Aug 31

Ustaz Azhar Idrus, Kuliah Bulan September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekejap sahaja masa berlalu. Kita sekarang sudah berada di penghujung bulan Ogos. Namun Syawal belum berakhir. Kepada yang belum habis lagi berpuasa sunat 6 hari di bulan Ramadhan, silalah berbuat demikian seberapa segera yang boleh.

Seperti biasa jadual Ustaz Azhar Idrus penuh lagi dengan kuliah bulanan beliau. Jadual bulan September Ustaz Azhar Idrus telah pun dikeluarkan:

sept uai Ustaz Azhar Idrus, Kuliah Bulan September 2012

Walaupun Ustaz Azhar Idrus baru dapat baby, namun usaha dakwah beliau tetap berjalan seperti biasa.

Kepada sesiapa yang ada kelapangan silalah ke majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus ini. InsyaAllah anda tak akan menyesal.

Kepada yang tiada kelapangan, silalah lapangkan diri anda sekali sekala mencari pengisian jiwa. Sesungguhnya ini adalah antara bekal-bekal kita di akhirat kelak.

Jumpa di sana….!

Aug 30

Ustaz Azhar Idrus Dapat Baby Lagi

Semalam sewaktu saya layan Facebook, terbaca update dari kawan facebook yang Ustaz Azhar Idrus kita dapat baby lagi. Kawan ni siap postkan gambar baby tu lagi.

Tahniah Ustaz Azhar Idrus! Walaupun sibuk berkuliah seantero Malaysia sempat lagi dapat baby. icon biggrin Ustaz Azhar Idrus Dapat Baby Lagi . Memang saya tahu Ustaz Azhar Idrus memang “power”. icon smile Ustaz Azhar Idrus Dapat Baby Lagi

Ni dia gambar baby baru Ustaz Azhar Idrus:

bb uai Ustaz Azhar Idrus Dapat Baby Lagi

Tidak dinyatakan pula nama cahaya mata terbaru Ustaz Azhar Idrus ni. Tapi kalau tak silap saya bayi lelaki. Khabarnya cahaya mata terbaru ni daripada zaujah nombor 2 ustaz.

Sekian. Sekadar makluman. Tenkiu

Aug 29

Petua Supaya Orang Yang Degil Lembut Hati

gambar anak yang degil Petua Supaya Orang Yang Degil Lembut Hati

Kadang-kadang kita buntu bila menghadapi situasi di mana anak-anak tidak mahu mendengar nasihat yang baik dari kita. Puas di tegur tetapi tidak diendah dan diikut.

Lebih teruk bila pasangan suami atau isteri sendiri yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat.

Kadang-kadang pelbagai usaha yang telah dibuat namun mereka yang degil ini tidak juga menunjukkan sikap ingin berubah. Mereka tidak juga lembut hati.

Macamana caranya untuk membuatkan mereka ini lembut hati?

Di saat begini hanya pada Allah lah yang harus kita berserah. Antara doa-doa untuk membuatkan anak ataupun pasangan yang degil lembut hati ialah dengan membaca ayat ini:

petua degil 300x121 Petua Supaya Orang Yang Degil Lembut Hati

Caranya ialah baca dan hembuskan di ubun anak semasa mereka tidur. Manakala untuk pasangan (suami atau isteri) baca dan hembuskan di tengkuk ketika mereka sedang tidur. Sambil hembus, niatkan dan doa dalam hati semoga Allah jadikan mereka yang degil dan tidak mahu menerima nasihat yang baik ini lembut hati mereka.

Yang paling penting ialah istiqamah dan jangan berputus asa dalam berdoa. Semoga doa kita dimakbulkan Allah

Aug 28

Fantasy Football Contest di sohoque.com

fantasy Fantasy Football Contest di sohoque.com

kontest Fantasy Football Contest di sohoque.comAssalamualaikum dan salam sejahtera…

Untuk memeriahkan lagi blog sohoque.com, saya akan menganjurkan satu contest EPL fantasy football.

Hadiah-hadiah:

Champion

sehelai jersey (AAA quality) pasukan favourite masing-masing. Jika pasukan favourite korang pasukan yang tak glamer ataupun pasukan daripada planet lain yang mana saya tak jumpa jerseynya di pasaran, saya akan gantikan dengan jersey yang lain.

2nd Place

Thumb drive 8Gb

3rd Place

Thumb drive 4Gb

Special Gift*

Thumb drive 8Gb

*hadiah khas ini akan diberikan kepada pengomen tegar/pengomen terbanyak untuk artikel-artikel yang diposkan di blog sohoque.com

 

Cara-cara untuk masuk contest fantasy football contest sohoque.com:

  1. Kena “LIKE” blog sohoque.com. caranya: sila visit sohoque.com, kemudian klik LIKE kat Like Box di side bar sebelah kanan blog sohoque.com. Ataupun klik pada link ini: www.facebook.com/sohoquedotcom, kemudian klik LIKE page ni.
  2. Register akaun anda di fantasy.premierleague.com dan create team anda.
  3. Join league yang telah dibuat oleh saya di fantasy.premierleague.com–>leagues–>join a league–>private league–>masukkan kod: 351229-467640. Nama league: sohoque.com Fantasy Football League.
  4. lawat blog sohoque.com dan tinggalkan details berikut: a) size jersey b) pasukan favourite c) nama untuk ditulis di belakang jersey (jika mau, jika tidak hanya jersey kosong tanpa nama akan dihantar) d) pilihan jersey: home, away atau 3rd jersey. Sila tinggalkan details ini di bahagian komen di artikel ini.
  5. Jersey akan dihantar by courier ataupun by hand (untuk yang tinggal di area lembah kelang.
  6. Peraturan permainan yang lain akan mengikut “rules and regulation” fantasy football
  7. Pemenang akan dikira berdasarkan total points (bukan weekly points) pada akhir musim (selepas perlawanan terakhir) nanti.
  8. Pemenang akan diumumkan di blog sohoque.com sehari selepas itu.
  9. Points dan kedudukan terkini akan di update seminggu sekali di sohoque.com
  10. Points telah di set supaya bermula pada minggu ke 4 sehingga habis musim EPL. So entry mestilah sebelum date minggu ke 4 iaitu pada atau sebelum 15 September 2012. Sebarang kelewatan tidak akan diambil kira.
  11. Pendaftaran pasukan sudah boleh dibuat sekarang.
  12. Untuk hadiah “special gift” saya akan monitor dan mengira dengan teliti sebarang komen. HANYA komen yang sesuai (tidak menggunakan bahasa kesat dan tidak sopan, tidak berbaur fitnah dan hasutan dan lain-lain yang difikirkan sesuai) akan diambil kira.
  13. Hadiah “special gift” layak juga dimenangi oleh samada champion, 2nd place atau 3rd place.
  14. Hadiah “special gift” hanyalah khas untuk pemain-pemain fantasy football contest ini sahaja. Jika pengomen terbanyak tetapi tidak menyertai fantasy football contest ini tidak akan dikira.
  15. Hadiah yang telah ditetapkan tidak boleh ditukarkan kepada hadiah lain.
  16. Jika jersey yang diminta (home/away/3rd) tiada pada supplier saya, saya hanya akan dapatkan home jersey sahaja.
  17. Saya juga akan turut serta bermain di league ini. Tetapi jika saya menang, kemenangan saya tidak akan diambil kira dan akan digantikan dengan pemenang yang lain yang mempunyai points terhampir.
  18. Sila hubungi saya di sohoque@gmail.com jika terdapat sebarang kemusykilan ataupun masalah untuk mendaftar pasukan.

Jom kawan-kawan! Meriahkan lagi sohoque.com Fantasy Football League. Sambil main sambil dapat hadiah.

Untuk kawan-kawan yang dah ada league sendiri pun boleh menyertai league ini.

Jom layanzzzz!!! icon biggrin Fantasy Football Contest di sohoque.com

 

 

Aug 26

Curi Kereta, Taktik Terbaru Penjenayah

taktik curi kereta langgar dan samun 300x201 Curi Kereta, Taktik Terbaru PenjenayahSekarang macam-macam taktik yang digunakan oleh penjenayah curi kereta. Ini adalah salah satu taktik. Kisah ini saya dapat daripada emel yang difrowardkan kepada saya. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya’ sedang berkumandang.

“Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap.”

Setelah selesai Isya’ saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. “Bam!” Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya:

“Apa sudah jadi?”

“Brek tada makan la, bang!” katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

“Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni..” katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah ‘langgar dan curi kereta’ sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

“Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?” umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

“Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni..” tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan nombor telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

“Besok saya call” kata saya.

“Tak nak turun tengok ke ni, bang?” tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi  pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012

Komen sohoque:

Taktik langgar dan curi kereta ini banyak berlaku di Lembah Kelang. Kalau dulu diorang ni melakukan aktiviti curi kereta ni secara bersembunyi dengan cara mengumpil ataupun menggunakan kunci pendua, sekarang taktik curi kereta dibuat secara terang-terangan. Bukan sahaja dilakukan di tempat gelap dan tiada orang malah mereka berani melakukannya di tempat orang ramai.

Kawan saya telah dicuri kereta dengan cara yang lebih kurang seperti di atas di lebuhraya MRR2 berhampiran Tamam Melati 2 bulan yang lepas.

Jadi untuk kaum hawa, kalau nak keluar malam ajaklah orang lelaki dewasa untuk temani anda. Kaum adam pula selalulah berhati-hati dan beringat-ingat.

Aug 25

Pengharaman Daging Babi: Jawaban Syeikh Abduh Yang Mengejutkan

babi mengawan Pengharaman Daging Babi: Jawaban Syeikh Abduh Yang MengejutkanPada suatu ketika, Syeikh Muhammad Abduh telah bersafari ke Eropah. Sesampai di Perancis beliau telah diundang kesuatu majlis forum yang dihadiri oleh ummat islam dan bukan islam di sebuah bandar.

Diantara perkara yang dibangkitkan oleh bukan islam kepada Tuan Syeikh Abduh dalam forum itu ialah tentang pengharaman memakan daging babi dalam Islam.

Mereka mengatakan kepada Abduh, bahawa perusahaan pengeluaran daging babi di perancis melalui proses pemantauan, rawatan dan teknologi yang sangat moden, saintifik, hegenik dan teliti pada semua peringkat perladangan lagi, penyediaan bahan makanan babi, pemotongan daging, pembungkusan dan pemasakan di restoran. Semua proses rawatan dan pemantauan moden ini telah menyebabkan memakan daging babi menjadi selamat kerana semua bentuk cacing, mikrorgasma, ulat, kuman dan bakteria dalam daging babi telah musnah melalui teknologi ini. Pengharaman daging babi menjadi tidak berasas lagi.

Bagi menjawab tantangan ini, Abduh telah meminta disediakan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina serta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina.

Kemudian Tuan Syeikh Abduh meminta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku ialah dua ayam jantan itu telah berlawan dan bertarung antara satu sama lain berebut untuk mendapatkan ayam betina itu. Mereka berlawan dan saling luka melukai hanya untuk mengawan seekor ayam betina. Mereka bertarung bermati-matian demi harga diri dan maruah kejantanan.

Kemudian Abduh meminta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku sangat menjijikkan. Dua ekor babi jantan itu saling tolong menolong dan bergilir mengawan babi betina itu tanpa ada kekecohan atau perlawanan.

Lalu Abduh mengatakan (lebih kurang) “ Tuan-tuan saksikan sifat binatang yang bernama babi tidak mempunyai maruah dan harga diri sebagai kejantanan.
Bacul dan hilang harga diri. Sifat inilah yang telah meresap dan mendarahdaging dalam diri kamu semua yang memakan daging babi. Kamu tidak merasa apa-apa, tidak merasa cemburu, tidak merasa marah dan tidak merasa hilang maruah melihat isteri kamu atau anak perempuan kamu bersama lelaki lain, hatta dijimak oleh lelaki lain.( sex bebas)”.

Subhanallah…! Amat besar hikmah disebalik larangan Allah

Ps: Artikel saya petik daripada emel yang telah dihantar kepada saya oleh seorang rakan

Aug 14

Shila Amzah bertudung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

shila 0 Shila Amzah bertudungEntri ini dah beberapa minggu berada dalam draft saya. Namun hari ini baru saya berjaya publishkan. Walaupun agak basi tetapi demi untuk terbitan blog saya yang sudah banyak entri tentang artis berhijrah dan bertudung saya publishkan juga untuk koleksi dan rujukan masa akan datang icon smile Shila Amzah bertudung

Artis terkini yang berhijrah dengan mengenakan tudung ialah Shila Amzah yang sedang popular dengan lagu Retak Seribu.

Saya ada terlihat di awal Ramadhan lalu gambar Shila Amzah yang mengenakan tudung. Tetapi saya sangkakan itu hanyalah fesyen di bulan puasa untuk menghormati bulan Ramadhan ini. Tetapi sangkaan saya meleset apabila Shila Amzah membuat kenyataan dalam mStar Online yang mengakui bahawa dirinya sudah membuat keputusan untuk kekal bertudung sehingga ke akhir hayat. Ini setelah beliau mengenakan tudung sejak 1 Ramadhan yang lalu selama 15 hari sebagai tempoh percubaan.

Keputusan untuk bertudung secara kekal dibuat secara drastik sebelum beliau dan kekasihnya Shaznaaz keluar untuk majlis berbuka puasa dengan peminat.

Shila amzah kini turut mengenakan pakaian yang lebih sopan untuk menyesuaikan dengan imejnya yang telah bertudung.

Ibunya ketika dihubungi oleh Media Hiburan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan dan bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh anaknya itu. Beliau turut menceritakan bahawa Shila ada bertanyakan tentang macamana jika dia mengenakan tudung. Macamana nanti sambutan peminat-peminatnya. Ibunya menerangkan bahawa segala rezeki semuanya ditentukan oleh Allah bukan manusia.

Harapan kita semoga Shila Amzah tetap beristiqamah dalam keputusannya. Sudah pasti keputusannya ini sedikit sebanyak akan menjadi ikutan kepada peminat-peminatnya. Alhamdulillah.

Yang nyata Shila Amzah lebih cantik dan anggun dengan mengenakan tudung!

Berikut adalah gambar-gambar Shila Amzah dengan imej bertudung:

shila 5 Shila Amzah bertudung

shila 2 300x200 Shila Amzah bertudung

shila 3 Shila Amzah bertudung

shila 4 Shila Amzah bertudung

shila 1 224x300 Shila Amzah bertudung

 

 

Aug 13

Solat Sunat Tarawih Perbezaannnya Di Zaman Rasulullah Dan Zaman Khalifah Umar Al-Khattab

tarawih di masjidil haram 300x240 Solat Sunat Tarawih Perbezaannnya Di Zaman Rasulullah Dan Zaman Khalifah Umar Al KhattabMalam tadi selepas solat sunat tarawih di Surau Alam Suria, ada tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Dr Shihabudin.

Antara yang menarik bagi saya di dalam ceramah alfadhil ustaz adalah tentang sejarah solat sunat tarawih itu sendiri.

Rupa-rupanya pada zaman nabi S.A.W solat ini dikenali sebagai Qiam Ramadhan. Ia mula dilakukan oleh Rasulullah bersama para sahabat di Masjid Nabawi. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Aishah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah melakukan solat terawih di masjid untuk beberapa malam sahaja (ada yang mengatakan selama empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat.

Diriwayatkan selepas melakukan solat sunat tarawih pada malam pertama bersama-sama para sahabat, baginda melakukannya lagi pada malam yang kedua. Di malam ketiga, semakin ramai para sahabat yang turut serta untuk solat sunat tarawih bersama-sama nabi. Mereka ini menunggu-nunggu akan kedatangan Rasulullah untuk mengimami mereka. Namun tiada kelibat Rasulullah sehingga subuh menjelang. Baginda sebenarnya melakukan solat sunat sunat tarawih di rumah baginda pada malam itu. Keesokan harinya Baginda Rasul bersabda kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu”. Jika solat sunat tarawih ini difardhukan tentunya akan memberatkan ummat Islam.

Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah yang ertinya:

“Rasulullah s.a.w. telah bersolat dengan kami di bulan Ramadhan lapan rakaat dan witir. Maka pada malam berikutnya kami telah berkumpul di masjid, dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid sehinggalah waktu Subuh. Kemudian kami masuk menemuinya dan kami berhimpun di masjid dan mengharapkan Rasulullah s.a.w. bersolat dengan kami.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya aku takut ia (solat sunat tarawih) diwajibkan ke atas kamu.”

Pada malam kelima dan seterusnya nabi tidak lagi menghadiri solat sunat tarawih di masjid. Baginda hanya melakukannya di rumah sahaja. Baginda bimbang para sahabat tersalah anggap dan menganggap solat sunat tarawih sebagai solat fardhu.

Di zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beliau telah melakukan perubahan pada solat sunat tarawih ini. Nama asalnya Qiam Ramadhan telah ditukar kepada Tarawih. Bilangan rakaatnya juga telah diubah daripada 8 rakaat yang dilakukan oleh Rasulullah kepada 20 rakaat dan diikuti dengan solat sunat witir 3 rakaat. Waktunya juga berlainan. Jika pada zaman Rasulullah dilakukan di tengah malam, di zaman Umar solat sunat Tarawih ini dilakukan selepas solat fardhu Isya’.

Perubahan yang dilakukan oleh Umar Al-Khattab ini ada sebabnya. Pada zaman pemerintahan beliau semakin ramai umat Islam yang mula mengamalkan solat sunat tarawih ini. Kebanyakan daripada ummat Islam pada zaman ini telah kukuh pegangan agamanya.

Diceritakan oleh Abdul Rahman bin Ubaid Al-Qari, pada suatu malam di bulan Ramadhan beliau telah pergi ke masjid bersama-sama Umar Al-Khattab. Setibanya di masjid, beliau melihat ummat Islam melakukan solat sunat tarawih secara berkelompok-kelompok. Masing-masing bersolat sunat tarawih mengikut imam kelompok masing-masing.

Umar Al-Khattab melihat ketidakseragaman dalam melakukan solat sunat tarawih perlu diubah. Maka beliau telah mengumpulkan mereka dan menyuruh mereka bersolat dengan mengikut seorang imam yang dilantik yang paling baik bacaannya. Untuk ini beliau telah melantik Ubai bin Ka’ab sebagai imam dan orang ramai diseru supaya mengikut imam yang dilantik. Ini dapat menyatukan ummat Islam supaya melakukan solat sunat tarawih di dalam satu jamaah yang lebih besar dan bersatu di bawah satu pimpinan imam yang baik bacaannya.

Tindakan Umar Al-Khattab ini tidaklah disalah anggap bahawa solat ini wajib. Begitu juga dengan nama yang diubah dan bilangan rakaat yang ditambah. Ini adalah kerana di zaman ini ummat Islam sudah berilmu dan mengetahui yang mana wajib dan yang mana sunat.

Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah berkata tentang solat sunat tarawih secara berjamaah ini:

“Ini termasuk bid’ah yang baik; tetapi orang yang tidur mendapat pahala lebih besar daripada mereka yang beramai-ramai bersolat tarawih itu.”

Maksud beliau ialah orang yang mengerjakan solat Tarawih pada akhir malam (setelah tidur lebih dahulu) seperti yang pernah dilakukan di zaman Rasulullah S.A.W. mendapat pahala yang lebih besar daripada yang solat Tarawih pada awal malam.

Bida’ah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar ialah solat sunat tarawih ini sebenarnya sama sahaja seperti yang dilakukan oleh Rasulullah, cuma ia diubah sedikit untuk kebaikan dengan menghimpunkan orang ramai untuk berjamaah dengan diketuai oleh seorang imam yang baik bacaannya.

Wallahua’lam.

Aug 10

Ramadhan: 2 Pilihan Baca Al-Quran

tadarus alquran Ramadhan: 2 Pilihan Baca Al QuranAntara intipati tazkirah Nuzul Quran oleh Ustaz Mohd Ramadhan yang disampaikan di Surau Sunway Alam Suria baru-baru ini ialah dilema antara 2 pilihan pembacaan Quran di bulan Ramadhan.

Ada orang apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, dia akan berusaha bersungguh-sungguh membaca Al-Quran.Sasarannya ialah untuk khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan. Ini bermakna setiap hari dia akan berusaha menghabiskan satu juzuk daripada Al-Quran.

Ada orang yang lain, apabila masuknya bulan Ramadhan dia akan membanyakkan membaca Al-Quran sambil meneliti tafsirnya. Cara ini akan menjadikan dia lambat untuk khatam Al-Quran. Dan mungkin tidak sempat untuk khatam satu Al-Quran dalam bulan Ramadhan tu.

Ustaz Mohd Ramadhan ada bertanya, yang sebenarnya antara pilihan diatas (membaca Al-Quran tanpa tafsir dan membaca Al-Quran dengan tafsir) yang mana lebih utama?

Ustaz Mohd Ramadhan memberi satu perumpamaan orang yang membaca Al-Quran tanpa mengetahui maknanya seperti dua orang yang bercinta. Yang lelaki dari Malaysia dan yang perempuan dari Perancis. Yang lelaki tak tau berbahasa Perancis dan yang perempuan tak tau berbahasa Melayu. Walaubagaimanapun disebabkan rasa cinta, kedua-duanya saling sering mengutuskan surat menyatakan rasa cinta. Namun apabila dibaca kedua-duanya tidak faham apa yang ditulis. Mereka ada rasa cinta antara masing-masing tapi hanya rasa cinta tetapi tidak faham dalam erti kata sebenar. Dengan erti kata lain sungguh payah keadaannya perhubungan cinta ini. Begitulah keadaannya dengan orang yang membaca Al-Quran tetapi tidak memahami isi kandungannya.

Jadi jika kita berbalik kepada objektif mengapa Al-Quran diturunkan iaitu untuk menjadi panduan hidup dan untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam maka opsyen yang kedua iaitu membaca sambil memahami tafsir itu lebih utama. Jadi menurut Ustaz Mohd Ramadhan, jika diberi pilihan diatas, pilihlah pilihan kedua.

Membaca dan mengkhatamkan Al-Quran tanpa membaca makna juga satu amalan yang baik. Ia juga sangat hampir kepada sunnah nabi. Tetapi jika berbalik kepada tujuan utama Al-Quran diturunkan maka opsyen kedua lebih afdhal walaupun mungkin kita tidak akan berjaya menghabiskan satu Al-Quran dalam masa sebulan bulan Ramadhan.

Ini kerana menurut Ustaz Mohd Ramadhan, kita tidak mau menjadi orang yang “sambilewa dengan Al-Quran”. Siapakah orang yang sambilewa dengan Al-Quran ini? Menurut Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah, orang yang sambilewa dengan Al-Quran ini ialah:

  1. Orang yang membaca Al-Quran tetapi tidak memahami maknanya
  2. Orang baca Al-Quran, tau maknanya tetapi tidak beramal denga isinya

Jadi pilihlah yang lebih utama. Ataupun boleh juga kita membahagikan masa. Baca dan baca dengan tafsir. Kerana membaca Al-Quran ini amat besar pahalanya. Nabi S.A.W bersabda

“Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“

(HR Bukhari)

 

Masalahnya dengan kita bukan masalah opsyen pertama dan kedua tetapi tiadanya kesempatan masa akibat kesibukan dunia untuk membaca Al-Quran. Astaghfurllahaladziim.

 

Aug 08

Lailatul Qadar: Hadith-hadith Tentangnya

lailatul qadar ayat quran Lailatul Qadar: Hadith hadith TentangnyaBanyak hadith-hadith nabi yang membicarakan tentang malam “Lailatul Qadar” iaitu malam yang penuh keberkatan dan beridadat pada malam itu adalah lebih baik daripada seribu bulan (lebih 83 tahun). Firman Allah dalam Surah Al-Qadar:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

 

Di bawah adalah antara hadith-hadith yang menyebut tentang malam Lailatul Qadar:

Hadith 1

Daripada Hazrat Abu Hurairah رضي الله عنه berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda, “Sesiapa yang berdiri beribadat pada malam Lailatul Qadar dengan iman dan ihtisab (berniat untuk mendapatkan ganjaran) akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim – Targhib)

 

Hadith 2

Hazrat Anas رضي الله عنه berkata “Telah masuk bulan Ramadhan, lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia yang benar-benar rugi.”
(Hadith riwayat Ibnu Majah, sanadnya ‘hasan’ sebagaimana dalam Kitab at-Targhib dan al-Misykah)

 

Hadith 3

Daripada Hazrat Anas رضي الله عنه beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Apabila tiba Lailatul Qadar, turunlah Jibrail عليه السلام bersama sekumpulan para malaikat memohon rahmat ke atas setiap hamba yang sedang berdiri atau duduk mengingati Allah سبحانه وتعالى dan apabila tiba Hari Raya mereka, iaitu Hari Raya Fitrah, maka Allah سبحانه وتعالى akan membangga-banggakan mereka kepada para malaikatNya.
Dia berfirman “Wahai malaikatKu! Apakah balasan seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?” Mereka berkata “Wahai Tuhanku, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya.”
Allah سبحانه وتعالى berkata lagi “Wahai malaikatKu, hamba-hambaKu lelaki dan perempuan yang telah menyempurnakan fardhuKu ke atas mereka, kemudian mereka keluar sambil melaungkan doa. Demi kemuliaan dan kehebatanKu, kemurahan dan ketinggianKu dan demi kedudukanKu pasti aku menerima doa-doa mereka.
Kemudian Allah سبحانه وتعالى berfirman (kepada hamba-hamba itu) “Pulanglah kamu, sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan telah Ku tukarkan segala keburukan kamu kepada kebaikan.”
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, “Lalu mereka pun pulang dalam keadaan telah terampun.”
(Hadith riwayat al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman sebagaimana dalam al-Misykah)

 

Hadith 4

Daripada Hazrat ‘Aishah رضي الله عنها beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Carilah Lailatul Qadar pada yang ganjil dari sepuluh malam terakhir Ramadhan.”
(Hadith riwayat Bukhari – Misykah)

 

Hadith 5

Daripada Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه beliau berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah keluar untuk memberitahu kami tentang Lailatul Qadar, kemudian ada dua orang lelaki daripada kalangan orang-orang Islam telah bergaduh.
Maka Baginda telah bersabda, “Aku telah keluar untuk memberitahu kamu tentang Lailatul Qadar kemudian si fulan dan si fulan telah bergaduh, oleh kerana itu ia telah diangkat kembali. Mudah-mudahan itu lebih baik bagi kamu.
Maka carilah Lailatul Qadar pada malam ke 9, 7 dan ke 5.”
(Hadith riwayat Bukhari – Misykah)

 

Hadith 6

Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه telah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang Lailatul Qadar. Lalu Baginda bersabda, “lanya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir. Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan. Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan.

Di antara tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, lidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Seolah-olah bulan sedang memancar (kerana banyak Nur kerohanian). Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi. Di antara tanda-tandanya lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. la terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama. Allah سبحانه وتعالى telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu. (Sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit.)
(Hadith riwayat Ahmad, al-Baihaqi, Muhammad bin Nasr dan lain-lain – Durrul Manthur)

 

Hadith 7

Hazrat ‘Aishah رضي الله عنها berkata, “Ya Rasulullah! Beritahulah kepada saya sekiranya saya tahu malam manakah Lailatul Qadar, apakah doa yang sepatutnya saya pohon?” Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda, “Katakanlah:
اللهـُــمّ َ إ ِنـّـَـكَ عـَــفـُــوّ ٌ تـُــحـِــبّ ُ الـْـعـَــفـْــوَ فـَــاعـْـفُ عـَــنـِّـى
“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Engkau sukakan pengampunan maka ampunilah daku.”
(Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan at-Turmuzi dan disahihkannya sebagaimana dalam al-Misykah)

 

Sama-sama kita berusaha mencari Lailatul Qadar di 10 malam terakhir terutama pada malam-malam yang ganjil seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas. Semoga kita diberi kesempatan oleh Allah bertemu malam yang penuh dengan kenerkatan itu. Amiin.

Aug 07

Lailatul Qadar: Tips Untuk 10 Malam Terakhir Ramadhan

lailatulqadar1 Lailatul Qadar: Tips Untuk 10 Malam Terakhir RamadhanRamadhan sudah beransur pergi. Hari ini hari yang ke 18 Ramadhan tahun ini. Allahuakbar! Cepatnya masa berlalu.

Dua hari lagi akan masuk lah kita di fasa terakhir Ramadhan iaitu fasa terpenting. 10 hari terakhir inilah yang terkandung malam yang berkat, malam “Lailatul Qadar”. Padanya diturunkan Al-Quran daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah, Langit Dunia.

Ada banyak hadith yang menyuruh untuk kita mencari malam Lailatul Qadar ini di dalam sepuluh malam-malam yang terakhir di bulan Ramadhan, antaranya:

Hadith nabi:

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
(al-Bukhari)

Daripada Aishah r.a telah berkata: “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” . ( Muttafaqun alaih)

Malam tadi saya mendengar tazkirah selepas solat terakwih yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias. Antara yang menarik perhatian saya ialah tips yang dikongsi daripada ulama besar Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :

”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami’ Saghir – 6341).

Jadi menurut Ustaz Mohd Ramadhan, pastikan bahawa kita menjaga kedua-dua perkara tersebut di 10 malam terakhir Ramadhan ini. Itu adalah antara syarat yang paling utama.

Jika kita mampu bersolat dan berqiam sepanjang malam, alhamdulillah. Lakukanlah!. Namun bagi yang bukan ahli qiam seperti saya ini mungkin ia tidak dapat dilakukan dengan sebaiknya. Jadi orang yang sebegini, pastikan jangan tinggalkan solat isyak dan solat subuh berjemaah. Kerana mengikut hadith nabi di atas, jika kita melakukan kedua-dua solat tersebut secara berjemaah, ia seolah-olah melakukan solat di sepanjang malam. Bayangkan kita buat seperti yang disarankan pada malam Lailatul Qadar, ia seolah-olah kita melakukan solat sepanjang malam selama lebih daripada 83 tahun. Allahuakbar! Besarnya rahmat Allah kepada kita! Sayangnya Allah pada hambanya.

Ayuh, rakan-rakan…! Kita sematkan azam dan kuatkan semangat untuk berusaha supaya tidak meninggalkan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Itu adalah syarat paling rendah untuk menghadapi Malam Al-Qadar. Jika dapat melakukan ibadat yang lebih lagi alhamdulillah. Lagi besar ganjaran yang akan diperolehi.

Wallahua’lam

Aug 03

Bazar Ramadhan Atau Bazir Ramadhan

bazir ramadhan Bazar Ramadhan Atau Bazir RamadhanBulan Ramadhan dikenali sebagai bulan pesta ibadat ataupun bulan pesta mencari pahala. Sebab itu kita dapat lihat di surau-surau atau di masjid-masjid tempat kita, akan ada muka yang selama ini kita macam tidak pernah lihat. Tetapi di bulan Ramadhan muka ini selalu sahaja hadir untuk solat terawih. Tak pe lah. Ini sudah bagus. Sekurang-kurangnya dia mengambil peluang menambahkan ibadat di bulan Ramadhan. Apa yang kita harapkan adalah supaya selepas Ramadhan ini pun muka-muka ini akan terus datang ke surau ataupun masjid.

Selain itu, bulan ini juga terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai bulan Bazar Ramadhan. Tiba sahaja bulan Ramadhan akan muncullah tapak-tapak bazar Ramadhan di sana sini. Sambutannya amat menggalakkan sekali. Antara faktornya mungkin kita tidak sempat menyediakan makanan untuk berbuka puasa kepada keluarga dek kerana waktu kerja yang habis lewat. Jadi ini adalah alternatif terbaik.

Bazar Ramadhan juga membuka peluang-peluang berniaga kepada orang ramai. Ini akan sedikit sebanyak menolong mereka untuk mendapatkan duit lebih untuk persediaan menyambut Syawal. Wang yang lebih ini juga mungkin membuka ruang untuk mereka bersedeqah dengan kadar yang lebih sedikit dari hari-hari biasa.

Tetapi dalam pada itu ada yang tak bagusnya. Orang ramai yang pergi ke bazar Ramadhan ini ramai (tetapi bukan semua ya…) yang tidak dapat mengawal nafsu melihat makanan yang pada dasarnya enak di mata mereka. Hasilnya mereka membeli lebih daripada yang diperlukan oleh perut mereka. Natijahnya lagi bila waktu berbuka hanya sedikit yang disentuh dan banyak yang dibuang. Ini mengundang kepada tabiat membazir. Dan membazir ini adalah amalan Syaitan. Jadi orang ramai yang pergi ke bazar Ramadhan hendaklah mengawal nafsu membeli mereka. Ini jihad yang pertama.

Oleh kerana ramainya orang di bazar Ramadhan, akan ada berbagai cara berpakaian. Yang menjadi masalahnya apabila mereka yang pergi itu adalah yang tidak menutup aurat. Banyak yang terdedah di sana sini apabila kain atau seluar dan baju yang dikenakan tidak cukup ukurannya. Maka berlakulah pembaziran pahala. Jadi orang yang pergi ke bazar Ramadhan perlu juga melawan nafsu mata ini. Ini jihad yang kedua.

Untuk peniaga bazar Ramadhan pula, makanan yang disediakan terhias indah. Namun bila dijamah semasa berbuka lain pula ceritanya. Kalau terlebih masin atau tawar sedikit mungkin kita boleh bertolak ansur, ini tidak.. Kadang-kadang memang qualitinya hancur! Nasi keras tidak cukup masak adalah perkara biasa. Lauk yang hampir basi (mungkin lauk semalam yang tak habis) juga dijual.Akibatnya sakit perut pula yang datang. Dan yang paling penting ialah, harga lauk pauk dan kuih muih di bazar ini bukan murah! Mahal semacam je! Jadi di sini berlaku pembaziran duit. Peniaga perlu jujur dan memberi yang terbaik untuk pelanggan biar setimpal dengan harga makanan. Ini bukan dilakukan oleh semua peniaga ya. Nanti ada pulak yang marah icon smile Bazar Ramadhan Atau Bazir Ramadhan . Ini jihad yang ketiga ditujukan khas buat peniaga.

Bulan Ramadhan ini juga sebenarnya melatih kita supaya berjimat cermat. Berbelanjalah sekadarnya. Lebih baik duit yang lebih itu kita sedeqahkan. Lagi banyak pahala yang kita dapat.

Sedarlah disaat kita bermewah-mewah berbuka puasa ada insan yang masih berpuasa kerana tiada makanan untuk dimakan.

Artikel ini bukanlah mengajak kita memboikot bazar Ramadhan. Tetapi menyeru kita supaya lebih berhati untuk ke bazar Ramadhan. Banyak perkara yang harus dijaga di sana seperti berjimat cermat dalam membeli, menjaga padangan mata dan lain-lain.

Jom sama-sama kita mengelakkan bazar Ramadhan daripada menjadi bazir Ramadhan. Wallahua’lam.

 

Komen sohoque:

Baru sekali menjejaki bazar Ramadhan setakat ini. Itu pun bazar Ramadhan yang kecil jer. Ada lebih kurang 10 gerai jer kot. Beli nasi dagang sebab tengok kuah ikan tongkolnya agak mantap. Tapi bila berbuka nasi dagangnya keras!!! langsung tak boleh makan icon evil Bazar Ramadhan Atau Bazir Ramadhan