3 Cara Paling Berkesan Nak Naikkan Nama Produk Kita Di Halaman Pertama Google

Ok jom sembang pasal ni sikit. Macamana cara paling berkesan nak naikkan nama produk (brand name) kita di halaman pertama enjin carian google?

Oh sebelum tu nak tanya. Kenapa perlukan semua ni? Kenapa perlu naikkan nama produk kita di mukasurat pertama enjin carian google? Nanti diakhir entri ni aku bagi jawapan. Hehehehe…

Berbalik kepada cara tadi. Kalau tanya aku, aku jawab ada 3 cara boleh dibuat. Tanya diri yang mana cara yang sesuai. Boleh guna salah satu cara ataupun kesemuanya.

Cara yang bakal aku bincangkan ni pulak ada cara shortcut dan ada cara yang natural dan ambik masa sedikit panjang.

Ni adalah antara 3 cara macamana nak letakkan atau naikkan jenama kita di 1st page enjin carian google.

1. Guna Google Adwords

Korang boleh buat perkara ni dengan membayar kepada tuan punya halaman enjin carian sendiri iaitu En Google. Kemudian dia akan letakkan entri tentang nama produk (jenama) korang di atas sekali. Haaa senang kan? Hehehehe.

Ya agak senang tapi ia disertai dengan kos. Wang ringgit menjadi perantaraan. Banyak korang belanja banyak lah hasilnya. Secara teorinya begitulah. Tapi secara praktikalnya tak semestinya gitu.

Ada yang belanja banyak tapi hasil kurang. Ada yang belanja kurang tapi hasilnya lebih banyak. Haaa macam pulak gitu…?

Jawapannya nak iklankan kat google ni pun nak kena ada ilmu. Ada cara-cara tertentu yang legal untuk membolehkan kita minimisekan kos pengiklanan kita dengan google.

Alaaa macam FB Ads gak la. Yang terer buat, rendahla kos. Yang tak terer kos mahal. Hasil pulak ciput jer.

So kena belajar jugak pasal Google Ads ni. Unless korang memang banyak giller duit. Tak habis makan dah dengan duit yang ada. So belanjalah ikut suka korang.

Cuma kalau korang gitu aku nak tanya… Kenapa nak buat iklan gak dengan Google. Kenapa nak naikkan jenama? Kata dah kaya. Hahahaha… Gurau jer. ok ke point no 2.

2. Upah blogger

Yang ni memang menarik aku nak kupas. Sebabnya aku adalah blogger.

Haaa korang boleh cari blogger yang terer ilmu SEO, bayar dia untuk dia buat review produk. Bila dia dah terbitkan entri dia, bagi sikit masa orang taip kata kunci produk korang tu, entri tadi akan muncul di halaman pertama halaman enjin carian google.

Tapi tu la. Bayar lagi.

Ya la… untuk naikkan keywords ataupun kata kunci yang dipersetujui ni bukannya mudah. Kena pulak keywords tu banyak persaingan.

Banyak jugak kerja gali-menggali yang blogger tu kena buat. Bukan sekadar tulis jer. Jadi bayaran dia janganlah korang anggap sejemput jer. Ada harga untuk semua tu. Tapi itu semua atas perbincangan korang dengan blogger tu la.

Tapi mungkin satu jer la entri pasal review produk korang yang naik di 1st page tu. Ya la dah korang bayar sorang blogger jer.

Nak banyak bayarlah ramai blogger yang terer SEO. pastu barulah nampak banyak entri pasal review produk korang kat 1st page. Tapi itulah. Lagi banyak engage dengan blogger lagi banyak kos yang korang kena keluar.

Hurmmm kos lagi…!

Cara lebih jimat

Ok ada satu cara yang korang boleh jimat kat sini sebenarnya.

Korang anjurkan Contest SEO. Kalau korang tak tau, korang lantik sorang blogger yang tahu pasal ni dan ikut khidmat nasihat biasa. Aku ulang. Cari blogger yang tahu pasal Contest SEO ni dan dia pun terer SEO. Kalau tak chaos jadinya nanti.

Lepas tu korang rancanglah mekanisme contest ni. Bagila keywords yang nak dinaikkan. bagila syarat-syarat yang tidak “lucu”. Hahahaha.

Perancangan korang kena bijak. Kira berapa bajet untuk bagi hadiah kepada pemenang pertama hingga ketiga. Saguhati nak bagi ke tak, hadiah lain berupa barangan jer ke, dan apa-apa lagi bergantung kepada perbincangan korang nanti.

Yang pasti benda ni biarlah bagi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak, pihak korang dan pihak bloggers yang mengambil bahagian.

Planning untuk buat hebahan tentang contest ni juga amat penting. Sebab kalau blogger tak tau, mana mungkin diorang nak join. Yang tu semua boleh bincang dengan blogger penasihat tu. Sebab tu aku cakap blogger penasihat tu kena blogger yang terer SEO dan biasa dengan contest ni.

Contest ni sekarang syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd tengah anjurkan. Cuma contest ni lebih istimewa daripada biasa apabila keywords yang perlu dinaikkan bukannya satu keywords macam yang sebelum ni. Kali ni diorang cabar blogger untuk naikkan 5 keywords.

Antaranya minyak asmak dan minyak herba asmak. Aku pun join contest ni. Cuba-cuba. Mana tau sangkut… Hehehehe.

Kalau ikutkan guideline daripada google, depa tak berapa suka contest-contest gini. Sebab ianya mewujudkan jaringan backlink yang tidak natural. Google tak suka yang tak natural ni… Tapi setakat ni aku tengok ramai jer yang join. Tak ada pun yang kena banned.

3. Korang belajar sendiri SEO.

Nak belajar SEO kena la ada blog. Bila dah belajar kena la aktifkan blog dengan updates yang berkenaan. Kalau nak belajar basic SEO ni, aku dan MYSC boleh ajar. Bagila duit kopi sikit kat kitorang. Hehehehe.

boleh tengok info kat website company kami ni

Tak tau langsung? Tak per. Aku ajar satu-satu sampai korang tau. Nanti dah ada basic macamana cara tulis entri yang berkesan dan macamana nak applykan ilmu SEO tu, korang akan terbiasa sendiri.

Cara ni memang akan ambik masa sikit. Tapi ia tidak melibatkan perbelanjaan kos yang banyak. Kos tu digantikan dengan usaha dan masa.

Bila korang dah terer SEO, boleh la korang buat perancangan bebila masa jer untuk naikkan apa-apa keywords yang korang nak di 1st page google.

Kenapa ini semua perlu?

Ok. Berbaik kepada soalan yang aku tinggalkan tadi. Kenapa perlu naikkan nama produk kita di 1st page enjin carian google?

Jawapannya untuk letakkan jenama kita di mata pengguna la. Kalau kat supermarket barangan korang tu akan diletakkan di rak di aras mata korang supaya senang mata korang lihat.

Customer sekarang ataupun yang tengah cari info pasal produk, diorang memang ak cepat. Apa yang diorang akan buat ialah taip jer keywords produk korang tu kat enjin carian google.

Dan biasanya diorang akan baca apa yang terpapar di 1st page jer. Jarang diorang akan belek ke halaman ke 5 misalnya. Sebab diorang nak info yang pantas. Alaa korang sendiri pun gitu kalau cari info kat google.

Cuba bayangkan kalau 1st page tu kat atas-atas tu ada entri pasal produk korang. Ingat diorang klik tak untuk baca? mesti klik punya…! Dan kalau entri korang tu cukup rencah copywritingnya ada kemungkinan besar diorang akan beli produk korang daripada situ.

Bayangkan kalau korang buat contest SEO dan ramai bolgger masuk. Confirm penuh enjin carian google tu dengan jenama produk korang.

K. Dah. Aku nak lunch pulak. Nak tau lebih lanjut emel aku. Klik bahagian contact kat atas. Ada emel aku dan no telefon kat situ kalau tak silap.

Wassalam.

21 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: