Jul 09

Doa Bila Jumpa Hantu

doa bila jumpa hantu Doa Bila Jumpa Hantu

Siapakah yang pernah dipilih oleh hantu untuk bersemuka face to face. Atau dengan ertikata yang lebih mudah, siapakah yang pernah terjumpa hantu?

Aku pernah sekali kena “tindih” dek hantu. Masa tu aku baru berpindah ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak. Masa tu dalam tahun 1996. UIA kampus Gombak baru jer siap pembinaan fasa pertama. Aku yang belajar di Fakulti Economic And Management, Business Administration pada masa itu adalah batch kedua yang kena pindah daripada kampus asal di Petaling Jaya. Batch pertama adalah bebudak Engineering.

Masih aku ingat pada masa tu Sungai Pusu (tempat terletaknya UIA kampus Gombak) masih lagi suci. Belum dicemari. Buktinya kalau di pagi hari, masih terdapat kabus yang agak tebal di jalanan sewaktu aku nak ke kelas. Malam pulak sememangnya sejuk.

Bilik aku di UIA tu dibahagikan kepada 4 bahagian. Bermakna 4 orang sebilik. Di tengah-tengah adalah ruang tamu. Juga dijadikan tempat makan dan tempat tengok tv.

Pada suatu malam, aku di partition aku tertidur kepenatan. Masa tu lepas isyak. Tiba-tiba aku terasa sesak dan susah bernafas. Terasa badan macam kejang dan tak boleh bergerak. Dalam keadaan antara sedar dan tidak itu aku membuka mata. Lalu aku terpandang sekujur tubuh yang kurus kering, sedang bertenggek di atas jendela bilik aku itu. Kepala dan wajahnya yang berbentuk bujur yang berada diantara kedua-dua lutut itu merenung tajam ke arahku. Rambutnya panjang dan kerinting mengurai ke bahu.

Aku dengan keadaan berpeluh akibat meronta-ronta untuk lepaskan diri, cuba melaungkan azan. Tapi memang suara aku tak keluar. Aku rasa aku dah berteriak dengan kuat tapi tidak kedengaran menurut kawan-kawan aku yang sedang menonton tv di ruang tamu. Setelah mencuba azan dan membaca ayat-ayat quran beberapa kali aku dapat rasakan yang “tindihan” semakin ringan dan longgar dan akhirnya terlerai. Lantas aku dengan pantas bangun dan mendapatkan kawan-kawan diluar.

Yang bestnya mereka hairan melihat aku yang berpeluh-peluh. Bila ditanya adakah mereka mendengar jeritan azan aku tadi, mereka dengan selamba menjawab: “tidak!”. Hahahaha. pelik bukan?

So kejadian tu memang aku ingat sampai sekarang. Bila aku fikir, ada 2 kemungkinan:

Pertama: Aku memang ditindih hantu.

Kedua: Aku mungkin berkhayal atau bermimpi memandangkan aku pada masa tu diantara sedar dan tidak.

Wallahua’lam. Aku sendiri pun tak boleh bagi jawapan yang tepat.

Oh ya.. Kat atas tu aku ada sertakan bacaan kalau terserempak dengan hantu. Dikongsi dari facebook Ustaz Azhar Idrus. Selain dari doa tu, eloklah ditambah lagi dengan 3 Qul dan ayat Kursi.

Ayat-ayat Quran ni kita kena selalu amalkan. Setakat bila berjumpa hantu baru nak baca, entah keluar atau tidak nanti ayat-ayat tu dari mulut kita.

Itulah bezanya jika kita membaca ayat Quran depan hantu dan Pengamal perubatan seperti Dato Harun Din baca depan hantu. Kita kalau baca hantu silap-silap haribulan sengih jer. Almaklum la hari tu baru baca ayat tu. Tapi kalau diorang yang ayat-ayat tu selalu meniti dibibir diorang setiap hari tu baca, hantu akan ketakutan terus..

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Jul 09

Kereta Batman Design Terbaru

Seperti biasa bila Nuffnang nak jemput bloggers ke event Movie Premier Screening, ada la assignment mudah yang nak kena buat. Kali ni untuk NN Premier Screening, movie yang bakal ditonton oleh pemenang adalah Batman, The Dark Knight Rises.

Tajuk Assignment kali ni: “If you were to design a Bat-vehicle for Batman, what features would it have and what would you call it?

Tahukah anda, Batman adalah hero yang tak ada super power. Tidak seperti Spiderman, Superman, X-Men dan beberapa superhero lain, Batman mengalahkan lawannya hanya bergantung kepada seni mempertahankan dirinya yang tangkas dan kebijaksanaan dan kepantasannya berfikir di saat genting. Ditambah dengan bantuan teknology dan gadjetnya yang amat canggih.

Jadi, jika aku ditugaskan mencipta Bat Vehicle, aku akan pastikan kenderaan itu betul-betul complete dan berguna untuk sebarang kegunaan dalam sebarang keadaan.

dark knight rises new batmobile Kereta Batman Design Terbaru

Kenderaan 3 alam terbaru Batman

Kenderaan ini aku gelarkan Bat-3worlds. Kenderaan 3 alam. Kenapa digelar dengan nama begitu? Sebab kenderaan Batman yang aku cipta ini mampu untuk digunakan di darat, air dan udara. Bentuk asalnya tidak banyak berubah di mana ianya adalah kereta Batman. Namun bentuk ini boleh bertukar mengikut keadaan di mana ia akan digunakan. Teknology penukaran ini diambil daripada teknology pertukaran Transformers.

Di Darat

Bat-3worlds ini apabila berada di daratan, ia menggunakan mode kereta sport dan ciri-cirinya adalah seperti Batmobile yang sebelumnya. Cuma kali ini ianya akan ditambah dengan kepintaran teknology yang ada pada kereta KITT dalam TV series Knight Riders. Jadi Batman tidak perlu bergantung kepada kepintaran otaknya semata-mata untuk menewaskan penjenayah, tapi ia turut dibantu dengan kepintaran teknology berfikir komputer. Hebat bukan?

Di Air

Bila Bat-3worlds digunakan di air, ia akan bertukar kepada mode “Air”. Ia boleh menyelam seperti kapal selam dan bergerak laju di atas permukaan air seperti bot laju.

Di Udara

Bila memerlukan ia terbang di udara, ia akan menjadi jet pejuang yang sempurna dan boleh terapung lama di udara.

Tak kira ia berada di mode Darat, Air atau Udara, Bat-3worlds boleh menggunakan mode halimunan iaitu ia boleh menghilangkan diri daripada penglihatan. Teknology ini diambil daripada teknology kapal terbang S.H.I.E.L.D dalam The Avengers.

Dengan lahirnya Bat-3worlds ini, Batman, walaupun tidak memiliki keupayaan superhero seperti superhero lain, akan menjadikan Batman hero yang tidak terkalah.