gambar sawah padi cantik

3 Sebab Kenapa Korang Kena Datang Ke Sekinchan…

Aktiviti Menarik di Sekinchan

Sebut je Sekinchan, mesti ramai yang terbayang suasana kampung dengan hamparan sawah padi yang menghijau dan burung-burung berterbangan di perkampungan nelayan yang mendamaikan. Sawah padi dan pantai. Satu kombinasi elemen yang sempurna bagi korang yang cintakan alam. Mana nak cari tempat yang yang kaya dengan kedua-dua unsur tumbuhan dan air laut serta terletak tidak jauh dari ibu kota? Haa, inilah dia tempatnya.

gambar peta

Peta lokasi sekitar Sekinchan (pic: google)

Merupakan sebuah pekan kecil di daerah Sabak Bernam, Sekinchan biasanya menjadi tempat tumpuan bagi pengunjung yang datang ke sini untuk menikmati juadah makanan laut yang segar. Kedai-kedai makanan laut di  sini semestinya menjanjikan masakan yang enak pada harga yang berpatutan berbanding restoran-restoran lain di bandar.

Korang yang nak ke sini dari KL tu, perjalanan biasanya mengambil masa selama 1 jam setengah untuk sampai ke sini. Korang boleh datang ke sini dan nikmati an exciting Sekinchan daytrip dalam sehari je. Dan bagi yang merancang untuk bermalam di sini, jangan risau. Terdapat beberapa Sekinchan hotel di pekan ini yang menyediakan tempat penginapan yang selesa.

Mesti ramai yang tak tau apa yang korang boleh enjoy di sini. Jangan risau,, Teruskan pembacaan anda…

3 Sebab Kenapa Korang Kena Datang Ke Sekinchan

1. Pantai Redang dan perkampungan nelayan di sekitarnya

gambar kampung nelayan

perkampungan nelayan Sekinchan (pic: google)

Pantai ni menjadi tempat tumpuan pengunjung ke sini untuk menikmati bayu pantai dan pemandangan yang menakjubkan. Sambil lepak tu, pengunjung juga boleh menikmati snek ringan yang dijual di persisiran pantai seperti keropok udang yang rangup, buah-buahan potong segar serta fresh oyster yang boleh terus dimakan mentah! Jangan risau, kalau kena cara makannya, memang tak hanyir.

Selain tu, terdapat sebatang pokok yang dipanggil wishing tree. Pokok ni dipenuhi dengan riben merah kerana ramai pengunjung yang melempar riben merah ini ke atas dahan pokok. Walaupun tak pasti kebenarannya (betul ke impian akan tercapai kalau buat macam tu?), tapi ianya nampak sangat cantik dalam gambar. So, layankan je la…

gambar wising tree

Wishing Tree Sekinchan (pic: google)

2. Sawah, Kilang serta Muzium Padi.

Tak sah trip ke sini kalau tak melawat sawah padi. Untuk pengetahuan, kebanyakan sawah padi kat sini sudah dicentralizedkan pengurusannya. Jadi sawah-sawah yang terdapat di sani dipanggil estate padi. Cara pengurusan ini dikatakan mampu mendatangkan hasil yang berlipat kali ganda berbanding dengan cara pengurusan konvensional. Satu je nak pesan. Jangan suka-suka hati masuk dalam bendang orang dah la, dik. Rosak pokok orang nanti!

gambar sawah padi cantik

Sawah padi Sekinchan (pic: google)

Selain tu, korang juga boleh melawat ke kilang memproses padi yang terletak di Jalan Tali Air untuk mendalami dengan lebih lanjut tentang proses penanaman dan pengilangan padi.

3. Menikmati Keindahan Kuala Selangor Nature Park dan Kelip-kelip

Di Taman Alam Kuala Selangor ni, korang boleh melihat pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Taman seluas lebih 200 ekar ini terdiri daripada kebanyakannya paya bakau.  Ekosistem yang unik ini melindungi pantai di samping menjadi rumah kepada pelbagai hidupan dan pokok-pokok kayu. Bayaran masuk ke sini ialah RM4 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

Bagi yang nak tengok kelip-kelip di Sungai Selangor pula, korang boleh ambik pakej yang bersesuaian di beberapa jeti yang terdapat sini. Jeti yang menyediakan perkhidmatan ini terdapat di Pasir Penampang, Kampung Kuantan dan Kampung Bukit Belimbing. Bayangkan korang dapat tengok kelip-kelip yang menerangi satu kawasan gelap sambil menyelusuri sungai pada waktu malam. Pengalaman yang korang tidak akan akan dapat di tempat lain!

kelip-kelip kampung kuantan

melihat kelip-kelip (pic: google)

Komen Sohoque

Bagi yang dah plan nak datang ke sini dan tengah mencari-cari Sekinchan hotel yang sesuai tu, Korang boleh terjah website Traveloka.com. Kat sini, korang boleh pilih banyak lagi Kuala Selangor hotel atau tempat-tempat penginapan di sekitarnya dengan harga yang amat berpatutan.

Tak macam website flght and hotel searching yang lain, harga yang dipaparkan kat sini dah termasuk dengan GST. So, apa yang korang tengok kat website tu lah harga yang perlu korang bayar. Mudah kan? Last but not least, selamat merancang percutian anda dengan bijak!! 😉

26 comments

  1. sueizza 19 September, 2016 at 02:51 Reply

    selalu singgah kg nelayan je beli ikan bila balik sg tiang hehehehe,nak try menginap la plak sini,tggu pas beranak la hahahhaha…best tempat ni tenang.seafood freshhh….

  2. Jomjalan 30 September, 2016 at 09:11 Reply

    Homestay kt Sekinchan pun ada yg hip hip.

    Ada jenis kontena mcm Paddy Box, kalau nk merasa duk tepi sawah tp suasana bilik mcm kt studio Manchester hihi.

    Org kl bertuah – sbb bole pi Sekinchan, bole pi Janda Baik, boleh pi PD

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: