9 Fakta Menarik Tentang Google

Jika semalam saya pekena Mee Kolok yang sedap di bandaraya KL, hari ni aku hanya mengambil Roti Telur dengan Teh O Ais sahaja untuk makan tengahari. Itu pun sudah agak lewat.

Bukan apa, Nasi Lemak yang aku makan pagi tadi masih memelihara perut ku supaya tidak berbunyi. Kerana masih tidak lapar, aku melangkau makan tengahari.

Bukan cerita makan yang aku nak coretkan di sini. Tapi berita tentang Google ni haa. Masa nak bayar makanan aku tadi terpandang keratan akhbar ni. Tak pasti pula aku bila tarikh keratan akhbar ini

Fakta menarik tentang Google

Fakta menarik tentang Google

.

Fakta menarik tentang google

Keratan akhbar yang aku maksudkan adalah tentang fakta yang aku kira amat menarik tentang google:

1. Nama asal google adalah BackRub

Entah macamana ia boleh ditukar kepada google tak ada pula dinyatakan di situ.

2. Excite menolak untuk membeli Google

Pengasas Google pernah menawarkan kepada Excite untuk menjual google dengan harga USD1 juta (RM4.15 juta) namun mungkin kerana tidak nampak akan potensi Google pada masa itu, Excite menolak.

3. Pendapatan Google USD20 billion setahun hanya daripada iklan

RM83.16 bilion pendapatan Google hanya diperolehi daripada iklan. Ia adalah lebih banyak daripada perolehan waktu prima gabungan stesen tv yang popular seperti CBS, NBC, FOX dan ABC.

4. Kandungan senget

haaa.. memang senget rupanya

haaa.. memang senget rupanya

Jika anda menaip perkataan “Askew” di Enjin Carian Google anda akan dapati tulisan hasil yang keluar adalah senget ke kanan. Mengapa? Aku pun tak tau.

5. 5 juta carian setiap minit

Setiap minit ada 5 juta carian di enjin carian google.

6. Google kalahkan Facebook

Google vs Facebook

Google vs Facebook

Google telah mengalahkan facebook sebagai laman web paling banyak dilawati.

7. Benefit kematian kepada pekerja

Yang ini memang terbaik. Apabila pekerja Google meninggal dunia, pasangannya akan menerima separuh daripada gaji bulanannya selama 10 tahun selepas kematian. Anak mereka pula akan menerima USD1,000 (RM4,153.50) sebulan sehingga mereka mencapai umur 19 tahun.

8. Syarikat terbaik untuk berkerja di Amerika Syarikat

Hq Google

Hq Google

Google diiktiraf sebagai syarikat terbaik untuk berkerja di Amerika Syarikat selama 4 tahun berturut-turut oleh Fortune Mag pada tahun 2014.

9. Penyimpanan yang besar berbanding pesaing

Pada tahun 2004, gmail telah diperkenalkan dan Google menawarkan penyimpanan percuma sebanyak 1Gb. Ia jauh lebih besar berbanding dengan pesaing terdekatnya ketika itu iaitu hotmail yang hanya menawarkan penyimpanan sebanyak 2Mb sahaja.

Inilah yang aku katakan fakta menarik yang aku dapat tentang Google. Fakta inipun suratkhabar tersebut perolehi daripada Factslide.

17 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: