sinopsis filem hebat dilwale

Akhirnya aku Mengaku Yang Filem Dilwale Ni Best…!

sinopsis-filem-dilwale

poster filem Dilwale

Majlis tayangan filem Dilwale anjuran Antenna Entertainment Sdn Bhd

Seperti yang aku ceritakan dalam entri aku “Dilwale Dan Jualan Gudang Chocolate Museum Kota Damansara” yang sebelum ni, rancangan aku menyertai tayangan filem Dilwale berjalan seperti yang dirancang. Tayangan ini adalah anjuran Antenna Entertainment Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk filem-filem lakonan Dato Shah Rukh Khan untuk tanyangan di Malaysia.

sinopsis ringkas filem dilwale

para blogger dan pengamal media sosial sibuk mendaftarkan diri sebelum tayangan bermula

Aku ada terbaca kat satu berita di suratkhabar bebaru ni. Dato Shah Rukh Khan agak kecewa dengan sambutan filem Dilwale ni di India. Tapi beliau memuji kejayaan filem ini di Malaysia. Jadi majlis tayangan percuma untuk blogger dan pengamal media sosial ni semacam majlis terima kasih Antenna Entertainment Sdn Bhd dan SRK Universe Malaysia atas kejayaan tersebut.

Bukan sekadar pergi tengok dan balik sahaja. Majlis ini ada diselitkan dengan ucapan dari pihak Antenna Entertainment Sdn Bhd yang menyatakan kesyukuran dan terimaa kasih di atas sokongan orang ramai menjayakan tayangan filem ini di Malaysia. Mana taknya, ada yang datang pada hari itu dah tengok bebrbelas kali dah filem ini.

Selepas tayangan diadakan satu upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang “Best Dress” untuk hari itu. Seramai 3 pemenang telah dipilih. TAhniah kkepada semua pemenang.

Selama ini aku memandangrendah akan filem ini. Sehinggalah aku menyaksikan sendiri filem ini barulah aku mengakui bahawa filem ini best! Ternyata aku suka dengan filem ini. Tak hairanlah ia berjaya menjadi “Box Office” di Malaysia.

Sinopsis Filem Dilwale

Aku selitkan sedikit sinopsis filem ini.

Dilwale mengisahkan tentang cinta yang kompleks antara dua orang kekasih. Cinta yang mendapat tentangan keluarga yang saling bermusuhan. Kerana permusuhan itu juga mereka terpisah selama 15 tahun.

Percintaan antara adik kedua-dua yang terpisah, Raj dan Meera akhirnya menemukan kembali mereka. Kedua-dua mereka masih lagi tidak berkahwin dan menyimpan cinta sesama mereka. Namun oleh kerana silap faham, Meera menyangka yang Raj membunuh Ayahnya Malik. Silap faham inilah yang menukarkan cinta kepada benci.

Kebencian inilah yang menghalanag adik keduanya, Veer (adik Raj) dan Ishika (adik Meera) daripada bersatu di dalam satu perkahwinan.

Namun setelah kebenaran diperolehi, mereka berbaik semula dan kehangatan cinta lama mereka kembali bertaut.

Filem ini garapannya amat bagus sekali. Kisah diselangselikan dengan teknik flasback menyebabkan otak berfikir dan tidak dapat mengjangkakan plot seterusnya. Adegan Meera menghalang Raj dalam adegan kejar mengejar dan tembak menembak itu memang sedikit pun tidak aku jangkakan.

Chemistry antara Shah Rukh Khan dan Kajol ternyata masih kuat walaupun sudah sekian lama mereka tidak digandingkan bersama di dalam satu filem. Aku terpesona dengan kecantikan Kajol. Beliau seperti tidak dimamah usia. Malah makin cun pulak aku tengok.

Lakonan Shah Rukh Khan memang tidak perlu dipetikaikan lagi. Apa saja filem yang dibawanya pasti berjaya. Mimik mukaya sahaja sudah bisa mengusik emosi.

Rating

sinopsis filem hebat dilwale

yang paling kiri adalah heronya yang sejati

Secara keseluruhan aku terhibur dengan filem ini. Lagu-lagunya best.. Lokasi pengambaran semasa lagu dinyanyikan tu memang cantik memukau mata. Tak rugi kalau korang pergi tengok filem ini di pawagam. Memang berbaloi dengan harga tiket korang bayar.

Aku bagi 4 bintang (daripada 5) untuk filem ini. Syabas!

4 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: