Air Keluaran Upin Ipin Ada Dadah?

Isu Fitnah air minuman Upin Ipin (UI) ada dadah

Minggu lepas memang kecoh dengan penyebaran di dalam media sosial terutama di instagramfb dan juga twitter tentang dakwaan kandungan air minuman keluaran syarikat Upin dan Ipin mengandungi dadah. Ini berikutan tertangkapnya individu yang mengedar air minuman yang memang mengandungi dadah jenis Ketamin yang dimasukkan ke dalam botol air minuman Upin dan Ipin.

salah satu air minuman Upin dan Ipin

salah satu air minuman Upin dan Ipin

Aku turut menerima whatsapp tersebut daripada keluarga terdekat bertanyakan tentang kesahihan berita tersebut. Aku awal-awal lagi memang tak percaya dengan berita-berita murah sebegini.

Sepanjang yang aku tau, UI ini bukanlah syarikat murahan. Syarikat ini memang berwawasan. Perancangan jangka masa pendek dan panjangnya amat rapi dirangka. Aku pernah melawat sendiri syarikat ini dan mendengar sendiri daripada tuan punya syarikat ini itu Tuan Haji Burhanuddin tentang kejayaan yang telah mereka raih dan perangcangan jangka masa pendek dan panjang semasa sesi lawatan pada tahun lepas.

Sesungguhnya aku amat kagum dengan visi dan kejayaan yang telah UI kecapi. Sebab itu aku memang tidak percaya langsung dengan khabar angin yang telah disebar tersebut. Mana mungkin syarikat yang mempunyai visi yang besar sebegitu, yang kejayaannya menaikkan nama Malaysia di industri animasi peringkat dunia terlibat dalam pengedaran dadah dan merosakkan bangsa sendiri.

Sidang Akhbar pencerahan isu ini

Pagi ini aku berpeluang menghadiri sidang akhbar yang didadakan di ibu pejabat Les Copaque untuk memberi pencerahan berkenaan isu khabar angin yang mengatakan air minuman keluaran UI ada dicampur dadah.

Sidang akhbar penjelasan isu air minuman upin dan ipin ada dadah

Sidang akhbar penjelasan isu air minuman upin dan ipin ada dadah

“Berita mengatakan pengedar dadah menggunakan botol minuman Upin & Ipin memang betul. Mereka menggunakan bukan sahaja botol minuman Upin & Ipin tetapi banyak lagi jenama lain yang terkenal. Usaha mereka telah tertangkap dan pihak Polis sudahpun membuat pengumuman” ulas Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi selaku Pengarah Urusan Les’ Copaque Production.

bos les copaque

Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production

 

Walaupun berita palsu ini tidak banyak menjejaskan jualan air minuman UI, namun kerana menghormati rakan-rakan pengedar seperti pasaraya-pasaraya yang mengedarkan air minuman UI ini yang meminta supaya satu sidang akhbar diadakan, pihak Les Copaque akur dan menerima cadangan tersebut.

Persoalan dan logik

Persoalannya kenapa hanya air minuman UI yang disebarkan ada mengandungi dadah. Kenapa air minuman syarikat lain yang juga di periksa dan didapati ada mengandungi dadah jenis yang sama tidak diviralkan di media sosial?

Jika difikir secara logik pula, jika air minuman UI ini ada mengandungi dadah, kenapa ia masih dijual dengan harga yang murah sekitar RM1.20 untuk sebotol? Seperti yang umum diketahui, harga dadah memang mahal. Sebab itu pengedar dadah ni kaya raya.

Jika air minuman UI ada mengandungi dadah, sudah tentu ia tidak akan dijual secara berleluasa di pasaran biasa. Tentu ia hanya akan beredar di pasaran gelap sahaja.

Oleh kerana itu, semua air minuman keluaran UI yang berada di pasaran sudah tentu selamat diminum malah selepas berita ini tersebar, pihak polis sudah pun mengambil air minuman UI secara rawak untuk diuji. Ternyata hasil ujian mengatakan air minuman UI adalah selamat diminum. Jadi masyarakat tidak perlu lagi meragui kesahihan tentang kandungan air minuman itu yang dijamin selamat.

Komen Sohoque

Hentikan penyebaran berita palsu ini…! Isu ini sudah tamat!

Berita sebegini memang cepat tersebar terutama di media sosial. Masing-masing ingin menjadi hero sensasi dengan menghantar berita gempak yang belum ada kesahihannya tanpa usul periksa. Akibatnya ada pihak yang teraniaya.

Jika tiada kesahihan tak perlulah kita sebarkan. Jaga aib dan bisnes orang. Menganiayai orang adalah satu perbuatan yang zalim. Silap-silap haribulan penyebar berita palsu sebegini boleh didakwa di mahkamah dan menerima hukuman.

Peguam Les Copaque

Peguam Les Copaque

Pihak Les Copaque sendiri telah pun membuat laporan polis untuk kegunaan di mahkamah jika perkara ini terpaksa dibawa ke mahkamah. Malah peguam Les Copaque dan UI telahpun mengeluarkan notis amaran supaya orang ramai lebih berhati-hati dalam penyebaran berita palsu seperti ini.

Laporan Polis

Laporan Polis

notis amaran

notis amaran

Air minuman UI memang selamat diminum tanpa ada mengandungi dadah seperti yang didakwa. Malah rasanya memang sedap!

air minuman upin ipin memang sedap

air minuman upin ipin memang sedap

3 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: