Jul 10

Latihan Pertama Nazmi Bersama Beira Mar

nazmi first training dgn beira mar 225x300 Latihan  Pertama Nazmi Bersama Beira Mar

Nazmi sedang mendengar arahan coach

Setelah tiba di Portugal beberapa hari yang lepas, inilah berita pertama yang kita dengar tentang Nazmi. Gambar di atas adalah gambar semasa latihan Nazmi bersama kelab barunya itu Nazmi telah menandatangani kontrak bersama Beira Mar, sebuah kelab kelab bolasepak utama Portugal selama 3 tahun.

Berikut pula adalah klip video latihan pertama Nazmi dengan rakan-rakan sepasukan Beira Mar:

Nampak tiada kejanggalan bagi Nazmi walaupun saiz badannya agak kecil berbanding rakan sepasukan yang lain.

Moga Nazmi akan terus sukses dan mengharumkan nama Malaysia.

Jul 10

Adam AF 2 Pula Berhijrah?

adam 300x200 Adam AF 2 Pula Berhijrah?

Gambar ni aku dapat daripada seorang sahabat Facebook. Entry tertulis bahawa Adam AF 2 telah berhijrah ke arah yang lebih baik.

Alhamdulillah kalau berita ini betul! Tahniah kepada Adam kerana diberi hidayah. Aku harap ternd artis berhijrah sekarang bukanlah sekadar trend. Moga penghijrahan artis-artis ni menjadi ikutan kepada muda mudi untuk turut sama berhijrah kepada yang lebih baik.

Nak berubah sekali itu senang. Namun nak beristiqomah itu agak sukar dan memerlukan keazaman yang kuat. Moga Adam dan artis yang lain diberikan keazaman yang kuat untuk mereka kekal dalam perubahan yang lebih baik itu. Amiin.

Jul 10

Iklan Yang Amat “Open”

Iklan 565x674 Iklan Yang Amat Open

Iklan yang sungguh berterus terang

Baru-baru ni, satu gambar mengenai iklan produk Gel Perapat yang disiarkan di akhbar tempatan telah tersebar meluas di ruangan internet terutamanya di laman sosial Facebook.

Ramai juga rakan-rakan Facebook yang berkongsi gambar iklan tersebut.

Secara amnya iklan itu masih lagi menepati syarat-syarat pengiklanan atau pun ‘Advertising Rules’ di mana gambar yang berwarna, mempunyai bilangan patah perkataan yang tidak melebihi 50 patah perkataan dan memaparkan produk itu sendiri digunakan.

Malah, ‘feedback’ atau maklum balas atau dengan kata mudah, pendapat testimoni produk itu juga diletakkan dalam iklan tersebut.

Namun pada aku iklan ini agak “berterus terang”. icon smile Iklan Yang Amat Open . Kalau anak-anak bawah umur baca, tak faham dan bertanyakan mak bapak diorang, susah gak nak jawab tu. icon lol Iklan Yang Amat Open

Ada sesiapa yang nak order gel tu. Nombor telefon ada tertera. icon wink Iklan Yang Amat Open . Saya bukan ejen ya.. Kalau nak order sendiri. Hahahaha…

Cuba anda lihat keratan iklan tersebut. Apa kata anda? Apa komen serta pandangan anda lebih-lebih lagi bagi yang sudah pun berumahtangga?

 

Sumber