Apr 30

Kipidap Malaysia!!!

Malaysia 6, Sri Lanka 0. Tahniah pasukan Malaysia sebab berjaya menumbangkan pasukan kerdil Sri Lanka dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang diadakan di Stadium Shah Alam pada 28 April baru-baru ini. Ok la. Sekurang-kurangnya dapat mengubat kekecewaan rakyat Malaysia dengan kedudukan ranking bolasepak dunia yang kian merudum. Kalau kalah memang tak patut la..

malaysia vs sri lanka Kipidap Malaysia!!!

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Wan Zack Haikal (2), Ahmad Hazwan (3) dan Azamudin Akil (1). Tahniah buat Ahmad Hazwan kerana berjaya menjaringkan hatrik walaupun ini adalah penampilan sulungnya bersama skuad Harimau Malaya. Sekurang-kurangnya ada jugak pelapis kepada Safee Salee.

Saksikan video highlight perlawanan tersebut:

Apr 30

Denai Alam Recreational Club (DARC)

Pagi semalam (Ahad) aku terdetik untuk ke Denai Alam. Jarak kawasan perumahan aku dengan Denai Alam tidak lah jauh mana pun. Tujuannya ialah aku ingin melihat sendiri Denai Alam Recreational  Club kat situ. Aku ingin mengumpul sedikit sebanyak info berkenaan tempat itu. Sebabnya sebelum ini aku ada mendengar seorang daripada kawan aku selalu pergi ke situ bawa anak-anak main kuda katanya.

Jadi, pagi semalam terjejaklah kaki aku di sana.

Aku tak dapat info yang penuh tentang DARC ni sebab tak ada staff yang attend aku pada hari tu.

So, aku snap la aktiviti-aktiviti yang tersenarai dan yuran-yuran yang dikenakan. Ini yang aku dapat:

2012 04 29 11.21.47 Denai Alam Recreational Club (DARC)

 

2012 04 29 11.23.46 Denai Alam Recreational Club (DARC)

2012 04 29 11.26.26 Denai Alam Recreational Club (DARC)

Selain itu, di sini terdapat juga restoren nasi padang yang mempunyai pelbagai lauk pauk ala Indonesia. Dengar cerita Chefnya juga didatangkan khas dari tanah seberang itu.

Sayangnya tadi aku tidak sempat untuk mengambil gambar aktiviti yang sedang dijalankan. Antara sebabnya ialah tadi keadaan cuaca agak panas. So, aku macam tak tahan jer nak ambik gambar orang sedang menunggang pony. Nanti lain kali aku pergi aku akan ambik gambar dan aku edit post ni dengan gambar terbaru itu.

Lepas google aku terjumpa gambar dari blog http://jellybeanscollector.blogspot.com. So share sekeping dua kat sini. Dah mintak izin tadi. icon redface Denai Alam Recreational Club (DARC)   Ni dia gambarnya:

sigboard Denai Alam Recreational Club (DARC)

Ihsan dari http://jellybeanscollector.blogspot.com

 

2 pony Denai Alam Recreational Club (DARC)

Gambar ihsan daripada http://jellybeanscollector.blogspot.com/

 

motor Denai Alam Recreational Club (DARC)

Gambar ihsan daripada http://jellybeanscollector.blogspot.com

Jadi, setelah melihat aktiviti-aktiviti yang diadakan di sini, aku bercadang untuk menjadi ahli dengan membayar  yuran sebanyak Rm180.00 setahun. Banyak keistimewaan yang akan aku dapat iaitu:

  1. Anak-anak dapat menunggangkuda  pony secara percuma
  2. Banyak diskaun yang akan dapat apabila menyertai aktiviti-aktiviti seperti memanah, horse riding dan sebagainya.

Untuk sahabat-sahabat sekitar shah alam, jom daftar jadi ahli DARC. Anda tentu tak akan menyesal..

 

nota sohoque:

aku akan pergi lagi minggu depan untuk dapatkan lebih info lagi.

Apr 30

Penulis Jemputan

blogger cartoon 231x300 Penulis JemputanUntuk memeriahkan lagi blog aku ini, aku bercadang untuk menjemput penulis ataupun blogger jemputan untuk menukilkan penulisan beliau ke blog aku. Mungkin penulisan beliau di dalam bahasa lain daripada Bahasa Melayu seperti English dan sebagainya.

