gambar SEO

3 Teknik Tulis Headline Buat Prospek Klik dan Terus Baca

gambar suratkhabar

Headine atau tajuk yang baik akan dapat menarik lebih ramai pembaca

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak beberapa tahun aku menjerumuskan diri dalam dunia blogging aku sudah melalui beberapa fasa perubahan. Aku rasa ramai penulis blog mungkin mengalami apa yang aku alami.

Pada fasa permulaan, selain daripada bersusah payah mencari idea yang sesuai untuk ditulis, aku juga mengalami masalah gaya penulisan. Kadang-kadang aku rasakan apa yang aku tulis terlalu formal. Pada pandangan aku pada masa itu, penulisan yang terlalu formal adalah mirip kepada surat khabar. Pada pandangan aku, blog adalah satu medium yang mengajak pembacanya membaca dengan santai.

Jadi aku cuba untuk membuat entri aku lebih santai. Aku pernah dan amat meminati penulisan en Titan yang amat bersahaja. Sesekali diselangi dengan lawak. Ilmu copy writingnya (pada masa itu aku tak tau lagi apa itu copy writing) agak tinggi. Dengan menggunakan gaya penulisan sebegitu, beliau dapat mengumpul banyak pengikut yang membaca blog beliau.

Beliau juga adalah pakar SEO yang juga mempunyai ebook yang beliau hasilkan sendiri berpandukan ilmu dan pengalaman yang beliau telah lalui sejak berpuluh tahun dalam dunia blogging ini. Sekarang kitabnya yang bertajuk Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu telah memberi ilham dan melahirkan ramai muka-muka baru dalam dunia affiliate.

gambar SEO

Kitab Teknik SEO Merah Jambu karangan En Titan

Gaya bahasa beliau berserta teknik copy writing beliau menjadikan artikel beliau banyak yang bertukar menjadi sales (jualan). Itulah sebenarnya yang aku mahukan. Pernah suatu ketika gaya penulisan aku terikut-ikut dengan gaya penulisan beliau. Namun aku sedar aku perlu menjadi diri sendiri.

Setelah beberapa tahun aku mengusahakan blog aku ni, aku sudah mula berjumpa dengan gaya penulisan tersendiri. Dan gaya penulisan aku di blog ini berbeza dengan gaya penulisan di blog-blog aku yang lain.

Walaupun begitu, aku masih lagi gagal menghasilkan tajuk ataupun headline yang betul-betul berkesan. Headline yang boleh membuat pembaca ataupun dipanggil prospek pembeli jika kita menjual sesuatu untuk klik segera pada artikel dan terus baca.

Buktinya baru-baru ini aku telah menghasilkan satu artikel yang mengisahkan tentang kemalangan MH17 dan serangan zionis terhadap Palestin. Selepas beberapa jam aku terbitkan entri tersebut, aku telah menghadiri satu event dan berjumpa dengan beberapa orang bloggers yang turut sama ke majlis itu.

Kami berborak tentang kemalangan MH17 dan serangan ke atas Gazza. Tiba-tiba seorang blogger ni bersuara:

“Ya la tadi nampak abang Sohoque post link tu kat FB tapi memang saya tak klik untuk baca. Sebab tajuk cam tak menarik je…”

Ambik ko! Blogger tu pun walaupun agak baru dalam arena blogging boleh bagi aku komen macam tu. Walaupun entri-entri blog dia pun aku tengok tajuk merapu jugak, tetapi aku memang mengakui kelemahan yang satu ini. Jadi aku ya kan saja la walaupun agak terkesan dengan “sound direct” di tu.

Puas jugak aku fikir macamana aku nak majukan ilmu menulis headline aku. Siapa guru yang paling sesuai untuk aku bertalaqqi. Siapa pula yang sudi menerima aku untuk menadah kitab.

Lantas aku terjumpa ebook ini. Ebook yang bertajuk Formula Headline Best-Seller ini memberi idea macamana nak menghasilkan headline ataupun tajuk yang menarik dan membuatkan prospek ataupun pembaca klik dan terus baca artikel kita. Ebook karangan guru Copy Writing yang tidak asing lagi iaitu saudara Aqif Azizan ini diterbitkan oleh Write To Wealth iaitu syarikatnya sendiri.

Buku 3 teknik bagaimana menulis headline secara berkesan

Buku 3 teknik bagaimana menulis headline secara berkesan

Klik —> Formula Headline Best-Seller <– untuk mendapatkan idea-idea headline yang anda perlu pelajari untuk mempelajari 3 Teknik Tulis Headline Buat Prospek Klik dan Terus Baca

19 comments

    • sohoque 13 August, 2014 at 12:02 Reply

      yup.. headline amat penting bg blogger atau webmaster terutama utk menukarkan artikel mereka kepada jualan.

      cepat beli mai has. sbb skrg tgh promosi. harga drp rm50 dikurangkan kepada rm20 sahaja. klik link dlm entri tu..

  1. Jalaludin AbWahab 17 December, 2014 at 08:13 Reply

    Boleh belajar meniru headline dari akbar2 dan muka depan majalah2. Headline2 tu ditulis oleh mereka yg arif dan ber pengalaman.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: