Akibat Tidak Menutup Aurat

nur farrah Akibat Tidak Menutup AuratSekarang sedang hangat diperkatakan tentang akaun facebook seorang perempuan yang sudah meninggal dunia.

Arwah meningal dunia baru-baru ini akibat kemalangan. Kemudian emaknya bermimpi bahawa arwah datang di di dalam mimpi menyuruh dan merayu supaya akaun facebooknya ditutup. Ini adalah kerana terdapat banyak gambar-gambarnya di dalam akaun facebook tersebut yang tidak menutup aurat.

 

Nota kaki:

Wallahua’lam. Aku tak pasti samada cerita ni betul atau tidak. Namun mari kita ambil dari sudut positif. Kita ambil pengajaran disebaliknya, iaitu berhati-hatilah meletakkan gambar ke dalam akaun facebook. Terutamanya perempuan. Gambar-gambar tidak menutup aurat ini akan dilihat oleh “friends” selagi akaun itu belum ditutup. walaupun selepas kita meninggal dunia. Jika ini terjadi maka kita akan dapat dosa free yang akan berterusan. Agak-agak amankah kita “di sana” nanti.

Ini sama juga dengan fitnah yang kita sampaikan di facebook, gambar-gambar seksi, dan lain-lain yang menyalahi syarak.

Jadi berfikir lah dahulu sebelum melakukan sesuatu.

 

1,006 total views, 3 views today

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam