
السلام عليكم ورحمة الله….
Salam Jumaat kepada semua.
Antara sedar tak sedar banyak juga aku dah kongsikan tentang tips dan petua berdoa supaya cepat makbul. Antaranya ialah entri Kelebihan berdoa selepas waktu asar di hari Jumaat dan bagaimana selawat menjadikan kita seorang yang hebat. Anda juga boleh mencari banyak lagi entri tentang ini di bawah tag DOA.
Ni ada lagi satu info tentang waktu yang sesuai untuk kita berdoa di dalam solat. Berdoa hendaklah di dalam hati sahaja kerana ditakuti akan terbatal solat bila doa yang bukan daripada bacaan dalam solat di baca dengan kuat.
Antara 3 waktu yang mustajab menyerahkan harapan dengan berdoa kepada Allah di dalam solat ialah:
1. Ketika membaca surah Al-Fatihah
Hadith Qudsi:
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang mengerjakan satu solat tanpa Ummul Quran (Al-Fatihah) maka beliau seorang penipu (diulang tiga kali), (iaitu) tidak sempurna.”
Lalu ditanya (oleh orang) kepada Abu Hurairah : “Sesungguhnya (jika) kami bersolat di belakang imam?”
Kata Abu Hurairah r.a : “Bacalah untuk diri mu kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda” : “Allah Ta’ala berfirman : Aku membahagikan solat itu antara-Ku dengan hamba-Ku kepada dua bahagian dan untuk hamba-Ku apa yang dipintanya (permintaannya dikabulkan).
Apabila si hamba membaca : Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam,
Allah Ta’ala berfirman : Hamba-Ku memuji-Ku.Apabila si hamba membaca : Yang Maha Pemurah dan Pengasih,
Allah Ta’ala berfirman : Hamba-Ku memuja-Ku.Apabila si hamba membaca : Penguasa hari pembalasan,
Allah berfirman : Hamba-Ku mengagungkan Daku, hamba-Ku menyerahkan (urusannya kepada-Ku).Apabila si hamba membaca : Kepada-Mu kami menyembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan,
Allah Ta’ala berfirman : Ini adalah antara-Ku dan hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa yang dipintanya.Apabila si hamba membaca : Tunjukilah kami ke jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat dan bukannya jalan orang-orang yang Engkau murkai dan orang-orang yang sesat,
Allah berfirman : Ini adalah untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa yang dipintanya.”(Sahih. Dikeluarkan oleh Muslim, Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Baihaqi dll)
Semasa ataupun selepas membaca “iyyaaka na’budu wa iyyaha nasta’in” niatkan dalam hati akan hajat kita. Begitu juga semasa ataupun selepas membaca ayat seterusnya hingga akhir surah Al Fatihah.
Sesungguh waktu solat adalah waktu kita paling dekat dengan Allah. Pasti doa kita lebih mudah diperkenankan.
2. Ketika sujud
Sabda Nabi:
“Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud.”
(Riwayat Muslim).
Ketika sujud boleh niatkan di dalam hati doa kita.
3. Selepas bacaan tasyahud (tahiyyat) sebelum beri salam
Nabi memberitahu tentang doa selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam solat:
“Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan.”
(Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).
Demikian antara waktu berdoa dalam solat yang paling mustajab. Sebenarnya banyak doa-doa yang kita baca di dalam solat. Cuma kena perlu tau maknanya.
Belajarlah dan hafal makna-makna bacaan dalam solat. Ia akan menjadikan solat kita lebih bermakna. Ia juga pasti akan mendatangkan rasa khusyuk kita di dalam solat dan pastinya akan menjadikan solat kita lebih berkualiti.
Apa yang penting dalam berdoa adalah yakin Allah akan makbulkan, bersungguh-sungguh dalam berdoa dan beristiqamah.
Benarlah sabda Rasulullah:
“Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.”
(Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).
Semoga kita semua mendapat nikmat khusyuk dalam solat dan semua doa kita cepat dimakbulkan oleh Allah.
Moga sama-sama mendapat manfaat dan tolong sebarkan supaya semua mendapat manfaat. Selamat beramal.
Perkongsian yang bagus ni. rasanya ramai lagi tak tahu pasal tips ni.
Hazmin Hamudin recently posted..Operasi Pembersihan
moga sama-sama dpt manfaat
berdoa niat dalam hati jer tau.. jgn keluar suara pulak. batal solat nanti
Terima kasih di atas perkongsian ini. 🙂
Bahrain recently posted..Pencarian Popular di Bulan Ramadan
sama-sama.. semoga sama-sama mendapat manfaat
Betul betul bermanfaat.
Pernah dengar ceramah seorang ustaz ni..
Waktu istikdal pun makbul juga. Tapi xtahu sumber mana dia rujuk 🙂
Terima kasih tuan.. Saat macam ni elok kita doakan saudara di palestin.
Moga mereka menang dan merdeka
Solehah recently posted..Tudung Bawal Ombre Keluaran Julai 2014
moga sama-sama kita dpt manfaat.. sila share utk yg lain dpt manfaat juga
satu perkongsian yang tepat pada waktunya..terima kasin bro!
Hero Borneo recently posted..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
moga sama-sama dpt manfaat. sila share supaya yang lain dpt manfaat juga
Perkongsian yang baik. 🙂
ezna recently posted..Jemputan berbuka dengan PICC bersama anak-anak yatim
terima kasih kak. sila share utk yg lain sama2 dapat manfaat
jadi..rajin-rajinlah berdoa ye.
titan recently posted..Bagaimana saya dapat RM10 ribu pertama dengan hanya menulis blog?
sama-sama kita berdoa bro
terima kasih atas perkongsian.selama ni saya tahu di masa sujud sahaja.huhuhu
mai has recently posted..11 Tips kekal sihat untuk anda menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri yang berlambak-lambak!
sama-sama. moga sama-sama mendapat manfaat. anda boleh kongsikan artikel ini supaya rakan-rakan diluar sana juga mendapat manfaat. sharing is caring
[…] ataupun di surau sekolah sewaktu menunggu anak-anak yang sedang berjuang di dewan peperiksaan. Doalah untuk kejayaan anak di dalam solat dan selesai […]
terimakasih dwngan info bermanafaat ini. mohon share
silakan.. moga ramai yang akan mendapat manfaatnya
Insyaallah…
ameen
Terimah kasih atas tunjuk ajarnya…..
Semoga allah memberkait hidup kita semua..
Amin…
aameen.. ya rabb
terima kasih kongsi info nie…
Sama2. Moga sama2 beroleh manfaat