Admin Page Kelantan FA Dikritik Hebat

Gambar ihsan daripada JKKK Fan Club

Admin page Kelantan FA dikritik hebat hari ini lantaran status di page yang berbunyi:

“Habih punoh pade bola nyo pijok di ore!”

Maksudnya: habis rosak padang bola dipijak orang

Status ini ditujukan kepada orang ramai yang mengerjakan solat hajat secara beramai-ramai di padang bola Stadium Sultan Mohamed ke-4.

Ramai yang marah dengan status. Tak kurang juga peminat-peminat page yang “angkat kaki” dengan unlike page tersebut. Tambahan pula ada page-page lain yang menggesa peminat meninggalkan page ini disebabkan status tersebut.

Admin page Kelantan FA dikritik hebat itu selepas itu ada menulis di ruangan komen bahawa pagenya telah di “hacked”. Namun ramai yang sangsi dengan penjelasan tersebut. Ini adalah kerana jika sesuatu page itu di hacked, biasanya ia akan mengambil sedikit masa untuk dipulihkan kembali. Tetapi untuk kes ini admin hanya mengambil masa hanya beberapa minit selepas statusnya di update untuk login kembali dan menjelaskan perkara sebenar. Sesuatu yang agak pelik.

Saya rasa ada kemungkinan admin cuba untuk bergurau. Cuma gurauannya tidak kena pada tempat dan susana. Tambah-tambah lagi dengan perkara agama.

Satu lagi kemungkinan ialah perkara ini disebabkan oleh admin page yang bukan seorang. Dan admin page ini juga bertukar ganti. Jadi kemungkinan ada seorang daripada admin-admin tersebut yang menulis status tersebut. Mungkin juga admin itu sudah tidak lagi menjadi admin pada masa sekarang tetapi masih lagi boleh acces dengan password yang tidak ditukar.

Namun admin-admin sekarang telah pun meminta maaf kepada peminat-peminat semua tentang kesalahan yang berlaku.

Semasa entry ini ditulis masih ada 227,315 likes lagi untuk page ini. Mungkin sebelum ini jumlah LIKE lebih banyak, tidak pula saya periksa.

Apa-apa pun segalanya telah terjadi. Sebab itu kita mestilah berfikir banyak kali setiap kali kita hendak update sesuatu di facebook ini. Jika tersilap update lain jadinya. Harap admin page Kelantan FA Dikritik Hebat yang menulis status ini dapat jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran.

Wallahua’lam.

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: