ipin dikembangkan lagi melalui filem “Geng The Movie – Pengembaraan Bermula”. Dibantu oleh watak-watak tambahan seperti Jarjit, Fizi, Ehsan, Mei Mei, Mail, Susanti, Kak Ros, Opah, Tok Dalang dan lain-lain, cerita kanak-kanak yang sarat dengan mesej ini menjadi begitu popular. Bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia, Brunei, Philipine, Vietnam dan Singapura juga. Malah turut disiarkan di channel Hilal TV di Turki.

Di Indonesia jenama Upin dan Ipin mendapat sambutan yang hebat. Satu lagu (Original Sound Track) turut dirakam oleh kumpulan Padi khas untuk filem Upin dan Ipin yang ditayangkan di sana.

Melalui laman rasmi Facebook sendiri, pihak Facebook telah mengeluarkan ranking “Fastest growing Pages and most popular media in 2011″ dan Upin Ipin telah mendapat tempat ke 5 di dalam kategori “Fictional Characters” sebaris dengan watak-watak antarabangsa yang lain seperti Mr Bean, Doraemon dan Sponge Bob.

Upin dan Ipin kini bukan lagi sekadar watak di dalam cerita pendek atau filem. Jenama ini telah dikembangkan menjadi satu jenama yang unggul. Sekarang banyak produk-produk berjenama Upin dan Ipin di pasaran. Ada pakaian, digital discs, alat tulis, cenderahati, beg, board games, buku biodata, buku mewarna dan lain-lain.

Di sebalik watak Upin dan Ipin, apa yang mengkagumkan saya ialah pasukan produksi di sebalik Upin dan Ipin itu sendiri iaitu Les’ Copaque. Lescopaque Bangga Aku Dengan Les Copaque...Bunyi sebutan nama seperti “kopak”. Tetapi hakikat sebenarnya “masyuk”. Buktinya syarikat kepunyaan Bumiputera ini (Les’ Copaque Production Sdn. Bhd) telah berjaya mengumpul RM12 juta menerusi karaktor Upin & Ipin sepanjang tahun 2009 dan 2010.

Pengasas Les’ Copaque

Syarikat ini diasaskan oleh Mohd. Nizam Abdul Razak, Mohd. Safwan Abdul Karim, dan Usamah Zaid. Ketiganya merupakan bekas mahasiswa dari Multimedia University Malaysia yang awalnya bekerja sebagai pekerja di sebuah organisasi animasi sebelum akhirnya bertemu dengan bekas pedagang minyak dan gas, Haji Burhanuddin Radzi dan isterinya bernama Hajah Ainon Ariff pada tahun 2005, lalu membuka organisasi Les’ Copaque.

Ahli Lembaga Pengarah

  • Tn. Hj. Burhanuddin Md. Radzi, Managing Director of Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
  • Hjh. Ainon binti Ariff, Creative Content Director of Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
  • Usamah Zaid bin Yasin, Executive Director

Tahun 2011, Les’ Copaque sibuk menghasilkan Upin & Ipin musim ke 5. Selain itu mereka juga sedang menghasilkan siri animasi baru Pada Zaman Dahulu. pada zaman dahulu 150x150 Bangga Aku Dengan Les Copaque...Ceritanya berkisar tentang kisah dongeng rakyat Malaysia.

Syarikat ini juga melebarkan jenamanya dengan menyediakan latihan menghasilkan filem animasi di pusat latihannya LCP ANIMATION TRAINING CENTRE Sdn. Bhd. Pusat latihan ini ditubuhkan pada Februari 2008 bertujuan untuk menyediakan latihan profesional kepada pelajar lepasan pengajian tinggi ataupun individu yang berminat untuk melebarkan karier mereka di dalam industri filem dan animasi.

Les’ Copaque juga ada membuka sebuah restoren keluarga yang diberi nama Geng’s Corner. banner restaurant 150x150 Bangga Aku Dengan Les Copaque...Restoren ini terletak di seksyen 13 Shah Alam.

Perancangan masa hadapan Les’ Copaque ialah mereka kini sedang merancang menubuhkan sebuah taman tema berdasarkan karekter Upin dan Ipin di sebuah kawasan di Sepang, Selangor di mana ia dijangka menelan kos mencecah RM700 juta.

Tahniah Les’ Copaque. Moga terus sukses di masa mendatang. Semoga kejayaan mereka menjadi contoh kepada syarikat bumiputera yang lain bahawasanya bumiputera juga boleh menyerlah dan berjaya.

Feb 28

Jemputan Pertama Dari Nuffnang

Yoohoooo.. Sungguh teruja…!!! Aku telah mendapat jemputan pertama dari Nuffnang sejak mula berjinak-jinak dengan blog ini sebulan yang lalu.

Bagi otai-otai mungkin ini perkara biasa. Tetapi bagi aku ini adalah sesuatu yang baru. Tahniah untuk diri aku.. hehehe

tahniah 300x200 Jemputan Pertama Dari Nuffnang

Berikut adalah email yang aku dapat dari Nuffnang:

Dear Nuffnanger,

You’re cordially invited to the DiGi Fandroid Day Workshop happening on;

Date: 3 March 2012 (Saturday)
Time: 10.00am – 1.30pm
Venue: Studio, D’house, Shah Alam.

ONE (1) pass has been reserved under your name and email address at this point. Kindly fill in your details at this page (http://www.nuffnang.com.my/xxxxxxxx/) to confirm your attendance by 12pm, 1 March 2012 (Thursday).

Please DO NOT reply to this email. Failure to confirm your attendance within the stipulated time will result in your pass revoked and passed to other bloggers.

We look forward to seeing you at the event so see you there! icon smile Jemputan Pertama Dari Nuffnang

Cheers,
Thara Sofian
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd

 

Feb 28

Taman Tema Upin & Ipin RM700 Juta

upindanipin 565x464 300x246 Taman Tema Upin & Ipin RM700 JutaKUALA LUMPUR – Kejayaan siri kartun Upin & Ipin yang mendapat sambutan para penonton televisyen di Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja, Thailand dan Singapura mendorong penerbitnya, Les’ Copaque Production bercadang menubuhkan sebuah taman tema karekter itu.

Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md. Radzi, pihaknya kini sedang merancang menubuhkan sebuah taman tema berdasarkan karekter Upin dan Ipin di sebuah kawasan di Sepang, Selangor di mana ia dijangka menelan kos mencecah RM700 juta.

“Kami telah mengenal pasti sebuah kawasan bersebelahan dengan Litar F1 di Sepang. Kawasan itu milik MAB (Malaysia Airport Berhad). Kami sudahpun menjalankan perbincangan dengan pihak MAB bagi mendapatkan persetujuan mereka bagi membuka taman tema di situ.

“Kalau proses ini berjalan dengan lancar dijangkakan Taman Tema Upin & Ipin boleh disiapkan dalam masa tiga tahun. Lagi banyak penaja yang tampil ditambah dengan sokongan pihak kerajaan ia mungkin dapat disiapkan lebih awal. Kami mahu jadikan ia seperti Disneyland,” katanya.

Beliau ditemui di Saloma Bistro di Jalan Ampang di sini semalam selepas pelancaran Upin & Ipin The Musical yang dilancarkan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di mana pementasan muzikal itu akan diadakan di Istana Budaya pada April ini. – mynewshub.my

 

Sumber: http://mynewshub.my

Feb 28

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui

Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW.

ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.injil 1500 300x142 Kitab Injil 1,500 tahun ditemui

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John. Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

Sumber: http://www.bharian.com.my

Feb 16

Langkah Lestari – A. Samad Said

LANGKAH LESTARI

(A. Samad Said)

 a samad said1 300x199 Langkah Lestari   A. Samad Said

Sejak subuh ini resah mendera qalbuku

mendengar nafas bumi yang cuba syahdu.

Di tengah rimba aku tekun menyanggah lara,

Mewarasi setiap suara derita atau rianya.

Subuh ini seluhur tekad kupadu qalbu

kerana terdengar rimba masih juga diganggu.

Dan walau anak rimba cuba tulus menyanyi

taring haloba masih bengis menoda bumi.

Di mana lagi dapat kuhirup udara yang murni,

setiap detik, dan serentak, terhidu elegi bumi?

Di sini—dedaun bersyair kepada leluhurnya,

bunga rimba cuba menari depan keluarganya.

 

Walau sungai serahsianya masih merdu mengalir,

kembaranya tetap resah di sisi ikan yang getir.

Dan kita mula terdengar suara rindu abad lalu,

menyerap gelak mewaras sedu, segala yang pilu.

Kita tidak akan rela berganjak mendakap alam

khusus ketika ia sedang terus terdera kejam;

kita tak rela dengar rintih rimba yang murung;

atau menyerap tangis dedaun dan sedu burung.

Kita berazam cekal berlawan di qalbu rimba

memanfaat setiap kitab lara dan buku sengsara.

Dan dengan sederap rentak dan sesyahdu suara

kita tetap bertekad melindungi rimba terdera.

 

Kau yang pendera usah berhelah atau berpura

kerana sedalam kuburmu rimba akan membela.

Feb 15

Perniagaan Pertukaran Asing (FOREX) Haram

forex 300x198 Perniagaan Pertukaran Asing (FOREX) Haram

KOTA BAHARU, 15 Februari 2012 –Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.” –BERNAMA

Feb 15

Basyar Al-Assad Dan Cerita Sebenar Konflik Di Syria

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama’ syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.Syrias president Assad 300x253 Basyar Al Assad Dan Cerita Sebenar Konflik Di Syria

Basyar Al-Assad

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.syria conflict 300x225 Basyar Al Assad Dan Cerita Sebenar Konflik Di Syria

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat di mana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.rakyat memberontak di syria 300x249 Basyar Al Assad Dan Cerita Sebenar Konflik Di Syria

 

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

  1. Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4,000 orang rakyat Syria.
  2. 39,000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
  3. Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
  4. 9,000 tahanan ditahan.
  5. 413 orang telah syahid di dalam penjara.
  6. Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
  7. Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
  8. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
  9. Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
  10. Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni. 84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel. Rakyat-rakyat Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah. Hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…

 

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid” -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

 

PERKARA TERBARU

  1. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30,000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
  2. Pertubuhan-pertubuhan Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai-pegawai Syria memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
  3. Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
  4. 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
  5. 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

 

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

  1. Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media-media, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA.
  2. Media-media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
  3. Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
  4. Jangan terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
  5. Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini disebabkan media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

 

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

  • Mendoakan saudara kita di Syria
  • Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
  • Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

doa 150x150 Basyar Al Assad Dan Cerita Sebenar Konflik Di Syria

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”

dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ;

“Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

 

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;

“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

 

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ;

“adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”

(Jzkk AKH Abu Abdullah)

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

 

Feb 14

Ganjaran Solat Berjemaah

solat jemaah kartun Ganjaran Solat Berjemaah
Hadith:
Daripada  Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW bersabda : “Pahala sembahyang jemaah bagi seseorang lebih daripada sembahyang bersendirian, sama ada di tempat kerjanya (di pasar) atau di rumahnya dengan gandaan dua puluh lima darjat. Kerana orang yang telah menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersembahyang semata-mata, maka setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat (pahala) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid. Dan apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap seperti orang yang bersembahyang selagi dia menunggu untuk berjemaah. Dan para malaikat mendoakan untuk seseorang selagi dia berada di tempat sembahyangnya dengan doa : Ya Allah ya Tuhanku, rahmatilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak berhadas di tempat itu.”

 

Huraian Hadith:

 

  1. Solat di pasar adalah harus dan sah tetapi makruh kerana gangguan suara dan sebagainya yang menghilangkan khusyuk`.
  2. Malaikat berdoa untuk orang yang beriman seperti firman Allah dalam surah Ghafir, ayat 7.
  3. Orang lelaki dikehendaki mendirikan solat jemaah di masjid atau surau.
  4. Solat jemaah diberi ganjaran pahala 25 kali ganda atau lebih daripada solat bersendirian.

Sumber: http://www.islam.gov.my

Feb 14

Hukum Menggunakan Ayat Al-Quran Dan Azan sebagai Nada Dering Telefon

As-Salam.

ringtones Hukum Menggunakan Ayat Al Quran Dan Azan sebagai Nada Dering TelefonSaya dapati masih ramai lagi di kalangan kita yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai ringtone/nada dering. Niat mereka mungkin baik iaitu mungkin mendapat pahala apabila mendengar ayat-ayat suci tersebut.

Tetapi, tanpa mereka sedari amalan tersebut sebenarnya dilarang dalam Islam.

Satu mesyuarat Majlis Fatwa Ulama’ Saudi telah diadakan pada 17 Nov 2007 membincangkan perkara ini. Majlis ini dihadiri oleh 70 org perwakilan figh dunia dan ianya dipengerusikan oleh Mufti besar Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz Ali Al-Syeikh. Hasil daripada perbincangan, ulama-ulama berpendapat:

“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Sheikh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh., pada hari Khamis 12 November 2009 telah mengharamkan penggunaan penggunaan Al-Quran sebagai nada dering kata beliau:

“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.

Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar:

“ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.”

Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.

Kata Sheikh Dr Mahmoud Ashour:

“ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”.

Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut:

“orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran menganti tempat nada dering atau deringan musik”.

Ini disepakati oleh Darul Ulum Deoband India yang juga mengharamkan amalan ini. Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur:

“Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.

Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-

  1. Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.
  2. Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang nmendengar itu diam dan mendengarnya.
  3. Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.
  4. Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.

Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan.

Wallahua’lam.

sumber:

  • http://www.al-ahkam.net/
  • http://myibrah.com