Untuk ini, aku telah berjaya mendapatkan persetujuan seorang sahabat aku yang aku sudah lama kenal iaitu sejak daripada zaman persekolahan lagi. Beliau amat arif dan gemar mengumpul komik sejak sedari dulu lagi. Setakat cerita-cerita daripada komik Marvels dalam tangan dia je aku rasa. Jadi mungkin beliau boleh memberi komen tentang movie-movie superheroes berdasarkan fakta komik yang beliau pernah kumpul.

Beliau juga mempunyai kebolehan dalam membuat illustrasi kartun ataupun karikatur. Mungkin jika beliau ada masa terluang beliau boleh mempamerkan lukisan kartun beliau di sini.

Cuma masa beliau amatlah terbatas. Ini kerana beliau sekarang sedang mengikuti pengajian PHD. Namun aku amat berbangga jika beliau dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi blog aku ini.

Aku rasa penulisan beliau akan menggunakan medium English. Ini adalah kerana beliau adalah seorang pensyarah Bahasa Inggeris di sebuah universiti tempatan. Lagipun senang untuk beliau menceritakan ataupun memberi komen berkenaan komik dan sebagainya tanpa perlu pecah kepala memikirkan terjemahannya yang jika tidak kena pada tempatnya akan kelakar bunyinya icon lol Penulis Jemputan

Untuk itu, satu page telah aku sediakan untuk penulis jemputan. Sama-sama kita menunggu…

Apr 30

Pengajaran (Moral of the Story) Daripada The Avengers

 Pengajaran (Moral of the Story) Daripada The AvengersPengajaran terbesar yang aku dapat adalah tentang LEADERSHIP. Dan ianya memang terpakai kepada diri aku dan juga kepada kawan-kawan aku yang sudah bergelar leader dalam bisnes unit trust dan takaful.

Dalam cerita ini usaha untuk mengumpulkan adiwira-adiwara agak sukar untuk dilakukan. Ini adalah kerana mereka buat hal masing-masing. Bruce Banner (Hulk) mengasingkan diri di Calcutta kerana ingin lari dari tekanan yang mungkin akan membuatkannya bertukar menjadi gergasi hijau dan meusnahkan harta awam dan orang-orang yang tak berdosa. Tony Stark (Ironman) pula sibuk memajukan industry STARK nya. Black Widow sibuk dengan kerja perisikan.

Namun keadaan menjadi lebih sukar apabila mereka telah dapat dikumpulkan. Ini adalah karektor mereka yang amat berbeza di antara satu sama lain. Dan mereka ini mempunyai perancangan tersendiri. Captain Amerika masih memegang strategi perang yang lama. Ironman dengan sikapnya yang ego dan suka bertindak sendirian walaupun dia seorang genius. Hulk pula cuba melarikan diri daripada suasana tegang yang boleh memberi tekanan kepadanya.

Keadaan kecoh dan tidak sekepala ini berlarutan sehingga salah seorang angota S.H.I.E.L.D telah meninggal dunia akibat ingin mempertahankan S.H.I.E.L.D dan bumi daripada dikuasai oleh Loki. Ejen ini amat mengkagumi Captain Amerika sehingga dia telah menyimpan kad-kad Captain Amerika.

Suasana ini telah membuatkan Nick Fury mengambil peluang dengan memainkan sentimen kematian aejen tersebut dengan menunjukkan kad-kad yang bergambar Captain Amerika yang telah lama disimpannya. Dia mencampakkan kad tersebut dan berkata yang ejen tersebut telah lama ingin tandatangan Captain Amerika di atas kad tersebut. Nick Fury berkata bahawa kad-kad tersebut dijumpai di dalam poket ejen tersebut. Sebenarnya kad-kad tersebut diambil dari dalam laci ejen itu.

Sentimen ini nampaknya telah mengubah pendirian Captain Amerika dan Ironman dan lain-lain anggota Avengers. Mereka telah tersedar dengan semangat ejen tersebut yang rela berkorban nyawa demi menyelamatkan bumi. Mereka kemudiannya telah berkerjasama dan berjaya menewaskan Loki dan Chitauri yang telah berjaya ke bumi melalui portal yang telah terbuka melalui kuasa tessaract (teringat aku satu scene yang amat lucu bila Hulk menghempaskan Loki ke lantai.. hahaha. aku tergelak sampai sekarang).

Pengajajarannya, leader mesti hebat dan boleh berfikir secara pantas mengikut keadaan. Busines partner yang direkrut oleh leader datang dari pelbagai latar belakang dan karektor masing-masing. Ada jenis yang mengikut perintah, ada jenis yang suka melawan, ada jenis yang tidak suka memberi pendapat dan lebih cendurung mendengar pendapat orang, ada orang yang suka memberi pandangan dan ingin orang mendengar pandangannya. Ada bermacam perangai bisnes partner kita ini.

Jadi kita sebagai leader kena jadi macam Nick Fury. Kita kena pandai mengambil peluang dan memainkan sentimen. Kita kena berfikir bagaimana untuk menyatukan bisnes partner kita yang ramai dan mempunyai pelbagai perangai untuk mengikut acuan kita dan bersatu di dalam satu kumpulan.

Ini adalah pengajaran yang terbesar yang aku boleh ambil daripada cerita ini disampaing pengajaran lain seperti sikap sombong dan mementingkan diri amatlah tidak wajar walaupun kita seorang genius.

So, kepada group unit trust aku, Synergy Planner Group, jom layan movie ni. Best! Ambil pengajaran dalam cerita ini. Applykan di didalam bisnes kita. Selamat menonton The Avengers!!!

Apr 30

Movie Review: The Avengers

2012 04 27 01.34.03 Movie Review: The AvengersThe Avengers. Siapa yang tak tau apa dia Avengers ni atau siapakah Avengers ni angkat kaki…!

the avengers Movie Review: The Avengers

Best tak cerita ni? Kalau ikut review aku, aku kata mantap giller. Mungkin orang yang ikuti cerita Avengers dalam komik kata cerita dia tak sama dengan komik. Tapi aku memang tak ikuti komik dia secara serius. Alaaa, macam cerita X-Men gak. Watak dan ceritanya ada yang diubah sedikit. Mungkin untuk buat cerita lagi menarik, ataupun mungkin sukar untuk ikut plot ataupun watak dalam komik 100 peratus.

Cerita ni mengcakupi semua unsur. Aksi, serius, kecoh, dan lawak. Hahaha. Nak tergelak aku bila ingat aksi gergasi hijau Hulk dengan Ironman. Kecoh pulak bila semua superhero tak sekepala. masing-masing nak ikut plan sendiri. Susah betul! Nasib baik Nick Fury terer main sentimen..! Anda Blur? Eh lupa pulak anda belum tengok.

Ok, The Avengers mengisahkan 6 orang superhero ataupun adiwira yang terpaksa dikumpulkan oleh organisasi S.H.I.E.L.D yang diketuai oleh Nick Fury untuk berdepan dengan serangan Loki dan koncu-koncunya. Korang ingat lagi tak siapa Loki? Loki ialah saudara angkat kepada Thor di Asgard. Loki inilah yang datang ke bumi bertujuan untuk menjadikan manusia sebagai hamba abdinya. Kali ini dia disokong oleh Chitauri, sekumpulan penjenayah dari Bangsa Skrull (salah satu bangsa di angkasa lepas).

Cerita bermula dengan satu kiub, Tesseract yang mempunyai kuasa yang tidak diketahui keupayaannya telah membuka portal yang mana telah membawa Loki ke dunia ini. Loki kemudiannya telah menukar Hawk Eye dan seorang scientist yang mengkaji Kiub Teseract menjadi penyokong setianya dengan menggunakan “senjata”nya. Mereka telah melarikan Tesseract untuk menjadikannya alat untuk membuka portal yang lebih besar untuk membawa Chitauri supaya menyerang bumi.

Oleh kerana keadaan sudah tidak boleh dikawal, Nick Fury telah memanggil adiwira-adiwira yang bermastautin diserata dunia untuk berkumpul sebagai satu pasukan. Black widow yang sememangya ejen SHIELD dipanggil sewaktu dia sedang menjalankan tugas risikannya di Rusia. Dia kemudiannya ditugaskan untuk memanggil Bruce Banner (HULK) yang sedang mengasingkan diri di Calcutta India. Jemputan juga telah dihantar kepada Tony Stark (Ironman) yang ketika itu sedang dalam rangka untuk menyiapkan bangunan terbaru STARK.  Captain Amerika yang sedang mengasingkan diri sejak ditemui terperangkap di dalam ais juga dipanggil untuk misi ini. Mereka ini kemudiannya disertai oleh Thor yang datang untuk menangkap dan menghalang saudara angkatnya Loki daripada melakukan kerosakan kepada bumi.

