Jun 26

Petua Mendidik Anak Menghormati Ibu Bapa

keluarga bahagia Petua Mendidik Anak Menghormati Ibu Bapa

Keluarga bahagia. Alhamdulillah!

Tahap menghormati ibubapa oleh anak-anak amat berbeza jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Dulu, di zaman ayah kita, kita amat menghormati ayah dan ibu. Kita takut mereka marah jika kita buat salah.

Ini berlaku kepada aku sendiri di mana ayah aku (kini telah bersemadi dengan aman, moga Allah menempatkannya di kalangan hambaNya yang bertaqwa) seumur hidupnya tidak pernah menjentik aku. Apatah lagi memukul. Tetapi hanya sekadar jelingan tajam, bagai luruh jangtungku dibuatnya.

Jadi apakah faktor yang membezakan tahap hormat seseorang anak kepada ibu bapa dulu dan sekarang?

Mungkin pendedahan kepada budaya luar yang disajikan oleh media massa dan eletronik memainkan peranan utama. Dulu tidak banyak pendedahan seperti sekarang yang mana di media-media massa dan eletronik saban hari menyajikan cerita-cerita yang runtuh akhlak seperti anak menderhaka kepada ibu bapa, anak melawan cakap ibu bapa, anak bercakap kasar dan sebagainya. Mungkin tujuan disiarkan cerita-cerita sebegitu adalah untuk memberi kesedaran kepada audience dan moral keseluruhan cerita itu adalah baik. Namun kesan sampingannya ialah anak menjadi terbiasa dengan akhlak yang ditunjukkan.

Berikut adalah tips kepada ibubapa dalam mendidik anak supaya wujud perasaan hormat yang mendalam dalam jiwa anak-anak:

  1. Jika si ibu marahkan anak, bapa mesti diam dan jangan campur tangan semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu atau bapa yang memarahi anak. Anak mencontohi apa yang diajar atau dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan atau peraturan, anak akan menjadi keliru siapakah yang patut dia patuhi, si ibu atau si bapa?
  2. Bapa jangan menengking, mengherdik atau bertengkar dengan Ibu di hadapan anak-anak. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak-tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yang sering ditengking oleh bapa di hadapan anak-anak
  3. Sentiasa masak untuk anak dan ajak anak sama-sama masak atau makan. Makanan hasil tangan ibu dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.
  4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak.

Harap sama-sama kita amalkan di samping doa-doa yang tertentu.

Jun 26

Amalan Terbalik Masyarakat Melayu

Artikel ini saya ceduk dari Fanpage Facebook Sentuhan Qalbu. Saya kongsikan untuk renungan bersama.

tahlil 300x199 Amalan Terbalik Masyarakat Melayu

Gambar hiasan

Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia..

Jun 25

Passive “Income” Sehingga Selepas Mati

Untuk mempercepatkan kita mencapai status financial freedom, ataupun kebebasan kewangan dimana kita tidak perlu lagi berkerja seperti orang kebanyakkan iaitu kerja daripada pukul 9 pagi sehingga 5 petang, kita perlu mencari passive income.

Apakah yang dimaksudkan dengan passive income? Ia adalah income yang berterusan kita dapat hanya dengan melakukan sekali kerja sahaja. Lebih cepat dan banyak passive income, lebih cepat kita mencapai kebebasan masa dan kewangan.

Keadaan yang sama berlaku dalam melakukan kebaikan. Ada beberapa perkara yang kita dapat pahala secara berterusan apabila kita melakukan beberapa kebaikan seperti yang dinyatakan di dalam hadith nabi yang diriwayatkan oleh Anas:

8 pahala berterusan 1 Passive Income Sehingga Selepas Mati

Pahala ini akan kita dapat secara berterusan walaupun kita sudah meninggal dunia. Pahala-pahala inilah yang akan menyejukkan kubur kita nanti.

Ada satu lagi hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berkenaan pahala yang masih lagi kita dapat walaupun kita sudah mati.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda: Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.

 

Marilah kita ikhlaskan hati kita dalam membuat perkara kebaikan. Berbuatlah amal jariah sebagai passive income/pahala kita untuk kita berehat di alam barzakh kelak. InsyaAllah, amiin.

Jun 25

Hawk Man Lagi Handal Daripada Spider-Man

Filem adaptasi daripada komik yang aku tunggu-tunggu selepas The Avengers ialah The Amazing Spider-Man. Filem The Avengers memang tidak menghampakan aku. Dua kali aku menontonnya. Bagaimana pula cerita The Amazing Spider-Man ni agaknya ya? Dengar cerita jalan ceritanya agak berlainan daripada yang di ceritakan oleh komik.

Saksikan trailernya:

Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah aku diberi peluang menjadi adiwira yang ada kebolehan binatang seperti si Spiderman tu binatang apakah yang aku nak adaptasikan kebolehannya. Setelah berfikir panjang, dan memang aku fikir panjang kerana kalau boleh aku nak yang unik iaitu binatang yang belum pernah ada adiwira yang gunakan kebolehan uniknya. Kebanyakan binatang telah dipilih dan diadaptasikan kebolehan mereka oleh adiwira. Antaranya Spiderman, Batman, Aquaman malah Keluang Man pun diguna pakai oleh watak kartun kat Malaysia ni.

So fikir punya fikir, aku pilih Eagle (helang) untuk aku adaptasikan kebolehan atau kuasanya demi menjaga dunia daripada jenayah.

eagle 300x230 Hawk Man Lagi Handal Daripada Spider Man

Kenapa aku pilih kuasa helang? Kuasa helang amat hebat, antaranya:

1. Ketajaman mata bak teropong jarak jauh (binocular)

Dengan ini aku boleh menembak sasaran dari jarak jauh dengan tepat. Aku juga boleh melihat dan menduga kehadiran musuh dari jarak jauh. Kebolehan ini terdapat pada Legolas dalam cerita Lord of The Ring dan Hawk Eye dalam TheAvengers.

legolas 300x238 Hawk Man Lagi Handal Daripada Spider Man

Legolas menggunakan ketajaman matanya untuk memanah musuh dengan tepat dan mengesan pergerakan musuhnya seperti orcs dan lain-lain dari jarak jauh

 

hawk eye Hawk Man Lagi Handal Daripada Spider Man

Ketajaman mata Hawk Eye banyak membantu The Avengers menghalau Loki dan kongcu-kongcunya daripada menakluki bumi

2. Boleh Terbang Dengan Laju dan Jauh

Kebolehan ini amat penting untuk adiwira melawan penjenaayah. Lihat sahaja adiwira seperti Superman, Ironman, dan beberapa orang lagi. Malah Batman pun menggunakan alatannya untuk bergerak di udara. Aku mungkin menggunakan sayap seperti Arch Angel di dalam komik X-Men yang mana sayap besi tersebut boleh dilengkapi lagi dengan senjata-senjata merbahaya.

archangel Hawk Man Lagi Handal Daripada Spider Man

Sayap Warren Worthington III sebelum ditukar kepada sayap besi oleh Apocalype

3. Cekap berdikari, kuat dan lincah

Seperti helang kebolehan untuk berkerja secara bersendiri tanpa mengharapkan orang lain amat penting dan perlu ada pada seorang adiwira. Kekuatan fizikal dan kelincahan dalam seni mempertahankan diri juga salah satu asset untuk menewaskan penjenayah.

jet li 300x225 Hawk Man Lagi Handal Daripada Spider Man

Kekuatan fizikal dan kelincahan boleh membantu menewaskan pihak lawan

Dengan kebolehan-kebolehan luarbiasa di atas, aku yakin Eagle Man akan menjadi adiwira terhebat setanding dengan adiwira Marvel.

 

p/s: Posting ini juga adalah posting untuk contest Nuffnang Premiere Screening of The Amazing Spider-Man.

Jun 22

Subhanallah… Philippe Senderos Pula Peluk Islam

philippe senderos Subhanallah... Philippe Senderos Pula Peluk IslamSubhanallah. Alhamdulillah. Islam kini semakin dekat di hati. Saban hari kita mendengar ada sahaja artis-artis dan bintang-bintang sukan memeluk agama Islam.

Yang terbaru ialah Philippe Senderos, pemain bolasepak yang kini bermain bersama kelab Fulham, lapor PressTV. Sanderos adalah pemain bolasepak professional yang mewakili negaranya Swiss sebelum ini bermain dengan kelab bolasepak Arsenal.

philippesenderos peluk islam 300x230 Subhanallah... Philippe Senderos Pula Peluk Islam
Beliau mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Manchester, sebuah pusat dakwah Islam.

Sebelum ini Philippe Senderos telah menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.

“Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenainya,” kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.

“Jika saya bukan pemain bola, boleh jadi saya sudah menjadi paderi,” tambahnya.

Apa-apa pun tahniah kepadaPhilippe  Senderos kerana telah diberi hidayat oleh Allah untuk memeluk agama Islam. Beliau kini menyertai bintang-bintang bolasepak yang lain seperti Mesut Ozil, Nicolas Anelka, Karim Benzema dan lain-lain.

Sumber

Jun 20

Siapa Kata Orang Malaysia Tidak Hebat?

shebbysingh pengarah blackburn Siapa Kata Orang Malaysia Tidak Hebat?Shebby Singh atau nama sebenarnya Serbegeth Singh, seorang pakar dan penganalisa bolasepak ESPNStar Network telah secara rasmi dilantik sebagai Pengarah Bolasepak kepada kelab yang baru diturunkan division iaitu Blackburn Rovers. Begitu laporan daripada Footbal Every Day. Perlantikan tersebut berkuatkusa pada 18hb Jun 2012 baru-baru ini.

blackburnroversbadge 300x300 Siapa Kata Orang Malaysia Tidak Hebat?

Shebby adalah bekas pemain pertahanan pasukan bolasepak Malaysia. Bersama pasukan Kuala Lumpur FA, beliau telah memenangi Piala Malaysia sebanyak 3 kali berturut-turut iaitu pada tahun 1987-89. Berkecimpung di arena bolasepak antarabangsa selama 9 tahun, beliau telah bermain di dalam Sukan Asia pada tahun 1982, 1986 dan 1990. Pada tahun 1989, beliau turut membantu skuad Malaysia memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara.

Pengalaman beliau di peringkat domestik adalah selama 18 tahun iaitu 1978-96. Beliau telah merasai memenangi semua piala bolasepak tempatan seperti Piala Malaysia, Piala FA, dan Piala Liga. Beliau pernah bermain menentang kelab bolasepak ternama seperti Bayern Munich, Hamburg SV, Aston Villa dan Niewcastle. Pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan semasa menentang kelab Inggeris Shrewbury Town.

Shebby banyak membina reputasinya apabila menjadi pengulas dan penganalisa bolasepak dan saban waktu keluar di kaca television.

Dikatakan, antara tugasnya sebagai Pengarah Bolasepak Blackburn adalah menjadi orang perantaraan antara Pengurus Steve Kean dan pemilik kelab dari India Venki. kedudukan Steve Kean sebagai pengurus kini agak samar-samar berikutan prestasi kelab yang terperosok ke Champion League.

Aku secara peribadi amat bangga dengan berita ini. Siapa kata orang Malaysia tidak hebat?! Cuma diharap Shebby dapat menggunakan kedudukannya itu untuk kepentingan bolasepak Malaysia juga. Mana lah tau nanti ada beberapa orang pemain Malaysia yang dapat beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Jun 19

Jadual Perlawanan Liverpool Musim 2012/13

Liv Fixtures1 Jadual Perlawanan Liverpool Musim 2012/13Kepada fans the REDs inilah perlawanan Liverpool musim 2012/13. Sila simpan dalam diary yer icon lol Jadual Perlawanan Liverpool Musim 2012/13

Kita bermula dengan perlawanan menentang West Brom di tempat lawan. Perlawanan yang dinanti-nanti iaitu menentang 3 pasukan teratas EPL iaitu Manchester City (25 Ogos), Arsenal (1 September) dan Manchester United (22 September) semuanya akan dilangsungkan di tempat sendiri. Diharap Kops akan memanfaatkan perlawanan di tempat sendiri ini untuk mengutip mata penuh.

Perlawanan yang lain boleh dirujuk kepada jadual perlawanan di atas.

Diharap Liverpool di musim 2012/13 ini akan lebih menyinar sekurang-kurangnya dapat menempatkan diri di Champion League. Imej yang telah tercalar harus dibaiki dengan secepat mungkin.

Bagi aku yang boleh dikira sebagai penyokong tegar Liverpool akan terus menyokong walau apa pun berlaku kepada kelab ini.

You’ll Never Walk Alone!!!

YNWA!!!!

Jun 18

Abby Abadi Nak Kahwini Ustaz

abby 300x300 Abby Abadi Nak Kahwini UstazPada program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau malam semalam, Pelakon Abby Abadi (Gerak Khas) telah dijemput untuk menjadi salah seorang panel di Program tersebut. Panel lain ialah Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor. Program anjuran PAS tersebut dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Dalam Program tersebut Abby yang telah mengambil keputusan “berhijrah” daripada tidak bertudung kepada bertudung menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu terutama ilmu agama. Beliau juga menjelaskan sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan pemuda PAS.

Beliau menanam cita-cita agar suatu masa nanti beliau dapat mengemukakan hujah dengan bersandarkan nas Al-Quran untuk program seumpama itu.

Justeru, Abby yang mengakui amat naif dengan ilmu agama amat berharap mendapat bimbingan agama yang sewajarnya daripada golongan ustaz.

“Saya berharap bertemu jodoh dengan ustaz”.

“Di sini ramai ustaz, kan?” ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.

Kepada hadirin, Abby berharap supaya dapat mendoakannya agar terus beristiqamah dengan perubahan yang telah dipilihnya.

“Saya mengharapkan perubahan yang positif pada diri saya.

“Doakan saya dalam keadaan begini sehingga bertemu Ilahi, saya nak juga mati syahid, saya harap doa dari semua,” katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Sumber

 

Komen Sohoque:

So, apa lagi…! Kepada ustaz-ustaz sekelian boleh la isi borang ya. icon lol Abby Abadi Nak Kahwini Ustaz . Alaa menolong seorang ibu tunggal, besar pahalanya tu…!

 

Jun 18

Canton Tower – Menara TV Tertinggi Di Dunia

canton tower 211x300 Canton Tower   Menara TV Tertinggi Di DuniaMasa aku ikuti lawatan ke Guangzhou baru-baru ini, aku dibawa melawat Canton Tower. Ia adalah antara tempat yang menarik dan harus dilawati jika bertandang ke Guangzhou. Lawatan aku ini ditaja sepenuhnya oleh Public Mutual Berhad khas untuk untuk para Unit Trust Consultant yang cemerlang mencapai sasaran jualan yang diberi.

ground floor canton tower 300x181 Canton Tower   Menara TV Tertinggi Di Dunia

Ground Floor Canton Tower

 

beratur untuk naik lif 300x181 Canton Tower   Menara TV Tertinggi Di Dunia

Sohoque dan kawan-kawan UTC sedang beratur untuk naik lif

dalam lif 300x171 Canton Tower   Menara TV Tertinggi Di Dunia

Dalam lif Canton Tower yang laju. Sekejap jer sampai ke tingkat 108

Canton Tower sebelum ini dikenali sebagai Haixin Tower. Juga dikenali sebagai Guangzhou TV & Sightseeing Tower. Ia adalah sebuah menara pemerhati di Daerah Haizhu yang menggambarkan Guangzhou sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan menarik.

Canton Tower (Menara Canton) adalah menara tertinggi di China dan merupakan struktur “freestanding” keempat tertinggi di dunia. Ia juga merupakan menara television yang tertinggi di dunia dengan 108 tingkat. Menara ini mempunyai 37 tingkat dengan program termasuk ruang untuk pameran, pusat persidangan, panggung wayang, restoren, taman luar berserta kafe, dan dek untuk meninjau sekeliling bandaraya Guangzhou.

108 300x264 Canton Tower   Menara TV Tertinggi Di Dunia

Berjaya sampai ke tingkat 108

Tingkat 108 adalah tingkat tertinggi yang dikhaskan untuk para pelancung membuat peninjauan di sekeliling bandaraya Guangzhou. Daripada sini hampir seluruh bandaraya Guangzhou dapat dilihat. Yang paling mendebarkan adalah dek ataupun satu ruang yang dikhaskan untuk melihat keseluruhan bandaraya Guangzhou. Di sini disediakan kamera untuk pelancung mengabadikan kenangan disini. Yang paling menarik dan mendebarkan ialah dek ini dibina seperti anjung yang sedikit menjulur ke luar. Dinding sekelililng dan lantainya dibina dengan cermin lutsinar. Dengan berdiri di sini kita dapat melihat sayup-sayup pemandangan di bawah yang bisa membuatkan kita gerun dan kecut perut. Ada di antara pelawat yang menjerit kegayatan. Aku pula terpaksa “control macho” sedangkan di dalam hati gayat bukan main lagi. icon lol Canton Tower   Menara TV Tertinggi Di Dunia

teropong1 300x259 Canton Tower   Menara TV Tertinggi Di Dunia

Teropong peninjau khas untuk melihat bandaraya Gunagzhou dengan lebih dekat

waiting the thrill 300x225 Canton Tower   Menara TV Tertinggi Di Dunia

Sedang beratur untuk ke anjung peninjau

anjung thrill 300x225 Canton Tower   Menara TV Tertinggi Di Dunia

Dek/anjung peninjau

from abobe 300x225 Canton Tower   Menara TV Tertinggi Di Dunia

Pemandangan Pearl River daripada atas

building 300x225 Canton Tower   Menara TV Tertinggi Di Dunia

Bangunan pencakar langit daripada tingkat 108 Canton Tower

view stadium 300x225 Canton Tower   Menara TV Tertinggi Di Dunia

Pandangan stadium yang digunakan semasa Sukan Asia Guangzhou

Jadi jika korang datang ke sini sila lah singgah di Menara Canton ini.

 

Jun 18

Syaaban dan Kelebihannya

syaaban 300x233 Syaaban dan KelebihannyaREJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.

Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.

Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”

Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

KEUTAMAAN SYAABAN:

Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?

Memperbanyakkan puasa sunat:

  • Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
  • Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
  • Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
  • Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga . (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
  • Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”

Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

Bertaubat:

Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt. (Ini bukanlah bermakna bulan lain kita tidak bertubat, cuma di bulan ini amalan itu dilebihkan)

MALAM NISFU SYAABAN:

Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban.

Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.

Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.

p/s: artikel ini disalin semula daripada facebook fanpage Dunia Macam-macam

Jun 15

Subhanallah… Kisah Mayat Baca Surah Yasin Di Makkah

lubang kubur Subhanallah... Kisah Mayat Baca Surah Yasin Di Makkah

Gambar lubang kubur Ma'la - perkuburan jemaah haji yang meninggal dunia di Makkah

Cerita dipetik daripada blog melayukini.net.

Mengikut blog tersebut, ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi dan ianya telah disahkan oleh Ustaz Halim Naser, seorang penceramah bebas di Malaysia. Peristiwa ini berlaku di musim haji yang lepas.

Mengikut ceritanya, pada musim haji yang lepas, beberapa orang pelajar Malaysia telah mengerjakan ibadat haji dan telah mengikut seorang Arab untuk urusan pengkebumian satu mayat yang meninggal dunia pada musim haji itu. Makam yang dituju terletak di Ma’la iaitu tempat pengkebumian mayat yang dikhaskan untuk jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Di sini cara mereka mengkebumikan mayat agak berbeza daripada di Malaysia. Mereka akan menggali satu lubang yang kemudiannya diletakkan mayat tersebut di dalamnya. Mayat tersebut akan dibiarkan di dalam lubang tersebut yang ditutup selama 8 bulan. Selepas itu lubang tersebut akan dibuka semula untuk meletakkan mayat yang baru. Ini mungkin kerana kerajaan Saudi ingin menjimatkan tanah perkuburan kerana saban tahun ramai yang akan meninggal dunia di Mekah. Jadi ini adalah satu sistem yang mereka buat untuk menyelesaikan masalah tanah perkuburan. Lagipun di sana, udaranya panas dan kering. Jadi masalah bau busuk mungkin tidak seperti di negara kita yang beriklim panas dan lembab.

Jadi pada hari tersebut satu lubang yang telah lebih 8 bulan dibuka untuk menempatkan mayat yang baru meninggal tadi. Apa yang mengejutkan, apabila sahaja lubang itu dibuka, orang Arab tadi telah bertempiaran lari. Apa yang dilihatnya bukanlah pemandangan yang biasa dilihat. Kali ini dia melihat satu mayat sedang bersila, bukannya tidur seperti kebiasaan yang dilihat.

Dihujani dengan perasaan ingin tahu yang mendalam, pelajar Malaysia ini telah memberanikan diri dengan merangkak ke dalam lubang kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al-Quran. Dan Al-Quran itu pula adalah Al-Quran yang asli.

Setelah diamati lagi, ayat Al-Quran yang sedang terbuka ketika itu adalah Surah Yasin. Satu perkara lagi yang menghairankan ialah mayat tersebut tidak reput. Begitu juga kain kafan yang membaluti tubuhnya. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan diantara mayat dengan kain kafan (kain ihram) tersebut.

Setelah diselidiki asal-usul mayat tersebut, ia adalah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah jika ada berlaku tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia akan duduk di suatu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin, yang juga dikenali sebagai Hati Al-Quran.

Lihat… itulah ganjaran dan kelebihan yang diberikan Allah kepada orang yang berbakti kepada Baitullah. Seperti yang kita semua tahu, segala amal kebaikan di sana akan diganjari dan dilipat gandakan ganjarannya.

Ada satu hadith berkenaan perkara ini:

Dari Jabir R.A; bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: satu sembahyang di masjidku (Masjid Nabawi) adalah lebih afdhal (lebih baik) daripada 1,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali di Masjidil Haram di Makkah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain.

Walaupun hadith ini membicarakan khusus tentang ganjaran pahala solat, tetapi itu menunjukkan kelebihan beramal di masjid berkenaan termasuklah berbakti dengan mengelap tumpahan air zam-zam.

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ…

Subhanallah. Itulah janji Allah kepada hambaNya yang berbakti dan ikhlas kepadaNya, tidak kira kaya, miskin, kacak atau buruk seseorang hamba itu. PadaNya, yang paling utama adalah TAQWA.

Wallahua’lam.

Jun 14

Subhanallah! Buah Kelapa Bertunas Pokok Pisang

kelapapisang Subhanallah! Buah Kelapa Bertunas Pokok PisangCerita ni aku dapat dari blog Melayukini.net.

Ianya berlaku di Kampung Peracak, Ogan Komering Ulu (OKU) Timur di Selatan Sumatera. Penduduk kampung tersebut terkejut apabila menemui sebiji buah kelapa yang bertunaskan pokok pisang. Pokok pisang yang tumbuh pada buah kelapa tersebut berketinggian 80 sentimeter semasa ditemui oleh Muhamad Edi, 52, warga RT 02, Kampung Peracak, Mukim Bungamayang.

Diceritakan kepada Sripoku.com, ketika itu dia sedang menanam jagung di ladang kawannya, Komar. Pada mulanya dia terhidu bau bunga melati yang sungguh kuat. Berikutan itu, dia dan Komar mengambil keputusan untuk mencari punca datangnya bau bunga melati itu. Pencarian itu membawa kepada penemuan kelapa pelik ini. Buah kelapa bertunas pokok pisang itu ditemui di atas timbunan kulit kelapa di tempat pengupasan kelapa.

Komen sohoque:

Cerita ini memang pelik. Tetapi itulah kekuasaan Allah. Semuanya di atas kehendakNya. Dan itu adalah tanda-tanda kekuasaanNya yang ditunjukkan untuk kita berfikir dan membesarkanNya. Hanya orang berfikir (Ulul Albab) sahaja yang dapat pengajaran daripada peristiwa ini.