Chong Wei Dijangka Pulih Sebelum Piala Thomas

KUALA LUMPUR – Kecederaan bahu yang dialami jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dijangka pulih sepenuhnya dalam masa tiga hingga lima minggu sebelum Kejohanan Piala Thomas, Mei ini.

Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Aziz berkata Chong Wei bagaimanapun masih perlu menjalani pemeriksaan lanjut apabila beliau pulang ke tanah air kelak.

Chong Wei dijangka pulang ke tanah air Jumaat ini.

“Masa untuk pulih, melihat situasi sekarang dijangka antara tiga hingga lima minggu. Gambaran yang lebih jelas (dapat diketahui) selepas imbasan dan pemeriksaan semula apabila beliau pulang,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini, hari ini.

Ahad lalu, pemain nombor satu dunia itu menarik diri daripada perlawanan akhir kejohanan All England kerana kesakitan di bahagian bahu. Ikuti laporan penarikan diri dari Seluruh England di sini.

Tindakan beliau telah memberi kemenangan kepada lawannya Lin Dan dari China yang juga merupakan musuh tradisi perseorangan negara itu. – BERNAMA

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: