lelaki-demam

Aku Dipaksa Berehat…!

Ya.. Aku “dipaksa” berehat. Demam ini memaksa aku berehat daripada aktiviti blogging dan mesyuarat. Dan aku sedar ada hikmah yang amat besar di sebalik sakit yang aku dapat ni.

lelaki-demam

Lama jugak dah aku tak kena demam, selesema dan batuk ni. Hari ni tiba-tiba teruk pulak jadinya. Selepas hantar isteri ke tempat kerja, hasrat hati untuk minum pagi di Restoran Fauziah Jalan Mayang depan Bangunan Ambank terpaksa aku lupakan. Kepala terasa berat sangat. Air hidung mengalir deras. Jenuh aku seka dengan tisu di genggaman.

Memang sah…! Demam aku semakin teruk. Aku sebenarnya tak risau sangat demam dan selesema. Yang aku paling takut adalah batuk. Batuk ni kalau dah hinggap pada aku susah nak pergi biasanya. Pernah aku alami batuk selama 3 bulan. Pelbagai ubat aku makan tak juga mau berhenti.

Batuk ni agak seksa sebenarnya kalau berlarutan. Sakit urat perut dek kerana menahan batuk usah dikiralah. Lepas tu badan memang berpeluh akibat batuk. Memang seksa bagi aku.

Sebenarnya balik daripada review cafe hipster Garage 51 semalam lagi aku dah rasa tanda-tanda nak demam ni. Tapi aku buat tak tau je. Malam tu aku buat teh panas. Aku guna Teh Cendawan Susu Harimau. Best teh ni. Memang rasa nak demam tu hilang. Sehinggalah bangun subuh tadi, kepala rasa berat dan hidung mula berair.

Dek kerana tak larat aku tidur di dalam kereta di tempat parking atas Bangunan Ambank. Dengan membuka tingkap sedikit, aku layan tidur sampai pukul pukul 11.30 pagi. Terjaga pada masa tu kerana badan berpeluh dengan agak banyak. Aku kepanasan tapi kepala terasa sedikit ringan. Aku lantas bergegas keluar untuk mencari sarapan. Terus brunch ler…

Mesyuarat dengan PR dan syarikat LiGNO Biotech yng menghasilkan produk berasaskan Cendawan Susu Harimau terpakasa aku batalkan.

Sentiasa bersyukur dan sabar

Orang Islam… kelebihannya apa? Bersyukur. Susah, sakit, masalah.. Semuanya adalah ujian daripada Allah kepada kita. Dan Dia tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya untuk menanggung ujian. Sakit adalah ujian kepada kita. Ia adalah latihan jiwa supaya kita menjadi ummat Islam yang sabar. Sesiapa yang lulus ujian sabar tersebut, ada ganjaran yang menantinya.

Sakit sebagai ejen penghapus dosa

Kita sebagai insan, memang takkan dapat lari daripada salah dan dosa. Terutama dosa-dosa kecil. Sakit adalah satu rahmat. Allah menghapuskan dosa-dosa kecil dengan menguji kesabaran kita dengan musibah sakit. Malah ditambahNya pula pahala untuk sabar.

Hadith tentang sakit penghapus dosa:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571)

Jelas daripada hadith tersebut tentang penghapusan dosa-dosa bagi yang diuji dengan sakit.

Kembali kepada Allah

Dengan sakit, kia kembali kepada Allah. Dalam kesakitan kita akan menyebut nama Allah berbanding dengan dalam keadaan gembira di mana kita jarang menyebut nama Allah. Dalam sakit kita merenung kembali diri kita, insafi diri.

Jadi bersykurlah di dalam semua perkara. Ada hikmah yang besar di sebalik ujian sakit. Alhamdulillah aku masih sedar akan hal tersebut.

Masa untuk berehat

peluang untuk habiskan entri tertunggak

peluang untuk habiskan entri tertunggak

Setelah sekian lama berkerja, kadang-kadang tanpa hiraukan kesihatan, sekarang masa untuk berehat. Beberapa mesyuarat dan food review aku terpaksa tolak. aku nak rehat. Aku nak selesaikan banyak entri yang aku berhutang. Kena siapkan secepat mungkin. kalau tak, tak aman rasanya.

Jadi sakit sebenarnya bukan sekadar sakit. Ada hikmah yang besar di sebalik sakit yang Allah bagi pada kita. Apa-apa pun Alhamdulillah ‘ala kulli haal.

7 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: