Adam AF Menjadi Pengamal Perubatan Islam

Ingat lagi tak posting aku tentang Adam AF yang telah “berhijrah” kearah yang lebih baik baru-baru ini?

Menurut Adam yang berjaya diwawancara oleh mStar Online, sudah dua tahun beliau mengikuti pembelaran ilmu perubatan Islam bersama aktor Ashraf Muslim di Klinik Perubatan Syifa Al-Hidayah Gombak.

Apabila ditanya adakah minat barunya ini akan menimbulkan konflik atau kekeliruan dengan kerjayanya sebagai anak seni, ini jawapan Adam:

“Tidak timbul isu konflik atau kekeliruan bagi saya kerana cabang seni dan pengamal perubatan itu berjalan serentak dan berasingan.
“Pada kebiasaannya, saya akan memberikan tumpuan untuk mendalami ilmu perubatan pada sebelah siang dan malam pula untuk aktiviti seni.
“Apa yang penting, niat kena bersih dan saya selesa dengan jalan ini. Biarlah kita peroleh manfaat di dunia dan akhirat, insya-Allah,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Menurut Adam lagi, beliau tidak boleh terus meninggalkan dunia seninya kerana ia melibatkan pelbagai pihak dan komitmen.Jadi cara terbaik yang boleh dilakukan ialah mengimbangi kedua-dua aktiviti tersebut dengan bijak.

“Jalan terbaik adalah dengan mengimbanginya. Walaupun perjuangan seni saya lebih cenderung kepada muzik tari, ia bukan isu kerana saya sentiasa peka pada tindak-tanduk dan pertuturan,” katanya yang mengakui berdepan pelbagai ujian sejak penghijrahan itu.

Adam turut memberi gambaran bahawa mungkin dia akan menyelitkan genre kerohanian dalam muziknya yang akan datang. Kini beliau sedang mengumpulkan lagu-lagu yang bersesuaian.

Jadi, jika anda berkunjung ke Pusat Perubatan Islam Syifa’ Al-Hidayah Gombak anda mungkin dirawat oleh Ustaz Adam. Jangan terkejut  pulak ya..! 😆

Alhamdulillah. Pada aku baguslah Adam mengambil keputusan sebegitu. Moga penghijrahan Adam akan menjadi motivasi dan ikutan kepada anak-anak muda yang lain.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: