6

Air Tangan Ibubapa Yang Penting, Bajet nombor 2

air tangan ibubapa yang penting.JPG

air tangan ibubapa membawa keberkatan dalam keluarga (gambar hiasan)

Bekerja di bandaraya Kuala Lumpur yang sentiasa sesak dengan kenderaan sewaktu pergi dan pulang kerja menjadikan penduduknya menghabiskan banyak masa di dalam kenderaan.

Jika tempat kerja agak jauh daripada rumah, pasti pulang kerja hari sudah malam. Jika ada “overtime” pulak, pasti anak-anak tak sempat melihat muka ibubapa sebelum mereka tidur pada hari tersebut. Pendek kata keluar rumah sebelum matahari terbit, pulang rumah lepas matahari terbenam.

Ketidaksempatan masa tersebut menyebabkan ramai ibubapa membawa anak-anak makan malam di restoren. Akibatnya dapur di rumah jarang berasap. Ada juga yang memberi alasan “tidak untung” memasak di rumah jika ahli keluarga tidak ramai.

“Buat apa memasak kat rumah. Makan di restoren lagi untung. Satu kepala berapa ringgit jer. Masak kat rumah buat penat jer” getus seorang rakan aku yang memang jarang memasak di rumah.

Ya ada betul pendapat beliau. Namun bagi orang seperti aku yang suka makan dan memasak di rumah ada pendapat lain.

Pada aku air tangan ibubapa yang penting, bajet nombor 2. Memasak di rumah memang terjamin kebersihannya. Sebab kita sendiri yang masak. Kalau makan kat restoren kita tak tau apa yang mereka buat sewaktu menyediakan masakan untuk kita.

Banyak pengalaman “ngeri” aku lihat dan alami sewaktu aku berkerja di bahagian banquet di hotel dulu sewaktu cuti semester. Kebersihan memang terabai. Dan banyak lagi peristiwa yang tak sanggup aku ceritakan di sini yang berlaku semasa penyediaan makanan tersebut.

Itu adalah salah satu faktor yang aku masak di rumah jika sempat sampai di rumah awal.

Satu lagi faktor ialah pada pandangan aku masak di rumah banyak keberkatannya. Ini adalah kerana banyak doa-doa yang boleh diamalkan sewaktu menyediakan makanan di rumah seperti doa ketika di dapur ini.

Jadi pada pandangan aku air tangan ibubapa yang penting, bajet tu dah jatuh nombor 2. Dengannya insyaAllah akan membawa keberkatan kepada keluarga. Dengan doa-doa yang dibaca insyaAllah rumahtangga akan menjadi aman. Jiwa pun tenang.

Aku memilih memasak di rumah. Walaupun sekadar memasak Resipi Daging Masak Merah yang ringkas. Pada aku, air tangan ibubapa yang penting untuk anak-anak, selain daripada faktor kebersihan… Anda bagaimana?

Show Comments

4 Comments

  1. titan August 19, 2013
    • sohoque August 19, 2013
  2. daddydee August 22, 2013

Leave a Reply

%d bloggers like this: