Jul 12

Ciri-ciri Wang Kertas Siri Baharu

Wang Kertas Baharu 565x423 Ciri ciri Wang Kertas Siri Baharu

Imej wang kertas siri baharu yang bakal diedarkan tidak lama lagi

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan satu kenyataan melalui media tentang wang kertas siri baharu.

Menurut kenyataan tersebut wang kertas siri baharu tersebut akan mula diedarkan bermula 16 Julai ini. Selari dengan pengedaran ini wang kertas yang sedia ada akan dikeluarkan daripada pasaran secara perperingkat-peringkat.

Menurut kenyataan itu lagi, wang kertas siri baharu ini akan mempunyai 2 ciri-ciri yang unik yang belum ada pada wang kertas sebelum ini. Ciri-ciri yang dimaksudkan ialah:

  • ia mengguna pakai kemajuan teknologi terkini yang lebih canggih untuk ciri-ciri keselamatannya.
  • ia adalah mesra Orang Kelainan Upaya (OKU)

“Ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.

“Golongan kurang upaya penglihatan boleh menggunakan ciri khusus seperti pengenalpastian secara sentuhan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan,” kata kenyataan itu hari ini.

Dengan itu BNM turut menggesa pihak-pihak yang berkaitan supaya mempercepatkan pengubahsuaian mesin supaya dapat menerima transaksi yang menggunakan wang kertas siri baharu ini nanti demi kemudahan orang ramai.

Kenyataan itu menyebut lagi, orang ramai ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan wang kertas siri baharu ini supaya dapat menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau 03-2698 8044 sambungan 8658.

“Orang ramai boleh juga melayari laman web BNM di www.bnm.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut,” tambah kenyataan itu.

Jul 12

Fatwa: Pelaburan Emas Genneva Tidak Sah Dari Pandangan Syarak

pelaburan emas geneva 300x200 Fatwa: Pelaburan Emas Genneva Tidak Sah Dari Pandangan SyarakUmmat Islam dilarang menyertai skim Pelaburan Emas Genneva. Keputusan ini dibuat pada Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bermula pada hari Rabu yang lalu selama 3 hari yang meneliti laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu. Ini disahkan sendiri oleh pengerusi muzakarah, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Syukor Husin.

Kata beliau, operasi syarikat tersebut didapati tidak mengikut sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas seperti yang teah diperakui oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal agama Islam Malaysia kali ke 96 yang berlangsung pada 15 Jun yang lepas.

Ummat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transkasi jual beli dan pelaburan emas oleh mana-mana pihak baik syarikat dari dalam negara maupun dari luar negara yang bertentangan dengan prinsip jual beli emas yang telah digariskan oleh syarak dan undang-undang negara.

Transaksi yang dimaksudkan hendaklah memenuhi kesemua rukun jual beli menikut syarak. Sekiranya salah satu rukun jual beli tersebut tidak mengikut syarak, maka transaksi tersebut di kira TERBATAL. dan tidak sah.

Beliau menmbah lagi, transaksi juga hendaklah bebas daripada 3 unsur asas berikut:

  1. Ia ada unsur-unsur riba,
  2. Perjudian
  3. Gharar yang berlebihan dan Kezaliman.

say no to skim pelaburan emas1 Fatwa: Pelaburan Emas Genneva Tidak Sah Dari Pandangan Syarak

Sumber

Komen sohoque: orang Malaysia ni suka sangat la skim-skim macam ni. Bila duit dah lesap barulah semua nak kecoh dalam suratkhabar.