Daniel Sturridge - moga kehadirannya akan banyak membantu Liverpool

Akhirnya Daniel Sturridge Sah Milik Liverpool

Daniel Sturridge - moga kehadirannya akan banyak membantu Liverpool

Daniel Sturridge – moga kehadirannya akan banyak membantu Liverpool

Waktu yang dinanti-nanti oleh peminat Liverpool FC iaitu waktu perpindahan bulan Januari telah tiba. Banyak nama-nama pemain yang telah dikaitkan dengan Liverpool sebelum ini. Antaranya Demba Ba, Daniel Sturridge dan beberapa pemain bintang dari luar England.

Hari ini Liverpool FC membuat pengumuman secara terbuka bahawa mereka telah menandatangani Pemain Chelsea iaitu Daniel Sturridge. Akhirnya Daniel Sturridge sah milik Liverpool.

Mengungkap kembali sejarah. Daniel sturridge  telah berjaya memikat kelab Manchester City untuk dibawa ke Ettihad Stadium daripada kelab asalnya Coventry City pada usia 16 tahun pada tahun 2006.

Dia kemudiannya membantu Chelsea menjulang Piala FA Remaja pada tahun 2008 di mana Daniel Sturrige adalah penjaring gol terbanyak. Tahun berikutnya beliau telah berpindah ke kelab Chelsea.

Mula membuat penampilan sulung untuk skuad kebangsaan England di bawah kendalian Stuart Pearce ketika England bertemu Sweden pada tahun 2011.

Pada musim lepas, Daniel Sturridge menyumbang 13 gol dalam kesemua pertandingan. 11 gol daripadanya dijaringkan dalam Liga Perdana Inggeris.

Namun pada musim ini beliau hanya diturunkan sekali sahaja oleh Chelsea akibat kecederaan hamstring.

Pemain berusia 23 tahun ini khabarnya telah membuat ujian perubatan sejak bulan lepas lagi untuk tujuan perpindahan ke kelab Liverpool.

Walau bagaimanapun yuran perpindahan ke Liverpool dirahsiakan. Kontraknya bersama Liverpool adalah kontrak jangka masa panjang.

Daniel Sturridge ternyata gembira dengan perpindahan ini. Ujarnya kepada Liverpoolfc.com:

“I’m humbled and happy to be here. “I’ve not signed here to play for a couple of years and then move on.

“I’ve signed to be here for as long as possible. It’s a humongous club – for me, one of the biggest in the world.”

“To have the fans and world-class players we have here is amazing.”

Tidak kira siapa pun datang, harapannya biarlah ianya dapat menampung kelompongan jentera serangan Liverpool setelah percubaan untuk mendapatkan Clint Dempsey gagal sedangkan Andy Caroll sudahpun dipindahkan secara pinjaman ke kelab West Ham.

You’ll Never Walk Alone

 

 

9 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: