gambar SEO

Adakah SEO Penting Kepada Blog Kita

gambar SEO

Sentuhan SEO amat penting untuk kelangsungan blog kita

Masih aku teringat seorang rakan blogger bertanya kepada aku:

Penting sangat ke tahu SEO ni. Aku ni tak kesah sangat pasal SEO ni. Aku tulis je apa yang aku nak tulis. Nak fikir pasal SEO ni buat sakit kepala aku saja.

Tika itu aku sedang bercerita tentang ilmu SEO yang aku baca kepada dia. Niat di hati mau berkongsi terus ku lupakan saja dek jawapannya itu.

Terkesima juga aku hendak menjawabnya. Maklum la pengalaman dia dalam blogging lebih lama daripada aku. Tapi dia tak hiraupun pasal SEO. Sedangkan aku beria-ia nak belajar SEO.

Tak kesahlah. Aku berpegang dengan prinsip aku. Aku nak ubah cara berblogging. Aku tak nak ikut orang. Aku nak ajar dan biasakan diri aku dengan memasukkan elemen SEO dalam setiap entri aku walaupun sedikit. Aku nak jadikan entri aku itu seperti biasa, seolah-olah aku tak main pun SEO. Pembaca aku tak perasan pun. Kemahiran ini hanya aku akan dapat dengan membiasakan aku dengan bermain dengan elemen SEO. Aku nakkan ia sebati dalam diri aku sebagai penulis blog.

SEO ini amat penting kepada aku. Ia amat berguna untuk beberapa tujuan. Antaranya:

Untuk menambahkan trafik ataupun pelawat blog

Bukan senang ya nak bagi pelawat datang dan baca artikel yang kita tulis. Lebih susah untuk membuatkan mereka membaca artikel lain di dalam blog kita. Dengan erti kata lain “membelek” blog kita. Bertambah lagi susah untuk membuatkan mereka datang lagi menziarahi blog kita pada besok hari, lusa dan seterusnya menjadi pembaca setia blog kita.

Namun itu semua dapat direalisasikan dengan content yang baik. Jika apa yang kita tulis itu dapat memberi sesuatu kepada pelawat insyaAllah mereka akan cari lagi ;maklumat yang dikehendaki di dalam blog kita.

gembira bermain laptop

pembaca blog yang gembira dengan artikel kita kerana ia memberi maklumat apa yang dicari besar kemungkinan akan datang lagi ke blog kita

Sekarang adalah zaman IT dan internet. Dengan penggunaan smartphone dan broadband yang semakin meluas dan murah, internet atau lebih spesifiknya enjin carian Google menjadi rujukan utama kita untuk mencari maklumat dengan kadar yang pantas.

Di sinilah SEO memainkan peranan yang utama. Jika kita menggunakan SEO berkemungkinan besar entri ataupun artikel kita berada di mukasurat pertama enjin carian Google. Dan ia pastinya akan menjadi pilihan pelawat untuk klik pautan dan membaca artikel kita. Sudah pasti ada banyak perbezaannya antara artikel yang menduduki ranking pertama di enjin carian Google dengan tempat ke 10. Di situ pun kita sudah boleh tahu pilihan pelawat pastinya akan membaca artikel nombor satu dahulu berbanding nombor-nombor yang seterusnya.

Jadi secara kasarnya, kita boleh menambahkan bilangan pelaawat ke blog kita dengan menjadikan artikel kita berada di tempat-tempat teratas di mukasurat enjin carian Google. Untuk mencapai hasrat ini, ilmu SEO mesti ada.

Untuk menambahkan jualan atas talian kita

Dengan memasukkan elemen SEO ini produk kita akan sentiasa berada di mata pengguna. Ini adalah kerana apabila mereka mencari produk yang mereka ingini di internet, artikel kita tentang produk tersebut akan berada di tempat teratas. Di bantu pula dengan content artikel kita yang bagus, sudah pasti ia akan dapat menarik hati para pengguna dan seterusnya menyumbang kepada belian.

Konsepnya sama seperti tadi iaitu pengguna produk akan menaik kata kunci di enjian carian dan ia akan membawa mereka kepada entri kita dengan penggunaan SEO yang mantap.

 

Untuk mempercepatkan penjenamaan yang kuat pada blog kita.

Penjenamaan amat penting kepada blog kita. Dengan jenama yang kuat blog kita akan berada di hadapan blog pesaing kita. Contohnya apabila orang ingin mencari sesuatu maklumat, pasti mereka akan ingat semula di mana tempat yang mereka boleh dapat maklumat tersebut. Proses ini berlaku sebelum mereka menaip kata kunci mencari maklumat tersebut.

Ertinya jika mereka sudah tahu di mana mereka boleh dapat maklumat yang mereka cari, mereka akan terus ke situ tanpa perlu mencari di dalam enjin carian di internet.

Contohnya jika mereka ingin tahu berkenaan ilmu perancangan kewangan, Unit Trust, Takaful dan sebagainya, mereka sudah terbayang blog sohoque.com untuk mereka dapatkan maklumat. Itu adalah contoh penjenamaan yang kuat.

 

Untuk buat duit dengan blog.

Ada banyak cara untuk buat duit melalui blog. Perkara ini sudah banyak dibincangkan oleh blogger-blogger di luar sana. Salah satu caranya ialah dengan menyertai contest yang dianjurkan oleh blogger lain. Biasanya contest yang dianjurkan akan diiringi dengan hadiah samada berupa wang ringgit ataupun berbentuk barangan. Samada kecil nilainya ataupun besar.

Contohnya adalah seperti contest SEO Eridy yang dianjurkan oleh blogger yang berasal dari Sabah yang sedang berlangsung sekarang. Dengan memenangi contest sebegini sudah pasti kantung wang anda akan bertambah ketat. Betul tak?

Namun perkara yang paling penting di dalam sesuatu penulisan artikel adalah content yang baik. Kita kena pastikan ianya mesra pembaca. Kita kena buatkan artikel yang menepati kehendak pembaca. Yang menjawab persoalan pembaca. Jangan kerana terlalu obses dengan SEO menyebabkan artikel kita menjadi cacat. Bold di sana sini, italic di sana sini dan lain-lain yang tidak perlu akan merosakkan artikel itu sendiri. Ia akan merosakkan mood para pembaca yang akan menampakkan ketidakikhlasan hati kita dalam memberi maklumat.

Ini akan menjauhkan pembaca daripada blog kita. Yang sebaiknya kita masukkan elemen SEO secara halus sehinggakan pembaca tidak tahu pun bahawa ada elemen SEO di dalam artikel tersebut. Barulah mereka akan terasa yang artikel itu ada jiwa. Barulah mereka akan seronok baca dan akan rasa dihargai kerana maklumat yang mereka cari terdapat di blog kita. Ini akan menambahkan lagi jenama blog kita dan mendorong mereka kembali lagi di masa akan datang.

Moga kita dapat mengimbangi keperluan pembaca dan keperluan kita. Semoga kita dapat menghasilkan artikel dengan content yang bagus. Wallahua’lam

17 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: