Abby Abadi Dah Bertudung

Alhamdulillah. Seorang lagi artis terpanggil untuk tampil bertudung.Kalau kita lihat sekarang telah ramai artis perempuan yang bertudung. Antara arts yang terlebih dulu bertudung ialah Wardina Safiyyah, Irma Hasmie, Ana Raffali, dan ramai lagi.

Menurutnya, seperti yang disiarkan di akhbar Berita Harian pada hari Rabu, hasrat untuk memakai tudung telah dipendam. Namun dek kerana takut dianggap sebagai mempersendakan agama, hasrat itu tertangguh. Beliau bimbang jika sindrom sekejap pakai sekejap tidak menimpa dirinya.

Namun keazaman beliau menjadi bertambah kuat sewaktu beliau mengerjakan umrah baru-baru ini. Malah dua hari sebelum berangkat pulang ke tanahair beliau nekad untuk bertudung dan telah berdoa di depan kaabah supaya ditetapkan hati dan imannya untuk kekal bertudung.

“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil menjelaskan karier seni tetap berjalan seperti biasa.

P.s: Syabas Abby. Harapan saya jangan lah hanya bertudung. Aurat yang lain pun mesti dijaga. Ramai orang perempuan bertudung sekarang. Namun pada pandangan saya ramai yang hanya mengikut trend. Ada sesetengah yang saya lihat bertudung tetapi pakaian amat sendat sekali sehinggakan menampakkan bentuk tubuh dengan jelas. Ada juga yang saya lihat bertudung tetapi tudungnya beropol-ropol dan berlainan daripada biasa sehinggakan boleh menarik lelaki ajnabi melihat kearahnya. Mungkin mereka ini tak faham tentang aurat. Wallahua’lam. Harapan saya supaya mereka ini sentiasa memperbaiki cara bertudung sebegitu. Tak faham boleh bertanya. Tak tau kena lah belajar.

Walaubagaimanapun, perubahan tersebut (daripada tidak bertudung kepada bertudung adalah amat positif). Ambil yang basic dulu. Nanti dah terbiasa boleh lah touch up-touch up.

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

You might be interested

%d bloggers like this: