Abby Abadi Yang Berani

Sungguh berani Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan yang secara terang-terangan menyokong parti pembangkang. Laman Facebook (print screen) miliknya sekarang telah dijadikan hiasan facebook anak-anak muda Malaysia.

Nampaknya Abby telah mengambil keputusan drastik tanpa menoleh kebelakang lagi semenjak dia mula mengenakan hijab sekembalinya dari taah suci Mekah sebelum ini.

Kata-katanya disebarkan merata-rata dan memberikan ispirasi kepada pelbagai pihak dalam menuntut hak mereka.

Kata-kata Abby bahawa dia tidak takut lagi sokong parti pembangkang setelah mendapat hidayah Allah dikongsi (share) oleh 467 pengguna facebook dan disukai (like) oleh 1,952 pengguna.

248 pengguna pula membuat komen sehingga kini selepas mula dibuat naik ke facebook semalam.

“Dulu saya takut kalau sokong parti pembangkang. Tak dapat masuk Television. Tapi bila dapat hidayah Allah, saya tak takut pada sesiapa”.

“Saya tak tau dari mana dapat keberanian tu, tak masuk television pun tak per. Dah lama sangat dah saya kat television tu. Banyak dah dosa dalam tu,” kata Abby Abadi pelakun yang popular dengan filem dan drama TV Gerak Khas.

Inilah kesannya jika hati sudah mula yakin dengan kuasa Allah. Yakin bahawa sesungguhnya Allah yang memberikan kita rezeki bukannya manusia.

Abby kini bergerak dari satu pentas ceramah ke satu pentas di seluruh negara.

Semasa ke Kelantan, beliau turut mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz.

Ucapan beliau yang mahu mencari seorang ‘ustaz’ untuk membimbingnya telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan positif.

Pendek kata, Abby telah banyak bergerak dari pentas ke pentas ceramah.

Sebahagian aktivis Pakatan tidak senang dengannya kerana orang semacam Abby tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan ceramah sahaja.

Ini kerana, bakat sebenar mereka bukannya berceramah tetapi aktiviti seni yang sudah sebati dengan mereka sebelum ini.

Antara yang menyuarakan rasa tidak senang itu adalah kartunis Zunar.

Zunar sudah tentu faham dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini beliau yang sepatutnya aktif sebagai kartunis juga pernah terseleweng sekejap apabila beliau menjadi Ketua Pengarang Akhbar PKR, Suara Keadilan.

Kini Zunar memperkuatkan kembali bidangnya iaitu kartunis dan berjaya membuat pameran solo ke seluruh dunia termasuk London.

Petikan daripada Harakahdaily.net

 

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: