2014 Tahun Belajar, 2015 Tahun Amalkan Ilmu

kenangan 2014

selamat tinggal 2014. selamat datang 2015

Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pokok yang tidak berbuah… Kata-kata bijak pandai ini memang tepat. Ilmu penuh di dada jika tidak digunakan dengan cara terbaik memang tidak merubah apa-apa.

Tahun 2014

Yang terjejas

Tahun ini memang aku peruntukkan betul-betul untuk belajar ilmu blogging dan internet marketing. Memang banyak yang aku korbankan. Pendapatan aku sebagai Unit Trust Consultant (UTC) agak teruk terjejas dek kerana kurangnya berjumpa dan promote unit trust kepada klien yang baru.

Dengan pendapatan yang tidak seperti dulu, aku sedikit struggle dalam hidup. Dengan komitmen kewangan yang tidak kurang banyaknya, berbanding dengan graf pendapatan yang tetap dan adakalanya semakin kurang, memang sukar untuk aku bermewah-mewah.

Kesan kurangnya aktiviti Unit Trust bukan hanya berlegar di sekitar terjejasnya pendapatan sahaja. Aktiviti kumpulan UTC di bawah seliaan aku juga semakin merosot. Aktiviti rekrut untuk UTC baru juga tiada. Ini juga memberi kesan yang besar terhadap pendapatan seorang UTC.

Trip ke luar negara yang disediakan oleh syarikat unit trust aku yang selalunya aku layak, terpaksa aku lupakan dek kerna hasil jualan yang tidak memenuhi quota syarikat.

Nasib baiklah pendapatan pasif aku di industri ini masih ada. Di indusri ini, ada satu pendapatan disamping komisen jualan peribadi dan kumpulan, yang membayar secara tetap setiap bulan walaupun tiada jualan baru yang dibawa masuk.

Ia dinamakan Career Benefit yang mana ia tetap akan membayar komisen berdasarkan jumlah jualan yang telah kita buat sejak daripada awal kita menyertai bidang ini. Pendapatan inilah yang aku paling suka di industri ini.

sila klik untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya UTC

Yang bertambah

Ilmu blog

Memang aku bertekad untuk belajar dengan cara lebih mendalam tentang blog ini. Daripada ilmu basic macamana nak menghasilkan blog yang bagus, sehinggalah kepada teknik penulisan yang berkesan. Semuanya aku belajar.

kelas belajar blog

kelas belajar blog

Bukan setakat ilmu basic wordpress, tetapi ilmu master wordpress juga aku telah khatam. Malah sekarang ini aku masih lagi berada di kelas advance wordpress.

Sesungguhnya amat luas ilmu blogging ini. Hasilnya memang telah banyak yang aku rasai. Dari segi trafik blog, dari segi penjenamaan dan dari segi pendapatan yang terhasil melalui blog telah aku rasai.

Terima kasih aku ucapkan kepada Akademi Denaihati kerana sudi menerima aku sebagai salah seorang pelajarnya.

Kelas-kelas ini masih lagi dianjurkan. Yang terdekat adalah pada bulan Januri 2015 ini. Kelas-kelas akan diadakan di Akademi Denaihati Shah Alam dan di sungai Petani.

Dapatkan tarikh kelas-kelas belajar buat blog anjuran Akademi Denaihati Di sini

Ilmu internet marketing

Ilmu ini juga penting untuk aku menambahkan pendapatan aku dengan lebih banyak dan konsisten. Ini juga adalah salah satu cabang buat duit dengan blog.

ilmu internet marketing penting untuk buat duit secara online

ilmu internet marketing penting untuk buat duit secara online

Tahun ini sahaja 3 seminar yang aku sertai. IKR Gathering 2014 menjadi seminar yang pertama yang mendedahkan ilmu internet marketing secara langsung.

Perkongsian ikhlas daripada sifu-sifu di seminar tersebut memang membuka mata, minda dan semangat untuk turut serta menggunakan pelbagai channel internet marketing untuk menghasilkan pendapatan yang tidak kurang sedikit.

Sifu-sifu itu sendiri telah membuktikan bahawa mereka telah hasilkan puluhan ribu ringgit dengan cara yang mereka kongsikan tersebut.

Klik untuk mengetahui bagaimana Buat Duit dengan Affiliate

Seminar internet marketing (IM) yang kedua adalah kelolaan Denaihati Network. Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog menambahkan lagi kefahaman dan keazaman aku untuk menceburi bidang IM dengan lebih serius.

Seminar Lejen IM 2014 ialah penutup pengajian ilmu internet marketing untuk tahun 2014. Nota-nota semuanya telah dikemaskini. Ilmu yang dipelajari sudah lebih tiga suku dihadam. Tinggal lagi nak amalkan saja.

Sebenarnya sambil menimba ilmu tahun ini pun aku sudah mengecapi komisen daripada program affiliate yaang aku promosikan. Walaupun belum mencapai 4 angka, namun pendapatan tersebut agak konsisten dan memang membantu menambahan pendapatan di kala sumber pendapatan sebenar aku sebagai UTC terpaksa aku korbankan.

Terima kasih kepada sifu-sifu yang sudi berkongsikan ilmu di dada mereka dengan ikhlas. Aku doakan kalian agar dipanjangkan umur dan dimurahkan serta diberkatkan rezeki kalian. Ameen.

Tahun 2015

Kerjaya UTC

Aku akan pulihkan semula pendapatan aku di bidang ini. Apa yang terkurang pada tahun ini akan aku gantikan balik di tahun 2015.

Untuk itu aku terpaksa kurangkan aktiviti blogging. Banyak event-event yang akan aku tolak kecuali yang dibayar. Bukan berlagak tetapi mengenangkan kapasiti diri yang amat terhad.

UTC Synergy Caliph

kumpulan unit trust consultant aku

Aku memang agak lemah dalam menguruskan masa. Jadi untuk mengstabilkan masa aku dengan aktiviti unit trust dan aktiviti blogging, aku memang kena hadkan menghadiri event. Mungkin jika event tersebut membuka peluang untuk jaringan perniagaan yang lebih meluas, mungkin aku akan pertimbangkan.

Aktiviti blogging

Aku akan lebih banyak tumpukan kepada penulisan yang disulami dengan promosi program affilliate. Apa yang telah dipelajari akan aku cuba amalkan. Mentor-mentor seperti Denaihati, Encik Titan, Zeo Unic dan lain-lain lagi akan aku cuba jejaki.

Harapan

Moga tahun 2015 yang dikatakan ekonominya akan terjejas akan aku lalui dengan kejayaan. Ini adalah pelan secara kasar yang telah aku rangka. Pelan terperinci telah aku siapkan untuk diikuti.

Pelan yang ditulis dan diberitahu kepada rakan adalah lebih tinggi kebarangkaliannya untuk berjaya. Jadi tulisan ini bukanlah untuk poyo ataupun meninggi diri. Ia adalah azam yang tertulis.

Aku doakan semua agar apa yang dirancang oleh kita semua untuk tahun 2015 akan terlaksana dengan jayanya.

Selamat tinggal 2014… Ahlan wasahlan 2015…!

14 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: