6 Cara Kawal Diri Ketika Sedang Marah

Marah.. Ia semacam satu penyakit sebenarnya. Ya, penyakit jiwa. Jika tidak dibendung akan membawa kepada kemusnahan dan kerendahan harga diri.

Bapa bunuh anak

Baru-baru ini tersiar di dalam akhbar-akhbar tempatan tentang seorang ayah yang panas baran memukul anaknya sehingga mati hanya kerana anaknya yang berusia 17 tahun itu menyuarakan hasratnya untuk berkerja demi membantu ekonomi keluarga. Mungkin merasa terhina dengan hasrat anaknya itu menyebabkan si ayah yang memang mempunyai sifat panas baran lupa dunia dan berterusan memukul anaknya. Anaknya yang cedera teruk dipukul ayah, disedari meninggal dunia pada keesokan harinya oleh ibunya yang mengejutkannya untuk makan sahur.

Lihatlah potensi kemusnahan yang diakibatkan oleh marah yang tidak terkawal.

Gadis Peugeot CDM25 mengamuk

Satu lagi contoh ialah tentang kisah Gadis ataupun wanita berkereta Peugeot CDM25 terlajak biadab yang mengamuk kerana kereta nya dilanggar di Kuantan. Video ini menjadi viral dengan cepat. Jika dilihat di dalam media sosial seperti Facebook, twitter dan Instagram banyak sekali posting tentang video ini.

Mengikut video yang dikongsikan itu, seorang gadis yang memandu kereta jenis Peugeot dengan nombor plet CDM25 sedang memarahi seorang pakcik berketurunan Cina yang telah berumur akibat melanggar belakang keretanya.

Kemarahannya memang diluar kawalan apabila dia mengeluarkan kata-kata kesat, kasar bercampur penghinaan kepada lelaki tua tersebut. Yang aku takuti, dia ada juga mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman. Ini telah menyebabkan anak kepada lelaki tua tersebut telah merasa marah dan turut terhina dengan gadis ini. Kemarahan anak pakcik ini telah diluahkan di dalam Facebook miliknya.

kenyataan marah anak pakcik tua yang terlibat dalam insiden tu

kenyataan marah anak pakcik tua yang terlibat dalam insiden tu

Lebih teruk lagi, gadis ini bukan sahaja marah dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan, malah dia juga memukul kereta pakcik tua itu dengan pengunci stereng kereta.

Memang aku rasa gadis ini mengalami masalah untuk mengawal kemarahan. Jika tidak takkan lah dengan kesalahan yang kecil itu dia bertindak di luar batasan sebegitu rupa.

Lihat apa potensi bencana yang dibawa oleh memarahan yang tidak terkawal ini. Antaranya:

  • Malu – sungguh malu apabila seorang gadis ini yang bertudung boleh bertindak sebegitu rupa. Peristiwa berlaku di bulan puasa pulak tu, bulan yang sepatutnya kita sebagai umat Islam menahan diri daripada semua itu.
  • Saman – pakcik tua tu boleh saman gadis ini yang telah menyerang dan memukul keretanya. Bukti adalah jelas.
  • Ancaman keselamatan – pakcik tua tu  boleh membuat laporan tentang gadis ini yang boleh didakwa kerana menyerang dan membahayakan keselatan dirinya.
  • isu perkauman – ini akan membuatkan keluarga pakcik tua tu tidak puashati kerana komen perkauman oleh gadis ini.

Sungguh besar tragedi yang bakal menimpa akibat kegagalan mengawal perasaan marah. Perceraian juga banyak terjadi akibat marah. Minda tidak dapat mengawal ucapan lafaz talak kepada isteri ketika jiwa dipengaruhi marah.

Aku ada terbaca bahawa sifat mudah marah ini sebenarnya juga adalah tanda adanya gangguan jin kepada si pemarah.

Pada pandangan aku, gadis ini harus berbuat sesuatu untuk merawat penyakit jiwa yang sedang dihadapinya. Jumpalah kaunselor untuk bantuan khidmat nasihat.

Jumpa juga pengamal perubatan Islam untuk melihat samada perkara ini ada dipengaruhi oleh jin ataupun perkara-perkara lain yang melibatkan kerohanian.

menjadi viral di media sosial dalam masa sekejap

menjadi viral di media sosial dalam masa sekejap

Ayat Quran dan Hadith tentang marah

Islam memandang berat akan perkara ini. Ada banyak ayat Quran dan hadith yang menyentuh tentang penyakit marah ini. Antaranya:

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Yaitu) orang-orang yang menafqahkan (hartanya), baik diwaktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. [QS. Ali ‘Imran : 133 – 134]

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : Sesungguhnya ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW, “Nasehatilah saya, ya Rasulullah”. Rasulullah SAW bersabda, “Jangan marah”. Orang itu mengulanginya beberapa kali. Nabi SAW bersabda, “Jangan marah”. [HR. Bukhari juz 7, hal. 99]

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang kuat itu bukanlah orang yang kuat dalam bergulat, tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang bisa menahan dirinya ketika marah”. [HR. Bukhari juz 7, hal 99/Muslim juz 4, hal. 2014]

Dari Abu Darda’, ia berkata : Ada seorang laki-laki berkata kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, tunjukkanlah kepada saya atas suatu amal yang bisa memasukkan saya ke surga”. Rasulullah SAW bersabda, “Jangan marah, maka bagimu surga”. [HR. Thabarani dalam Al-Ausath no 2353]

Dari Sa’id bin Musayyab, bahwasanya ia berkata, “Pernah suatu ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama shahabat-shahabatnya, lalu ada seorang laki-laki yang mencaci dan menyakiti Abu Bakar, tetapi Abu Bakar diam saja. Kemudian ia menyakitinya yang kedua kali, tetapi Abu Bakar masih diam saja. Lalu ia menyakitinya yang ketiga kali, lalu Abu Bakar membalasnya. Maka Rasulullah SAW berdiri ketika Abu Bakar membalasnya, lalu Abu Bakar bertanya, “Apakah engkau marah kepadaku, ya Rasulullah ?”. Rasulullah SAW bersabda, “Tadi malaikat turun dari langit seraya mendustakan apa yang ia katakan terhadapmu, tetapi setelah engkau membalasnya, syaithan lalu duduk di situ, maka tidaklah pantas aku duduk karena syaithan duduk di situ”. [HR. Abu Dawud juz 4, hal. 274, no. 4896]

Dari Sulaiman bin Shurad, ia berkata : Ada dua orang saling mencaci di sisi Nabi SAW. Lalu salah seorang diantara keduanya menjadi marah, dan merah mukanya. Kemudian Nabi SAW melihat kepada orang itu dan bersabda, “Sesungguhnya aku mengetahui suatu kalimat seandainya ia mau mengucapkannya pastilah hilang marah itu darinya, kalimat itu ialah : A’uudzu billaahi minasy-syaithoonir rojiim (Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk)”. Maka berdirilah seorang laki-laki diantara orang yang mendengar sabda Nabi SAW tersebut menghampiri orang yang marah itu dan berkata, “Tahukah kamu apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW tadi ?”. Beliau bersabda, “Sesungguhnya aku mengetahui suatu kalimat seandainya ia mau mengucapkannya pastilah hilang marah itu darinya. Kalimat itu ialah : A’uudzu billaahi minasy-syaithoonir rojiim”. Lalu orang yang marah itu berkata, “Apakah engkau menganggap aku ini gila ?”. [HR. Muslim juz 4, hal. 2015]

lawak di media sosial

lawak di media sosial

Cara bendung sifat marah

1. Niat yang ikhlas
Ikhlaskan diri. Sedar akan mengapa kita perlu kawal kemarahan. Ia adalah tuntutan agama dan banyak akibat buruk akan terjadi jika tidak mengawal sifat marah.

2. Sabar

Kena banyakkan bersabar. Dengan sabar hati akan menjadi tenang. Ingat ganjaran orang yang bersabar yang telah dijanjikan oleh Allah untuk motivasi diri: Firman Allah dalam surah Hud ayat 11:

kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.

3. Sifat pemaaf

Didik diri menjadi seorang yang pemaaf. Dengan sifat pemaaf yang tinggi pasti marah akan berkurangan. Dengan memaafkan orang lain, kita tidak menyimpan dendam. Ini akan menyukarkan syaitan meniupkan benih marah dan dendam di dalam diri kita.

Cuba amalkan apa yang Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah syorkan di dalam ceramah-ceramahnya iaitu maafkan semua orang sebelum tidur. Amalkan.. InsyaAllah diri anda lebih tenang dek kerana kurang sifat marah dalan dendam.

4. Faham konsep gagal mengawal kemarahan tanda kelemahan diri

Kemarahan melampau bukanlah lambang kekuatan ataupun kegagahan.
Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Gagal mengawal kemarahan adalah kelemahan pada diri seseorang. Ini adalah kerana dengan membiarkan dirinya dikuasai kemarahan, dia sebenarnya gagal membendung diri dari bisikan syaitan.

5. Membayangkan wajah yang hodoh ketika marah

Satu saranan yang menarik oleh Imam al-Ghazali adalah membayangkan ekspresi wajah yang hodoh ketika marah. Ia sesuatu yang memalukan dan wajar dihindari.

6. Tawaddu’

Merendah diri. Apabila ada sifat merendah diri maka hilanglah sikap bermegah-megah. Orang yang merendah diri tiada apa yang hendak dia menangkan. Oleh itu sifat marah akan terhindar.

7. Istighfar dan banyakkan amal soleh

Banyakkan beristighfar, insyaAllah kurang sifat marah.

Banyakkan juga amal soleh terutama solat kerana solat itu merawat jiwa dan mencegah kemungkaran. Banyakkan juga membaca AlQuran dan berzikir. Dengan berzikir mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

6 Cara Kawal Diri Ketika Sedang Marah

1- Membaca taawuz

Dalam satu hadis diriwayatkan, terdapat dua lelaki sedang bertengkar di hadapan Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripadanya naik berang sampai merah mukanya, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya aku tahu satu kalimah, jika dibacakannya akan menghapuskan apa yang ada padanya (kemarahan) sekiranya, dia berkata; a’udzubillahi minasy syaiton nirrajim (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim dan Tarmidzi)

Makna kalimah itu sendiri ialah kita meminta perlindungan daripada Allah daripada syaitan yang direjam. Syaitan biasanya akan lari apabila kita membaca ayat ini.

2. Mengubah posisi

Jika ketika kita sedang marah kita dalam keadaan berdiri, maka hendaklah kita duduk. Jika belum juga reda, baring supaya dapat melegakan sikit emosi. Menurut Imam al-Ghazaliyy posisi diubah sedemikian kerana untuk mendekatkan jarak ke bumi , diharapkan fizikal dan emosi akan menjadi setenang bumi, tambahan pula manusia ni diciptakan dari tanah.

Daripada Abu Dzar berkata sesungguhnya Rasulullah bersabda kepada kami: Apabila seorang diantara kamu marah dan (dalam keadaan) dia berdiri,maka (hendaklah) dia duduk, maka sesungguhnya akan hilanglah kemarahan daripadanya, namun jika tidak,maka (hendaklah) dia berbaring.(Hadith riwayat AbuDawud dan Ahmad)

3. Berwudhu’ dan mandi

Salah satu punca kemarahan daripada hasutan syaitan; syaitan pula dijadikan daripada api. Sebab itulah disarankan berwudhuk kerana air adalah elemen yang dapat memadam api.

Sesungguhnya kemarahan itu daripada syaitan dan dijadikan syaitan daripada api, dan api bolehdipadamkan dengan air, maka apabila seorang daripadakamu marah berwudhuklah.(Hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad danTabrani)

Imam al-Ghazzali dalam Ihya’ juga meriwayatkan marah ibarat api yang menyala di dalam hati, jadi, apabila marah seseorang perlu duduk jika berdiri dan baring jika dia dalam posisi duduk. Seterusnya jika gagal membendung kemarahannya, disarankan mengambil wudhuk, dengan air yang sejuk atau mandi. (al-Ghazzaliyy, 2003)

4. Diam

…dan hendaklah apabila seorang dari kamu merasa marah maka hendaklah dia diam. (Hadis riwayat Ahmad)

5. Ingat kepada Allah

..ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa…(al-Kahfi 18: 24)

Ikrimah berkata maksud jika Engkau lupa adalah jika engkau marah. (al-Mawardi, Ali bin Muhammad, al-Imam, 1985)

6. Bersederhana

Islam menganjurkan kesederhanaan dalam banyak aspek,termasuklah apabila marah. Oleh itulah Imam al-Ghazzaliyy juga menyarankan supaya bersederhana apabila marah.

Sumber:

1. Badamkt
2. Ahmad Sudardi

6 comments

  1. aRz MoHa 17 July, 2014 at 14:30 Reply

    Tips yang baik untuk kawal diri. Mungkin boleh juga mengawal diri dengan mengingati mati dan mengingati bahawa semua yang kita ada adalah hak milik Allah S.W.T. yang boleh diambil semula pada bila-bila masa
    aRz MoHa recently posted..Amaran KerasMy Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: