More

    8 Sebab Kenapa Saleiz Webhosting Terbaik

    hosting blog
    Pemilihan pakej webhosting amat penting

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Untuk pengguna self hosted blog iaitu menggunakan hosting berbayar, pemilihan pakej hosting adalah sangat penting. Kebanyakan pengguna hosting berbayar ini ialah pengguna blog berplatform WordPress.

    WordPress boleh juga menggunakan hosting yang disediakan oleh WordPress cuma ia tidak bebas. Penggunaannya tidak meluas. Banyak benda yang tidak dapat dilaksanakan dengan hosting percuma ini.

    Diantaranya widget yang terhad, SEO yang kurang boleh dioptimasikan, layout yang tidak boleh diubah, Theme yang terhad dan lain-lain lagi.

    Untuk blogger yang sudah agak lama dalam dunia blogging, pastinya kekangan ini menjadikan dunia blogging mereka tidak seceria blogger yang memilih hosting berbayar.

    Ini sedikit berlainan dengan blogger yang menggunakan platform Blogspot ataupun Blogger. Pengguna blogspot walaupun menggunakan hosting percuma blogspot, agak meluas penggunaannya. Cuma apabila hosting yang diguna milik orang lain, segalanya mungkin boleh terjadi. Maklum la kita menumpang rumah orang.

    Pernah diceritakan kepada aku oleh seorang blogger otai yang dah punya pengalaman di dalam dunia blog bahawa ada antara puluhan blog-blognya hilang begitu sahaja daripada dunia maya. Yang hilang tersebut adalah blog-blog yang menggunakan hosting percuma blogspot. Beliau sendiri pun telah bertukar kepada WordPress sekarang.

    Jadi ini jelas menunjukkan bahawa pemilihan hosting amat penting. Lebih baik kita buat sedikit analisa tentang penyedia hosting yang akan kita langgan nanti daripada menyesal di kemudian hari.

    Aku pernah terkena dengan benda ini. Silap memilih pakej hosting. Masa tu aku baru je berjinak-jinak untuk menjadi seorang blogger. Berlainan dengan kebanyakan blogger lain, aku bermula dengan platform WordPress. Aku terus melanggan hosting. Cuma aku tidak ada ilmu pada waktu itu. Aku tidak tahu pun apa itu web / Disk Space dan bandwidth, dua benda yang perlu diteliti sebelum melanggan hosting.

    Aku juga tidak tahu macamana perkhidmatan selepas jualan penyedia hosting yang aku pilih tu. Akibatnya aku kecewa. Nasib baik semangat untuk berblog aku amat tinggi. Jika tidak ada kemungkinan aku meninggalkan dunia ini.

    Banyak syarikat penyedia domain dan hosting di Malaysia ini. malah anda juga boleh menggunakan khidmat penyedia luar negara. Segalanya terpulang kepada anda.

    Antara penyedia domain dan hosting yang aku rekomen ialah Saleiz Webhosting. Tak pernah dengar? Aku pun tak pernah dengar sebelum ni walaupun syarikat ini sudah lama bertapak. Dan tidak pernah dengar tidak semestinya tidak bagus…!

    saleiz webhosting
    Saleiz Webhosting

    Aku mula bertukar kepada Saleiz bermula awal tahun ini. Lepas menggunakannya memang aku tidak langsung rasa menyesal menukar penyedia perkhidmatan ini.

    8 sebab kenapa Saleiz Webhosting terbaik untuk anda:

    • Harga pakej berpatutanHarga pakej memang amat berpatutan. Tidak mahal berbanding dengan apa yang ditawarkan di bawah pakej tersebut. Pakej asas yang paling rendah ialah RM80.00 sahaja. Anda boleh pilih di antara 3 pakej asas iaitu Bronze (RM80.00), Silver (RM150) dan Platinum (RM300).
      pakej asas hosting
      Pakej asas yang ditawarkan Saleiz

      Bagi yang inginkan pakej yang yang lebih komprehensif, anda boleh menghubungi pihak Saleiz untuk perbincangan lanjut.

      Memang ada beberapa penyedia hosting lain yang menawarkan harga yang lebih rendah, tetapi apa yang anda perlu lihat ialah apa yang ditawarkan di bawah pakej itu. Mungkin tidak seperti pakej Saleiz.

    • BandwidthBandwidth (Data Transfer / Site Traffic)  ialah data yang keluar-masuk ataupun upload-download ke akaun hosting anda.

      Sebagai contoh jika menerima atau menghantar emel. Anggarkan sahaja emel tersebut bersaiz 4KB. Untuk bandwidth 1,000MB (1,000,000KB) anda boleh mengirim atau menerima 250,000 emel. Ataupun kombinasi kirim dan terima emel seperti 100,000 kiriman emel dan 150,000 terima emel.

      Contoh pengiriman dan penerimaan emel di atas adalah contoh untuk mudahkan anda faham tentang bandwidth.

      Untuk bandwidth hosting ini biasanya ialah data yang keluar dan masuk ke akaun melalui aktiviti pengunjung yang memuatturun halaman blog ke komputer peribadi dan sebagainya. Ataupun daripada aktiviti anda memuatnaik fail ataupun gambar ke akaun.

      Hosting aku yang mula-mula aku langgan dulu bandwidth tidak banyak. Masa itu aku hanya tengok harga pakej tanpa memahami apa itu bandwidth. Memang aku tak tau makna bandwidth masa tu. Maklum la baru nak ada blog.

      Lagipun aku fikir blog aku ni blog baru. Siapa lah yang nak datang dan baca. Rupanya telahan aku meleset. Bandwidth aku melebihi had yang ditetapkan. Terpaksalah aku membeli bandwidth tambahan dengan penyedia hosting. 4-5 kali juga aku beli bandwidth tambahan. Jika dihitung kos kos menambah bandwidth, ianya sudah melebihi kos langganan setahun pakej yang aku ambil.

      Kisah ini ada aku ceritakan dalam entri Tips memilih hosting sedikit masa dulu.

    • Web / Disk spaceWeb / Disk Space ialah keupayaan ataupun kapasiti untuk menampung data-data yang berupa fail-fail dan gambar-gambar yang akan dimuatnaik ke dalam sesebuah laman blog/web. Makin besar saiz web / disk space makin besar data-data yang mampu ditampung oleh akaun tersebut.

      Ukuran saiz web / disk space ini dikira dengan MB (Megabyte) ataupun GB (Gigabyte). 1GB bersamaan dengan 1,000MB.

      Hosting yang mempunyai sedikit web/disk space akan cepat kehabisan ruangan penyimpanan yang akan mengakibatkan terbantutnya aktiviti seorang blogger ataupun webmaster.

      Dalam artikel terdahulu aku ada menceritakan tentang web / disk space ini dan kesilapan yang telah aku buat serta cara aku menyelesaikan web / disk space yang hampir penuh. Oleh itu kajilah perkara ini sebelum melanggan pakej hosting.

    • Perkhidmatan selepas jualanPerkara ini amat penting di dalam pemilihan syarikat penyedia hosting. Macam-macam yang akan terjadi kepada akaun ataupun blog kita sepanjang tempoh langganan. Antaranya ialah serangan virus ataupun malware, layout blog yang “lari” akibat kita tersalah delete kod dan lain-lain lagi.
      serangan virus
      Serangan malware adalah salah satu ancaman kepada blog

      Aku pernah terkena serangan virus/malware di sohoque.com suatu ketika dulu. Jenuh juga aku berusaha untuk membaik pulih blog aku pada waktu itu. Ya lah, dengan kapasiti aku sebagai blogger baru, apa sangat lah yang aku boleh buat.

      Jadi aku terpaksa menghubungi pihak penyedia hosting. Merekalah yang akan membantu memulihkan blog aku.

      Adakalanya blog yang dipulihkan tidak lagi seperti blog yang dulu. Ini adalah akibat daripada data-data yang terpaksa dipadamkan untuk tujuan penghapusan virus/malware tersebut. Itu sebabnya sekuriti blog amat perlu dititik beratkan. Anda boleh belajar semua ini di Kelas WordPress Essential anjuran Akademi Denaihati. (Sila klik SINI untuk pendaftaran)

      2 minggu juga blog aku “down”. Traffik jatuh merudum sehingga pada satu waktu tu hanya ada seorang pengunjung sahaja ke blog aku. Dan pengunjung itu rupanya aku sendiri. Pelawat tidak dapat mengakses blog ini kerana ianya telah diblok dan disenarai hitamkan oleh Google.

    • Mudah dihubungiJika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti diatas, sudah tentu kita akan memerlukan bantuan. Kepala yang dihujani dengan pelbagai soalan ini perlukan jawapan dan ianya memerlukan perbincangan dengan pihak penyedia hosting.
      gambar cun heliza helmi
      Sakit kepala kalau penyedia hosting lambat respons

      Kebanyakan penyedia hosting menggunakan emel ataupun tiket yang perlu dihantar menerangkan apa masalah kita. Cara ini ok jika balasan dan jawapan kepada emel/tiket tadi cepat. Jika lambat jawapannya memang boleh membawa kemarahan dan sakit hati yang amat sangat.

      Aku pernah terkena dengan webhosting yang terdahulu. Dengan Saleiz, anda boleh menghubungi pihaknya dengan menelefon sendiri selain dengan menggunakan emel ataupun menghantar tiket. Malah, mereka ini boleh dihubungi melalui media sosial seperti Facebook, twitter dan sebagainya.

      Ini memang akan membantu anda dengan lebih pantas. Percayalah, ia akan mengurangkan stress anda dengan kurangnya kemarahan dan sakit hati anda.

    • Perkhidmatan TambahanAdd on servis ada disediakan. Contohnya jika anda sebelum ini menggunakan platform blogspot dan anda bercadang untuk bertukar kepada platform WordPress, perkhidmatan memindahkan data daripada akaun blogspot kepada akaun wordpress ada disediakan. Hanya tandakan/klik di dalam kotak pilihan perkhidmatan tambahan sewaktu anda mula-mula mendaftar akaun hosting dengan Saleiz. Ini ternyata akan memudahkan anda.

      Selain daripada itu, ada juga perkhidmatan tambahan yang lain. Anda hanya perlu menghubungi pihak Saleiz dan berbincang. Ada perkhidmatan yang dikenakan caj dan ada yang percuma

    • BloggerSemua staff Saleiz setakat yang aku kenal adalah blogger seperti anda juga. Jadi mereka ini amat arif tentang masalah yang anda hadapi. Mereka amat faham tentang keperluan anda yang memerlukan penyelesaian yang cepat terhadap apa jua masalah yang berlaku. Jiwa mereka adalah jiwa anda juga
    • Bina rangkaian perniagaan bersama rakan-rakanSedar atau tidak Saleiz ini diuruskan oleh kawan-kawan blogger anda juga. Samada anda mengenali mereka secara langsung ataupun melalui blog mereka, ataupun di media sosial, mereka memang kawan-kawan anda yang selalu anda berinteraksi. Ini memudahkan anda berkomunikasi nanti.

      Saleiz Webhosting ini dimiliki oleh Eizil Network & IT Solutions. Rasanya dah ramai yang mengenali Eizil ni. Sifu aku yang amat humble dan suka tolong orang.

      Eloklah kita membantu sesama rakan taulan. Dengan menyediakan servis yang sama ataupun mungkin lebih baik daripada penyedia hosting luar, mengapa tidak memilih kawan-kawan kita. Perniagaan adalah lebih baik dibina di dalam sistem jaringan (networking) ataupun secara berjemaah. Banyak manfaat yang akan diperolehi nanti

    Ok. Apa yang aku tulis ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri yang menggunakan Saleiz sebagai penyedia hosting blog aku. Sebab-sebab di atas juga adalah tips memilih hosting. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa Saleiz ini adalah antara penyedia hosting yang terbaik di Malaysia.

    2 blog aku dah aku pindahkan ke Saleiz iaitu sohoque.com dan eXplorasa. Caknawang, aku masih lagi menggunakan penyedia hosting yang dulu di atas sebab-sebab yang tertentu.

    Jadi kepada blogger baru yang sedang meneliti pakej mana yang hendak dilanggan, ataupun blogger blogspot yang masih menggunakan hosting percuma dan berhasrat menukar kepada hosting berbayar, ataupun blogger yang menggunakan platform blogspot dan berhasrat menukar kepada platform WordPress, ataupun blogger yang menggunakan penyedia hosting yang lain dan tidak berpuashati dengan syarikat tersebut, anda bolehlah mencuba Saleiz. InsyaAllah anda takkan menyesal. Yang ini aku rekomen.

    Selamat berblogging. Sila kongsikan artikel ini supaya pembaca lain dapat manfaat seperti anda. Terima kasih.

    Latest articles

    Related articles

    19 Comments

      • dia ni otai. dah berpuluh tahun buat bisnes online. yg sebenarnya dia ada berpuluh blog. yg hilang beberapa blog je. dia tak cerita secara detail. Cuma dia cakap pernah blog dia hilang begitu sahaja. tanpa dpt dikesan. sy rasa mungkin ada org dengki dan report kat google ke apa ke.. wallahua’lam

      • pakej biasa pon kena tgk gak bro. jangan jd mcm aku dulu. beli pakej biasa kononnya blog baru tak der saper nak baca. sekali exceed bandwidth beberapa kali dlm sebulan. sakit kepala wooo

    1. Dapatkan senarai lengkap terkini dan penuh penyedia hosting di Malaysia 2015 di http://www.malaysiatophosting.com. Website ni selalu di update dengan syarikat hosting terbaru di malaysia. Kalau anda adalah penyedia hosting, boleh berhubung dengan admin untuk menyenaraikan syarikat anda. Tiada caj dikenakan bagi menyenaraikan syarikat anda.

    Leave a Reply to Tudung Labuh Online Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge