Ada Insan Menangis Di Seminar Saham Haji Mohd Asri

bursa-malaysia

Salam…

Baru-baru ini aku berkesempatan lagi untuk menghadiri majlis ilmu Seminar Labur Saham yang dianjurkan oleh Asri Ahmad Academy yang diterajui oleh Sifu Saham No 1 Malaysia, Tuan Haji Asri Ahmad. Seminar ini diadakan dengan jayanya dengan kerjasama daripada Bursa Malaysia sendiri.

para peserta sedang mendaftar di seminar labur saham Tuan Haji Mohd Asri Ahmad

para peserta sedang mendaftar di seminar labur saham Tuan Haji Mohd Asri Ahmad

Tahun lepas aku dijemput juga ke seminar Labur Saham ini. Masa tu ia dibuat di bangunan PGRM Cheras.

Menghadiri seminar macam ni memang padat dapat ilmunya. Terlalu banyak. Walaupun pasaran saham ini bukanlah sesuatu yang sangat asing bagi aku kerana aku juga adalah Unit Trust Consultant yang mana pelaburan Amanah Saham (unit trust) juga sebahagian besarnya adalah di dalam bursa saham. Tapi dengan menghadiri seminar ini baru aku tau bahawa apa yang aku belajar selama ini sangat sedikit daripada ilmu pelaburan saham.

para peserta memenuhi ruang dewan Bursa Malaysia

para peserta memenuhi ruang dewan Bursa Malaysia

Persepsi salah tentang saham

Yang pasti, sesiapa yang hadir ke seminar ini, dia memang akan clear tentang persepsi salah yang banyak dipegang oleh oraang yang tiada ilmu dalam saham ni.

Aku senaraikan antara persepsi salah yang popular di kalangan kita terutama orang melayu:

1. Risiko Tinggi

Memang pasaran saham ni agak tinggi risiko pelaburannya. Keuntungannya pun tinggi dan lebih cepat (bergantung kepada cara dan objektif pelaburan) berbanding dengan pelaburan biasa.

Tapi risiko tinggi tu terjadi apabila orang yang melabur tiada ilmu dalam pelaburan. Main ikut-ikut orang je. Tak ada objektif yang jelas dan tidak berdisiplin.

Aspek inilah yang antara lain diajar di kelas khas Tuan Haji Mohd Asri. Macamana cara memilih kaunter saham. Syarikat macamana yang harus dipilih. Apa disiplin yang diperlukan untuk menjadi pelabur bijak. Bagaimana mengawal emosi dalam pelaburan saham dan lain-lain. Itu adalah antara ilmu-ilmu yang kita kena ‘master’ sebelum terlibat dengan pelaburan dan perniagaan jual beli saham ni.

2. Labur saham ni untuk orang kaya saja

Ni pun salah satu persepsi yang salah yang kerap dicanang oleh yang tak tau selok belok labur saham ni. Tidak semua saham berharga mahal. Dan tidak perlu pun membeli saham dengan jumlah lot yang banyak.

Duit untuk labur di dalam pasaran saham ni seeloknya diasingkan daripada duit yang lain. Jadi kita hanya beli saham bergantung kepada duit yang kita ada dan khaskan untuk labur saham sahaja.

3. Labur saham ni susah

Buat apa-apa perniagaan pun susah pada mulanya. Tambah pulak kita tak ada ilmu. Bila kita dah berilmu pelaburan ni dah jadi macam prkara biasa pula bagi kita.

4. Melabur saham adalah haram hukumnya

Kalau melabur dengan membeli saham syarikat yang tidak patuh syariah memang haram la. Sebab tu kita kena belajar dan tahu syarikat yang kita nak beli sahamnya.

Sebenarnya dalam Bursa Malaysia terdapat banyak kaunter saham halal dan patuh syariah. Buat masa ni terdapat 905 saham syarikat yang diapungkan di Bursa Malaysia. 669 darinya adalah kaunter patuh syariah.

Jadi kalau pilih saham syarikat yang patuh syariah nak haram apanya…!

Dari segi konsepnya pula, ada yang mengatakan bahawa konsep membeli dan menjual saham ini terdapat unsur ‘judi’. Ya… unsur itu mungkin wujud jika kita tiada ilmu dalam perniagaan saham. Kita beli dan jual saham dengan cara ‘speculate’ harga saham tu. Yang ini mungkin masuk dalam kategori haram.

Tapi jika kita ada ilmu perniagaan saham, kita akan diajara macamana mengkaji kekuatan sesuatu syarikat itu sebelum memilih untuk membeli sahamnya.

Apa perniagaan syarikat tersebut dan macamana ketahanan perniagaan tersebut dalam jangkamasa tertentu, bagaimana ‘cash flow’ syarikat itu, siapa CEO dan pengurusan tertinggi syarikat tersebut dan lain-lain lagi adalah antara perkara yang kita kaji untuk mengetahui kekuatan syarikat tersebut.

Jika berniaga saham dengan cara begini, ia bukanlah spekulasi dan ia tidaklah haram.

5. Tiada masa

Jika anda ingin berniaga, dan anda cakap tak ada masa, maka anda dah buat satu kesalahan yang besar kat situ. Samalah anda pergi memburu tetapi hanya duduk berehat sahaja menunggu binatang buruan lalu depan mata.

Usaha… usaha untuk belajar. Usaha untuk membuat ‘reseach’ tentang syarikat dan keadaan ekonomi pada masa tertentu. Ini perniagaan kita. Kalau tak ada masa tetapi nak dapat keuntungan lebih baik tak perlu labur saham!

Sedih dengan orang melayu

Ya.. betul!! Ada orang menangis di dewan seminar. Air mata aku mengalir tanpa tertahan di seminar ini. Sedih dengan orang melayu. Statistik penduduk Malaysia, 70% terdiri daripada orang melayu. Namun 24% sahaja Bumiputra yang terlibat dalam perniagaan atau pelaburan saham ini. Itu pun 20% disumbangkan oleh syarikat besar yang menjaga kepentingan melayu seperti PNB, KWSP, KWAS dan lain-lain. Jadi hanya 4% sahaja bumiputera melayu secara individu yang terlibat di dalam pasaran saham yang ternyata terbukti mampu mengubah nasib ekonomi kaum melayu.

Padahal jika orang melayu tahu ilmu berniaga saham, tiada la yang menganggur tiada kerja. Kurang la kadar kemiskinan di kalangan orang melayu.

Di mana salahnya? Kurang pendedahan tentang saham? Orang melayu takut mencuba? Atau apa?

Pada aku, kejahilan memainkan peranan di sini. Jika orang melayu tahu selok belok ilmu saham ini, aku rasa ramai yang akan melibatkan diri secara serius. Ramai yang akan menjadi peniaga saham yang mana pendapatannya hanya dengan perniagaan membeli dan menjual saham sahaja.

Jadi usaha untuk mencelikkan kaum melayu di dalam bidang ini perlu dilakukan dengan lebih giat lagi. Kelas-kelas dan seminar-seminar saham seperti yang dianjurkan oleh Asri Ahmad Academy ini perlu diperbanyakkan lagi.

Pendapatan 5 angka sebulan dengan perniagaan saham

Di seminar ini, aku berjumpa dengan satu keluarga, ayah, ibu dan 7 orang anak-anaknya. Semuanya belajar ilmu perniagaan saham dengan Tuan Haji Mohd Asri. Semuanya dapat income yang ‘hensem’ daripada perniagaan ini.

Aku berjumpa juga dengan seorang OKU yang hanya duduk di kerusi roda tetapi mampu membuat pendapatan 5 angka sebulan dengan perniagaan saham ini. Ini setelah beliau mendapat latihan dan ilmu daripada kelas Tuan Haji Mohd Asri.

Kagum!! Memang aku sungguh kagum!

Pendapat Sohoque

Bukan aku yang rendah... tapi Tuan Haji Mohd Asri Ahmad ni yang tinggi

Bukan aku yang rendah… tapi Tuan Haji Mohd Asri Ahmad ni yang tinggi

Pada pendapat aku, kita memang patut menceburi bidang ini. Jika tak nak buat sepenenuh masa pun, belajarlah ilmunya untuk kita mahir dalam selok belok saham ni. Labur sambil-sambil pun dapat juga tambah pendapatan keluarga.

Semuanya bergantung kepada objektif kita. Nak melabur dalam jangkamasa yang lama ke atau jangkamasa yang lebih singkat. Yang penting kita tau apa kita buat. Dan kita mampu kawal emosi dalam pelaburan kita yang sentiasa dicabar oleh perasaan lumrah manusia iaitu tamak.

Siapa yang teringin nak hadiri seminar macam aku hadiri ini, bolehlah sentiasa mengikuti facebook Tuan Haji Mohd Asri.

>> Facebook Tuan Haji Mohd Asri Ahmad <<

Banyak pengumuman yang akan dibuat di situ. Banyak juga ilmu yang Tuan Haji Mohd Asri kongsikan secara langsung dan tidak langsung di facebook beliau itu.

P/s: jika anda inginkan pengetahuan tentang saham ini secara bacaan ebook, anda boleh klik banner di bawah:

10 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: