Alhamdulillah. Tahun ini ramai di kalangan rakan-rakan ku yang dipanggil Allah untuk menziarahi Tanah HaramNya untuk menunaikan ibadat Haji. Ada yang sudah terbang ke ke sana dan ada yang sedang membuat persiapan akhir untuk ke sana.
Aku tumpang gembira sambil terfikir bilakah Allah akan memanggil aku lagi. Kerinduan kepada Mekah dan Madinah yang kali pertama aku jejakkan pada tahun 2011 yang lalu jelas terasa. Sebak dada ini apabila terpandang minyak atar berbau Hajarul Aswad yang sengaja aku beli di sana dan ku simpan rapi sehingga kini.
Air mata ini pasti akan menitis tatkala terbau wangian tersebut. Kenangan susah payah berebut untuk mencium batu daripada syurga ini pasti akan mengimbau. InsyaAllah. Aku yakin aku akan menjejakkan kaki ke sana lagi.
Bermulanya ibadat Haji bermakna Hari Raya Haji sudah semakin hampir. Hari Raya Haji yang turut dikenali dengan nama Eidul Adha atau Aidil Adha ini disambut pada 10 Zulhijjah pada setiap tahun.
Pada Hari Raya Aidil Adha ada satu ibadat yang amat disukai Allah. Walaupun ibadat ini adalah ibadat sunat namun ianya amat digalakkan untuk dilakukan bagi yang mempunyai kemampuan. Ia adalah ibadat Qurban. Ibadat ini tergolong di dalam sunat muakkad. Peristiwa dan falsafah disebalik peristiwa korban ini pernah aku coretkan di dalam entri Eidul Adha Dan Tauladan Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim Dan Ismail.
Tahun ini insyaAllah aku akan melaksanakan ibadat ini di Kemboja. Aku akan menggunakan khidmat eQurban untuk mewakili aku di sana. Syarikat yang menganjurkan tempahan qurban / korban dan aqiqah secara online ini telah mempunyai pengalaman beberapa tahun dalam menguruskan ibadat qurban dan aqiqah di Kemboja.
Oh ya… Mesti anda terfikir kenapa aku memilih melakukan ibadat Qurban ini di Kemboja. Aku ada beberapa sebab yang mendorong aku berubah angin ke sana.
Antara sebab-sebabnya ialah:
1. Mudah
Aku memang tak suka yang susah-susah ni. Aku fobia dengan pelbagai prosidur, syarat dan karenah manusia yang terpaksa aku hadapi hanya untuk melakukan benda yang tidak sepatutnya menjadi susah.
Dengan memilih eQurban sebagai wakil qurban di sana aku rasakan prosesnya sungguh senang. Cara-caranya ialah:
- Buka laman web www.equrban.com.
- Baca info yang telah disediakan
- Depositkan pembayaran secara online ke akaun eQurban
- Isikan borang online yang ringkas.
Senang je kan?
Tambahan pula pihak eQurban akan menyediakan satu sijil kepada para peserta qurban di Kemboja. Ianya lebih dipercayai.
2. Murah
Aku ada balik kampung minggu lepas kerana menghadiri majlis kenduri perkahwinan sepupu. Orang kampung sekarang sudah mula mencongak-congak mencari peserta yang boleh digabungkan untuk qurban atas seekor lembu.
Terkejut aku apabila diberitahu harga 1 bahagian lembu qurban sekarang paling kurang RM480. Itu kat kampung. Kat KL aku rasa lebih lagi la kot.
Anda tahu berapa kos qurban di Kemboja di bawah seliaan eQurban? RM280 sahaja untuk satu bahagian lembu. Memang terlajak murah!
Kos yang murah ini sebenarnya adalah kerana kos memelihara lembu dan kos tenaga kerja di sana memang murah. Kemboja adalah negara yang masih mundur berbanding dengan negara kita. Itu lah sebabnya kos tenaga kerja di sana rendah. Ini membolehkan eQurban menjual haiwan ternakan tersebut dengan harga yang jauh lebih rendah.
3. Ummat Islam di sana lebih memerlukan
Daripada kawan-kawan yang pernah mengikuti rombongan ke sana, dikhabarkan bahawa penduduk di sana amat dhaif dan rendah taraf hidup mereka. Jika kita hampir setiap hari bertemu dengan lauk daging, mereka hanya bertemu dengan daging setahun sekali iaitu pada Hari Raya Aidil Adha. Kesian kan?
Amat berbeza nasib mereka di sana berbanding dengan nasib kita di sini. Kita di Malaysia selepas Hari Raya Aidil Adha pasti akan penuh peti ais dengan stok daging qurban.
Jadi dengan nasib mereka sedemikian aku merasakan bahawa melaksanakan ibadat qurban di Kemboja adalah lebih afdhal. Sekurang-kurangnya aku ada usaha untuk membantu mereka yang juga saudara seIslam kita.
Kepada yang ingin menderma pakaian juga boleh mengirimkan pakaian kepada pihak eQurban untuk diagihkan kepada penduduk kampung di sana. Baju yang ingin didermakan tersebut biarkan yang masih sempurna ya. Janganlah pakaian yang sudah koyak diberikan.
Masa sudah semakin singkat. Tempahan untuk ibadat qurban pada tahun ini akan ditutup pada 30 September 2014. Jadi usah berlengah lagi. Jom berquran di kemboja…!
www.equrban.com
Moga ibadat qurban yang amat digalakkan ini diterima oleh Allah. Moga dengan ibadat ini, Allah akan bukakan pintu rezekiNya seluas-luasnya oleh Allah. Aameen.
memang betul kata-kata bro.. mudah dan murah.. moga ada manfaatnya di sana…
KiD recently posted..Misteri Tandas Tiada Cermin di Palm Mall Seremban
jom qurban di kemboja… 🙂
Bagi mereka yang inginkan prosuder yang senang boleh melakukan equrban ni. Teknologi sekarang semakin memudahkan
Bahrain recently posted..Rindu Kucing Kesayangan Paling Manja
yup.. betul tu bro..
takdelah mahal sangat.
rasanya ramai mampu. 🙂
titan recently posted..Kertas Soalan Sains UPSR bocor dan di tunda ke 30 September 2014?
murah tu bro… kalau buat kat malaysia mau sekali ganda harganya
Pertubuhan IKRAM Malaysia pun ada buat qurban di kemboja. Memang kat sana mereka sangat memerlukan. Kat sini terlebih-lebih daging.
Hanis Amin recently posted..Soalan lazim tentang Phytocol-ST
tu la sbb sy beralih arah wat qurban kat sana tahun ni. InsyaAllah
betul.
kat sini memang macam dah terlebih daging aje. haha
ohcikgu recently posted..Soalan Sains UPSR 2014 sudah BOCOR!
tu la.. dah terlebih mewah
Semoga kita semua dipermudahkan untuk menjalankan ibadah qurban di kemboja agar ramai orang dapat manfaatnya….
Hazman Fadzil recently posted..Restoran WESTERN FOOD No.1 di Bandar Nilai tukar waktu operasi demi kepuasan pelanggan
Aameen. moga dipermudahkan..
Penerangan yang lengkap, yang paling penting murah, so, jika dengan harga ini, Aisyah percya ramai orang mampu..
Aisyah recently posted..Harga Iphone 6 Di Malaysia 2014
memang murah berbanding kat malaysia… ini menggalakkan lbh ramai ummat Islam sertai ibadah qurban yg memang dituntut oleh agama
[…] kepada pihak pengurusan syarikat sebelum tarikh Hari Raya Aidil Adha ataupun waktu untuk ibadah qurban berlangsung untuk menguruskan semua tempahan yang banyak […]
Setuju dengan pandangan Sohoque…..
Miera Nadhirah recently posted..MasterChef Australia Judge George Calombaris Cooks Up A Storm In KL!
terima kasih sbb setuju Miera..;)
[…] mewakilkan aku melaksanakan ibadat qurban di Kemboja? Aku telah gariskan beberapa sebab di entri: 3 Sebab Mengapa Aku Lakukan Ibadat Qurban di Kemboja sedikit masa […]