Affiliate Jomniaga – Komisen Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

affiliate jomniaga - komisen pertama.png

affiliate jomniaga

Aku sebenarnya agak malas nak buat affiliate ni. Tapi itu dulu la. Kini tidak lagi apabila semua tentang bagaimana menjana pendapatan melalui blog telah di dedahkan di dalam Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013.

Walaupun aku gagal menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, namun intipatinya dapat juga aku tahu daripada peserta yang pergi melalui perkongsian mereka di group facebook denaihati.

Antaranya ialah tentang bagaimana otai ini yang sudah lama merasa komisen-komisen daripada affiliate yang disertainya. Formula bagaimana beliau membuat duit dengan blog telah beliau dedahkan di dalam ebook yang diberi nama Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Kelemahan aku ialah lambat bertindak. Serta kurang rajin. Benda yang aku tau itu pun belum aku mulakan. Sehinggalah aku bertemu dengan Abang Ensem di Majlis Pelancaran Applikasi Android Chef Jo yang diadakan di Cyberview Resort And Spa, Cyberjaya.

Nasihat Abang Ensem bila aku bertanya tentang affiliate jomniaga:

Buat la bro. Rugi kalau tak buat. Gua buat-buat gitu jer pun dah beratus-ratus sebulan komisen. Malam ni pun gua kena pergi ke majlis penyampaian award jomniaga. Gua dapat award antara top affiliates kat sana.

 

Bermula dari situ baru aku mulakan affiliates dengan jomniaga. Oh ya, sebelum ini aku pernah dapat komisen daripada affiliate my qalam.

Setelah sebulan aku letak banner affiliate jomniaga kat blog aku, tanpa aku sempat gunakan teknik Kitab Teknik SEO Merah Jambu, aku dah dapat komisen pertama. Alhamdulillah!!! Emel diterima pukul 1 pagi tadi.

affiliate jomniaga - komisen pertama (2).png

affiliate jomniaga – komisen pertama setelah sebulan tampal banner kat blog

Secara otomatiknya aku sekarang sudah semakin bersemangat untuk menceburi bidang affiliate ini.

Terima kasih En Ahmad Faizal a.k.a En Titan dengan pendedahan itu dan terima kasih kepada Abang Ensem kerana nasihat kamu.

Oh ya, ni ada satu lagi ebook bagaimana nak lajukan jualan affiliates yang kita sertai:
MAHASISWA AFFILIATE – Bongkar Rahsia Letupkan Jualan Affiliates!

 

17 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: