3 Sebab Kenapa Mesti Datang Ke D Football Festival

D Footbal Festival

D Footbal Festival

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Piala Dunia 2014 sudah semakin sampai ke kemuncaknya. Tempat ke 3 dan ke 4 sudah pun diketahui pagi tadi. Brazil selaku tuan rumah hanya mampu menduduki tempat ke 4 sahaja. Pasukan ini di belasah 3-0 oleh Belanda pada perlawanan penentuan tempat ke 3 dan ke 4 pagi tadi.

Awal pagi besok akan berlangsung perlawanan yang dinanti-nanti oleh jutaan peminat bolasepak di seluruh dunia iaitu perlawanan akhir piala dunia 2014. Perlawanan di antara pasukan Germany melawan Argentina.

Siapa yang akan menang? Kalau tanya aku mestilah aku akan cakap yang pasukan kegemaran aku Germany yang akan membawa pulang piala berprestij pada kali ini. Pilihan aku ini bukan hanya sebab minat semata-mata. Tapi kerana pemain dan kebolehan yang dimiliki oleh pasukan yang sudah punya banyak pengalaman beraksi di peringkat akhir Piala Dunia ini. Malah pemain bintang pasukan Belanda Arjen Roben juga mengatakan bahawa Argentina memang tiada peluang untuk menang kali ini.

Screenshot daripada http://olabola.stadiumastro.com/

Screenshot daripada http://olabola.stadiumastro.com/

Pasukan Germany yang rata-rata diwakili oleh pemain-pemain yang agak muda ini mula menyerlah di kejohanan bolasepak Euro yang lalu. Sejak itu aku perhatikan pasukan ini dan aku memang menjangkakan pasukan ini akan menyerlah.

D Football Festival

Oh ya. Awal pagi besok korang tengok final kat mana ya? Kalau nak lebih keseronokan menonton final ini, aku cadangkan kita sama-sama bertandang ke One Utama, Bandar Utama untuk sama menyaksikan final bersama-sama ratusan penonton yang lain.

3 sebab kenapa anda mesti sertai D Footbal Festival ini:

1. Ada teka bola

Sejumlah bola pelbagai saiz diletakkan di dalam kereta Mini Cooper Countrymen. Siapa yang dapat meneka jumalah bola tersebut akan membawa pulang kereta yang comel ini.

peneka jumlah bola yang tepat akan membawa pulang kereta Mini Cooper Countrymen ini

peneka jumlah bola yang tepat akan membawa pulang kereta Mini Cooper Countrymen ini

3. Robokeeper.

Tahukah anda siapa penjaga gol paling kebal di dunia. Beliau bukanlah Dino Zoff. Bukan juga Rene Hinguita si kala jengking. Bukan juga Casillas. Tapi beliau adalah Robokeeper.

Robokeeper adalah robot yang dicipta khas untuk menjadi penjaga gol yang tidak terkalah. Ia dilengkapi dengan sensor yang akan mengesan arah sepakan bola bergantung kepada gerak badan si penyepak bola.

Pemain sehebat Lionel Messi pun tak dapat kalahkannya

Pemain sehebat Lionel Messi pun tak dapat kalahkannya

Penjaga gol ini amat sukar dikalahkan. Lionel Messi dan ramai bintang bolasepak lain pun tidak dapat menewaskannya. Hanya ada satu tempat yang mesti dituju sepakan bola untuk mengahsilkan gol. Di manakah titik kelemahan tersebut. Jom cari sendiri dan tewaskan Robokeeper tersebut.

3. Semangat World Cup

Memang lain lah semangat bolasepak apabila menonton di sini berbanding menonton di rumah. Dengan ratusan penonton dan sorakan yang padu terhadap pasukan kegemaran masing-masing, pastinya kita akan terasa seperti sama-sama berada di Brazil.

Terasa seperti berada di Brazil

Terasa seperti berada di Brazil

Jadi apa tunggu lagi.. Jom bersiap-siap kesana. Aku akan tiba di sana pada pukul 6 lagi. Hari ni akan berbuka puasa di One Utama. Mungkin Restoran Food Republic menjadi destinasi berbuka puasa. Ok juga sekali sekali berbuka puasa dengan menu macam yang terdapat di Food Republic tu. Asyik makan buffet Ramadhan je pun boring jugak.

Oh ya. Kepada yang berada di luar kawasan, ataupun anda bukan pelanggan ASTRO, jangan bimbang. Install sahaja aplikasi ASTRO ON THE GO di smartphone anda. Anda boleh menikmati siaran langsung ini menerusi smartphone anda.

Kepada yang akan turut serta ke Central Park Avenue One Utama, jumpa di sana…!

6 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: