gambar tol gombak

5 Sebab Jem Teruk Di LPT dan LPT 2 Sewaktu Pulang Beraya

gambar kesesakan lalulintas

Jem seawal pagi

Ni cerita sebelum raya bebaru ini. Perjalanan daripada KL menuju ke Kuala Terengganu yang paling lama yang pernah aku tempuh.

Oleh kerana isteri aku masih berkerja pada hari Jumaat sebelum hari raya, maka aku membuat keputusan untuk balik pada keesokan harinya saja iaitu hari Sabtu. Pilihan lain yang aku boleh buat ialah aku balik selepas isteri habis berkerja pada petang Jumaat itu juga. Berbuka puasa di dalam kereta saja seperti yang aku buat di tahun-tahun sebelum ini.

Tetapi kali ini kami telah membuat keputusan untuk ubah sedikit jadual perjalanan pulang ke kampung. Jadi kami bertolak di awal pagi Sabtu. Bangun seawal pukul 4 pagi, kami bersahur di restoran mamak dan selepas itu terus memecut laju menuju destinasi dengan manggunakan lebuhraya NKVE.

sahur di restoren mamak

Sahur di Restoran Mamak

Kami berhenti sekejap untuk menunaikan solat subuh di Hentian Tol Duta. Bertolak dari situ tepat jam 6.00 pagi seusai solat subuh berjemaah. Masih terngiang bacaan ustaz yang menjadi imam pada pagi itu. Lunak merdu.

Lepas je Plaza Tol Duta terus jem. Pergerakan amat perlahan. Pukul 8.35 pagi baru sampai ke Plaza Tol Gombak.Ingatkan lepas tu ok la sikit. Rupanya sama jer. Pergerakan siput.

gambar jem di tol gombak

2 jam setengah untuk sampai di Tol Gombak daripada Tol Duta

Oh ya, pagi itu isteri aku yang sukarela nak drive. Aku duduk sebelah je. Wife aku ni memang boleh harap bab drive ni. Memang tahan lasak. Tengah bersusah payah drive, tetiba anak aku Iffah mengadu nak buang air kecil. Kebetulan beberapa kilometer daripada situ ada stesen minyak Petronas. So, aku suruh dia sabar sementara sampai stesen minyak Petronas Paya Serai tu.

Tapi sampai saja stesen minyak tu.. peerrgghh ramai giller orang berhenti. Kereta parking sampai di tepi highway. So, wife aku bawak anak aku ke tepi longkang dan buang air kecik kat situ je. Basuh dengan air mineral.

Jem di LPT

Selepas Plaza Tol Gombak

Sampai di RnR Lanchang dah pukul 2 lebih. Aku pulak terasa nak buang air kecil. Memandangkan dah masuk masuk waktu Zohor aku buat keputusan untuk berhenti solat kat situ.

Kat tandas, barisan panjang terbentuk. Masing-masing beratur untuk menunggu giliran ke tandas. 15 minit jugak aku beratur sebelum dapat masuk menunaikan hajat aku.

gambar tandas rnr

beratur untuk ke tandas

LPT 2

Memang hajat di hati untuk melalui sendiri LPT 2 yang digembar gemburkan sudah dibuka untuk laluan orang ramai. Nak juga tengok cepat ke tidak sampai kampung berbanding jalan biasa.

Jadi memang dah plan la tak nak ambik exit Gambang. Tapi sampai je exit gambang kereta dah perlahan giller bergerak. Tak tahu kenapa. Ingatkan ada kemalangan. 4 jam juga kot ambil masa nak sampai ke tempat tol exit ke LPT 2 tu.

gambar-dalam-terowong-karak

terowong Karak

Rupanya semua terpaksa melencong ke exit untuk ke Sungai Ular atau Jabur (jalan lama) akibat daripada highway yang tidak dibuka untuk jalan terus ke LPT 2. Ini punca kesesakan rupanya.

Dah lepas tol ok sikit. Perjalanan lancar. Tetapi dalam 8 kilometer perjalanan lagi sekali terbantut. Jem tak bergerak!. Yang bestnya kita semua tak ada info sebab apa jadi macam tu. Dah la papan tanda kurang. Ini yang lebih mengelirukan pengguna. Betul ke tidak jalan tu ke Kuala Terengganu? Itu adalah antara persoalan yang bermain di kepala.

Dah lama sangat di situ aku mengambil keputusan membuat U-Turn untuk berpatah balik. Aku sempat berhenti di tepi jalan untuk berbual dengan beberapa pemandu yang berhenti di situ. Daripada mereka aku tahu yang di depan sana ada kemalangan yang menyebabkan jem teruk. Semua yang aku borak tu nak balik ke Kelantan. Menurut mereka tahun ni ramai rakyat Kelantan memilih untuk lalu LPT 2 untuk mengelakkan kesesakan di jalan Gua Musang. Ini juga menyumbang kepada pertambahan kenderaan yang mendadak.

Aku berpatah balik menuju tol tadi untk memilih menggunakan jalan pantai. Jem lagi sekali untuk sampai ke tol. 2 jam jugak aku habiskan masa di situ. Waktu sudah menginjak senja. Memang aku dah agak tak sempat berbuka puasa di rumah.

Pergerakan agak lancar menuju ke Kuala Terengganu melalui Kemaman. Sampai je di Kijal Kemaman aku berhenti di tempat orang jual lemang tu untuk beli lemang yang dikirim oleh emak mertua dan kakak di kampung. Ngam-ngam sampai situ azan Maghrib. Terus je aku dan keluarga berbuka puasa dengan lemang.

Kami teruskan lagi perjalanan ke Kuala Terengganu. Perjalanan gak lancar. Mungkin kerana ramai yang balik kali ini memilih LPT 2 dan masih terperangkap di sana.

Aku sampai di rumah di Terengganu tepat jam 9.30 malam. Terus menuju ke dapur untuk makan lauk berbuka puasa yang kakak aku simpan untuk kami.

Fuuuh.. hampir 16 jam perjalanan dari KL ke Kuala Terengganu. Yang paling lama dalam sejarah hidup aku. Kawan wife aku yang tertunda jadual penerbangannya ke Dubai untuk beraya bersama ayahnya di sana dah sampai awal dulu daripada kami.

Wife aku mendapat perkhabaran daripada kawannya yang juga bertolak pada pagi yang sama tapi lewat setengah daripada kami. Masa kami sampai di rumah, dia bersama ayahnya baru berjaya keluar exit Sungai Ular sebelum Kemaman, Terengganu. Disebabkan dah lewat dan letih diorang mengambil keputusan untuk bermalam di hotel di Cherating sahaja malam itu dan menyambung perjalanan pulang ke Kuala Terengganu pada keesokan paginya.

Apa-apa pun syukur sebab kami berjaya sampai dengan selamat walaupun amat penat. Nasib baik la anak-anak aku terutama baby Ifza yang berusia 2 tahun tu tak buat perangai.

5 Sebab Jem Teruk Di LPT dan LPT 2 Sewaktu Pulang Beraya pada pengamatan aku ialah:

1. LPT 2 belum bersedia untuk dibuka

Dengan tidak membuka laluan terus daripada exit Bukit Goh ke LPT 2 memang menjadikan keadaan sesak teruk. Ini kerana pengguna terpaksa mengambil exit untuk ke Sungai Ular dan Jabor (jalan lama). Selepas tol pengguna terpaksa U-Turn semula untuk masuk ke LPT 2 semula untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

2. Papan tanda yang kurang

Kurangnya papan tanda menjadikan pengguna keliru. Ini ditambah lagi dengan suasana yang sesak akibat kemalangan. Pengguna jadi tertanya-tanya adakah betul jalan yang diambil mereka. Lebih parah apabila mereka melihat kenderaan di hadapan membuat U-Turn. Lagi mereka ini keliru. nak U-Turn jugak ke atau teruskan.

Jika ada papan tanda yang jelas, sekurangnya mereka tau mereka sudah berada di laluan yang betul.

3. Tiada info kejadian di hadapan

Sepatutnya bila terjadi kemalangan yang mengakibatkan jem yang tak bergerak, pihak berwajib mestilah memberitahu pengguna alternatif yang boleh diambil. Jip peronda mestilah membuat rondaan dari jalan bertentangan untuk memberitahu kejadian sebenar dan cadangan jalan alternatif.

4. Kemalangan dan tanah runtuh

Kemalangan yang berlaku di LPT 2 dan tanah runtuh di jalan lama Jabor juga menjadi penyumbang kepada kesesakan teruk itu.

Apabila keadaan kenderaan yang tidak bergerak itu terjadi, ada sesetengah pemandu yang membuat U-Turn untuk berpatah balik samada untuk menggunakan jalan pantai melalui Sg Ular ataupun melalui jalan Jabor (jalan lama) menuju Cheneh dan seterusnya ke Kuala Terengganu.

Bagi yang memilih untuk menggunakan Jalan Jabor, mereka sekali lagi terperangkap kerana tanah runtuh. Jem kat situ pulak. Nasib baik aku mengambil keputusan untuk terus memilih jalan pantai. Itupun kerana minyak kereta hampir habis dan jalan Jabor memang tiada stesen minyak kecuali di Cheneh.

5. Orang Kelantan yang berpusu-pusu memilih LPT 2 untuk ke negeri mereka. Ini juga menjadi punca kesesakan yang teruk.

Memang serik bila terkenangkan perjalanan yang panjang itu. Harap-harap tahun-tahun mendatang, perkara ini tidak berlaku lagi. Pihak pengurusan lebuhraya harus memikirkan jalan terbaik untuk menghindari perkara begini dengan pantas. Kesian pemandu-pemandu yang keletihan.

selamat hari raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin!

9 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: