buat duit dengan blog

2014 Yang Penuh Pengharapan

Tahun 2013 telah berlalu pergi. Sekali lagi meninggalkan aku dengan kenangan dan pengajaran untuk bekalan aku meneruskan kehidupan di hari-hari mendatang.

Aku adalah Financial Consultant (penasihat kewangan). Kepakaran aku adalah dalam produk Islamik Unit Trust dan Takaful. Dalam masa yang sama aku juga amat meminati blogging.

Perancangan Kewangan

Bisnes Perancangan Kewangan

Menjadi ketua agensi (Unit Trust dan Takaful) dan menjadi blogger membuatkan masa kerja aku menjadi agak padat. Bukan senang untuk membahagi masa untuk memberi servis kepada klien unit trust dan takaful di samping mencari klien yang baru. Dalam masa yang sama masa juga harus diberi untuk pembelajaran yang tak pernah terhenti di dunia blog, menghadiri event-event jemputan untuk blogger dan masa untuk mengemaskini dan menulis blog.

Semuanya harus dibuat dengan perancangan yang teliti dan disiplin yang tinggi. Namun aku rasa aku telah berjaya membahagi masa untuk semua itu. Dan aku sungguh seronok dengan apa yang aku buat dan capai sehingga kini.

Di dalam tahun 2013, untuk bisnes Perancangan Kewangan (Unit Trust dan Takaful), tidak banyak kejayaan yang besar aku capai. Hanya berlegar sekitar memberi servis kepada klien yang sedia ada. Trip keluar negara tajaan syarikat tempat aku bernaung yang dikhaskan untuk consultant yang melepasi quota jualan pun tidak berjaya aku capai. Ini adalah kerana aku telah bercadang untuk memberi lebih ruang kepada bisnes blog dalam tahun 2013 yang baru berlalu pergi.

 

buat duit dengan blog

Aku ingin menambah pendapata melalui blog-blog aku

Di dunia blogging, banyak kemajuan yang aku capai untuk diri sendiri. Blog ini sudah mula dikenali. Traffic sudah banyak bertambah. Aku sudah mula mendapat panggilan untuk review produk. Aku sudah mula dibayar untuk penulisan aku di blog. Pendapatan hasil daripada pengiklanan di blog juga mula menampakkan hasil. Terima kasih kepada syarikat-syarikat pengiklanan yang sudi memberi kepercayaan kepada sohoque.com. Antara syarikat yang banyak memberi kepercayaan kepada blog ini ialah Nuffnang dan beberapa PR yang lain.

Tetapi yang paling membuatkan aku berpuashati dan berbangga di dalam kerjaya sebagai blogger ini ialah apabila aku berjaya mendaftar untuk menyertai kelas Master WordPress anjuran Akademi Denaihati. Sungguh berbaloi dan ternyata aku telah membuat keputusan yang sangat tepat untuk mencari ilmu dan apa yang aku mahu dengan menyertai kelas tersebut.

Ilmu yang aku dapat daripada kelas tersebut amat berguna untuk kelangsungan aku di dunia blogging. Yang paling untung ialah adanya bantuan dan sokongan yang berterusan daripada rakan se akademi daripada mula aku menyertai sehinggalah sekarang. Banyak yang kami bincangkan bersama untuk kemajuan diri dalam menjadi seorang blogger.

Apa yang paling menarik hati aku di Alumni Kelas Master WordPress atau lebih dikenali sebagai #Teamwork ialah apabila kami akan didedahkan kepada pelbagai cara untuk memperolehi pendapatan daripada blog. Dan tahun 2014 adalah tahun permulaan untuk itu. Segala perancangan telah dan sedang dirancang oleh Akademi Denaihati. Tunggu masa untuk bergerak sahaja sekarang.

Semangat masih berkobar di dada apabila Tuan Denaihati memberitahu bahawa sasaran projek #Taamwork ini dalam masa 5 tahun daripada sekarang akan ada di antara kami yang mencapai pendapatan sebanyak 5 angka sebulan melalui blog. Ini semua bakal direalisasikan dengan kerja kuat, istiqamah dan disiplin yang tinggi. Dengan izin Allah, apa yang disasarkan akan menjadi nyata.

Perancangan tahun 2014 aku akan lebih mencabar. Ini adalah kerana aku akan membahagi sama antara bisnes perancagan kewangan dan blogging.

Di bidang Unit Trust, sasaran aku di tahun 2014 ini termasuklah untuk cuba memasuki pasaran korporat. Pelaburan Korporat akan menjadi satu lagi portfolio aku di dalam bidang Unit Trust. Dalam masa yang sama quota jualan di Takaful harus aku capai.

Aku akan berusaha menempatkan kembali diri aku sebaris dengan consultant-consultant yang layak ke trip luar negara. Dalam masa yang sama aku juga akan cuba untuk melayakkan aku naik pangkat yang lebih tinggi. Untuk ini aktiviti jualan, rekrutmen dan training mestilah dilakukan dengan selari. Moga klien aku dan consultant di bawah seliaan aku akan terus bertambah di tahun 2014.

Blog aku juga akan bertambah di tahun 2014. Jika sebelum ini blog Lifestyle sohoque.com dan blog bisnes dan perancangan kewangan caknawang.com menjadi sandaran aku, di tahun 2014 ini blog travel dan makan, eXplorasa.my akan dilahirkan. Sasaran aku ialah untuk menjadikan blog baru tersebut menjadi antara yang teratas di dalam niche tersebut.

Aku sangat yakin dengan ilmu yang dituntut daripada kelas Master WordPress dan sokongan daripada #Teamwork, sasaran aku dalam bidang blogging ini akan dapat dicapai.

Moga Allah berikan aku kelapangan dan kesihatan untuk meneruskan niat dan perancangan aku tadi. Moga kejayaan akan menjadi milik kita. Ameen.

4 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: