Bounce Rate

3 Cara Untuk Rendahkan Bounce Rate Blog Anda

Bounce Rate

Bounce Rate

Bounce Rate (BR)

Apakah yang dimaksudkan dengan BR ni?

Ia adalah kadar peratusan pembaca yang membaca ataupun sekadar klik pautan entri kita, samada mereka terjumpa di dalam enjin carian google ataupun terjumpa pautan (link) entri yang kita kongsikan di media sosial dan kemudiannya keluar tanpa singgah di entri kita yang lain di blog tersebut.

Ia adalah satu metriks yang digunakan untuk mengetahui kualiti sesuatu kunjungan yang diterima oleh blog. Lebih rendah BR lebih bagus. Ia bermaksud, apabila pembaca membaca sesuatu entri kita mereka tidak terus keluar daripada blog kita seusai membaca entri tersebut.

Sebaliknya mereka akan klik entri-entri lain ataupun page-page lain yang ada di dalam blog kita. lebih banyak mereka merayap di dalam blog kita lebih bagus dan menyumbang kepada rate ataupun kadar yang rendah.

3 cara rendahkan BR

Ada beberapa cara untuk kita rendahkan bounce rate blog kita. Antaranya ialah:

1. Interlinking

Di setiap entri kita, amalkan membuat interlinking ataupun pautan kepada entri-entri kita yang lain. Contohnya jika kita bercerita tentang Daging Masak Merah yang kita makan tengahari tadi, kita linkkan keyword “Daging Masak Merah” tersebut kepada entri resipi Daging Masak Merah yang kita pernah buat sedikit masa dahulu. Jika tiada entri yang berkaitan, kita boleh juga buat entri baru yang lain untuk di linkkan bersama.

Jadi bertambah lagi satu entri di blog kita. Sebab tu saya tak paham kalau blogger kata dia tidak ada idea untuk tulis di blog dia. Jika dia paham konsep ini mesti alasan tersebut tak akan keluar daripada mulut dia.

Sebenarnya dengan satu-satu entri tu kita boleh wujudkan beberapa entri yang lain yang berkaitan. Entri-entri ini kita boleh saling membuat pautan satu sama lain.

Dengan ini ia akan mendorong pembaca klik pautan di dalam entri kita tu untuk mengetahui entri yang lain yang kita kongsi pasal sesuatu perkara. cara ini memang mendorong pembaca untuk merayap lebih lama di dalam blog kita sekaligus merendahkan BR blog kita.

2. Gunakan related article plugin ataupun widget

Untuk pengguna wordpress, ada plugin yang boleh digunakan untuk perkara ini. Untuk pengguna blogspot juga ada widget yang disediakan untuk ini.

Jika anda perasan, selepas anda membaca entri ataupun sesuatu artikel di blog seseorang, di akhir entri tersebut ada terpampang entri-entri berkaitan dengan entri yang anda baca tersebut. siap dengan gambar sekali.

Dengan cara ini, jika pembaca masih tercari-cari info yang mereka mahukan, ataupun mereka inginkan lebih info tentang topik yang kita kongsikan, mereka akan klik lagi entri-entri yang dicadangkan oleh plugin ataupun widget tersebut. Ini juga akan menolong merendahkan BR blog kita. Malah ia merupakan salah satu cara untuk rendahkan BR dengan effektif.

Ada macam-macam plugin dan widget yang biasa digunakan seperti linkwithin, limk dan lain-lain. Pilih saja mengikut kesesuaian layout blog anda.

3. Minta tolong kawan di FB ataupun Whatsapp group

Anda mesti ada kawan-kawan blogger yang anda bersama-sama bersenda gurau dalam group whatsapp ataupun group FB. Berpakatlah sesama blogger di dalam group tersebut untuk saling klik entri lain selepas membaca satu-satu entri di blog kita.

Apabila membaca sesuatu entri di blog rakan-rakan amalkan untuk klik di entri yang lain. Jangan terus keluar. Kita buat begitu kepada blog rakan blogger dan mereka buat perkara yang sama kepada kita. Ini juga cara yang dapat menolong rendahkan BR kita.

Kita sama-sama blogger. Apa salahnya sama-sama menolong satu sama lain. Inilah namanya kerja berpasukan. Kerja jemaah. Faedahnya kita sesama kita juga yang akan dapat rasa.

Kat mana nak periksa BR blog

Anda boleh lihat BR di google anaytics. Daftar terlebih dahulu dengan memasukkan koding yang berkaitan. Kemudian anda akan dapat melihat prestasi blog anda secara terperinci.

Di Alexa Rank juga, perkara ini boleh diperinci.

Bounce rate explorasa

Bounce rate explorasa

Tidak adil jika blog hanya dinilai dengan melihat kepada bounce rate sahaja

Prestasi ataupun performance blog bukanlah dilihat pada BR semata-mata. Amat tidak adil menilai blog daripada satu faktor ini sahaja.

Sebagai contoh jika blog yang dibina khas untuk memasarkan popia simpul yang sedap, rangup dan murah. Dengan ilmu SEO yang betul entri popia simpul tersebut berjaya menduduki ranking pertama di enjin carian google.

Kebiasaanya pembaca yang datang memang ingin mencari maklumat tentang popia simpul sahaja, maka selepas dapat apa yang dicari seperti harga dan bahan-bahan popia tersebut, mereka akan tinggalkan blog tersebut samada dengan tindakan membeli ataupun menangguhkan dulu hajat untuk membeli.

Jarang mereka akan singgah di entri-entri yang lain. Tambah lagi jika blog tersebut memang buat satu entri tu jer sebagai landing page misalnya. Jadi BR untuk blog sebegini kebiasaanya tinggi.

Jadi untuk blog seperti ini, tidak adil jika hanya BR yang diambil kira. Pada saya prestasi blog ini lebih bagus dinilai dengan melihat berapa conversion ratenya. Berapa banyak jualan yang terhasil berbanding jumlah klik adalah lebih relevan walaupun BR mungkin tinggi.

Kebiasaanya blog dalam niche masakan, review makanan/restoran dan travel mempunyai BR yang lebih bagus terutama yang mempunyai gambar yang cantik.

Nasihat Sohoque

Dengan mengamalkan cara – cara rendahkan BR seperti yang dikongsi di atas, BR blog anda akan menjadi rendah diberi tempoh masa yang sesuai, InsyaAllah…!

Kepada yang belum amalkan cara diatas, sila amalkan daripada sekarang. InsyaAllah lama-kelamaan BR blog anda akan menurun dan menjadi rendah.

Selamat amalkan cara yang memang terbukti berkesan ini untuk rendahkan BR blog anda!

23 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: