Aku Dijemput Lagi.. Thank You Nuffnang!

Malam tadi, aku telah menghadiri NN Premiere Screening: The Avengers. Termasuk yang ni dah 3 kali aku dijemput attend event ni. Ok jugak kalau macam ni kan. Save duit. Asyik tengok wayang free je. 😆

Tapi yang tak bestnya battery handphone aku dua-dua kering malam tadi. Tak ada battery langsung. So tak boleh la aku nak tangkap gambar banyak untuk di uploadkan ke sini.

NN Premier Screening untuk movie The avengers ini diadakan di Golden Screen Cinema, One Utama. Ok la dekat sikit dengan rumah aku. Aku suka One Utama ni sebab aku biasa pergi sini. Dekat dengan rumah. Pastu aku ada One Card. Boleh collect point kat sini. 🙂

Seperti biasa aku pergi dengan Mr Jocko la. Siapa lagi nak layan tengok movie malam-malam hari kerja ni. Kawan-kawan aku yang selalu tengok wayang dengan aku sewaktu “muda-muda” dan menjadi “family man” semua. Aku offer tiket free pun dah tak nak. Eh kejap. Malam tadi aku sempat berkenalan dengan sorang lagi rakan blogger Encik Fazrul. Dia juga rakan kepada Mr Jocko.

Seperti biasa, setiap seorang yang Nuffnang jemput ke event ni akan dapat dua tiket. So malam tadi tiket aku, aku beri kepada anak buah Mr Jocko.

So macamana cerita The Avengers ni? Best ke tak? Ikuti movie review aku.

Lastly, aku ucapkan terima kasih kepada Nuffnang sebab sudi bagi tiket free untuk blogger “picisan” seperti aku. Thank You Nuffnang!!! (Harap-harap “crawler” Nuffnang baca entry ni. Kot-kot lepas ni dapat lagi hasil pujian tu. hahahah)

Email jemputan daripada Nuffnang

 

 

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: