5 Tempat Yang Sesuai Bawa Anak Bercuti Masa Cuti Sekolah

Hari Khamis dah. Rasa dah macam hari Jumaat. Sebabnya hari ni aku akan ke Kuala Selangor untuk menjemput anak sulung dari asrama. Biasanya jumaat 2 kali sebulan aku buat benda ni.

Rupanya minggu ni sekolah bercuti agak panjang sempena sambutan hari Deepavali. Hari ni last day sekolah sebelum hari Deepavali. Bercuti panjang sampai hari selasa minggu depan

So cuti ni aku ingat nak isi dengan aktiviti bermanfaat la bersama anak-anak. At least dapat la eratkan keakraban. Masa sekolah tak cuti diorang ni memang sibuk memanjang. Pergi sekolah pagi, lewat petang baru balik.

Aku dan isteri pulak sampai rumah dah lepas waktu maghrib. Makan malam, lepas tu borak kejap sambil tengok TV. Sedar-sedar diorang dah tidur. Kadang tertidur depan TV jer. Singkatnya komunikasi seharian aku dengan anak-anak. Hmmmm.

5 tempat dekat-dekat yang sesuai bawa anak bercuti masa cuti sekolah yang aku terfikir sekarang:

1. Kidzania Damansara

peguam dan hakim

peguam dan hakim

Bawak anak ke sini bagus sebenarnya. Sebabnya kidzania ni dia mendedahkan anak-anak dengan suasana kerja yang sebenar. Kat sini nanti anak-anak akan membuat dan diberi tugasan mirip kerja sebenar. Jadi diorang akan jadi biasa dengan pekerjaan yang diorg akan buat kat sini.

Kerja diorang kat dalam tu ada gaji tau. Diorang akan dapat duit khas Kidzania bila diorang dah buat task untuk kerja yang dipilih. Duit ni boleh ditukarkan dengan barang kat kedai khas dalam tu. Duit ni kalau tak habis belanja boleh disimpan dalam bank khas Kidzania. Next time kalu datang lagi boleh withdraw dan ambik duit tu untuk campurkan dengan duit terkini.

2. Genting Strawberry Leisure Park Genting

genting-strawberry-leisure-farm

Antara tarikan pengunjung ke Genting Highland. Best jugak pergi petik strawberry kat sini. Fefeeling duk obersi gitu.. Boleh baca entri Percutian Singkat Di Genting Strawberry Leisure Farm di eXplorasa.my untuk review secara lebih detail tempat ni.

3. Farm in the City

gambar kredit: google

gambar kredit: google

Mini zoo kat serdang. Aku dah pergi 2 tahun lepas. Banyak jugak binatang dalam tu kalu nak dibandingkan dengan saiz zoo nya. Yang penting dia tak besar macam zoo negara. Tak der la penat nak jalan.

Lepas tu binatang dia jinak-jinak. Boleh bawak selfie sekali. Ada banyak kura-kura kat situ dan pengunjung bebas untuk memberi makan daun yang disediakan.

Tapi awas..! Jangan biarkan anak kecil korang bagi makan kura-kura gergasi ni sendirian. Sebabnya aku dah tengok masa lawatan aku dulu kura-kura tu gigit tangan anak kecil sebab disangkakan daun makanannya. Tak pasal-pasal meraung budak tu!

4. Sunway Lagoon

Tempat ni aku selalu pergi. Selalu dapat jemputan untuk cover event kat sini. Tapi anak-anak dan isteri jarang pergi.

Banyak benda boleh layan kat sini. Ada permainan adventure, ada permainan air siap dengan tempat luncur air, ada jugak mini zoo kat sini.

ghostbusters-sunway-lagoon

Haaa nak alami suasana menakutkan memburu hantu dengan Ghostbuster pun ada. All in one.

5. Sekinchan

gambar sawah padi cantik Sawah padi Sekinchan (pic: google)

Tak ramai yang tau Sekinchan ni menarik untuk dilawati. Mana nak cari tempat berdekatan dengan KL ni yang ada pantai dan sawah padi. Kombinasi ini memang menjadikan Sekinchan sebagai tarikan utama.

Makan seafood murah kat sini. Nak tengok sawah padi yang menghijau luas pun boleh. Wishing Tree dan melihat kunang-kunang di waktu malam juga jadi point menarik untuk ke sini.

Ke nak berjalan jauh sikit?

Hmmm… ke nak pergi jauh sikit ek…? Cuti sekolah yang lepas dah bawak ke JB. Layan Angry Birds Park JB. Best gak. Fuuuh teringat pulak murtabak paling best JB, Murtabak Majid Special Cheese No 1 Kampung Kurnia Johor Bahru. Best wooo…!

murtabak-majid-special-cheese-no-1-kampung-kurnia-johor-bahru

Ataupun ke Penang. 3D museum pun tak pergi lagi ni. Checked in kat Hotel Hard Rock Cafe pun ok…!

Ataupun susah-susah sangat bawak jer diorang balik kampung aku ngan isteri kat Kuala Terengganu. Banyak tempat-tempat menarik yang baru di Kuala Terengganu tu yang aku belum pergi. Ok jugak ni. Jimat pun jimat. Tempat tidur dah ada.

Anak-anak aku pun boleh berkawan dengan sepupu-sepipitnya. Boleh la didedahkan dengan suasana kampung sikit. Rapat sikit dengan sepupu-sepupunya nanti.

Hmmmm sudahnya? Hahahah. Aku pun belum tau lagi nak ke mana. Kena diskus dengan isteri aku dulu ni nampaknya.Kemungkinan besar aku ke Sunway Lagoon. Sebabnya aku ada unlimited pass selama 6 bulan ke situ. Voucher masuk percuma pun ada lagi 2 keping. Kena beli 2 keping jer lah lagi untuk anak-anak. Jimat gitu. Boleh lepak seharian kat situ!

Gitulah kita ni. Bukan senang nak jadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak. Tapi itu bukanlah bermakna kita tak buat apa-apa. Buat jer apa yang korang rasa terbaik untuk keluarga korang. At least cuti sekolah mereka terisi dengan perkara yang baik dan yang paling penting ia dihabiskan bersama ibubapa.

Kalau korang ada tempat-tempat menarik untuk dicadangkan kepada aku boleh la komen entri ni ya. Nanti aku cari info.

4 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: