Peserta ID Workshop dan Contest Sofa maker

Abang Petak Pemenang Utama Courts Sofa Maker Contest

Peserta ID Workshop dan Contest Sofa maker

Peserta ID Workshop dan Contest Sofa maker

Akhirnya tibalah masanya event Courts ID Workshop & Digital Sofa Maker Contest. Di hari Sabtu pagi pagi lagi aku sudah terpacak di depan Courts Megastore Bandar Sri Damansara. Turut hadir adalah 9 orang lagi yang dipilih untuk menghadiri workshop ini.

Di sana kami diterangkan cara pemilihan warna dan fabrik untuk sesebuah sofa. Bagaimana warna dipadankan mengikut tema masing-masing. Bagaimana sesebuah sofa yang saiznya kecil boleh nampak jadi besar hanya dengan pemilihan warna yang betul. Pemilihan yang betul oleh pakar inilah yang menjadikan Courts antara pengedar sofa yang terbaik di Malaysia.

penerangan daripada wakil SilentNight

penerangan daripada wakil SilentNight

Di dalam workshop ini kami bebas bertanyakan soalan-soalan berkenaan dengan pemilihan warna dan fabrik sofa. Soalan berupa tips juga ditanya oleh peserta dan dijawab dengan terperinci oleh wakil daripada SilentNight iaitu Mr Wilbert Liu.

cara pemilihn warna sofa

cara pemilihn warna sofa

Selepas itu tibalah masa yang peserta nantikan-nantikan iaitu Sofa Maker Contest. Peserta yang sedang teruja dikehendaki mencipta sendiri sofa mereka dengan cara memilih corak fabrik untuk dipadankan dengan bentuk sofa yang telah diberi.

Cara-cara menggunakan aplikasi Sofa Maker

Cara-cara menggunakan aplikasi Sofa Maker

Peserta dikehendaki memadankan warna-warna fabrik mengikut apa yang telah dipelajari semasa ID Workshop tadi. Ia mestilah mengikut tema: “kemriahan Raya Bagus…”, padanan ton warna, dan originality.

Aksi si juara Eyriqazz

Aksi si juara Eyriqazz

Tahniah kepada Abang Petak Eyriqazz kerana telah berjaya mencuri hati juri-juri pada hari tersebut. Eyriqazz yang dikenali sebagai abang petak dikalangan rakan blogger kerana minatnya kepada baju yang bercorak kotak-kotak (petak-petak).

Mr Allard Country Manager Courts menyampaikan hadiah kepada pemenang utama

Mr Allard Country Manager Courts menyampaikan hadiah kepada pemenang utama

Pemilihannya mengikut kata juri adalah kerana originality yang mana Courts sendiri belum pernah mengeluarkan sofa yang menggabungkan corak sebegitu rupa. Tahniah kepada Abang Petak kerana berjaya membawa hadiah utama iaitu sofa yang di designkan sendiri olehnya.

design yang menjadi pilihan juri

design yang menjadi pilihan juri

Peserta lain tidak pulang dengan tangan kosong. Mereka turut membawa pulang hadiah saguhati berupa sebiji bantal dan baucer Courts bernilai RM200.

design aku yang tak menang...

design aku yang tak menang…

Terima kasih Courts…! Pengalaman menggunakan Sofa Maker untuk melahirkan sofa bercorak mengikut cita rasa sendiri tidak akan dilupai. amat mudah menggunakan aplikasi ini. Selepas ini jika aku nak pilih sofa mesti Courts akan menjadi destinasi pilihan.

Dengan adanya Sofa Maker ini, sofa idaman pasti akan dapat direalisasikan. Harganya pun mungkin dapat dijimatkan dengan pemilihan mengikut cita rasa sendiri.

Courts dan Sofa maker terbaik…!

8 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: