Aug 01

iPhone 5 Dilancarkan 12 September

 iPhone 5 Dilancarkan 12 SeptemberAkhirnya iphone 5 yang ditunggu-tunggu khabarnya akan diperkenalkan pada 12 September 2012. Khabar ini diperolehi dari sumber terdekat dengan syarikat itu. Seperti kebiasaannya Apple akan memperkenalkan telefon pintar terbarunya pada bulan September. Ini adalah salah satu langkah pemasaran untuk membolehkan gajet tersebut berada di pasaran ketika musim kemuncak membeli belah iaitu menjelang akhir tahun.

Antara ciri-ciri iphone 5 ialah, ia dijangka lebih nipis dengan skrin yang lebih besar dan mempunyai penyambung dok yang lebih kecil. Ini yang dijangka oleh penganalisa pasaran. Namun, sehingga kini Apple enggan mengulas lanjut.

Cuma, apakah nama “iphone 5″ ini belum dapat dipastikan lagi. Mungkin iphone 5, mungkin juga nama lain.

Tarikh asal pelancaran dijangka pada 12 September, tapi ia mungkin dipinda; menurut sumber itu lagi.

Baru-baru ini kedudukan Apple sebagai pengeluar gajet mudah alih nombor 1 di dunia telah dirampas oleh Samsung Eletronics dengan pelancaran siri produk Galaxy terbarunya.

Kedua-dua syarikat itu menguasai lebih daripada separuh jualan telefon pintar global.
Blog teknologi, iMore adalah yang pertama melaporkan keluaran sulung iPhone baru pada 12 September ini.
Sumber: berita suntingan daripada REUTERS
Aug 01

Sharifah Aleya HotFm Sah Sudah Bertudung

Sebelum ni ada aku cerita yang ada orang ternampak yang Sharifah Aleya, pengacara radio HotFm sudah mengenakan tudung. Aku cuba mencari gambar-gambar Sharifah Aleya bertudung di internet tapi belum ada.

Tiba-tiba semalam semasa aku sedang lihat feeds kat instagram aku, tiba-tiba terpandang gambar Sharifah Aleya. Memang sah beliau bertudung. Ini dia gambarnya:

leya bertudung Sharifah Aleya HotFm Sah Sudah Bertudung

Gambar diambil semasa rakaman siaran “Kita Punya Raya”. Leya 4 dari kiri.

So memang sah la Sharifah Aleya Bertudung. Harap-harap beliau terus mengekalkan imej tersebut untuk selamanya. Bukan sempena bulan Ramadhan ini sahaja.