Perrrggghhh.. sungguh sharp target mamat ni. Cuba tengok:
Tak de ke kelab nak ambik dia sebagai pemain kelab. Sekurang-kurangnya boleh guna masa nak buat set pieces.
Perrrggghhh.. sungguh sharp target mamat ni. Cuba tengok:
Tak de ke kelab nak ambik dia sebagai pemain kelab. Sekurang-kurangnya boleh guna masa nak buat set pieces.
Subhanallah, hati umat Islam mana yang tak pedih dan sakit hati melihat rumah Allah diperlakukan sebegini rupa.
Ini adalah gambar terbaru Masjid Saidina Khalid al-Walid رضي الله عنه di wilayah Homs, Syria yang rosak teruk akibat dibom oleh rejim Basyar.
Untuk pengetahuan semua, dalam aqidah Syiah, antara para sahabat nabi yang mereka anggap sebagai kafir adalah Saidina Khalid al-Walid.
Oleh kerana itulah sehinggakan masjid yang bernama sahabat nabi tersebut pun mereka bom bagi menyatakan kebencian mereka terhadap para sahabat nabi. Na’uzubillahi min zalik.
Kemurkaan Allah terhadap mereka yang jelas memusuhi Allah dan Rasul.
Kisah Snow White dan emak tirinya yang jahat lagi. Macam-macam versi cerita snow white ni. Baru-baru ini, cerita Mirror-mirror pun pasal Snow White jugak. Plot ceritanya lebih kurang sama, cuma cara penceritaannya berbeza. Ditambah tokok sedikit dengan penambahan dan pengurangan watak.
Ok, malam semalam (29/05/2012), aku join event organised by Nuffnang lagi iaitu movie screening. Kali ni cerita Snow White and the Huntsman. Lokasinya di GSC Midvalley.
Aku teruja untuk tengok cerita ni sebab heroin dan heronya adalah Kristen Stewart (Twilight) dan Chris Hemsworth (Thor). Dua-dua pelakon ni aku suka.
Ceritanya adalah mengenai Snow White, puteri raja yang mempunyai rupa paras yang cantik dan hati yang ikhlas serta luhur. Sedari kecil dia dikagumi rakyat jelata kerana sifat-sifat tersebut. Dia ditatang umpama minyak yang penuh oleh ayahanda dan bondanya.
Kekalutan berlaku apabila bondanya meninggal dunia. Ayahandanya sangat bersedih hati. Untuk merawat hatinya yang lara, baginda raja menceburkan diri dalam peperangan. Di dalam satu peperangan melawan kuasa jahat, baginda telah bertemu dengan seorang perempuan (Ravenna) yang cantik yang telah dijadikan tawanan askar lawan. Baginda telah jatuh cinta dan terus menjadikan perempuan tersebut sebagai isteri dan permaisuri.
Rupanya segala yang terjadi adalah rancangan jahat yang dirancang dengan teliti oleh permaisuri Ravenna untuk menyusup ke dalam istana yang dikawal ketat. Malam pertama perkahwinan menyaksikan raja dibunuh kejam dan Permaisuri Ravenna merampas takhta. Snow White dikurung dipenjara.
Dengan kuasa sihirnya Permaisuri Ravenna kekal menjadi wanita tercantik. Sehinggalah pada suatu hari cermin ajaib memberi khabaran buruk kepada Permaisuri Ravenna bahawa Snow White telah membesar sebagai gadis yang cantik dan dialah wanita tercantik sekarang.
Dari situ bermulalah pemburuan Snow White yang telah berjaya meloloskan diri dari penjara. Snow White kehendaki oleh Permaisuri untuk diambil hatinya untuk dimakan dan menjadikan permaisuri kekal cantik selamanya.
Melarikan diri ke Rimba Kegelapan (Dark Forest), Snow White telah berjumpa dengan Eric, pemburu yang ditugaskan untuk memburunya oleh permaisuri. Eric menjadi kasihan dengan Snow White dan menolong Snow White melarikan diri. Seterusnya membantu Snow White menjadi seorang pemimpin dan memimpin rakyat jelata menentang pemerintahan Permaisuri Ravenna yang kejam. Di Dark Forest tersebut juga mereka mendapat bantuan 7 orang kerdil (dwarf).
Cerita ni secara keseluruhan aku bagi 3.5 daripada 5 sahaja. Di tengah-tengah cerita tu aku menguap beberapa kali. Mungkin kerana jalan ceritanya yang agak perlahan ataupun mungkin juga kerana aku keletihan.
Satu lagi mungkin kerana expectation aku kepada lakonan “Bella Swan” (Kristen Stewart) terlalu tinggi.
Apa-apa pun, cerita ni “ok” la. Boleh la bawa family datang menonton.
Sewaktu trip ke Guangzhou baru-baru ini, aku ada terserempak dengan satu restoren ini. Ia adalah restoren makanan haiwan pelik-pelik. Sebenarnya tak de la pelik sangat haiwan tu. Cuma kita di Malaysia ni tak makan la haiwan tu.
Tambah-tambah lagi kita orang Islam.
Lupa pulak aku nak snap gambar signboard nama kedai tu. Tapi restoren ni terletak tak berapa jauh dari hotel tempat kami menginap iaitu Hotel Landmark Guangzhou.
Namun lawatan aku dan kawan-kawan ke kedai ini bukanlah termasuk dalam itinerary Public Mutual ya. Ini adalah inisiatif sendiri, aktiviti di malam hari. Ada masa terluang sikit. Sebenarnya kami sedang dalam perjalanan untuk mencari kebab kambing yang dijual oleh Muslim Iran di sana. Halalan Toyyiban katanya..
So, alang-alang lalu depan kedai kami singgah la kejap untuk meninjau dan snap gambar.
Berikut adalah galeri gambar kat restoren tersebut:
Hubungan keakraban di antara sanak saudara berbeza mengikut budaya setempat, cara didikan keluarga dan beberapa faktor lain. Contohnya, kalau sepupu di Johor masih dikira amat akrab dan dekat. Dan mereka biasanya bersalam-salaman diantara sepupu. Namun di tempat lain seperti di negeri pantai timur contohnya, sudah jarang perbuatan bersalaman antara sepupu diamalkan.
Kadang-kadang kita pun berasa was-was dan confuse dengan siapa kita boleh dan tidak boleh bersalaman di dalam keluarga kita.
Diagram di atas adalah panduan untuk melihat batas-batas dengan siapa di kalangan sanak saudara yang kita boleh kita berjabat tangan. Sungguh menarik, ringkas dan mudah difahami.
Moga dapat dijadikan panduan.
Jika bertandang ke Guangzhou rasanya tak sah kalau orang tak melawat tempat ni. Five Rams Statue atau Tugu 5 Kambing. Hahahaha. Kalau kat Malaysia ada Tugu Negara dengan patung pahlawan negara, Guangzhou pulak ada tugu kambing.
Tugu ini terletak di taman terbesar Guangzhou iaitu Wu Yue Xiu Park yang bersaiz 860,000 meter persegi (212.5 ekar).
Tugu ini adalah salah satu tugu yang terkenal di Guangzhou. Ia menjadi lambang bandaraya Guangzhou. Berketinggian 10 meter, keseluruhan tugu dibina dengan menggunakan 130 keping batu marmar.
Sebenarnya ada cerita di sebalik pembinaan tugu ini. Mengikut cerita rakyat, 2000 tahun dahulu, Guangzhou dilanda kemarau. Rakyatnya walaupun kuat berkerja tetapi masih dibendung kemiskinan. Suatu hari 5 dewa-dewi yang berpakaian 5 warna telah turun ke bumi Guangzhou dengan menunggang 5 ekor kambing. Kambing-kambing tersebut masing-masing membawa sebekas benih padi di mulut mereka. Dewa-dewi tersbut telah meninggalkan benih padi tersebut untuk penduduk Guangzhou, seterusnya memberikan rahmat kepada bandar itu dan naik semula ke langit. Kambing-kambing tadi bertukar menjadi batu dan bandar Guangzhou menjadi kaya dan terkenal. (Hahahaha, macam lawak je cerita ni)
Daripada kaki bukit ke tugu tersebut, ia mengambil masa 5 minit berjalan kaki. Tidak lah sukar untuk sampai ke tugu tersebut kerana jalan telah dibina dengan baik menjadi sebahagian daripada keindahan taman yang dikelilingi oleh pokok yang menghijau sesejuk mata memandang.
Apa-apa pun datang ke tempat ini menjadi kenangan yang tak akan dilupakan buat aku dan group aku iaitu Group D2.
Wow.. jika benar khabar angin ini, memang terbaik lah buat Nazmi. Anak muda yang berusia 18 tahun tanggal 16 Ogos nanti baru saja menandatangani kontrak selama 3 tahun dengan kelab Bolasepak liga perdana Portugal, Beira-Mar.
Jika benar berita ini, Nazmi pastinya menjadi pemain bolasepak dari Malaysia yang menerima gaji paling lumayan. Sebelum ini Safee Sali yang bermain dengan kelab Pelita Jaya di Indonesia menerima gaji paling tinggi iaitu Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan.
Walaupun tidak mendedahkan jumlah sebenar pendapatan bulanan Nazmi, ejen beliau, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara.
“Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.
Jutawan muda ini akan mula bermain untuk Beira-Mar selepas tamat pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti.
Pemergian Nazmi akan ditemani oleh pengendali Hrimau Muda, Ong Kim Swee .Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

Buku penerangan ringkas tentang Guangzhou
Alhamdulillah. Aku baru sahaja balik dari Trip Insentif NSC ke 23 ke Guangzhou, China. Penat tapi sangat seronok.
Trip ini ditaja sepenuhnya oleh Syarikat Unit Trust No 1 tempat aku bernaung. Ia merupakan insentif pertama kepada para konsultan yang cemerlang. Insentif kedua merupakan trip ke Tokyo manakala insentif ketiga trip ke Los Angeles.
Antara tempat-tempat yang dilawati adalah:
Tempat-tempat di atas akan diceritakan pada posting yang akan datang.

Hotel penginapan para konsultan di sana
Ini la yang seronoknya menjadi Unit Trust Consultant (UTC). Jika ditanya kepada aku apa yang paling seronok menjadi UTC ni selain daripada pendapatan yang tiada had (mengikut usaha dan sasaran pendapatan kita) dan masa berkerja yang sangat fleksbel, aku akan menjawab trip percutian ke luar negara. Kenapa? Kerana lawatan ini ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat tanpa perlu aku membayar satu sen pun. Malahan jika mencapai sasaran yang ditetapkan, kita dapat pula wang saku yang diberi oleh pihak syarikat.
Apa yang menariknya lawatan luar negara ini ialah, kita ditaja ke sana dengan tujuan lawatan semata-mata. Kita mungkin dihantar ke luar negara oleh syarikat tempat kita berkerja. Tetapi kebiasaannya lawatan kita itu diatas dasar berkerja. Feelnya agak lain berbanding kita pergi ke lawatan tersebut untuk melancong semata-mata. Ini yang menjadikan UTC seronok dan kebiasaannya untuk UTC yang telah layak ke lawatan/percutian luar negara ini, mereka akan berusaha untuk melayakkan diri lagi di masa hadapan.
Untuk UTC yang tidak berusaha keras untuk trip sebegini, mereka sebenarnya rugi satu benefit yang diberikan oleh pihak syarikat. Benefit ini dibuka kepada semua UTC tak kira pangkat mereka. Siapa yang berjaya mencapai sasaran akan akan dapat insentif ini. Insentif telah berada hadapan kita. Amat rugi jika kita tidak mengambilnya.
Untuk UTC yang layak, mereka bukan sahaja dapat keseronokan melancong di luar negara malah mereka juga:
Kepada sesiapa yang suka melancog seperti aku, jom sertai Unit Trust Industry. Hubungi aku untuk mengetahui lebih lanjut tentang Unit Trust Consultant.
Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.
Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan “WWW”, yang merupakan singkatan bagi “World Wide Web” – mStar
Komen sohoque:
kalaulah duit beratus riban tu didermakan ke rumah anak yatim, ataupun membina masjid alangkah besarnya pahala yang bakal diterima. Wallahua’lam.
Satu diantara hamba muslim adalah Zunairah, hamba Abu Jahal. Karena keyakinannya itulah dia diinterogasi Abu Jahal. “Benarkah kamu telah menganut agama Islam?” tanya Abu Jahal. “Benar. Aku percaya pada seruan Muhammad, kerana itu aku mengikutinya.” Jawab Zunairah. Untuk menggoyahkan keyakinan hambanya, Abu Jahal bertanya kepada kawan-kawannya. “Hai kawan-kawan, apakah kalian juga mengikuti seruan Muhammad?” “Tidaaak,” jawab mereka serempak. “Nah, sekira apa yang dibawa Muhammad itu baik, tentu mereka akan lebih dulu mengikutinya” kata Abu Jahal melecehkan hambanya.
Maka dipukullah Zunairah itu secara keji hingga matanya luka parah dan akhirnya menjadi buta. Melihat mata hambanya menjadi buta, Abu Jahal membujuknya. “Matamu menjadi buta itu akibat kau masuk Islam. Coba kau tinggalkan agama Muhammad itu, matamu akan sembuh kembali,” katanya.Betapa sakit hati Zunairah mendengar olok-olokan itu. “Kalian semua adalah pembohong, tak bermoral. Lata dan Uzza yang kalian sembah itu tak akan bisa berbuat apa-apa. Apalagi memberi manfaat dan mudarat,” katanya.
Mendengar itu, Abu Jahal semakin naik pitam. Maka dipukullah hamba itu sekeras-kerasnya dan berkata, “Wahai Zunairah. Ingatlah kepada Lata dan Uzza. Itu berhala sembahan kita sejak nenek moyang kita. Tak takutkah jika mereka nanti murka kepadamu? Tinggalkan segera agama Muhammad yang melecehkan kita.” Kata Abu Jahal.”Wahai Abu Jahal. Sebenarnya Latta dan Uzza itu buta. Lebih buta daripada mataku yang buta akibat siksaanmu ini. Meski mataku buta, Allah tak akan sulit mengembalikannya menjadi terang, tidak seperti tuhanmu Latta dan Uzza itu” kata Zunairah.
Berkat kekuasaan Allah. Esoknya mata Zunairah yang buta akibat siksaan Abu Jahal itu kembali sembuh sperti sedia kala. Abu Jahal yang menyaksikannya menjadi sangat heran. Namun dasar orang tak beriman, dia malah berkata “Ini pasti kerana sihir Muhammad” katanya sambil kembali menyiksa hambanya. Untunglah datang Abu Bakar yang lalu memerdekakan Zunairah setelah memberi tebusan kepada Abu Jahal.
Tahniah Nazmi Faiz Mansor. Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Setelah menyertai sesi latihan dan pemilihan selama beberapa hari beliau telah ditawarkan kontrak 3 tahun (sehingga tahun 2015) bersama kelab dari Liga Premier Portugal, SC Beira-Mar. Ini pastinya saat yang paling gembira buat Nazmi khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
Menurut ejen Nazmi, Marco Guimaraes, persembahan dan permainan Nazmi amat baik terutama di hari terakhir sesi pemilihan yang berlangsung selama 3 hari.
Dengan pemilihan tersebut, Nazmi merupakan pemain bolasepak pertama Malaysia ke liga Eropah. Dengan umurnya yang masih muda iaitu 17 tahun, diharap Nazmi dapat menimpa kemahiran dan pengalaman di luar negara sebanyak mungkin dan mencurahkan bakti kepada Harimau Malaya.
Tahniah Nazmi!!!!