Keadaan menjadi kecoh apabila masing telah dikumpulkan kerana masing ingin mengikut perancangan sendiri. Captain Amerika dengan strategi perang lamanya. Ironman dengan sikap meninggi diri dan angkuhnya. Hulk dengan sikap berkecuali kerana yang ingin lari daripada tekanan yang dikhuatiri akan menukarkannya menjadi gergasi hijau.

Disini juga terjadinya suasana lucu bilamana masing-masing ingin menonjolkan diri masing dengan mengikut perancangan sendiri.

Mereka memang tidak bersatu sehinggalah seorang ejen S.H.I.E.L.D telah mati kerana melawan Loki. Dia seorang yang amat mengagumi adiwira-adiwara ini terutama Captain Amerika. Sentimen ini telah digunapakai oleh Nick Fury untuk menyatukan mereka. Dan selepas itu, barulah mereka berkerja sebagai satu pasukan untuk melawan Loki dan Chitauri yang sudah pun memasuki bumi melalui portal yang dihasilkan oleh kiub Tessaract.

Untuk kisah aksi dan lucu seterusnya, sila menonton movie ini yang aku beri rating 5 out of 5. Memang mantap dan tidak menghampakan untuk cerita yang aku tunggu sejak sekian lama. Nanti nak ajak anak aku pulak tengok seklai lagi. Jon layan The Avenger. Mesti tak rugi punya!

Nota Sohoque:

Selain daripada aksi-aksi adiwira dan kelucuan yang timbul daripada sikap mereka, aku dapat satu pengajaran. Dan pengajaran ini amat sesuai untuk seorang ketua (leader) dalam mana-mana syarikat, terutamanya dalam bidang unit trust dan takaful yang aku terlibat secara langsung. Sila ke sini untuk pengajaran daripada The Avengers.

Apr 27

Aku Dijemput Lagi.. Thank You Nuffnang!

The Avengers Aku Dijemput Lagi.. Thank You Nuffnang!Malam tadi, aku telah menghadiri NN Premiere Screening: The Avengers. Termasuk yang ni dah 3 kali aku dijemput attend event ni. Ok jugak kalau macam ni kan. Save duit. Asyik tengok wayang free je. icon lol Aku Dijemput Lagi.. Thank You Nuffnang!

Tapi yang tak bestnya battery handphone aku dua-dua kering malam tadi. Tak ada battery langsung. So tak boleh la aku nak tangkap gambar banyak untuk di uploadkan ke sini.

NN Premier Screening untuk movie The avengers ini diadakan di Golden Screen Cinema, One Utama. Ok la dekat sikit dengan rumah aku. Aku suka One Utama ni sebab aku biasa pergi sini. Dekat dengan rumah. Pastu aku ada One Card. Boleh collect point kat sini. icon smile Aku Dijemput Lagi.. Thank You Nuffnang!

Seperti biasa aku pergi dengan Mr Jocko la. Siapa lagi nak layan tengok movie malam-malam hari kerja ni. Kawan-kawan aku yang selalu tengok wayang dengan aku sewaktu “muda-muda” dan menjadi “family man” semua. Aku offer tiket free pun dah tak nak. Eh kejap. Malam tadi aku sempat berkenalan dengan sorang lagi rakan blogger Encik Fazrul. Dia juga rakan kepada Mr Jocko.

Seperti biasa, setiap seorang yang Nuffnang jemput ke event ni akan dapat dua tiket. So malam tadi tiket aku, aku beri kepada anak buah Mr Jocko.

So macamana cerita The Avengers ni? Best ke tak? Ikuti movie review aku.

Lastly, aku ucapkan terima kasih kepada Nuffnang sebab sudi bagi tiket free untuk blogger “picisan” seperti aku. Thank You Nuffnang!!! (Harap-harap “crawler” Nuffnang baca entry ni. Kot-kot lepas ni dapat lagi hasil pujian tu. hahahah)

invitation avengers Aku Dijemput Lagi.. Thank You Nuffnang!

Email jemputan daripada Nuffnang

 

 

Apr 23

Selamat Datang Ke Dunia “Fulltime” Sahabatku

welkam Selamat Datang Ke Dunia Fulltime SahabatkuHari Jumaat 20 April 2012 adalah hari terakhir sahabatku Mr Jocko berkerja di Syarikat yang agak gah di Malaysia ini. Beliau telah pun meletakkan jawatan untuk menceburi bidang perniagaan. Bidang perniagaan yang dipilih beliau adalah bidang Perancangan Kewangan (Financial Planning) iaitu sebagai Konsultan Unit Trust seperti aku.

Aku secara terus terang amat bersetuju dengan tindakan beliau. Sebenarnya dah lama aku menggalakkan beliau untuk bergiat secara sepenuh masa. Dan bila aku lihat semakin hari minat untuk “makan gaji” semakin pudar dalam diri beliau dek kerana politik pejabat, aku dah tau yang niat beliau untuk buat bisnes unit trust secara sepenuh masa dah semakin hampir. Cuma pada masa itu bila ditanya, beliau menjelaskan ingin menunggu sehingga akhir tahun ini. Mungkin menunggu bonus dulu kot.

takut 150x150 Selamat Datang Ke Dunia Fulltime SahabatkuAku respek  dengan tindakan beliau bukannya sebab apa. Sebabnya itu merupakan satu keputusan yang amat besar dalam hidup beliau yang telah beliau buat. Percayalah, mengambil keputusan untuk berhenti kerja ini bukannya mudah. Macam-macam yang kita terfikir yang akan menyebabkan hasrat untuk kita berhenti kerja tertangguh. Kalau tak percaya cuba tanya diri sendiri (yang masih berkerja makan gaji) dan kawan-kawan sekeliling. Ada di antara mereka yang memang nak berhenti berkerja makan gaji dan berniaga sendiri tetapi berapa kerat yang berani berbuat demikian? Ada kawan-kawan aku yang dah bercakap tentang hasrat mau berhenti kerja bertahun-tahun dulu. Tetapi sehingga sekarang masih lagi kerja makan gaji.

rdpd Selamat Datang Ke Dunia Fulltime SahabatkuMenyentuh tentang isu berhenti kerja ni, aku teringat akan kisah yang diceritakan oleh “Rich Dad” kepada Robert Kiyosaki dalam bukunya yang bertajuk “Rich Dad Poor Dad”. Buku inilah yang sebenarnya banyak memberi pengaruh kepada aku untuk berhenti kerja makan gaji dan menceburi bidang perancangan kewangan sebagai Unit Trust Consultant secara sepenuh masa (fulltime) sejak tahun 2004 dahulu. Dalam buku tersebut Rich Dad bertanya satu teka teki kepada Robert:

Rich Dad: “Ada 10 ekor burung di atas sepohon pokok. 9 ekor daripada mereka berhasrat untuk terbang dari situ. Berapa ekorkah yang tinggal di atas pokok tersebut?.

Robert: (dengan pantas menjawab) “9 ekor”.

Rich Dad: Salah, sebenarnya masih ada 10 ekor burung di atas pokok tersebut”

Robert: “Kenapa?” bertanya dengan hairan.

Rich Dad: “9 ekor burung tersebut hanyalah BERHASRAT untuk terbang, tetapi mereka tak terbang pun. Sesuatu hajat atau niat yang hanya dipendam ataupun diucap tanpa diekori oleh tindakan yang segera hanyalah tinggal hasrat atau niat sahaja. Ia tidak akan kemana-mana” terang Rich Dad.

Jadi sebab itu aku kata tindakan berhenti kerja ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kebanyakan orang hanya mampu berhasrat. Kenapa? Kerana perasaan takut. Takut jika berhenti kerja, kita tak mampu untuk hidup seperti sekarang. Takut jika berhenti kerja kita tak ada gaji. Takut jika berhenti kerja anak-anak dan isteri kita tak cukup makan. Dan banyak lagi alasan yang bermula dengan takut.

Kenapa kita begitu takut? Sebab daripada kecil kita diajar sebegitu. Ibubapa kita selalu pesan masa kita kecil. “Anak ku, belajar betul ya.. belajar pandai-pandai ya. Nanti dapat masuk University, dapat gred yang bagus, boleh dapat kerja yang bergaji besar”.Jadi dari kecil mindset kita adalah berkerja makan gaji.

Di sekolah pulak kita diajar supaya menjawab soalan dengan betul. Jika salah kita akan dihukum. Di zaman aku dulu jika salah jawab soalan, aku pernah dihukum dengan menulis berulangkali jawapan yang betul itu, kedang-kadang sehingga 2 muka surat. Hukuman ini adalah supaya kita tidak membuat kesilapan lagi di masa hadapan. Namun kesan yang tidak bagus kepada minda kita ialah, ia akan menjadikan kita takut untuk membuat kesilapan. Sedangkan di dalam dunia yang nyata, membuat silap akan menjadikan kita lebih hebat. Dengan membuat kesilapan, kita akan belajar daripada kesilapan kita itu. Sebab itu lah ia akan menjadikan diri kita lebih hebat pabila kita bangkit semula daripada kesilapan itu.

Seperkara lagi yang harus diambil tahu bila dah buat fulltime ni, ada beberapa benda yang harus dibuat persediaan. Antaranya dari sudut:

Financially

Bila dah buat bisnes unit trust ni secara fulltime, gaji tetap memang dah tak ada. Jadi kebanyakkan daripada kita masih terikut-ikut dengan cara perbelanjaan masa kerja makan gaji. Kerja sendiri ni, masa baru-baru berhenti kerja kalau tak beringat akan sakit sikit. Kecuali kalau dia dah ada tabung/fund yang dibuat sebelum berhenti kerja. Tapi lama-lama pendapatan akan bertambah dan akan melebihi gaji tetap tadi. Sebabnya bisnes unit trust ni incrementnya on monthly basis.

Bila dah tak berkerja makan gaji, secara automatik KWSP tidak lagi dicarum. Jadi untuk dana persaraan, kita kena buat dana sendiri dengan unit trust. Sebenarnya buat dana persaraan dengan unit trust lagi tinggi keuntungan daripada yang diberi oleh KWSP. Jadi dana persaraan ni wajib kena buat sebaik sahaja berhenti kerja.

Physically

Tubuh badan pun kena jaga. Kalau sakit terjejas income sebab tak boleh keluar jumpa prospek. Itu kalau baru-baru jadi unit trust consultant la.. Kalau dah lama passive income (career benefit dan group overriding) dah banyak.

Lagi satu kalau dah sakit, perbelanjaan klinik dah tak ada orang tanggung. Dulu syarikat tempat kita berkerja yang tanggung bil-bil klinik atau hospital. Kecuali syarikat tempat pasangan kita berkerja turut memberi benefit perubatan kepada keluarga. Jadi perancangan seperti Medical Card Takaful perlu ada.

Mentally

Kekuatan mental juga perlu ada. Ini kerana pada peringkat awal berhenti kerja biasanya banyak sikit ujian yang akan diterima. Ini adalah untuk melatih jiwa kita supaya tahan untuk ujian-ujian yang seterusnya. Jika ujian-ujian tersebut berjaya ditempuh dengan tenang, InsyaAllah tiada lagi halangan yang tidak boleh dia tempuhi.

Kekuatan mental ni boleh diperolehi dengan menjaga 2 hubungan ini:

Hubungan dengan manusia (hablun minannas)

Hubungan dengan kawan-kawan dan clients kena jaga kerana dari diorang la kita akan dapat mengembangkan bisnes kita ke peringkat yang lebih tinggi; Mereka juga akan memberi kita semangat terutama bila kita beremosi atau sedang mengalami tahap motivasi yang rendah.

Namun tidak kurang juga kawan yang ingin melihat kita jatuh. Dia nak berhenti kerja dia tak berani, lepas tu dia nak tengok kawan yang berani tu tak maju. Inilah antara manusia yang pelik. Jadi orang-orang sebegini haruslah dijauhi. Namun jangan diputuskan silaturrahim. Kerana orang yang putuskan silaturrahim Allah akan payahkan baginya rezeki.

Hubungan dengan Allah (hablun minallah)

Yang ini lagi la kita kena jaga. Kerana kita kena selalu berdoa supaya Allah murahkan rezeki kita. Amalan murah rezeki jangan ditiggalkan. Sebenarnya dengan buat fulltime ini sepatutnya kita lagi dekat dengan Allah. Kerana sentiasa mengharapkan Dia permudahkan perniagaan kita.

Buat Mr Jocko. Don’t worry bro. Jalan untuk kau terbentang luas di hadapan. Kau buat tindakan yang  bijak dan betul. Teruskan beristiqamah dalam bidang ini dan “never look back!”. Aku tau kau boleh buat. Masa kau kerja pun total sales sebulan dan mencecah ratusan ribu ringgit, ini kan pula bila kau fulltime. Go Go Mr Jocko (diubah dari slogan MU, sebab si Jocko ni fan MU)

ahlan 300x163 Selamat Datang Ke Dunia Fulltime Sahabatku

Nota Kaki:

Iklan icon lol Selamat Datang Ke Dunia Fulltime Sahabatku   : sesiapa yang ingin mengetahui berkenaan dengan bisnes unit trust untuk diceburi secara part-time ataupun fulltime boleh hubungi aku untuk berbincang. Nanti aku tunjuk jalannya.

 

Apr 22

Proton Preve, Betul Ke Tak Berkualiti?

Selepas sahaja proton Preve dilancarkan, banyak la pulak keluar cerita kat blog-blog tentang Preve ni tak berkualiti. Kalau tak percaya, cuba tanya pakcik Google.

Aku dah try taip keyword kat google dengan keyword proton preve rosak. Inilah hasil carian yang keluar:

print screen1 Proton Preve, Betul Ke Tak Berkualiti?

 

Antara kisah-kisah Preve rosak adalah Rim/”Drive Shaft” yang patah:

preve kemalangan Proton Preve, Betul Ke Tak Berkualiti?

dan panel board:

panel rosak1 Proton Preve, Betul Ke Tak Berkualiti?

Semalam semasa driving nak pergi jumpa client unit trust, aku terdengar dalam radio HotFm. Masa tu HotFm telah menjemput Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin B. Syed Mohamed Tahir, pengarah urusan Proton Holding Berhad.

Dalam segmen tersebut beliau telah menjelaskan cerita sebenar berita-berita tentang Preve yang rosak yang banyak dilaporkan di blog-blog. Menurut beliau semua cerita itu tidak benar. Kereta yang dikatakan patah drive shaft itu sebenarnya telah terlibat dalam kemalangan. Ini adalah cerita sebenar yang aku dapat daripada blog wootmedia.my:

Menurut sumber yang dipercayai, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.

Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan tie-rod nya patah. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.

Tentang Panel Board yang rosak itu pula, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin berkata, sebenarnya gambar itu diambil semasa Preve masih lagi di dalam tempoh percubaan. Maknanya gambar itu diambil sebelum Preve dilancarkan.

Pengarah Urusan Proton Holding Bhd itu berkata lagi sambil berseloroh, orang Malaysia ni kalau kereta Proton, mereka amat teliti dalam memeriksa kualitinya berbanding dengan kereta-kereta lain. Semuanya diperiksa dengan begitu ketat sekali.

Namun tegas beliau, beliau mengakui bahawa kualiti proton bukanlah yang terbaik. Banyak lagi yang masih perlu dibaiki. Tetapi Proton Preve ini adalah kereta yang terbaik yang pernah dihasilkan oleh Proton setakat ini. Ia dilengkapi dengan sistem-sistem keselamatan yang menyeluruh.

Beliau juga berbangga dengan pasukan jurutera yang menghasilkan kereta tersebut yang telah bertungkus lumus berkerja demi terhasilnya kereta Preve itu sejak 3 tahun yang lalu. Dan yang paling pentingnya ialah mereka ini semuanya terdiri daripada bumiputera.

Jadi, pada pandangan aku, tak salah kalau kita semua menyokong kereta Preve ini. Aku pun kalau ada “duit lebih” nak jugak pakai sebijik.

Wallhua’lam.

Apr 21

Negara Yang Layak Ke Peringkat Akhir EURO 2012

Hanya 16 pasukan yang melayakkan diri ke peringkat akhir Euro 2012. Bermula daripada peringkat kelayakan di mana sebanyak 51 pasukan negara mengambil bahagian.

Daripada 51 pasukan tadi, 8 pasukan terpaksa bermain di kejohanan peringkat “play-off” untuk kelayakan peringkat akhir.

Akhirnya 16 pasukan berikut telah melayakkan diri ke peringkat akhir:

group stage Negara Yang Layak Ke Peringkat Akhir EURO 2012

Sila Klik untuk berita lain tentang Euro 2012

Apr 20

Wall Facebook Umpama Dinding Ratapan Agama Yahudi?

dinding ratapan Wall Facebook Umpama Dinding Ratapan Agama Yahudi?

Dinding ratapan orang yahudi

 

Ramai dikalangan kita menjadikan wall facebook sebagai tempat mengeluh, tempat melepaskan perasaan dan sebagainya. Namun tahukah anda apa makna “wall” tersebut. Maknanya dinding bukan? Habis tu kenapa dengan makna dinding?

Di dalam agama Yahudi ada satu dinding yang dipanggil Dinding Ratapan. Di dinding inilah penganut agama akan menangisi dosa-dosa yang telah mereka lakukan, meluahkan ratapan, pengharapan, kesedihan dan segalanya.

Habis tu apa kaitannya dengan Wall Facebook? Facebook ini dibuat oleh seorang yang berbangsa yahudi yang bernama Mark Zuckerberg. Jadi mungkin Wall (dinding) Facebook ini dan Dinding Ratapan itu mempunyai perkaitan…Inilah tujuan salah satu dakyah mereka melalui Facebook.

Mungkin telahan ini betul atau mungkin ianya juga salah. Namun tidak salah kalau kita sentiasa berwaspada dengan jarum halus puak yahudi. Allah berfirman:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan sersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)”… sehingga penghabisan ayat – Al-Baqarah, 120

Tanpa kita sedari, sebenarnya kita lebih banyak mengadu masalah kita di Facebook. Kita lebih mengutamakan mengemaskini (update) status kita di Facebook daripada mengingati Allah dengan solat dan berzikir.

Jadi marilah kita sama-sama mengambil sikap berhati-hati takut perlakuan kita yang ini menyerupai kaum Yahudi. Sabda nabi SAW:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk di dlam golonganya” – (HR Abu Dawud, Ahmad)

Marilah kita sama-sama menukar trend daripada meletakkan status facebook kita dengan segala macam perasaan, keluhan, rintihan seperti mereka kepada tempat untuk kita memberi dan berkongsi ilmu serta nasihat menasihati kepada sesama kawan terutamanya yang beragama Islam.

Lagipun dengan meletakkan status sebegitu, ia akan mencermin diri kita yang bersifat negatif. Aura negatif ini akan meresap kepada kawan-kawan kita yang membaca status negatif kita. Keadaan ini amat tidak sihat untuk perjalanan hidup kita seharian.

Wallahua’lam.

Apr 20

Fadhilat Surah Al-Kahfi

surah alkahfi Fadhilat Surah Al KahfiHari Jumaat adalah penghulu segala hari. Padanya digesa ummat Islam supaya memuliakannya. Ada banyak amalan-amalan yang harus dilakukan pada hari Jumaat ini. Antaranya ialah membaca surah Alkahfi.

Surah ini akan dapat menjaga diri kita daripada fitnah Al-masih Dajjal. Ada banyak hadith-hadith yang menyarankan amalan membaca surah Al-Kahfi ini. Antaranya:

  • Dari Ali r.a berkata: “Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya.” (Tafsir Ibnu Kathir)

 

  • Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal.” (HR Tirmizi)

 

  • Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi.” (HR Muslim)

 

  • Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

 

  • Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya.” (HR Mustadrak Hakim)

Marilah kita sama-sama beramal. Wallahua’lam.

Sumber: Facebook Fanpage Dunia Macam Macam

Apr 20

Penyokong Bayar Denda Tan Sri Anuar Musa Guna Duit Syiling

tan sri anuar musa Penyokong Bayar Denda Tan Sri Anuar Musa Guna Duit SyilingTan Sri Anuar Musa telah didapati bersalah oleh mesyuarat jawatankuasa FAM kerana didakwa mengeluarkan komen terbuka terhadap FAM. Keputusan mesyuarat adalah timbalan presiden FAM itu dijatuhkan hukuman tidak boleh terlibat dan memegang apa-apa jawatan di dalam persatuan Bolasepak, Kelantan maupun FAM selama dua setengah tahun.

Penggantungan Annuar menjadikan beliau individu ketiga menjadi ‘mangsa’ hukuman FAM selepas dua bekas Naib Presiden FAM sebelum ini, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang digantung kerana mengkritik FAM.

Mengikut kod tatatertib FAM edisi 2011, sebarang kos dan perbelanjaan mesyuarat adalah tanggungan pihak yang didapati bersalah. Jadi kos yang berjumlah RM2,124 tersebut telah dibayar oleh penyokong Tan Sri Annuar Musa dan pasukan Kelantan.

Apa yang menarik dan sinisnya adalah jumlah wang tersebut dibayar dengan duit kertas RM1 dan duit syiling. Sungguh ironik…!

Saksikan laporan berita di bawah: