Abby Abadi Nak Kahwini Ustaz

Pada program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau malam semalam, Pelakon Abby Abadi (Gerak Khas) telah dijemput untuk menjadi salah seorang panel di Program tersebut. Panel lain ialah Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor. Program anjuran PAS tersebut dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Dalam Program tersebut Abby yang telah mengambil keputusan “berhijrah” daripada tidak bertudung kepada bertudung menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu terutama ilmu agama. Beliau juga menjelaskan sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan pemuda PAS.

Beliau menanam cita-cita agar suatu masa nanti beliau dapat mengemukakan hujah dengan bersandarkan nas Al-Quran untuk program seumpama itu.

Justeru, Abby yang mengakui amat naif dengan ilmu agama amat berharap mendapat bimbingan agama yang sewajarnya daripada golongan ustaz.

“Saya berharap bertemu jodoh dengan ustaz”.

“Di sini ramai ustaz, kan?” ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.

Kepada hadirin, Abby berharap supaya dapat mendoakannya agar terus beristiqamah dengan perubahan yang telah dipilihnya.

“Saya mengharapkan perubahan yang positif pada diri saya.

“Doakan saya dalam keadaan begini sehingga bertemu Ilahi, saya nak juga mati syahid, saya harap doa dari semua,” katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Sumber

 

Komen Sohoque:

So, apa lagi…! Kepada ustaz-ustaz sekelian boleh la isi borang ya. 😆 . Alaa menolong seorang ibu tunggal, besar pahalanya tu…!

 

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: