Fahaman-Fahaman Sesat Dalam Unit Trust – Part 1

Sepanjang menceburi bidang Unit Trust Consultant ni, saya dapati banyak persepsi dan salah faham yang digunapakai oleh masyarakat. Salah faham ini bukan sahaja berlaku di kalangan orang awam, malah di kalangan Unit Trust Consultant juga. Akibatnya salah faham ini juga lah yang ditanam semasa berjumpa dengan client.

Antara salah faham yang saya dapat kesan ialah:

  • Unit Trust adalah sama dengan saham.

Ramai yang bersangkaan begini mungkin mereka tersilap faham melalui pembacaan sendiri ataupun mereka pernah bercakap dengan consultant yang juga tidak faham.

Mereka ini biasanya akan sibuk menilik dan cuba meramal pergerakan saham. Ada yang bernasib baik, tetapi hakikatnya lebih ramai yang gagal. Mereka ini lebih cenderung untuk melabur secara terburu-buru. Mereka ibarat pemandu yang terburu-buru memandu kereta di aliran traffik yang sesak. Mereka akan menukar lorong secara tiba-tiba tanpa memperdulikan keselamatannya asalkan cepat sampai ke destinasi.

Pelabur jenis ini biasanya menyangka bahawa mereka melabur dengan konsep yang betul tetapi sebenarnya mereka melabur mengikut emosi. Mana tidaknya, mereka akan menukar dana atau menjual bilamana harga jatuh. Alasan mereka adalah takut rugi lebih teruk lagi. Walaupun konsep sebenarnya adalah mereka perlu tambah pelaburan lagi jika harga jatuh/rendah (beli semasa harga murah, jual semasa harga mahal)

Pelabur kategori ini biasanya kurang sifat sabarnya. Akibat mengejar pulangan dalam masa singkat, mereka merasakan masa 3 tahun yang dicadangkan oleh pihak pengurus unit amanah adalah terlalu lama.

Sebenarnya jika kita memilih Unit Trust sebagai salah satu alat pelaburan kita, kita hendaklah memberi masa kepada pelaburan itu untuk bercambah. Masa yang dicadangkan dalam unit trust ini biasanya adalah 3 – 5 tahun. Mungkin pelabur kategori ini tidak sesuai melabur di dalam unit trust.

Pelaburan unit trust memang nampak membosankan tetapi para pelabur dapat tidur lena kerana pelaburan mereka terjamin oleh pengurusan yang professional dan risiko yang rendah.

  • Unit Trust adalah satu pelaburan yng mempunyai risiko yang tinggi

Ramai juga orang di luar sana mengatakan bahawa pelaburan Unit Trust ini mempunyai risiko yang tinggi. Jadi mereka takut dan menolak untuk melabur di dalam unit trust. Jawapan penolakan mereka adalah unit trust terlalu berisiko. Pada pandangan mereka lebih baik mereka menyimpan duit tersebut di dalam fixed deposit ataupun simpan di akaun bank biasa sahaja.

Menyimpan duit di tempat tiada risiko begini tanpa disedari akan menyebabkan kita kerugian dalam tempoh masa yang lama.  Kerugian ini adalah dari segi pemerosotan kuasa membeli (purchasing power) seseorang. Ini adalah kerana inflasi yang bersikap seperti “api dalam sekam” ataupun “anai-anai di dalam kayu”. Untuk makluman, simpanan seperti simpanan biasa ataupun simpanan tetap tidak memberi pulangan yang besar. Ini kerana menyimpan duit di tempat seperti ini secara generalnya akan mendapat sekita 1% –4% sahaja. Jadi jika kadar inflasi kita sebanyak 4%, kuasa membeli duit kita tadi akan menguncup nilainya.

Jika pulangan dari simpanan di tempat tersebut adalah 3%, dan kadar inflasi adalah 4%, maka pulangan sebenar adalah -1% (3% – 4%). Rugi bukan?

Jika dibandingkan dengan saham, unit trust memang mempunyai risiko yang rendah. Jika melabur di dalam saham, kerisauan yang mungkin timbul adalah macamana jika syarikat yang kita melabur itu muflis? Dalam pelaburan unit trust, kebarangkalian untuk terjadinya perkara ini adalah amat kecil sekali.

Sebuah unit trust biasanya terdiri daripada pelaburan di dalam 4o syarikat. Jika sekiranya 40 syarikat tadi muflis serentak dan bukannya muflis satu persatu, barulah duit kita akan hangus. Tetapi jika perkara yang tidak disangka-sangka seperti peperangan yang akan berlaku di dalam masa terdekat seperti jangkamasa 2 bulan, pemegang amanah akan tampil dan menyelamtkan duit kita. Perlu diingat, unit amanah adalah perkahwinan 3 pihak iaitu pelabur, pengurus dana dan pemegang amanah.

Sebenarnya di tempat mana pun pelaburan kita, risiko tetap mengiringi. Hatta simpanan di akaun bank biasa pun tak terlepas daripada risiko. Risikonya adalah seperti yang diterangkan sebelum ini iaitu inflasi. Ingatlah, tingginya potensi pulangan sesuatu pelaburan itu, diiringi oleh tingginya potensi risikonya.

Kunci kejayaan dalam pelaburan samada saham, unit trust, emas, ataupun hartanah adalah kepada sejauh manakah kemahiran pelabur atau pengurus pelaburan mengurus risiko. Syukur kerana di dalam pelaburan unit trust ini, risiko kita diuruskan oleh sepasukan pengurus dana yang sangat professional.

Untuk ulasan panjang lebar lagi, sila hubungi saya. Boleh gunakan ruangan “contact” pada ruangan menu di bahagian atas blog ini.

 

 

 

3 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: