Jul 31

Kucing Dan Kedudukannya Di Dalam Islam

kucing Kucing Dan Kedudukannya Di Dalam IslamKucing adalah suatu binatang yang sangat akrab dengan kehidupan manusia. Berperwatakan manja, makhluk Allah ini menjadi teman kepada manusia sejak dari dulu lagi. Banyak manfaatnya yang dilahirkan daripada kucing ini. Yang paling penting, manfaatnya ialah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka. Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.

Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk. Hal ini dinyatakan dalam hadith baginda:

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.

 

Sabda nabi ini yang dilafazkan 1500 tahun dahulu telah dibuktikan kebenarannya oleh ahli sains di zaman sekarang. Sains mendapati bahawa kulit kucing mempunyai otot-otot yang berupaya melawan sel bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing dimana benjolan itu berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau mata gergaji. Bentuk ini amat berguna dalam membantu membersihkan kulitnya.

Jika kita lihat semasa kucing sedang minum. Kita akan dapati tiada setitis air pun yang akan jatuh dari lidahnya. Di samping lidahnya yang merupakan alat pembersih yang amat canggih, permukaan lidahnya yang kasar berfungsi untuk membuang bulu-bulu mati di badannya dan membersihkan sisa-sisa bulu di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil ujian:

  • Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
  • Tempat yang sengaja diletakkan kuman menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
  • Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan tiada kuman.
  • Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
  • Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya di badan kucing. Kesimpulan sains merumuskan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu tandanya kucing itu akan atau sedang sakit.

Ini amat berbeza dengan anjing. Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing. Manusia pula mempunyai kira-kira 25% kuman berbanding yang ada pada anjing. Kucing hanya mempunyai separuh sahaja kuman berbanding yang didapati daripada manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Mengapa kucing kurang menggenari air? Ini adalah kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Inilah sebenarnya yang menyebabkan kucing agak liat untuk dimandikan.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

 

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

 

Subhanallah. Itulah kucing pada pandangan Islam. Menyayanginya adalah sunnah. Membuat perkara sunnah mendapat balasan pahala. Dan hikmah dan kebenaran Islam yang tidak melarang manusia bercampur dengan kucing yang telah dituturkan oleh Rasulullah sejak 1500 tahun yang lalu telah dibuktikan dengan fakta sains sekarang.

Wallahu’alam…

 

sumber

Jul 31

Kisah Iblis Bertemu Rasulullah

iblis 292x300 Kisah Iblis Bertemu RasulullahKetika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba – tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

“Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. ”

Rasulullah bersabda : “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”

Kami menjawab : “Allah dan rasulNya yang lebih tahu.”

Beliau melanjutkan, “Itu iblis, laknat Allah bersamanya.”

Umar bin Khattab berkata: “Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah”

Nabi menahannya :” Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad…. Salam untukmu para hadirin…”

Rasulullah SAW lalu menjawab : “Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? ”

Iblis menjawab : “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa.”

“Siapa yang memaksamu? ”

“Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

“Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.”

“Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh.”

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: “Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?”

Iblis segera menjawab: ” Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci.”

“Siapa selanjutnya? ”

“Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT.”

“Lalu siapa lagi?”

“Orang Alim dan wara’”

” Lalu siapa lagi?”

“Orang yang selalu bersuci.”

“Siapa lagi?”

“Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain.”

“Apa tanda kesabarannya? ”

” Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang – orang yang sabar.”

“Selanjutnya apa?”

“Orang kaya yang bersyukur.”

“Apa tanda kesyukurannya ?”

“Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya .”

“Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?”

“Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam.”

“Umar bin Khattab?”

“Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. ”

“Usman bin Affan?”

“Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya .”

“Ali bin Abi Thalib?”

” Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu.” (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?”

“Aku merasa panas dingin dan gementar. ”

“Kenapa?”

“Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat.”

“Jika seorang umatku berpuasa?”

“Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka .”

“Jika ia berhaji?”

“Aku seperti orang gila. ”

“Jika ia membaca al-Quran?”

“Aku merasa meleleh laksana timah di atas api.”

“Jika ia bersedekah?”

“Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”

“Mengapa jadi begitu? ”

“Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya… Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

“Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”

“Suara kuda perang di jalan Allah.”

“Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”

“Taubat orang yang bertaubat.”

“Apa yang dapat membakar hatimu?”

“Istighfar di waktu siang dan malam.”

“Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”

“Sedekah yang diam – diam. ”

“Apa yang dapat menusuk matamu?”

“Solat fajar(subuh).”

“Apa yang dapat memukul kepalamu? ”

“Solat berjamaah.”

“Apa yang paling mengganggumu? ”

“Majlis para ulama.”

“Bagaimana cara makanmu?”

“Dengan tangan kiri dan jariku.”

“Dimanakah kau menaungi anak – anakmu di musim panas?”

“Di bawah kuku manusia.”

MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : “Siapa temanmu wahai Iblis?”

“Pemakan riba.”

“Siapa sahabatmu?”

“Penzina.”

“Siapa teman tidurmu?”

“Pemabuk..”

“Siapa tetamumu? ”

“Pencuri.”

“Siapa utusanmu?”

“Tukang sihir.”

“Apa yang membuatmu gembira?”

“Bersumpah dengan cerai.”

“Siapa kekasihmu? ”

“Orang yang meninggalkan solat jumaat”

“Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? ”

“Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja.”

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : “Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. ”

Iblis segera menimpali :” Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas.”

“Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?”

“Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak – anak muda, sebahagian untuk menganggu orang – orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita – wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, “Keluarkan tanganmu”, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak – anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata – kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak – anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘lihat kiri dan kananmu’,

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan ‘solatmu tidak sah’.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, ‘kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.’

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?

10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

“Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?”

“10 macam”

“Apa saja?”

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, “Orang – orang boros adalah saudara – saudara syaitan. ” (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, “Silakan”, aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda.”

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : “Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT ” (QS Hud :118 – 119)

Juga membaca, ” Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : ” Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong.”

 

Sumber:

Dari Facebook Page Baitul Ukhwah

Jul 30

Sharifah Aleya HotFm Sudah Bertudung?

Sharifah Aleya Hot FM Kini Bertudung Sharifah Aleya HotFm Sudah Bertudung?

Gambar terbaru Sharifah Aleya yang bertarikh 27 Julai 2012 menunjukkan selebriti ini lengkap bertudung bersama ayahanda tersayang

Ada peminat terserempak dengan Sharifah Aleya pada hujung minggu lalu di One Utama. Pada masa itu beliau sedang mengenakan tudung penuh. Peminat tersebut menyangkakan mungkin beliau baru pulang dari majlis berbuka puasa.

Namun, sisipan hiburan akhbar hari ini turut melaporkan yang Sharifah Aleya pernah beberapa dilihat bertudung dan khabarnya sudah memulakan amalan baru itu sejak 1 Ramadhan lalu.

Aku ada follow beberapa pengacara radio hotfm di twitter dan di instagram. Antaranya Faizal Ismail (FBI), AG, Fafau, Deen, Chad dan Suraya. Namun tiada pula akaun Sharigajh Aleya yang aku jumpa setakat ni. Kalau ada boleh la jugak tengok gambar beliau yang terkini samada pakai tudung ke tak.. icon biggrin Sharifah Aleya HotFm Sudah Bertudung?

Apa-apa pun Alhamduliilah la kalau Sharifah Aleya sudah bertudung. Bertambah koleksi artis berhijrah. Sekurang-kurangnya ia dapat menjadi motivasi kepada peminat beliau untuk turut sama bertudung dan menutup aurat. Dan yang paling penting, semoga beliau beristiqamah dalam menutup aurat. Bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja.

 

Sumber

Jul 30

Ustaz Azhar Idrus – Kuliah Bulan Ogos 2012

 Ustaz Azhar Idrus   Kuliah Bulan Ogos 2012

Jadual Ustaz Azhar Idrus telah pun dikeluarkan. Kepada sesiapa yang berdekatan dan berkelapangan, hadirlah ke majlis ilmu tersebut untuk makanan rohani kita.

Berikut adalah jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan Ogos 2012:

kuliah uai ogos Ustaz Azhar Idrus   Kuliah Bulan Ogos 2012

Seperti biasa Ustaz Azhar Idrus meneruskan siri jelajah kuliahnya ke serata negeri di Malaysia. Oleh kerana kebanyakan kuliah beliau bukanlah diadakan secara tetap di tempat-tempat yang biasa dibuat kuliah, jadi jadual ini amat oenting sebagai peringatan kepada kita.

InsyaAllah, saya berani memberi jaminan, kuliah Ustaz Azhar Idrus ini akan memberi input kerohanian yang mendalam kepada yang menghadirinya. InsyaAllah.

Jom sama-sama kita memeriahkan “taman syurga” tersebut.

Jul 23

Al-Fatihah Buat Ismail Hudson

ismail hudson Al Fatihah Buat Ismail HudsonAgak lambat aku “cover” tentang berita ini. Aku pun baru tau semalam. So, hari aku terpanggil untuk memuatkan berita ini dalam sohoque.com.

Dengar cerita Allahyarham Ismail Hudson meninggal dunia kerana komplikasi penyakit jantung yang sudah dihidapinya sejak 5 tahun yang lalu. Beliau meghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.13 pagi Sabtu lalu di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya.

Pada mulanya Allahyarham dimasukkan ke hospital di Bahagian CCU (unit rawatan kritikal) pada Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk. Beliau bagaimanapun pergi selepas diberi rawatan dan dipindahkan ke wad biasa.

Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam dan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9 dekat sini.

Allahyarham Ismail Hudson yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran telah menceburi bidang seni hampir 20 tahun.

Filem terakhir Allahyarham adalah pada tahun 2003 iaitu Mr Cinderella yang turut menampilkan pelakon Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira.

Selain itu, Allahyarham Ismail Hudson juga sering membantu menjaga kebajikan artis tempatan.

Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia yang sering berusaha untuk memulihkan imej Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.

Antara filem-filem lain yang dilakonkan Allahyarham Ismail Hudson ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986), Tujuh Biang Keladi (1984) dan Dayang Suhana (1978).

Sumber

Jul 21

Niat Puasa Ramadhan

Ulangkaji niat puasa di bulan Ramadhan. Kot-kot ada orang sudah lupa icon biggrin Niat Puasa Ramadhan :

niat pose Niat Puasa Ramadhan

Ada 2 jenis niat:

  • Niat puasa sebelum waktu imsak untuk puasa keesokan harinya.
  • Niat puasa untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Niat ini terpakai jika kita lupa berniat untuk berpuasa untuk keesokan harinya.

Jadi untuk kita “play safe” takut-takut kita terlupa untuk ber niat puasa’, eloklah diniatkan dengan niat kedua-dua di atas.

Seperkara lagi, niat adalah lintasan dalam hati untuk melakukan amalan. Bukanlah tidak membaca lafaz di atas bermakna puasa tidak sah. Seseorang yang bangun bersahur namun tidak membaca lafaz niat tetap sah puasanya kerana memang tujuan dia bangun sahur itu adalah untuk melakukan ibadat puasa. Ramai juga orang yang keliru tentang perkara ini.

Moga kita semua dapat menunaikan ibadat puasa dengan penuh kesabaran. Moga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik pernah kita lalui. Ameen.

 

Jul 21

Ramadhan Dan Trend Menurun Graf Kehadiran Solat Terawih

 Ramadhan Dan Trend Menurun Graf Kehadiran Solat TerawihBerjumpa lagi kita dengan Ramadhan. Alhamdulillah, Allah telah panjangkan umur kita sehingga saat ini untuk kita terus mendapatkan pahala  di bulan “pesta pahala” ini. Harapan kita semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik di sepanjang hidup kita.

Selepas maghrib tadi telah bermula 1 Ramadhan. Dan kita telah sama-sama mengerjakan solat terawih, solat yang hanya sah dilakukan di bulan Ramadhan sahaja. Alhamdulillah, penuh masjid-masjid dan surau-surau semasa solat terawih tadi. Baguslah ya… icon wink Ramadhan Dan Trend Menurun Graf Kehadiran Solat Terawih Tetapi kalau mengikut pengalaman tahun-tahun terdahulu, jumlah jemaah yang ramai ini pada awal Ramadhan sahaja. Semakin sedikit baki Ramadhan, semakin sikit juga jumlah jemaah. Itu yang agak menyedihkan yang berlaku saban tahun.

Pada masa itu kaum lelaki sudah mula lari sedikit fokusnya kepada solat terawih. Pada masa itulah mereka sudah mula mencari buffet-buffet Ramadhan untuk disertai. Akibatnya, acara makan buffet habis lambat sehingga terlepas solat terawih berjemaah.

Kaum hawa pulak sudah mulai sibuk membuat kuih untuk hari raya. Solat terawih entah kemana dah pada masa ni. Baju raya juga mesti dicongak berapa helai untuk hari raya tahun ini. Baju yang mana untuk hari raya yang mana juga termasuk dalam perancangan.

Perkara ini berlaku pada saban tahun walaupun sudah “berguni-guni” peringatan yang diberi. Kenapa ini masih berlaku? Nak kata syaitan yang hasut syaitan dah kena ikat di bulan Ramadhan. Habis tu? Kenapa ya?

Jawapannya adalah disebabkan nafsu. Syaitan memang dah kena ikat tapi kita masih ada lagi nafsu dalam diri kita. Nafsu inilah yang memandu kita kepada perkara-perkara tersebut jika kita tidak mengekang nafsu.

Eh lari tajuk pulak aku. Tadi aku plan nak buat entry pasal niat puasa. Lepas ni la aku buat posting lagi pasal tu.

Jul 18

Benar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah, PIBG Bantah

hp dlm buku 266x300 Benar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah, PIBG Bantah

Gangguan tumpuan pelajar oleh telefon bimbit

 

hp cikgu dan murid 300x181 Benar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah, PIBG Bantah

Rentetan daripada posting aku semalam tentang pelajar dibenarkan bawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun depan.

Semalam masa perbincangan kat Radio HotFm, ramai guru-guru yang respons. Ada yang menelefon dan ada yang SMS. Rata-rata daripada mereka tidak bersetuju dengan kebenaran ini.

Hari ini BERNAMA melaporkan PIBG bantah keputusan kerajaan itu dengan alasan ia memberikan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Antaranya ia akan mengganggu tumpuan belajar murid di samping akan wujud budaya bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk. Selain itu mereka khuatir langkah yang diambil Kementerian Pelajaran ini akan disalah guna termasuk membuat rakaman yang tidak sepatutnhya selain mengganggu kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

“Telefon bimbit tidak boleh dibenarkan pada waktu sekolah, kalau luar waktu sekolah itu terpulang kepada ibu bapa atau penjaga,” kata Pengerusi PIBG Nasional Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan ketika dihubungi BERNAMA untuk ulasan tentang kebenaran pelajar membawa telefon bimbit dan gadjet mulai tahun hadapan

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Dr Wee Ka Siong berkata kementerian bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Mohamad Ali berkata, jika kebenaran itu diberi atas alasan keselamatan ia boleh dielakkan dengan memastikan wujud kerjasama, saling mempercayai serta komunikasi yang baik antara ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah.

“Jika ibu bapa kurang percaya dengan sekolah, baik bincang dengan pihak sekolah. Kalau tak percaya juga boleh tukar anak-anak mereka ke sekolah lain.

“Malah di sekolah ada disediakan telefon awam untuk anak-anak hubungi ibu bapa kalau ada kecemasan,” katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata langkah ni ada baik dan buruknya. Baik dari sudut ibubapa boleh memantau pergerakan anak-anak. Manakal buruknya bila alat tersebut disalah guna sehingga mengganggu tumpuan pelajar.

Cadangan Noor Azimah lagi supaya hanya telefon yang biasa dan tidak canggih sahaja dibenarkan untuk dibawa ke sekolah.

“Jangan bawa telefon canggih kerana ia akan buat orang tertarik nak curi. Kalau kena curi kena buat pemeriksaan dan ini menyebabkan kucar-kacir serta gangguan semasa waktu pembelajaran,” katanya.

 

Komen sohoque:

Kalau bawak telefon tak canggih macamana nak belajar teknologi dalam program 1Bestari tu? Telefon tak canggih mana ada WiFi receiver. Kalau tak ada tak guna la kerajaan sediakan WiFi percuma tu. icon lol Benar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah, PIBG Bantah

Apa-apa pun aku pun bantah cadangan ini. Percayalah! banyak buruk daripada baiknya! Melainkan satu garis panduan yang cukup rapi disediakan.

Jul 17

Judi, Malaysia Berada Di Tempat Pertama Di Mata Dunia

genting highland Judi, Malaysia Berada Di Tempat Pertama Di Mata DuniaSenarai 10 Kasino Terbesar Di Dunia (dikira berdasarkan jumlah pekerja)

1) Casino de Genting (Malaysia) – 13,000
2) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220
3) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000
4) Bellagio (Las Vegas) – 9,700
5) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000
T-6) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000
T-6) Sands Macao (China) – 8,000
8) Caesar’s Palace (Las Vegas) – 7,500
9) Borgata (Atlantic City) – 7,000
10) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500

Tahniah Genting! Tahniah Malaysia! Anda bangga? Anda megah? Ish.. ish.. ish.. Astaghfirullahaladziim.

Genting ni sebenarnya adalah syarikat besar yang perniagaan utamanya adalah kasino ataupun judi. Namun ia ada juga terlibat dalam perniagaan resort, hotel, restoren, taman tema permainan, panggung wayang dan macam-macam lagi.

Akan tetapi oleh kerana perniagaan terbesar dan utamanya adalah Kasino atau judi dan perniagaan berasaskan judi ini yang memberi hasil utama kepada Genting, maka syarikat ini diletakkan sebagai syarikat yang tidak patuh syariah oleh Badan syariah Security Commission.

Syarikat Perjudian Malaysia berjaya mengalahkan kelab judi terbesar dunia hatta di Las Vegas, USA. Sedarilah tiada satu agama di dunia ini yang menghalalkan judi untuk penganutnya. Hanya penjahat dan penyagak sahaja yang merestuinya. Bilakah akan tersedar? Mungkin sedikit masa lagi, akan kelihatan dua syarikat Malaysia dalam list tersebut, hasil lesen judi bola Piala Dunia.

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

 

Source: Casino City

Jul 17

Pelajar Sekolah Dibenar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Tahun Hadapan

telefon bimbit disekolah Pelajar Sekolah Dibenar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Tahun HadapanPagi tadi dalam perjalanan keluar untuk mencari sesuap nasi aku mendengar radio HotFM. Segmen AMCrew membawakan perbincangan tentang kebenaran pelajar sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah. Lantas aku cari berita ni kat suratkhabar online. Lalu terjumpa kat suratkhabar The Star.

Menurut berita tu, pelajar-pelajar sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit dan gadjet ke sekolah bermula tahun hadapan.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, keputusan tersebut diambil sejajar dengan pelaksaan program pengajaran dan pembelajaran secara virtual yang dikenali sebagai “1Bestari” yang turut menawarkan WiFi percuma.

Kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 telah dipinda dan bermula tahun hadapan pelajar-pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit dan gadjet lain ke sekolah.

Dibawah peraturan sekarang pelajar memang tidak dibenarkan langsung membawa telefon bimbit ke sekolah. Ramai ibubapa yang tidak setuju dengan peraturan ini kerana menurut mereka membawa telefon bimbit ke sekolah akan memudahkan mereka menghubungi anak-anak selepas waktu persekolahan. Anak-anak juga senang untuk menghubungi ibu bapa jika berlaku kecemasan dan sebagainya. Ini boeh mencegah jenayah ke atas pelajar sekolah seperti rogol, culik dan sebagainya.

Namun pihak sekolah memandang perkara ini akan lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat. Dengan telefon bimbit banyak perkara buruk yang boleh dilakukan oleh pelajar seperti memuat turun video dan gambar porno, asyik bermain sms dan sebagainya.

Ada juga di kalangan guru-guru meminta pihak kerajaan mengkaji semula perkara ini kerana bagi mereka ia akan menimbulkan banyak keburukan daripada kebaikan.

Namun, pagi tadi, semasa segmen AmCrew di HotFm tu aku tersentuh dengan sms seorang pendengar. Antaranya berbunyi (lebih kurang):

“Jika pelajar dibenar membawa telefon bimbit, kesian la kepada pelajar yang tak mampu memiliki telefon bimbit. Mesti mereka merasa tersisih dan rendah diri. Sebab bukan semua ibubapa pelajar kaya dan mempunyai telefon bimbit. Ibubapa pula mesti diminta untuk anak-anak mereka untuk dibelikan telefon bimbit. Kesian kat ibubapa pelajar tersebut”

Jika ini terlaksana, maka akan bergayalah pelajar-pelajar dengan telefon bimbit atau smartphone mereka yang canggih-canggih. Ditambah lagi dengan ipadnya, galaxy tabnya dan bermacam-macam lagi.

Pada pandangan aku, mengikut aliran teknologi tidak salah Kerana teknologi adalah untuk kemudahan kita. Cuma macamana nak kawal supaya pelajar tidak menyalahgunakan teknologi itu yang paling penting. Seperti internet contohnya. Internet itu amat penting kerana di dalamnya terkandung pelbagai ilmu baik dan buruk. Cuma ilmu yang macamana pelayar internet ambil, itu yang menjadi persoalan. Jadi kerajaan kena fikirkan tentang ini juga.

Apa kata anda? Setuju atau tidak dengan langkah terbaru Kementerian Pelajaran ini?

Jul 17

Power Pen Dan Alarm Pad Lock Yang Mantap Fungsinya

Ingat tak posting aku semalam pasal salesman yang ada selling skill yang bagus tapi tiada sijil SPM?

Aku sempat snap beberapa keping gambar “power pen” dan “alarm pad lock” yang tiada jual. Terus terang aku cakap kedua-dua produk ni ada selling point dia yang agak bagus.

Ini adalah “power point”:

2012 07 16 10.04.291 1024x616 Power Pen Dan Alarm Pad Lock Yang Mantap Fungsinya

Inilah Power Pen ataupun pen tahan lasak

Apa yang menariknya tentang pen ini?

Ada beberapa kelebihan peen ini berbanding pen-pen lain yang serupa dengannya di pasaran. Antaranya:

  1. Mata pen ini (roller ball) amat tahan lasak. Biasanya pen biasa kalau terjatuh mata ke bawah, memang confirm kena tukar pen lain. Sebabnya mata pen akan rosak. Mata pena yang rosak memang sudah tidak best untuk menulis. Tetapi tidak untuk pen ini. Walaupun ia diketuk berkali-kali diatas meja namun ia mata bolanya masih elok dan masih tidak mengganggu penulisan.
  2. Dakwat pen ini menggunapakai dakwat gel seperti yang digunapakai oleh pen berjenama Pilot. Cuma bezanya dakwatnya sungguh cepat meresap dan kering. Dakwatnya pula kalis air. Saya telah menitikkan beberapa titik teh ais ke atas kertas yang saya test dengan menulis diatasnya dengan menggunakan “power pen” tadi. Hasilnya memang dakwatnya tidak pudar. Saya lantas menggosok dengan lebih kuat. Yang rosaknya bukan dakwat, tetapi kertas yang ditulis itu. Memang menakjubkan.
  3. Mata bola (roller ball)nya amat lancar sekali apabila menulis. Best!!!

Saya terus jatuh hati dengan pen ini. Semalam saya hanya beli 2 batang. Nanti ingat mau cari lagi la.

Satu produk lagi yang salesman tu promote ialah “alarm pad lock”. Ini dia gambarnya:

2012 07 15 08.40.31 300x180 Power Pen Dan Alarm Pad Lock Yang Mantap Fungsinya

Alarm Pad Lock (gambar depan)

2012 07 15 08.41.03 300x180 Power Pen Dan Alarm Pad Lock Yang Mantap Fungsinya

Alarm Pad Lock (gambar belakang)

2012 07 15 08.41.25 300x180 Power Pen Dan Alarm Pad Lock Yang Mantap Fungsinya

Alarm pad lock

Ok, pad lock (kunci mangga) ini istimewa sebab ada 2 fungsi:

  1. Fungsi seperti pad lock biasa. Gunanya untuk mengunci pintu rumah, basikal ataupun motorsikal.
  2. Pad lock ber “alarm”. Bila di “set” kan ia boleh digunakan dalam mode alarm/penggera. Bila fungsinya diaktifkan, bunyi beep sekali akan kedengaran. Bila berada dalam mode alarm, sebarang objek seperti manusia atau pun kucing yang lalu berdekatan akan dikesan oleh sensor pad lock ini. Lantas ia mengeluarkan bunyi beep 2 kali. Dan apabila ia diketuk, cuba dipotong ataupun ditarik dengan kuat, maka alarm akan berbunyi. Bunyinya agak kuat dan boleh didengar oleh beberapa meter. Ini akan menegejutkan tuan rumah dan jiran tuan rumah sekali. Cuma hati-hati kalau nak pakai untuk mengunci motorsikal atau basikal yang dibawa ke masjid. Takut alarmnya berbunyi sewaktu solat. Bising!!!

Oh ya lupa nak bagitau harga-harga barangan ni. Power Pen tadi harganya RM2.50 sebatang. Ia didatangkan dalam pelbagai saiz mata bola. Ada 0.5, 0.7 dan 1.0.

Harga Alarm Pad Lock pula RM65.00. Agak berbaloi kalau beli. Dan ia ada warranty selama setahun. Bagus tu. Kalau rosak tukar yang baru terus. Alaaa, solex yang tak der alarm pun lagi mahal apa.. icon lol Power Pen Dan Alarm Pad Lock Yang Mantap Fungsinya

Ok, sesiapa yang nak beli barag-barang boleh la contact aku. Nanti aku bagitau mamat ni dan suh dia pegi hantar ke rumah/pejabat korang.

Sekian, khidmat bakti masyarakat. Tolong promote untuk salesman tu..! icon biggrin Power Pen Dan Alarm Pad Lock Yang Mantap Fungsinya

Jul 16

Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Ramadan

tengok anak bulan Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan RamadanBernama melaporkan tarikh bagi melihat anak bulan Ramadhan pada tahun ini ditetapkan pada hari Khamis ini (19 Julai 2012)

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 30 tempat yang telah ditetapkan untuk tujuan melihat anak bulan ini. Tempat-tempat tersebut ialah:

  1. Pontian Kecil Johor;
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka;
  3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
  4. Bukit Melawati, Kuala Selangor;
  5. Pulau Angsa, Kuala Selangor;
  6. Bukit Jugra, Banting Selangor;
  7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam;
  8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak;
  9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang;
  10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah;
  11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi;
  12. Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah;
  13. Bukit Besar Kuala Terengganu;
  14. Bukit Geliga, Kemaman;
  15. Pulau Perhentian, Besut;
  16. Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu;
  17. Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan;
  18. Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan;
  19. Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan;
  20. Tanjung Lubang Miri, Sarawak;
  21. Teluk Bandung, Kuching Sarawak;
  22. Tanjung Batu, Bintulu Sarawak;
  23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah;
  24. Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang;
  25. Gunung Berincang Cameron Highlands;
  26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
  27. Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan;
  28. Menara Kuala Lumpur;
  29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya;
  30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.

Melihat anak bulan Ramadhan adalah salah satu cara untuk mengetahui tarikh bermula bulan puasa iaitu 1 Ramadhan. Cara yang lain yang pernah digunakan ialah mengikut Rukyah dan Hisab.